RSS

Belajar Politik Britain di sekolah

Salam reformasi :)

1- Cerita politik dimana-mana pelusuk dunia seperti cerita cinta. Tak ada akhir. Banyak dugaan. Ujian.Dosa.Pahala. Manusia dan ketidakmanusiaan. Ceh.

2- Sebab itulah Jiha makin kurang cerita pasal politik di blog.Jiha bukan wartawan mahupun penganalisis politik.

3- Jiha sedang belajar AS Politics di sekolah Olcha. Belajar erti demokrasi, parti politik,ahli politik,undang-undang, dan semua yang berkaitan tentang negara orang putih ini.

4- Orang di sini berpolitik, bukan macam di Malaysia. Demonstrasi memang ada.Tapi, jiha tak pernah nampak FRU.Langsung tak pernah.Mungkin wujud cuma tak "disalahgunakan" sebab polis disini bukan bekerja untuk kerajaan.LOL.

5- Jiha ada hak untuk mengundi disini.Dah banyak kali dapat surat untuk pergi undi. Tapi, ayah cakap disebabkan kita tidak tahu siapa yang lebih baik, jadi tak payah la pergi mengundi.

6- Walaupun sekarang Jiha sedang belajar tentang Politik Britain, Jiha rasa mungkin Jiha akan mengundi kalaulah antara salah satu pihak parti politik, Labour atau Conservative atau apa2 je lah, dapat MENGHENTIKAN menghantar askar-askar diorang ke medan perang (konon, atas alasan perdamaian,padahal untuk kepentingan negara sendiri). Eg; Iraq

7- Orang putih pandai bab memuji.Selalunya, dah tak ada makna lagi pujiaan dia orang sebab tak padan pun dengan apa yang kita lakukan. Lebih pasta dari keju.

8- Tak percaya.Baca balik Sejarah. Ramai sangat Sultan Melayu di kelentong sewenang-wenangnya. Orang Melayu ini baek sangat kot. Haha

9- Jiha tak reti nak mengajar orang.Tapi yang Jiha reti, reti bercerita.Waktu darjah 1, Jiha menang no 1 dalam pertandingan bercerita di Sekolah Rendah Al Munir,Kg Padang Tembak, Teluk Intan,Perak. Hehe =DD
(bangunan pertama yang ada susunan pokok itulah kelas darjah 1 Al Kindi)

10- Facebook sekarang adalah Face Your Book! Layan internet dan tv, memang tak jadi kerja kita dibuatnya. So, no tv and Facebook 0n weekdays, only weekend.


psttt: Jiha sayang Swansea taw. Tapi sayang Jiha pada tanah air kuat lagi. Rindu la kat kau Malaysia. You rindu tak kat I? hAha. Gedik tak habis.

Najihah & Charity Week

Salam! ;)
Alhamdullilah 2 minggu berturut-turut, Jiha berpeluang menjadi volunteer untuk Charity Week di Bishop Gore School, Swansea University dan Swansea Town. Charity Week ini mengumpul dana untuk anak-anak yatim di negara-negara miskin.

Minggu pertama, Jiha telah menjadi Charity Week Organizer di sekolah Jiha. Agak kelam-kabut sebenarnya.Persiapan last minute!Pertama nak kumpul orang jadi volunteer bukan senang! Kedua, Jiha kena make sure segala persiapan dengan sebaik mungkin. Jiha buat announcement di assembly dan kelas ke kelas.Bayangkan 3-4 hari saja hari persiapan! Barulah Jiha faham, nak jadi ketua,bukan senang-lenang!

*Minggu Pertama*

Minggu pertama kita orang jual kek, henna tatoo dan Swansea Talent Show. Swansea Talent Show diadakan di gym disebabkan tiada pilihan.Syukur alhamdullilah, Mrs Allchurch bahek hati sangat mengizinkan Jiha guna gym ini.

*Minggu kedua*

Ini minggu Jiha dan kawan-kawan jual kek di Swansea University dan kutip derma di Swansea Town.Yang paling syokkkk, Jiha jadi boxwomen! Malu gila sebenarnya tapi disebabkan pakai kotak di kepala,so tak ada siapa lah nampak muka Jiha.Haha. Kutip derma pada hari tu memang challenged. Orang tak layan, buat dek je bila kita cakap, senang cerita, sabar itu separuh dari iman.Kedekut dan pentingkan diri!


Tapi ada seorang jejaka mat saleh yang baik dan berjanji akan derma.Kali kedua Jiha jumpa dia lagi,dia cakap dia tak ada duit dan kali ketiga dia datang dan bagi derma! Jiha happy dan syukur sangat walaupun seorang sahaja yang jujur ini bagi derma tika detik itu :))


Seorang bapa yang bertatu dan berantai dan berambut Trojan, nampak cam ganas je, tapi baik hati bagi derma, seorang lelaki bertatu dan mungkin juga pendakwah rock Kristian, bagi derma dan seorang pengemis dan 2 ekor anjingnya yang bermain seruling pun bagi derma! Manusia selalu memberi penilaian yang tidak wajar pada mereka. Rasa hormat pada mereka :)

Satu kelakar punya cerita, disebabkan kebanyakan orang Arab ini kaya-kaya, so kita orang pun datang minta derma dengan diaorang. Hehe.
Untuk ayah dan ibu dan adek tersayang dan juga yang terlibat, terima kasih atas sokongan kasih sayang.

he cheer me up! :)

Dan Demi Malam


Jiwa jauh dari Tuhan
tenang tatkala
Saad Al Ghamdi
membaca kitab suci Tuhan
untuk seorang hamba berdosa

Tuhan
Tenangkan
Tenangkanlah
Tenangkan hati hamba

Dirikanlah
Imanku mujahidah Sumayyah
Dirikanlah
Hatiku seperti Khadijah
Amin




Surah Al Lail

Bismillahirrahmanirrahiim

Sesunguhnya usaha kamu memang berbeda-beda
Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa
dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga)
maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah
Dan adapun orang)orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup,
serta mendustakan pahala yang terbaik
maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar
Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa

Can I ask you a favour?



Wish me a Happy Day

Laporan Najihah untuk Swansea.fm

Yo yo wassup :D

Charity Weeeeek

2 minggu berturut-turut, akan diadakan Charity Week di seluruh pelusuk UK. Esok di sekolah, Jiha dan kawan-kawan yang lain akan jual kek, henna tatto dan juga Swansea Talent Show. Sibuk tak la gak, tapi kalau bab nak update blog ini selalunya, kena tengok pada mood Jiha. Selalunya, Jiha punya otak working pada waktu malam dan awal pagi. Sekarang ini, nak kena limit kan pengunaan komputer sebab nanti Jiha melalut-lalut.Haha. Sebab itu, Jiha suka offline bila sign in YM sebabnya nanti chit-chat macam pah Bedah jadinya.Ngeh ngeh.


Ramadhan lepas, Jiha sempat gak kutip derma di Swansea Town. Dibawah naungan Islamic Relief. Ini kali ke-3, Jiha kutip derma.Mula-mula, malu-malu gajah, last-last, muka sengih jek Doraemon lepas makan.
Alhamdullilah,berkat sengih-sengih, so senanglah sikit, orang nak derma. Yang penting,jangan putus asa!Memanglah ada dugaan,orang buat tak layan,kita cakap sensorang dengan diorang,tapi, perjuangan nak minta derma itu nak menguji tahap kesabaran.
Hummm..siapa-siapa nak join Jiha,sila lapor diri anda :D


Alwahy.com


Sementara korang yang menunggu setia, Jiha nak ajak korang semua untuk sign up jadi volunteer untuk alwahy.com :)
Okesh la sekarang ini, Jiha layan alwahy.com yang mana merupakan World Largest Muslim Social Media. Alwahy is only Islamic worldwide Email service, Search Engine , Worldwide news, Nasheeds Alquran, Hadith, Videos, Audios, and much more.

Siapa-siapa yang rajin online jek internet itu, Jiha suggest korang upload la apa2 saja yang berfaedah untuk alwahy.com ( e.g. artikel, video,photos) Siapa-siapa yang ada duit lebih, adalah dialukan untuk menyumbang mesra pada akaun alwahy.com sebab diorang pun perlukan sponser. Diorang mempromosikan alwahy.com ni dari merata-rata dunia termasuklah Bulan & Bintang.So amal jariah la eh :D

Jadi volunteer untuk Islamic website lebih untung sebab dari website ini jugalah akan berkembangnya dakwah dari hati ke hati.(Ceh..ayat).Ish betul la.


Sang Naomi

Alhamdullilah, semalam,seorang kawan Jiha, Naomi telah memeluk Islam pukul 3 pagi!ALLAHAKBAR! :)) Yang beshnye, dia converted bersaksikan kawan-kawannya melalui web cam. Moden bebeyh.Dia mahu Jiha ajarkan dia bahasa Arab.Bersungguh Naomi mempelajari Islam.Dari khutbah Jumaat yang dia selalu hadiri,dari sahabat-sahabat Muslimnya, dan keberaniaan Naomi memeluk Islam.

Naomi keturunan Portugese kelahiran Malaysia.Lahir dalam sebuah keluarga beragama Kristian. Best gila cakap dengan Naomi dalam bahasa Melayu.Bosan gak asyik cakap English jek.Ceh..poyo jek. Yelah maklumlah, dah lama Jiha tunggu kawan Malaysia yang sama baya! :)

Demonstrasi Anti-Islam


Ha..semalamkan telah diadakan satu demonstari anti-Islam di Swansea Castle. Anti-fascist pun buat demonstari,tak jauh dari Swansea Castle.Polis dah get ready sejak pagi lagi. Hari itu, di Birmingham dan Manchester.
Waktu bulan puasa, bersempena dengan 11th September, diorang buat kacau time orang Islam tengah solat terawih.Gaduh beb.Masuk newspaper.Famous Swansea.Cehhh..
Jiha tak pergi demo itu sebab ibu risau kalau keganasan akan berlaku.Tapi, alhamdullilah, polis UK dapat mengawal demo itu dengan baik.
Kalau di Malaysia, selalunya, polis yang buat kacau-bilau tapi di Britain, tak pernah-pernah Jiha tengok polis buat keganasan macam polis Malaysia.Ummm...

Hadith Rasullah mengatakan: Apabila mati anak Adam,maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh"


Nur Najihah Muhaimin melaporkan untuk Swansea.fm :D

Doakanlah Najihah jadi Najihah yang baik & solehah. Moga2 Charity Week akan berjalan lancar.Salam perjuangan salam dari Swansea.





Attention to Swansenian :))

> Hi All,
> there will be a meeting to plan actions for PALESTINE at the ENVIRONMENT
> CENTRE, PIER St. (between the Evening Post and Morgan's Hotel) on Tuesday
> the 20th October, 7pm.
>
> There's a couple of things to discuss:
>
> * THE SEVENTH WEEK AGAINST THE APARTHEID WALL, NOVEMBER 9 - 16 2009.
>
> * A Legal Challenge to Welsh Health Supplies to exclude Veolia
>
> * Fundraising for the Palestine Solidarity Campaign humanistarian aid
> convoy to GAZA ( part of the VIVA PALESTINA convoy)
>
> * 'DATES' Direct Action around the medjool dates from the illegal Israeli
> settlements.
>
> * A visit from a GAZAN JOURNALIST who filmed there throughout the Israeli
> bombing campaign in Dec and Jan last.
>
> Any other ideas for actions? Bring them along.
> Let anyone you know who might be interested.
>
> SWANSEA PALESTINE COMMUNITY LINK

homework

homework homework homework
siapa nak tolong Doraemon to settle down the homework!?
sila sign up
haha
xD

Lebaran di United Kingdom

Salam.Sebenarnya berjela macam jala pak nelayan, ayat mahu ku tulis.Nanti aku fikir bila masa itu bisa berhenti, aku tulis entry tentang Sujud Cinta di Swansea.Ceh bajet macam nak tulis novel..
Di kesempatan yang semut ini, macam biasa la, nak ucapkan location: Swansea Uni Mosque

Salam Eid Mubarak pada semua Muslimin & Muslimat, untuk keluarga,sahabat handai dari Sekolah segala Sekolah, para sahabat Facebook,My Space dan siapa-siapa jek la kenal Doraemon eh.Maaf Zahir & Batin. Siapa-siapa nak ziarah Alexandra Terrace, dialu-alukan =) .
Tahun ini, tak sempat nak buat kuih raya.So, siapa-siapa bergelar iron chef, rajin2 la pos kuih raya.Haha.Muka sekupang betul.
Budak-budak yang kutip duit raya, jangan lupa kasi gak duit raya tu kat tabung masjid ke,amal jariah ko jangan lupa weyh. Raya la dengan seadanya.
Terima kasih diucapkan pada embah tersayang,bibik2,paman yang bagi baju raya dan tudung raya :)

Oh la.Raya di perantaun best.Raya di tanah air pun best.Yang bezanya, tak de la nak kutip duit raya da..sebab Doraemon dah jadi budak debab.Haha.Macam biasa ketupat2 tak de la.Selalunya ibu masak nasi dagang.Sedappp.Tak percaya datanglah rumah Doraemon!

Raya di sini, raya bersama orang-orang luar.MasyAllah.
Ini kali ke-3 raya di perantauan.Sedih jek nak dengar lagu raya anak perantaun.EEE.Tukar la lagu yang bahagia! Orang nak raya, tak nak la sedih2 kan =)

Yes One Malaysia

Hola & Salam Sejahtera
Uno- I`ve been busy for a while.School just started for 2 weeks.Alhamdullilah eventhough, I was little bit lazy to come back to school, but now I feel happy back because I just started learnt Spanish language today. Senora Boneto is my El Espanol teacher.She and all her pupils gave a warm welcome to me as new beginner.Also today, I was accidently planned to take Politics course in Olcha School. I am still doing Art and Photography courses.I am so glad.

Let`s move on the subject!
Dos- Since the Kepala Lembu became so famous lately, I am just wondering, why those people being so silly? They are so much older than me and I believe they are all married! Lol.I am no judging them but the level of their brain were just like otak lembu as well.They were step on their on head.Where is the credibility gone? Aiyak!



Tres- If you wanna be famous, not like this way maaa! Ayoo yoo (8_8)
Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).”

Cuatro- Dear Prime Minister, please take care of your rakyat! We are in One Malaysia.Keep away all this silly war tingy.If I can replace Prime Minister`s chair, (love you Najib haha :P) I would be so glad to put them into ISA and take back all mangsa ISA to their family.

Cinco-16 people from HINDRAF were arrested in their protest to ask all Malaysian to respect to each other. It was a nice peace message but unfortenatly the goverment was not being unfair! I am not saying I am supporter for HINDRAF but as one of Malaysian girl, I have to respect their faith.Not just me, but US!

Seis- Hey people,let`s Amin this wish.Haha :D

Siete-For whatever racist we are, for whatever language we speak, for whatever religion we believe in,for whatever nationality we are, we just live in same world and not just in one Malaysia! We are in Ramadhan.This month is the only great month to move any bad deeds! Don`t take it in complicated way la..


Ocho- Take care bebeyh :) No more gaduh2 la..( bajet bahek jek aku ni :P )

malam si berlambak arak


1-Suatu malam minggu,kami sekeluarga membawa Aliah sekeluarga meronda-ronda di Wine Street, di Swansea.Setiap malam minggu (Jumaat-Ahad) polis sudah berjaga untuk mengawal keselamatan.Excited tapi takut gua rasa.Laki pakai pakaian perempuan dan macam2 la..

2.Di Swansea (United Kingdom amnya), semabuk mana pun mereka, mereka masih ikut undang-undang.Kegembiraan mereka diraikan dengan arak.Begitu juga jika mereka mahu hilangkan kesedihan.Arak juga diakhiri..Itu hidup mereka.Tidak kira mereka Kristian,Buddha atau apa saja agamanya.Muslim pun ada juga.Pun berlambak!

3. Di Swansea, di negara-negara Eropah, Muslim pun ada sahaja pembekal,pembeli,penjual dan peminum arak. Berlambak! Malaysia pun sama jek..

4.Kerana arak, mereka tidak punya erti makna kehidupan di dunia.Hidup mereka kosong, penuh dengan parti-parti yang merepek.Beer Festival is coming soon in here! Aku pun pernah diajak ke parti yang merepek itu.Aku tolak dengan baik walaupun diajak berkali.Dan meskipun diorang cakap begini " you don`t have to drink the alcohol". Jawapan pastinya, "sorry I can`t go.I don`t like party and even though I don`t have to drink it, the party still got the alcohol.It`s my religion rule". Sikit mana pun arak itu diminum, hukumnya tetap haram.

يا بنى آدم قد أنزلنا عليكم لباسًا يوارى سوآتكم وريشًا، ولباس التقوى ذلك خير

Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26)

5.Kisah pasal Kartika lak, malas nak comment lebih2, manusia itu melakukan kesilapan dan bukan Kartika seorang sahaja.Bukan membela Kartika,tapi peringatan pada kita yang selalu leka dan ngade2 nak lupa-lupa tentang dosa dan pahala.Kutuk-kata orang,nanti tak pasal kena kat batang hidung sendiri.Nauzubillah.Tapi, apa yang penting, kita masih ada lagi peluang bertaubat selagi mana Matahari tidak terbit dari ufuk barat.Tuhan itu Maha Pengampun.

6. Waktu zaman persekolah di Malaysia, aku selalu juga dapat A untuk Pendidikan Islam bukan nak show off eh .Meski pun di sekolahku, Bishop Gore tiada Pendidikan Islam, namun kenangan dapat A dalam Pendidikan Islam selalu buat aku fikir. Apalah maknanya dapat A dalam subjek tapi bukan di kehidupan realiti? Aku bukan alimah tapi cita-cita nak la jadi alimah..yelah, Doraemon pun nak jadi baik gak :D


7.Bulan yang mulia ini, sama-samalah kita upgrade our level.Our iman,our taqwa, our knowledge and our amal.
Saya ajak awak semua dan awak ajaklah saya kepada kebaikkan eh :)

Duhai Ramadhan

Lokasi: Istana Al Hambra, Andalusia

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).


1-Insyallah, kami di United Kingdom akan berpuasa awal sehari dari Malaysia. Malam ini kemungkinan besar kami akan berterawih.

2-Moga-moga, kita semua dapat merebut bonus dan ganjaran yang berlipat ganda di bulan yang penuh kebahagiaan, kerahmatan dan keampunan

3-Salam Ramadhan dari kami.

Setahun Al Fatihah yang istimewa

1- Salam Ramadhan :))
Tak sabar rasanya.Moga-moga saya akan jadi manusia yang lebih bayek lagi dari yang
semalam
:))

2- Salam 12 Ogos 2008 hingga kini 12 Ogos 2009. Terlewat sedikit hari menulis entri dek masa
nan ketot metot.

3- Salam Al Fatihah untuk arwah embah lanang, Hj Sulam Hj Mansor yang telah segenap tahun
pergi menghadap Illahi. Tenang wajah, bibir yang tak lekang dengan senyuman, baik hatinya.
Rindu masih suci seperti embun pagi.Tawa embah satu masa dahulu seperti ceria cantik sang
pelangi selepas hujan.

4- Saat suara cucu-cucunya (Aku, adik, Atiqah, Jannati, Azzah) mendendangkan resah hatimu,
wajah embah gembira dan terhibur..
Hari ini kau datang riang, tersenyum buatku senang,kau hias dirimu,membuat hati bertambah, tapi wajahmu semalam muram,mengapa embah mengapa,mungkinkah kami bersalah,cobalah embah katakan,jangan, jangan,jangan begitu,senyum senyumlah selalu, manis riang,wajah bertambah ceria..aaaa

5- Dan diakhiri doa yang diketuai aku dan sepupu-sepupu..air mata embah mengiringi sekali
begitu juga air mata keluarga yang melihat telatah cucu-cucu embah.

Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah embah lanang kesihatan,kebahagiaan yang berkekalan berpanjangan. Ya Allah Ya Tuhanku, moga-moga embah lanang cepat gemuk macam Jannati dan kak Jiha (jannati nyampuk :p ) . Moga-moga embah lanang ada rambut panjang macam ayah (hahaha..semua gelak). moga-moga embah lanang happy selalu.Amin.moga-moga embah lanang cepat sihat.Amin.Moga-moga embah lanang boleh jalan.Amin.

6- Last sekali, TAKBIR! :))) Bahagia rasanya melihat embah begitu ceria. Selepas first show indoor concert malam itu, embah lanang minta semua cucu-cucunya nyanyi untuk hari-hari seterusnya..hinggalah 3 malam terakhir sebelum embah pergi.

7- Al Fatihah untuk arwah embah lanang tersayang.

Baiknya hati Najib Tun Razak

Salam reformasi :)

a- Kira-kira 6 tahun lalu di sekolah rendah agama Al Munir, teman- teman adikku, Atiqah Hanisah Adibah, dan Syazwani sering memanggil namaku "weyh Najib Tun Razak". Disebabkan namaku ala Naj-Naj.Haha :P

b- Dan kira-kira 6 tahun lepas itu, Najib Tun Razak sedang menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia. Ceh. Tumpang sekaki famous gak aku ini.

c- Dan kira-kira beberapa minit tadi, ku baca kisah Najib dan ISA. Dipetik dari berita Utusan online. Dengarlah wahai rakyat jelata Bilangnya begini ya..

''Lepas saya jadi Perdana Menteri, tidak ada seorang pun rakyat Malaysia ditahan oleh kerajaan di bawah akta ini, jangan bimbang, tak ada.
d- Okesh la Najib Tun Razak.Kalau macam itu bilang pak Perdana Menteri, lepaskan tahanan ISA yang tidak dibicarakan dan tidak bersalah. Dan persoalan yang kemungkinan besar boleh dijawab oleh anak-anak tahanan ISA, namun enggak bisa dijawab oleh pak-pak menteri Malaysia kita adalah, "Erti kemanusiaan dan kasih sayang antara keluarga yang dizalimi itu bisakah dibayar dan dingertikan oleh kamu wahai pak menteri?ngerti enggak pak?"
Sweet jek pakai baju warna pink itu.Sama jiwa la pulak.cewah.gedik lak.haha :P


e-Kalau tidak okesh gak, boleh la gak saya jadi Najib Tun Razak.Kan?kan? :P

f- waduh-waduh.brengsek aja sih.

Menanti Perang Berakhir

video

Disebalik selendang Marwa



Tudung yang ku pakai sejak kecil inilah hadiah agama yang diajar sejak zaman berzaman. Syahidah seorang Marwa yang ditikam 18 kali di hadapan anak kecilnya di Mahkamah Jerman membuatkan ramai Muslim dan juga bukan Muslim marah pada sikap pihak polis Jerman yang telah menembak suaminya yang cuba melindungi Marwa yang sedang ditikam.Alasan yang paling kolot, kerana keliru antara suami dan pesalah (Alex).Alasan yang tidak munasabah.Dan bagaimana seorang pesalah boleh membawa pisau di dalam mahkamah? Alex masih hidup diatas muka bumi ini.Dimana keadilan demokrasi yang kononnya hebat belaka di negara-negara Barat!?

Dimanakah media barat yang sering memanggil kita ummat Islam sebagai terrorist? Diam membatu BBC khususnya yang hebat dengan kata-kata hinaan “terrorist” pada ummat Islam! Sedangkan mereka yang menghunus pisau.Sedangkan tudung diharamkan di Perancis! Dan baru-baru ini kerajaan Britain mahu mengharamkan burkha.Inilah ujian demi ujian menguji iman seorang perempuan bergelar Muslimah.

Tersentak dan marah.Itulah rasanya.Mungkin kerana pernah aku jejak kaki di Jerman pada 7 bulan yang lalu. Ini bukan satu cerita tentang kezaliman pada ummat Islam!Bingit telinga dan sakit hati.Baca dan lihatlah berapa banyak kisah lagi! Klik di sini

InsyAllah, tudung itulah yang melindungi dari mata yang berhati syaitan.. Amin Ya rabbal al amin




kasih pada bahasa

1-Isu PPSMI yang baru-baru ini akan dimansuhkan pada 2012 sedang menjadi bicara hangat di Facebook aku. Aku sedang membuat "research" tentang pendapat rakyat Malaysia.Kebanyakkan mereka berkata "OH TIDAK PADA PPSMI"

2-Ada juga yang berkata YA PADA PPSMI. Tak sempurna hidup tanpa penyaing atau pengkritik.Ada untung ada rugi.Namun selama mana PPSMI dieksperimenkan kepada pelajar-pelajar anak bangsa kita, semakin banyak rugi yang jelas kelihatan.Duit,masa dan maruah bahasa.

3-Pelajar luar bandar dan bandar beza pemikirannya dan lain cara pembelajarannya.Mereka telah "dilalikan" dan "disusahkan" dengan bius PPSMI ini.Untuk kembali pada bahasa ibunda seperti agak susah untuk memahami kerna sudah kebiasaan belajar dalam bahasa penjajah.

4-Isu penjajah meski sudah lama,namun masih tertera lagi sejarah negara kita! Mereka senyum gembira melihat bahasa mereka dipermata intankan oleh bangsa kita.Kenyataan ini adalah nyata kerna aku sendiri pernah khabarkan isu PPSMI pada mereka (orang putih).

5-Bukan kita menolak bahasa antarabangsa dan bukan juga kita menolak perubahan yang baik.Maafkan aku Tun Mahathir. Cuma sementara mereka anak bangsa tidak lupa akan bahasa Malaysia.Kasihanilah bahasa kita.Sayangilah bangsa kita.Jangan dilanyak bahasa ibunda.

6-Bahasa Inggeris ada baiknya............................

7-Jika PPSMI tidak dihapuskan pada 2012, sahihlah kerajaan mahu "mengorat" rakyat dengan helah..ngeh,ngeh,ngeh, ^-^ ( muka bajet cute)
Kita tengok dan lihat!
Salam perjuangan

khabar dari Malaysia

1- DAP Kedah keluar dari Pakatan Rakyat kerana kandang babi yang menjadi keutamaan politik.Kerana babi, hubungan politik senang sahaja menitis bagai air hujan lalu hilang.. Sedangkan manusia sekarang menghadapi selsema babi!Risau hati bukan kepalang belalang lagi..Bukan salah sesiapa penyokong DAP tapi salah kepada yang berkenaan sahaja. Kasihan sama babi.Sepatut babi boleh masuk Parlimen.

2- Dakwa UMNO tolak Islam fitnah besar pembangkang - Mustapa
Utusan Online

Ada hati kita sama-sama fikirlah.Nak kata penulis sendiri "bahek la sangat" tak layak rasanya.Yang jelas, Pemimpin2 UMNO banyak sangatlah pot-pet pot-pet nak bagi harta karun dan status bangsawan pada rakyat jelata. Zam-ala-kazam-

3-Ayah selalu doa setiap solat jemaah-
"Kuatkanlah Islam kami,tunjukkanlah kami jalan yang benar,jalan yang tak sesat selamanya,lembutkanlah hati kami,permudahkanlah urusan kami,jadikan kami anak soleh dan solehah".
Selamat hari ayah buat ayahanda tercinta.Meski lewat,sungguh ayah paling tercinta :)

matinyaaa



Aku tidak tahu secara detail tentang kematian sahabat Mexico ku, Alejandro.Aku tidak mahu tahu tentang itu kerna aku tidak mahu lagi bersedih.Meskipun sudah 2 minggu berlalu.Kematian pertama seorang sahabat dalam kemalangan kereta, sudahlah jauh tempatnya, cukup menakutkan dan mengingatkan aku tentang mati. Pastinya, kita semua akan kembali pada Tuhan.Harapanku sebenarnya mahu dia dekati Islam dan matinya sebagai Muslim.Sayang sekali..

Ada hikmah disebaliknya.Insyallah

Islam sepanjang hidupku, seharusnya ku bersyukur sesyukur-syukurnya. Hari semalam yang berlalu,terasa lelah dengan dosa. Rasa hati ini jahat banget sama Tuhan. Demi masa, kita semua ini sering lupa.Dengar lagu Iktiraf,maka hatiku berfikir, dimanalah status ku sebagai hambaNYA?

Kematian itu menuntut PERSEDIAAN. Persediaan menuntut kepada ILMU, ilmu menuntut kepada AMAL, dan amal menuntut KEIKHLASAN




Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu

Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU

Ampunkan dosaku terimalah taubatku

Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai

Dengan rahmatMu

Ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini

Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu

Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Kamilah Hamba yang mengharap belas dari Mu


Jika hari esok aku mati, pastinya tak tidur malamku. Entah sempat untuk ku mohon ampun pada Nya.Muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit.sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati

Siapa anak Jawa?

Saya cucu Jawa :) Keluarga ayah keturunan Jawa.Namun malang sekali,saya enggak berbicara bahasa Jawa dengan lancar.Faham boleh la juga.Mahu berbicara terbelit tulang lidah.
Hari itu saya sengaja bergurau dalam bahasa Jawa yang direka sendiri oleh saya.Kiikikikiiik.Embah wedok (nenek) saya pun tergelak-gelak.
Hahah.Gagal seyh.Bapak tarak bicara bahasa Jawa di UK melainkan bertemu geng Jawanya-Uncle Razaleigh di Lampeter.

Syukur

Inilah politik

Kadang-kala tikam lidah.Kadang-kala tikam belakang.Namun,kasih sayang takkan bisa memutuskan air silaturrahim.
Kadang-kala asyik UMNO sahaja dipersalahkan bila di pihak PAS ada perbalahan.Dan begitu juga sebaliknya.
Siapa-siapa pun bukan semua perkara yang berlaku itu terletak pada musuh 100%.Ianya juga pada kita.

Tak mengapalah,sekarang ini jernihkan semula yang keruh.Agar perjuangan yang semalam kembali mekar merah mewangi.

:)

ALLAHAKBAR!

perjuangan kita


Tiada mampu ku tinggalkan perjuangan semalam.Cuma, ku mahu berjuang sekadar mana yang ku mampu dan layak di medan itu.Resahku pada renang di tasik hati Maha Pengampun.Aku lemas di air perjuangan.Seketika ya Tuhan.
Aku fikir lagi.Seribu satu jalan duri perjuangan,seribu satu mehnah,seribu satu laugan keadilan,dan perjuangan kita hanya mahukan kebenaran dan kemenangan.Layakkah aku?Mimpiku..
Aku mahu kembali memegang senjata semalam yang ku lipat dibawah bantal busuk.Aku mahu kembali memegang kitab para pejuang yang tak ku usik dek habuk dosa.Aku mahu hatiku sujud pada suci ayat-ayat Tuhan itu.
Rakyat!Mari kita bangkit lagi berjuang.Perjuangan masih belum ada akhirnya.Aku mahu lupakan sebentar mimpi lena semalam.Aku mahu kesatkan air mata water cannon kiriman FRU yang pedih.Kita akan berjuang hingga malaikat Izrail datang.Insyallah.

blog tutup






tunggu hati & perasaan saya pulang

polis VS hero


Setiap helaian kertas yang dihasilkan adalah atas nama keamanan.Perjuangan yang setakat ini yang saya mampu terjemahkan kepada kalian.Apa terjadi di Perak, adalah seperti kelas darjah 1. Comel,kelakar,geram semua wujud. Rampas-merampas.Polis bertindak keras. Rakyat ditindas. Memang panas. Klik di sini untuk melihat sketchbook saya
Keamanan apa lagi yang harus dipercayai?Kerana harapan dan mimpi yang ada,ternyata lerai.Mahkamah pun hanya atas nama mahkmah kerajaan.Bukan mahkamah atas nama mahkamah.Biar rakyat menjadi hakim.
Saya mencari hero.Ada hero disebalik suara kita.Cuma berbalam.
Rakyat kita digari suka-suka oleh polis.Saya sukat untuk menghormati polis sedemikin meskipun atas arahan pihak atasan.Polis itu berhak untuk tidak mengikut arahan sedemikian.Takut hilang kerja?Takut hilang kawan?Takut hilang jawatan?
POLIS BANGUNLAH DARI MIMPI.
Saya menghormati Polis yang benar merasai dirinya adalah polis.Polis yang menjaga keamanan,kedamaian,tanpa berat sebelah dan bisa bergelar hero Malaysia.
POLIS BANGUNLAH DARI GARI YANG MENGGARI HATIMU.
=]

saya bukan pejuang


Saya suka menulis blog pada waktu malam.Rasa tenang bila malam itu.Lagi tenang dan syahdu bila dengar bacaan Al Quran.Rasa kerdil dan insaf pada diri yang hina.Syukur alhamdullilah, Allah masih memberikan nafas untuk saya berjuang di medan dunia ini.

Alhamdullilah,saya mempunyai keluarga yang bahagia.Ayah dan ibu inspirasi saya.Bila saya buat dosa dan salah,saya teringat pada pengorbanan yang tak penghujung dari yang tercinta.Adik saya si Bella Bello itu pun saya sayang.Gaduh gaduh pun gaduh sayang.Hahaha.
Walaupun sudah berbulan,arwah embah berada di pusara,rindu saya masih merah lagi.Merah mekar untuk pusara embah.Senyuman terakhir di wajah suci embah masih lagi hijau.Saya cuma tinggal atuk ki dan atuk (suami nanny saya waktu kecik2).

Ayah dan ibulah yang menghantar saya ke sekolah agama waktu kecik2 dulu.Sekarang,ayah pun masih hantar kami ke sekolah.Walaupun bukan sekolah agama,saya dihantar ke masjid untuk mengaji Quran dengan Syeikh Mohsein.Walaupun saya bakal umur 18,saya mesti diajar untuk belajar Quran.Agar hidup saya berkat dan pegang kuat pada Islam.

Saya pun tidak tahu sejauh manakah saya mengenal diri saya sebagai muslim.Sejatikah?Poyokah?Hipokritkah?
Selidik dalam sedalam laut atlantik,air mata saya tetiba jatuh di pipi.Tuhan telah memberikan saya kebahagiaan,peluang taubat dan kehidupan yang baik.Alhamdullilah.

Saya pun tidak tahu sejauh manakah perjuangan saya sebagai gadis reformasi.Adakah sekadar menyuarkan ketidakadilan?Atau benar-benar seorang pejuang seperti serikandi Islam?Saya baca blog auntie Ina ,Uncle Zaharuddin dan Ustaz Tantawi. Masyallah.

Tiada apa yang lagi saya harapkan.Saya cuma berdoa agar Iman Islam ummat Islam akan terus kuat lagi-lagi kerana kita sedang menghampiri hari Qiamat itu.

إن للقبر ضغطه لو سلم أو نجا منها أحد لنجا سعد بن معاذ
Ertinya : "Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )" ( Riwayat Ahmad, dengan sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din al-Maqdisi, 5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)


Ingatkan saya bila saya lupa.Sayugia,Tuhan Itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

kekuatan jiwa sang perempuan



sukar menjadi seorang perempuan mempunyai kekuatan jiwa.hidup palat (entah)mulut pelat mata kesat.aaah.hidup dunia.rentas semalam tercarik.seperti malam muzik cengkerik.Tuhan.Perempuan sang jiwa tangis siang berpelukkan sang teddybear.Lepaskan perempuan sang kekasih Rajawali.Ratna tanah merah menanti Qiamat.Rupanya comel.Lembut kulitnya.Perempuan dan lelaki.Kita manusia akhir zaman.Ingatkan aku!

Asyik Politik Sahaja

Tanah air saya memang hebat berpolitik :) -ayat skema

Kadang-kadang pening juga kepala berfikir untuk berfikir sama fikiran dengan Tun Mahathir.Tapi, kali ini Tun kalah dengan pemikirannya tentang isu PPSMI.Rakyat Malaysia sayangkan bahasa ibunda kita la Tun.Tun Mahathirku.adoi.

Ibarat kata Pak Samad, kalau sudah bangga sangat dengan bahasa penjajah,gunakanlah bahasa penjajah untuk memancing undi rakyat.Kenapa pihak BN tidak menggunakan bahasa inggeris untuk ucapan memancing undi rakyat bagi pilihanraya?

Setiap kali pilihanraya,ada macam permainan dan taktik kotor.Aku tidak punya lagi rasa hairan.Kalau sudah takut kalah,macam-macam cerita ada.Yang pasti,media Prima TV3,akan jadi badut.Asyik badut sahaja.

Setiap kata yang dibicarakan oleh pihak ehem-ehem,semuanya terkena pada batang hidung sendiri yang sebenar-benarnya.Nak guna helah pun,tarak pandai oh.

Lupa pula nak ucap selamat tinggal Pak Lah.Moga Pak Lah selamat bersara dengan bahagia.Sayanglah pula pada beliau.Ceh.

Najib Tun Razak pula,selamat maju jaya.Nak try gak power si Najib ini.Anyway,waktu sekolah rendah,ada seorang budak perempuan (kawan adik aku ) panggil aku Najib Tun Razak kerana namaku seakan-akan (yek?) dengan nama si Najib.Aku tak nak jadi Najib.Takut gak seyh.

Pengakhiran,kemenangan berpihak pada yang benar.Nak berpolitik kena pandai guna akal,agama,bahasa,bangsa dan diri sendiri.

Saya ini bukan budak pandai pun nak cakap lebih-lebih pasal politik.Tapi,ini apa yang saya fikir,bahawasanya negara kita adalah negara kita.Susah senang kenalah bersatu supaya kasih sayang hormat menghormati antara budaya bangsa,agama dan bahasa tidak terpisah-ayat jiwang.

Asyik politik sahaja.

eh.Nak ucap tahniah untuk kak Yong(anak sulung YB Nizar) atas kelahiran baby sulung :) Pak Cik Nizar naik pangkat "Atuk" :DD

wasiat arwah embah lanang

1.Dulu suatu ketika,heboh kecoh di Malaysia, Sekolah Agama Rakyat (SAR) adalah sarang pengganas.Saya bersekolah agama sejak tadika lagi hingga tingkatan 1.Tidak wujud pun pembelajaran menjadi pengganas seperti yang didakwa oleh kerajaan(zaman che det).

2.Arwah embah lanang meninggalkan sebuah sekolah agama rakyat.Arwah embah pesan, jangan serahkan sekolah agama rakyat hasil titik peluhnya dan orang kampung.Arwah embah mahu saya "iklankan" sekolahnya.

3.Saya pernah mengajar secara sukarelawan di sekolah itu.Saya juga jadi jurugambar dan movie maker untuk sekolah itu.Itu budi siciput saya untuk sekolah arwah embah itu pun kerna itu kemampuan dan apa yang saya ada..Saya pun pernah bersekolah di situ.Baca di sini.

4.Sekarang fikir semula.Nik Nur Madihah dan ramai lagi pelajar dari SAR berjaya.Saya tidak ambil SPM.Saya pun nak jadi budak rajin.Sebenarnya.Saya pun nak berjaya.Nama saya pun memberi makna "cahaya yang berjaya"

5.Ustaz saya cakap
" al i`lmu bila a`malen kash jaru bila thamarin". Ilmu tanpa
amal,umpama pokok tanpa buah
Status graduan bukan status kepandaiaan yang sebenarnya.Melainkan graduan itu tetap punya masa untuk Tuhannya.Ada hati untuk agama,bangsa dan bahasa.

6.Saya takut kalau saya jadi graduan tapi lupa Tuhan.Saya takut kalau saya jadi manusia yang lupa pada asal-usulnya.Nauzubillah.Saya patut bersyukur dengan apa yang saya ada.Alhamdullilah.

Bersahabat dengan musuh

Bersahabatlah dengan musuh.Berhati-hatilah dengan sahabat.Kerana mungkin satu masa kelak, sahabat akan menjadi musuh dan musuh menjadi sahabat.Kita sama-sama manusia.Masalah negara,agama,bangsa,bahasa dan politik.Masalah dunia kita bersama.

الناس سواسية كأسنان المشط

Ertinya : "Manusia adalah sama sebagaimana samanya gigi-gigi sikat" [6]

Saya kagumi kehebatan dan kepandaian Tun Mahathir.Saya juga menghormati mereka yang mempunyai fikiran yang sebaliknya dengan fikiran saya.

Namun bukanlah saya menyetujui apa-apa yang bertentangan dengan fikrah pemikiran saya sebagai manusia.

Lembutkan hati musuh itu dengan adab akal budi bicara kita.

Maafkan saya jika ada terlanjur bicara.Saya pun perempuan biasa sahaja.





http://bicarasamaawan.wordpress.com-

Saya suka dengan entri saudara Kiki tentang PPSMI


Saya suka dengan imaginasi saudara Syuk tentang anak bangsa kita

http://ranjaudunia.blogspot.com

Tahniah atas kata-kata kalian

Sajak Penderhaka Malaysia




Mereka penyangak

Mereka anjing liar

Mereka pengganas

Mereka tidak sayangkan bahasa

Mereka tidak sayangkan bangsa

Mereka penderhaka undang-undang

Merekalah sepatutnya digari ke ISA!

Mungkin juga

Mereka serigala

Namun kami rakyat jelata

Tidak pernah takut akan taring kekejaman mereka

Mungkin juga

Mereka bukan rakyat Malaysia

kerana mereka penakut dengan darah merah kita

Mungkin juga

Mereka tidak boleh dihormati lagi

kerana diri mereka sendiri

Mereka tiada maruah bangsa,bahasa dan agama lagi

Malaysiaku

Aku menangis lagi

Kenapa begini jadinya?


;' (



Politik bahasa bangsa gempak Malaysia

1.Hebat memang hebat orang Malaysia berpolitik.Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional atau mana-mana parti politik.Sidang dun paling gempak sekali dibawah bayangan pokok sena.Berkot dibawah terik panas sang matahari.Diprovokasi oleh mereka yang bukan penyokong Pakatan Rakyat.Polis yang terus menerus menjadi kucing belaan kerajaan Malaysia yang cemerlang,gemilang dan terbilang.Hikhikhik.Polis Malaysia memang gempak habis! Sidang Dun Perak ini memang patut disenaraikan dalam "Malaysia Book of Records". Tuan Speaker Perak,memang hebat.Begitu juga mereka yang lain.Mungkin adaptasi Raja Pasir Dua Butir punya filem la.

2.Tak habis lagi cerekarama politik,bakal pengganti Pak Lah kesayanganku, Najib Tun Razak dan kes Altantuya pula,muncul didada akhbar Perancis.Kesahihan dan bukti masih dalam kesamaran.Entahlah.Sampai bila pun tidak tahu lagi.Mungkin tunggu hari Qiamat tiba.

3.Kurang dari 24 jam lagi,perhimpunan PPSMI akan menggempakkan Malaysia lagi.Tahun 2006,Malaysia telah digempakkan dengan 4 orang pelajar Malaysia telah menyaman kerajaan Malaysia kerana isu PPSMI.Akulah antara mereka.Rupanya, ramai juga pihak atasan tidak tahu membaca,memahami dan melakukan apa yang sudah tertera didalam undang-undang.Kasihan melihat menteri-menteri bersuara hebat menegak bulu kambing yang basah.

4.Inilah politik.Seni mempengaruhi fikiran.Itulah yang ayah bicarakan pada minggu lalu di hadapan mereka yang menghadiri sidang tentang seni, di Cardiff.Saya hanya mengundi mereka yang tahu erti,cara dan perjuangan politik yang suci.PAS pun ada kurang.UMNO pun ada hebat.Sama-sama memerlukan juga sebenarnya.Kan? Mengaku sahajalah!

5. Projek Seniku tentang Malaysia sudah habis.Rekaan baju gabungan budaya bangsa di Malaysia adalah satu kejayaan bagiku.Kerana,aku tidak tahu menjahit asal-usulnya! =P
Dan untuk projek exam pula, aku memilih tajuk "21st century celebration".Isunya lebih kepada politik dan kemanusiaan.Pening juga rasanya.

لا يعرف الفضل لأهل الفضل إلا ذو قضل


Mafhum : Orang yang tidak mempunyai kelebihan

tidak akan dapat mengenali orang yang memiliki kelebihan”


Fikirlah.BUkan setakat politik sahaja.Tapi,ummat manusia!

Nak cakap apa lagi?



Malaysia memang gempak beb!

Malaysia yang Pelupa

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

  1. mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
  2. memelihara satu cara hidup demokratik
  3. mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
  4. * menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
  5. * membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Mungkin orang Malaysia sudah lupa.Tiada guna rukun Negara ini,seandainya sekadar rukun yang dilihat dan dibaca di buku tulis.

إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى إذا لم تستح فاصنع ما شئت

Erti : Sesungguhnya, perkara yang telah diketahui ramai dari perkataan nabi-nabi awal dahulu adalah : Apabila kamu tidak lagi mempunyai perasaan malu, kamu buatlah ( akan berbuat) apa sahaja ( Riwayat Al- Bukhari)

Mungkin syaitan bertopengkan manusia itu suka benar bermain atas pentas politik yang jijik itu sudah tiada malu.Rasuh.Perempuan.Kuasa.Semuanya gila.

Penyelamat ada depan mata.Cuma manusia ramai buta.Al Quran dan Sunnah.
Islam Hadharah dan hudud.Manusia gilakan kuasa.Kuasa Tuhan kau nak lawan juga.

Tolong selamatkan Malaysia kita!

dear Uncle Roslan Shaharom..

Alfatihah ku iringi Almarhum YB Roslan Shaharom. Keramahan sikap Uncle Roslan Shaharom masih ada dibait memori lalu.Julai 2008, pertama kali rasa bersua di kedai kopi tika perjalanan pulang dari kampungku,Kelantan bersama keluarga aku. Mesra layanan Uncle Roslan Shaharom.Bertanya berapa orang adik beradik kami dan juga serba sedikit kehidupan di bumi asing,UK. Terima kasih Uncle Roslan Shahrom kerana menandatangani Poster Malaysia Is Ours.

Beliau pernah bertandang ziarah ke Alexandra Terrace bersama anak perempuannya.Bercadang mahu menguruskan pembelajaran anak perempuannya ke EIHS college, Highmead-Kak Fatimah Zahra.Surat permohonan yang dipos,tiba di rumah kami,tepat pada hari beliau pergi menghadap Illahi.

Tika Perak dihempap tsunami, beliau pergi diiringi dengan ribuan manusia.Hari kematiaan beliau,mengingatkan aku pada arwah embah lanang.Bila teringat,rasa rindu menusuk pula.Rupanya,aku sudah tiada punya embah lanang.

Salam takziah dan salam perjuangan istimewa untuk keluarga almarhum.Insyallah,almarhum akan ditempatkan ditempat orang yang soleh.
Amin Ya Rabbal Alamin

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W.
"

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya).
"

nasi minyak Doralin


salamunalaik ya habibi ya maulana
saya ada nasi minyak nak ajak kalian makan
1 minit dari sekarang
kalian saya ada blog secara personal baru sahaja direkabentukkan.
maka,sayugia,saya sukacita menjemput kalian.
http://nurnajihahmuhaimin.blogspot.com

jihad jahat jika akulah Sultan

1.Mendengar cerita dari ayah dan kawan-kawan beliau.Perak akan dijajah dengan Maha Zalim.Ulangi sejarah Hang Tuah.Kenangi mulia erti sahabat yang dibunuh,Hang Jebat.Atas arahan Sang Sultan.

2.Bila budak naik atas bonet Raja Di Hilir Perak,bila rakyat membaringkan diri diatas jalan bagi menghalang kereta di Raja,bila diludah Raja Di Hilir Perak,bila rakyat mula menjerit "apa sabar-sabar?" adakah ini bukan satu kewajaran emosi dan fakta yang sememangya akan berlaku? ANDA BERHAK! Kita berhimpun atas nama keadilan.

3.Perkara 10 – Perlembagaan Persekutuan Negara – Hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata.

Perkara 20 – Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dimana setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan berkepesatuan.

Perkara 21- Konvensyen Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966

4.Tak perlulah pihak MAHA ZALIM mengakui menjerit dijalanan tentang isu Palestin.Sedangkan,isu hebat dizalimi di Malaysia sendiri itu adalah lebih jelas dan nyata di mata seorang pemimpin yang berhati mulia.Hebat sekali drama TV3!

5.Kalau berjuang kerana wang dan kuasa,kau jual pisang goreng tepi jalan sudahlah!

6.Kalau berjuang kerana status keimanan dan satu tanggjawab,jomlah kita sama-sama syahid fisabillilah.

7.Peringatan dan pengajaran juga pada PKR.Kalau nak berjuang,drive kereta katak pun tak mengapa la.Tak perlu kita mewah.Cukup dan syukur dengan apa yang ada.

8.Dr Zambry jangan lupa pula tesis phd yang dahulu kala pernah dikaji oleh dirimu.Kajian tentang perjuangan PAS itu.Anda tersilap landasan terbang perjuangan la pulak.Bukan Perak yob.

9.Bila dah berkuasa,ingatlah yang bawah.Bila dah turun,baru teringat nak naik atas.Jangan sampai tsunami lagi.Biar pun beratusan rakyat digari,dilokap,diseksa dan dizalimi,aku tidak akan berdiam sepi.


10.Aku cuba menjadi relax se relax bapak aku.Tenang dalam kawalan emosi tapi masih berdiri di duri.Kalau bisa tidak mahu emo sangat.Cuma,kadang-kadang perasaan perempuan itu selalu begitu.Kata bapak "emosi terkawal perlu dalam perjuangan".

Erdogan heroku Venezuela panglimaku Doraemon sygsku



Kau membuat aku tersenyum bahagia melihat keberaniaan kalian.Aku cuma menunggu bilalah masa Perdana Menteri Malaysia itu bisa menjadi seperti kalian. Oh ya. Tak sabar rasanya,menunggu "dia" meletak jawatan Perdana Menteri Malaysia. Namun, risau juga siapalah akan bisa menjadi penggantimu.Aku tidak mahu Najib. Aku mahu Erdogan atau Hugo Chavez menjadi Perdana Menteriku. Kalau enggan juga, biar saja Doraemon berjuang menjadi Perdana Menteri istimewa untuk Malaysia.Bisa aja bukan! Benar bukan wahai Malaysiaku!
doraemon Pictures, Images and Photos

Palestin juga perjuanganku


  1. Tak perlu dicerita apa perasaanku jika kau mengerti erti perjuangan dan Palestine.
2.Tak perlu kau jerit jika kau sekadar mahu menunjuk kau pejuang hebat.

3.Ibu ayah aku cakap dan berpesan "perjuangan menentang nafsu itulah sekecil perjuangan yang memerlukan sebesar besar pengorbanan"

4.Aku dan adek melancarkan kutipan derma untuk Gaza disekolah Bishop Gore.Terima kasih sangat pada headmaster kerana memberikan kami keizinan dan juga sokongan.
Aku angkat tangan untuk bercerita pengalaman pahit dan manisnya pandangan orang non muslim dan juga muslim terhadap isu Palestine di Unitarian Church.Diakhiri dengan laugan suaraku "Free for Palestine" dan juga satu tepukan "semangat".

5.Biarlah ada diantara mereka enggan dan juga menyokong tindakan gila kekejaman zionist,aku masih juga berjuang di medan keadilan.Aku terangkan pada mereka apa yang terjadi di Palestine itu adalah satu ketidakadillan,kekejaman yang bertentangan dengan akta kemanusiaan sedunia!

6.Biar pun ada 20% di sekolah ku menyokong Israel, aku tidak akan lemah untuk berjuang.Poster yang kami lekatkan dicabutl.Kami diprovok oleh cikgu sendiri.Kami tahu,kami ada keberaniaan.Dan kerana itu,aku dan adik,tidak akan berhenti untuk berjuang demi Palestine.

7.Biar pun ada 3 orang guru,yang mahu berlaku adil terhadap Israel,maka diorang tidak mahu untuk menderma.Masih lagi nak berlaku adil pada pembunuh?bagus punya orang.

8.Biar pun ada seorang guru yang bersikap "racist" terhadapku

"Sir,would you like to donate some money (nak ambek duit) for Palestine(patah balik dan berkata NO).
"It is better if I give this money for African.I dont want to be involved in this war"

Sir,this is for human rights!-jawab aku dan ucap terima kasih dan terus bla.Kecewa pada hari pertama!

9.Biar pun ada seorang mulut celupar mengatakan "thats not my country,why do I have to care?Hamas just cannot stop to attack Israel.So,they never can stop it"
selfish.ego.arrogant. stupid statement la.watch out your mouth!

Biarpun ada juga orang Melayu Islam tidak turun padang dengan berbagai alasan tidak masuk akal dan hati, beringatlah kamu. Kamu Islam. Mereka saudara kamu di Palestine.Mereka juga memerlukan suara berani kamu.Bangunlah dari mimpi kamu.

10.aku tidak mahu menangis kerana orang yang pendek akalnya sebegini.Tapi,aku syukur,aku dilahirkan dengan mempunyai rasa hati.
Ramai juga guru-guru dan kawan-kawanku yang menyokong tindakan Palestine.Syukur alhamdullilah.Ini baru perjuangan di sekolah.Bukan di parlimen lagi.Bukan juga di medan perang!

11.Tahniah pada PAS kerana memenangi Pilihanraya lalu.Apa pun,aku tidak mahu Pakatan Rakyat alpa dan lupa dengan kemenangan ini.Ada sedikit kekeciwaan terhadap Pakatan Rakyat.
Hukum Hudud! Jalan la boss.Kau nak lawan hukum Tuhan,kau lawan sampai Qiamat pun kau tak menang la.

tapi aku masih tidak pasti,layakkah aku bergelar syahidah suatu hari nanti..aku ni kira budak nakal gak.ngeh2.gedik dan getik jew ;p