RSS

kasih pada bahasa

1-Isu PPSMI yang baru-baru ini akan dimansuhkan pada 2012 sedang menjadi bicara hangat di Facebook aku. Aku sedang membuat "research" tentang pendapat rakyat Malaysia.Kebanyakkan mereka berkata "OH TIDAK PADA PPSMI"

2-Ada juga yang berkata YA PADA PPSMI. Tak sempurna hidup tanpa penyaing atau pengkritik.Ada untung ada rugi.Namun selama mana PPSMI dieksperimenkan kepada pelajar-pelajar anak bangsa kita, semakin banyak rugi yang jelas kelihatan.Duit,masa dan maruah bahasa.

3-Pelajar luar bandar dan bandar beza pemikirannya dan lain cara pembelajarannya.Mereka telah "dilalikan" dan "disusahkan" dengan bius PPSMI ini.Untuk kembali pada bahasa ibunda seperti agak susah untuk memahami kerna sudah kebiasaan belajar dalam bahasa penjajah.

4-Isu penjajah meski sudah lama,namun masih tertera lagi sejarah negara kita! Mereka senyum gembira melihat bahasa mereka dipermata intankan oleh bangsa kita.Kenyataan ini adalah nyata kerna aku sendiri pernah khabarkan isu PPSMI pada mereka (orang putih).

5-Bukan kita menolak bahasa antarabangsa dan bukan juga kita menolak perubahan yang baik.Maafkan aku Tun Mahathir. Cuma sementara mereka anak bangsa tidak lupa akan bahasa Malaysia.Kasihanilah bahasa kita.Sayangilah bangsa kita.Jangan dilanyak bahasa ibunda.

6-Bahasa Inggeris ada baiknya............................

7-Jika PPSMI tidak dihapuskan pada 2012, sahihlah kerajaan mahu "mengorat" rakyat dengan helah..ngeh,ngeh,ngeh, ^-^ ( muka bajet cute)
Kita tengok dan lihat!
Salam perjuangan

2 suara reformasi:

Pyanhabib said...

salam pada ayah

IrfAn al-KeiLani said...

aku pun tolak ppsmi!!!