RSS

Menanti Perang Berakhir

video

Disebalik selendang Marwa



Tudung yang ku pakai sejak kecil inilah hadiah agama yang diajar sejak zaman berzaman. Syahidah seorang Marwa yang ditikam 18 kali di hadapan anak kecilnya di Mahkamah Jerman membuatkan ramai Muslim dan juga bukan Muslim marah pada sikap pihak polis Jerman yang telah menembak suaminya yang cuba melindungi Marwa yang sedang ditikam.Alasan yang paling kolot, kerana keliru antara suami dan pesalah (Alex).Alasan yang tidak munasabah.Dan bagaimana seorang pesalah boleh membawa pisau di dalam mahkamah? Alex masih hidup diatas muka bumi ini.Dimana keadilan demokrasi yang kononnya hebat belaka di negara-negara Barat!?

Dimanakah media barat yang sering memanggil kita ummat Islam sebagai terrorist? Diam membatu BBC khususnya yang hebat dengan kata-kata hinaan “terrorist” pada ummat Islam! Sedangkan mereka yang menghunus pisau.Sedangkan tudung diharamkan di Perancis! Dan baru-baru ini kerajaan Britain mahu mengharamkan burkha.Inilah ujian demi ujian menguji iman seorang perempuan bergelar Muslimah.

Tersentak dan marah.Itulah rasanya.Mungkin kerana pernah aku jejak kaki di Jerman pada 7 bulan yang lalu. Ini bukan satu cerita tentang kezaliman pada ummat Islam!Bingit telinga dan sakit hati.Baca dan lihatlah berapa banyak kisah lagi! Klik di sini

InsyAllah, tudung itulah yang melindungi dari mata yang berhati syaitan.. Amin Ya rabbal al amin




kasih pada bahasa

1-Isu PPSMI yang baru-baru ini akan dimansuhkan pada 2012 sedang menjadi bicara hangat di Facebook aku. Aku sedang membuat "research" tentang pendapat rakyat Malaysia.Kebanyakkan mereka berkata "OH TIDAK PADA PPSMI"

2-Ada juga yang berkata YA PADA PPSMI. Tak sempurna hidup tanpa penyaing atau pengkritik.Ada untung ada rugi.Namun selama mana PPSMI dieksperimenkan kepada pelajar-pelajar anak bangsa kita, semakin banyak rugi yang jelas kelihatan.Duit,masa dan maruah bahasa.

3-Pelajar luar bandar dan bandar beza pemikirannya dan lain cara pembelajarannya.Mereka telah "dilalikan" dan "disusahkan" dengan bius PPSMI ini.Untuk kembali pada bahasa ibunda seperti agak susah untuk memahami kerna sudah kebiasaan belajar dalam bahasa penjajah.

4-Isu penjajah meski sudah lama,namun masih tertera lagi sejarah negara kita! Mereka senyum gembira melihat bahasa mereka dipermata intankan oleh bangsa kita.Kenyataan ini adalah nyata kerna aku sendiri pernah khabarkan isu PPSMI pada mereka (orang putih).

5-Bukan kita menolak bahasa antarabangsa dan bukan juga kita menolak perubahan yang baik.Maafkan aku Tun Mahathir. Cuma sementara mereka anak bangsa tidak lupa akan bahasa Malaysia.Kasihanilah bahasa kita.Sayangilah bangsa kita.Jangan dilanyak bahasa ibunda.

6-Bahasa Inggeris ada baiknya............................

7-Jika PPSMI tidak dihapuskan pada 2012, sahihlah kerajaan mahu "mengorat" rakyat dengan helah..ngeh,ngeh,ngeh, ^-^ ( muka bajet cute)
Kita tengok dan lihat!
Salam perjuangan

khabar dari Malaysia

1- DAP Kedah keluar dari Pakatan Rakyat kerana kandang babi yang menjadi keutamaan politik.Kerana babi, hubungan politik senang sahaja menitis bagai air hujan lalu hilang.. Sedangkan manusia sekarang menghadapi selsema babi!Risau hati bukan kepalang belalang lagi..Bukan salah sesiapa penyokong DAP tapi salah kepada yang berkenaan sahaja. Kasihan sama babi.Sepatut babi boleh masuk Parlimen.

2- Dakwa UMNO tolak Islam fitnah besar pembangkang - Mustapa
Utusan Online

Ada hati kita sama-sama fikirlah.Nak kata penulis sendiri "bahek la sangat" tak layak rasanya.Yang jelas, Pemimpin2 UMNO banyak sangatlah pot-pet pot-pet nak bagi harta karun dan status bangsawan pada rakyat jelata. Zam-ala-kazam-

3-Ayah selalu doa setiap solat jemaah-
"Kuatkanlah Islam kami,tunjukkanlah kami jalan yang benar,jalan yang tak sesat selamanya,lembutkanlah hati kami,permudahkanlah urusan kami,jadikan kami anak soleh dan solehah".
Selamat hari ayah buat ayahanda tercinta.Meski lewat,sungguh ayah paling tercinta :)

matinyaaa



Aku tidak tahu secara detail tentang kematian sahabat Mexico ku, Alejandro.Aku tidak mahu tahu tentang itu kerna aku tidak mahu lagi bersedih.Meskipun sudah 2 minggu berlalu.Kematian pertama seorang sahabat dalam kemalangan kereta, sudahlah jauh tempatnya, cukup menakutkan dan mengingatkan aku tentang mati. Pastinya, kita semua akan kembali pada Tuhan.Harapanku sebenarnya mahu dia dekati Islam dan matinya sebagai Muslim.Sayang sekali..

Ada hikmah disebaliknya.Insyallah

Islam sepanjang hidupku, seharusnya ku bersyukur sesyukur-syukurnya. Hari semalam yang berlalu,terasa lelah dengan dosa. Rasa hati ini jahat banget sama Tuhan. Demi masa, kita semua ini sering lupa.Dengar lagu Iktiraf,maka hatiku berfikir, dimanalah status ku sebagai hambaNYA?

Kematian itu menuntut PERSEDIAAN. Persediaan menuntut kepada ILMU, ilmu menuntut kepada AMAL, dan amal menuntut KEIKHLASAN




Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu

Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU

Ampunkan dosaku terimalah taubatku

Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai

Dengan rahmatMu

Ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini

Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu

Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Kamilah Hamba yang mengharap belas dari Mu


Jika hari esok aku mati, pastinya tak tidur malamku. Entah sempat untuk ku mohon ampun pada Nya.Muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit.sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati