RSS

bienvenidos a mi blog

hye salam :D

Just wanna let you know Jiha berhijrah ke blog Pelangi Jiwa
muzikandalusia.blogspot.com





Wahai Pencinta Seni

מה חדש מעלה(whats up?) שלום יכול להיות לך על( May peace be upon to you)

Well, am not even sure are these writing right because I was copy it from Mr Google. Hehe =)

ஒன்று
It has been so long, I have not update my blog due my daily life is changing. Am a university student of Insaniah College University at Kedah. (Bajet busy la ni.) Even though my earlier plan, was about to study at Syria, but unfortunately it just not safe to be there for a while. I dare to go but not for study, for capturing the photos of war la~. Sound scary and risky but what is life for huh? (Well surely my mom won`t let me go!!)

இரண்டு
Well in Insaniah College University (KUIN), am doing Graphic Design in Diploma. You know what, it was on my plan to further my study in art. But my parents would love me to study in Islamic Study, but somehow the miracle happened! Graphic Design finally became my field! YEY! =DD

In here, I have learnt that I was born to be in Art World. It is really nice to be here. I've met loads of people from different countries. Now am back Malaysia! I was so excited to see, to learn, to explore my country,yes truly Asia,Malaysia!

மூன்று
The most stressful time, when I have to face the finale. OMG. It was scary. I cried! I can`t believe how I can faced it. Thanks God for keep giving me love from beloved people- my family,friends,lecturers,bla-bla-bla. I really hope, I can get a good result. Sometimes, on that point, I was almost give up but I never ever can allow my self to that!

The most funny question I ever had from loads people especially elders (I don`t mean to be rude okkk)

What is your future doing all the drawing, colouring things huh?
Your course is useless, nothing to do with Islam and dakwah.
Its better for you to study Islamic Study

And I just smiled and sayzzz..

Art is a part of life. There is no road, if we don`t have engineer or architecture or designer. There is no signboard or traffic light, if we don`t have the planner. Even if you open The Quran, you can see how beautiful Islamic Art around it!

நான்கு
Well, that's all I can say. To those in art course, trust me, believe in art can make our life happy. I can show you the prove, by watching this great film. A film about a dyslexic little kid and how art make a big change for him.





Malang & Kemalangan tak sudah,,


Yo salam

Tips untuk anda semua. Walaupun ramai di antara kita dah tahu, tapi ada jew yang buat deeeek je,,so Jiha willing nak membebel dari hati nurani dan dari pengalaman2 selama tinggal di Malaysia untuk 8 bulan,,

Al Kisahnya

Minggu lepas, ada la sorang bro ni accident dalam konvoi Photography Club ke Pulau Pinang. Jiha dan other girls dalam kereta yang berasingan. Bro tu menunggang motor, ntah cmner ada kereta langgar dia dari belakang. Dahsyat tak dahsyat, kulit dia ada terkoyak,,agak teruk. Pendek cerita, kenala masuk hospital.Tak sanggup nak cite,,sebab Jiha takot sebenarnya!

Pengajaran

  • Firstly, we always forgot to doa before we start journey, kan?

سُوۡرَةُ الزّخرُف
لِ
تَسۡتَوُ ۥاْ عَلَىٰ ظُهُورِهِۦ ثُمَّ تَذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ رَبِّكُمۡ إِذَا ٱسۡتَوَيۡتُمۡ عَلَيۡهِ وَتَقُولُواْ سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَـٰذَا وَمَا ڪُنَّا لَهُ ۥ مُقۡرِنِينَ (١٣) وَإِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ (١٤)

Az-Zukhruf

Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan: Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. (13) Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali! (14)

  • Secondly, seat belt issue!

Bukan sebab undang2 di UK dan rakyatnya yang akur pada undang2 memakai seat belt, tapi sendiri mahu ingatla keselamatan kita bergantung pada sifat kita. Tak guna beli kereta,tapi tak pakai seat belt.

  • Thirdly, no mobile phone please! sms or calling kalau tak penting (Especially driver). Concentrion hilang dengan mudah. Kawalan pemanduaan pun berkurangan dan tak stabil.


  • Fourthly, kalau nak racing sangat, sila sign up ke Formula 1,, jangan sebab nak tunjuk hebat atas jalan raya, anda membahayakan nyawa orang lain. Sila memandu dengan jiwa hemat!

  • Lastly, don`t say insyallah selamat,kalau tak pakai seat belt. Nak berserah pada Tuhan pun kena ada usaha.

.Last bebel.

No wonder la Malaysian kalau accident je,mesti gempak remuk. Seat belt pun tak nak pakai. Jiha beri perbandingan dengan UK dan Malaysia, supaya kita dapat belajar. So kalau sesiapa nak berkata:
Ini bukan UK Jiha oii,,relax la, insyallah selamat, ala polis tak ada,,
(siap gelak lawak dan sindir,melihat betapa skemanya cik Jiha ni,haha)

Maka, silakanlah. Jiha bebel pun sebab Jiha sayangkan nyawa Jiha dan kalian. Jangan terhantuk, baru nak melalak. Terpulanglah kan,,malang tak ada perfume,, =]

tragis demokrasi Malaysia

salam BERSIH

Kehangatan masih berbisa. BERSIH isu hangat J dan kawan2 serta family. Walaupun tidak dapat hadir,namun syabas diucapkan pada mereka yang pergi!

Profesionalkah POLIS DIRAJA MALAYSIA?

Tatkala melihat YB mat Sabu yang sengaja dilanggar oleh mereka yang berperikemanusiaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawalnya yang dipukul polis hingga tercedera, begitu juga kepada seorang lelaki lain di Pudu yang pecah kepala diserang polis serta banyak lagi bukti-bukti keganasan polis menuntut pertanggungjwaban Ketua Polis Negara dan organisasinya, gari-gari yang menggari mereka yang bersuara, kawan J sendiri ditahan, Sya'rani Supandi,. Alfatihah untuk allahyarham Hj Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia dengan tangan digari,30 minit beratrung nyawa,ditinggalkan polis pengiring meninggalkannya di tepi jalan,

Dan media terus diperalatkan, menjadi boneka pemimpin yang zalim, apa halal duit gaji sebegitu rupa?




Polis yang bertugas, bukan kami tak faham tugas anda,yakni menjaga keselamatan negara. Tetapi bukan dengan menyepak,menggari,dan bersifat tidak berperikemanusiaan dengan sesuka hati kau. Kita ada undang-undang Islam,negara, dan antarabangsa. Kami bukan buta & tuli undang-undang!

Agong pun sudah kasi green light. Kau lak pe kes nak mempertahankan sifat zalim pemimpin Malaysia?


Article 5. (The Universal International Human Rights Declaration)

  • No one shall be subjected to torture or to cruel, inhuman or degrading treatment or punishment.
Kesimpulan: Qullil haq walau kana murran
Berkatalah benar walau ia pahit

BERSIH rock Malaysia!



Apa kau sangka kami berdarah pengecut?
Apa kau bilang kau anak Malaysia?
Cuba kau kira semula,
Dengan apa nilai merdeka kita punya?

merdeka kita tidak sehijau bendang Kedah, merdeka kita tidak sebiru langit Malaya, merdeka kita tidak semerah darah, merdeka kita hanya atas nama,namun perjuangan luka kita akan teruskan jua. Salam Bersih!

ibu J yang terbayek



Nama beliau Wan Noraidah Wan Ismail. Dialah ibu J yang terbayek =D
Walaupun J nakal, ibu selalu sayang J!
Bila berjauhan setakat Ipoh pun, ibu sudah rindu J dan J pun selalu rindu ibu!
I wonder, camnelah ek nanti kalau I fly away from Malaysia? Mesti windu kat ibu double-double prosperity! =)
Sayang mommy tomey!~ mwaaaaaaaaah mommy!
Lagu ini,lagu famous di hati J tika kecil2. Istimewa untuk ibu!

boleh tak PAS & UMNO berbaik?

salamuallaik. hola senayor and senorita! Chawani bashi (apa khabar dalam bahasa Kurdish)?
Bashi (baik?) =)

Hari2 yang lalu, J ada berbual dengan sepupu-sepupu J, tentang politik. Isu yang tak boleh bla. Politik memang bosan kot pada mereka yang berfikir, politik mesti kotor,gaduh2,etc. Jangan gitu, politik untuk kita berfikrah. Menyerah kuasa pada yang benar atau yang zalim, semua di tangan kita! ;)

Kadang2 bila bercakap tentang PAS & UMNO( Parti Utama Malaysia) memang tak ada akhirnya,unless kalau sudah penat berbicara dan air liur pun tiada.

Menyokong PAS bermakna menyokong perjuangan agama kerana basic perjuangan PAS itu Islam,perlaksanaanya pun bertarbiyahkan Islam. Menyokong UMNO semata-mata Hidup Melayu.

Hidup dibawah sebuah keluarga PAS, minda J ketika kecil, diskriminasi terhadap UMNO pun sudah wujud. Warna merah & pink J mulai anti kerana itu warna UMNO. Budak lagi time tu. :P

Di masjid,sekolah,pejabat,universiti (dan sebagainya) pun ukhwah silaturahim boleh terjejas kerana pendirian politik yang berbeza. Harakah, Utusan Melayu, etc pula seringnya menjadi medan pertempuran.

J membaca Harakah sejak kecil kerana ayah membelinya. Walaupun tika itu agak bingung, apalah Harakah ini ek?Kadang2 membaca Harakah boleh jadi bosan, khususnya anak muda yang berusia bawah 18 tahun. Sebagai anak muda, kenapa tidak Harakah dan PAS memberi RUANG KHAS anak muda bersuara? Membaca Utusan pun sama juga objektifnya. Tak ada lain dari yang lain apa?

Perlukah diskriminasi politik begini? Tak perlu rasanya!
Jika Fatah dan Hamas mampu bersatu demi Islam, kenapa tidak kita? ;)
Dear my PAS & UMNO`s friends, tak mow gadoh2 k! Stay cool!

Mungkin juga dengan musuh kita. Lihat bagaiman Nabi deal dengan musuh. Walaupun Nabi Muhammad dizalimi oleh musuhnya-diletakkan duri di jalan Rasullah lalui untuk ke masjid oleh seorang perempuan Yahudi, diakhiri dengan kalimah syahadah, apabila perempuan Yahudi ini jatuh saket dan Rasullah menziarahinya. Hati siapa yang tak terharu,bila musuh diperlakukan sebegitu sweet oleh Rasullah?

Anyway, come and join Peace Maker Organization- ruang khas untuk anak muda bersuara! Click
---------------->

Salam Syair Perjuangan (Credit to ayah`s syair)

jika PAS memerintah Malaysia..


Salamuallaik :)

Wassup? Wassup! Ambo harap tuan ambo sumo sihat belako. Ambo lo ni kechek Kelate. Almaklumlah, tengah merantau ilmu di Kelate Darul Naem! Dari penglihatan ambo, Kelate ni meme (memang) marvelousze! Suko ati ambo tengok Kuliyah Jumaat di Dataran Ilmu, KB.
Ngama(ramai) sunggoh weyh! Solat jemaah hok di mesjid, subhanallah. Memang oghe Kelate mantop =))

TV meme ambo jarey (jarang2) tengok doh. Bukey gapo, teratak atok ambo meme tak dok TV & Radio. Oghe yang hok dok di Pondok,meme salunya gini la, tapi bukey sumo lorh. Nasib baik la boyfrenggg ambo,Acer Laptop ado. Ambo dok dating dengan Acer la lo ni (sekarang ini) =)

Okesh la cukuplah ambo berkechek Kelate. Back to normal accent =)

Dari satu sudut, Kelantan memang Islamik. Kampung Jiha pun disitu. Memang paling Jiha tak suka nak balik Kelantan sebab jalannya yang bersimpang-suwey-dovey, plus waktu kecik2, nak tengok cerita
Doraemon, TV lak tak de kat rumah atok, Jiha pun tak bergewey(berpacaran) lagi dengan laptop Acer!

Tapi ada sudut yang mungkin Kelantan perlu ambil tindakan, seperti kebersihan seperti di sekitar pondok tradisional, Pondok Pasir Tumboh. Selari dengan kehendak Islam itu, kebersihan itu separuh dari iman. =)

Pondok Pasir Tumboh termasuk dalam cuti-cuti Malaysia juga. Ramai pengunjung dan pelajar dari luar datang ke pondok untuk mendalami ilmu Islam. Dari America, pun ada! Diasaskan oleh tok guru Tuan Guru Hj Mustafa b Hj Abu Bakar . Berkatnya pondok ilmu ini, tenaga pengajar disini,tidak dibayar lumayan pun, tetapi redupnya rahmat Dia, mereka tidak perlu risau,jika mengalami masalah kewangan. Kerana, Allah melapangkan padang rezeki buat mereka.

Teringat pada arwah embah lanang yang juga pengasas madrasah Maahad Al Islah. Meskipun kedua-dua pengasas Madrasah ini sudah menghadap Illahi, namun, alhamdullilah pondok ilmu Pasir Tumboh dan Maahad Al Islah masih mantap berdiri. Masyallah. Besar sungguh pengorbanan tok guru,ulama-ulama dan pengasas-pengasas pondok/madrasah =DD

Fredrick, seorang teman Sarawak,pernah bertanya, jika Islam menjadi pemerintah,bagaimana pula dengan arak & judi?

Kembali kepada zaman pemerintahan Islam. Rasullah sendiri begitu menjaga hak orang bukan Islam di Mekah. Arak dan judi dibenarkan tetapi dengan syarat ianya terhad dan tidak terlalu open. Masyarakat non-Muslim di Kelantan sendiri menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kelantan yang mengharamkan judi. Judi ini mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat dan sosial. (Sumber dari Harakah yang tadi Jiha baca!) Bukan itu saja, malah tempat beribadat mereka pun diberikan hak yang sewajarnya.

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil- Surah Al Mumtahanah, ayat 8-9
.

Kesimpulannya, dibawah pemerintahan seorang pemimpin yang mempunyai pegangan agama yang kuat & melaksanakan hukum Islam dengan adil dan saksama, maka hasilnya,kita BANGUN BERSAMA ISLAM =)

So,nanti bila you all mengundi, ingatlah negeri tauladan contoh yang Islamik ini, Kelantan Darul Naim! Jangan lepaskan tanggugjawab anda untuk mengundi ya kerana dirimu begitu berharga!

Terima kasih jak Fredrick kerana bertanya! =)



kita demo sytle UK!

Salamuallaik. Ya sekarang kami sedang menjalankan kempen 1000 tandatangan anti-peperangan Libya untuk dihantar ke Kedutaan US,UK dan Perancis pada Jumaat ini. Insyallah. Anda juga mampu melakukannya.
1. Pakat2 la dengan kawan-kawan untuk bersama dalam kempen kemanusiaan ini,
2. Beli plain banner
3. Dapatkan signatures dari kawan2 pejabat,sekolah,jiran2,family,ahli jemaah,etc!
4. Target venue di tempat awam yang ramai orang!
5. Malu? Takut? Jangan begitu! Libya memerlukan KITA!




Ini the latest picture dari Swansea. Ya mereka berprotes. Same place. Yes there are police over there but they are only watching protestor not HARMING/BEAT UP/ETC them. My Swansea, my love! Well done to Swansea. This picture credit to Councillor Peter May. Bukan kuantiti protestor yang penting, tetapi kualiti protest ini. Bila lagi Malaysia?

Ini pula protest STOP RACISM di Swansea. Ada musik yang mengecohkan suasana. Ada anak muda yang bersuara. Tanpa pangkat atau status. Aman je. Anak Malaysia pula? Jangan melepak je!

Ya Jumaat ini, 11am-selepas Jumaat. Berarak dari masjid negara ke kedutaan US,UK & Perancis. Tema warna baju: merah,hijau & hitam. Jika Arab mampu bersatu melalui Facebook, mengapa tidak kita? Ianya dibawah organisasi Peace Maker. Join & LIKE us on FACEBOOK! ;)Dan Silence Light Light Night, Sabtu ini di Kedutaan Amerika. Solat hajat bersama dan juga ada perhimpunan aman senyap membawa lilin,sebagai simbol harapan & cahaya keamaanan kepada rakyat Libya! Forward kepada kawan2 ya! Datang ramai2 ;)

Berita dari Syria: Freedom is Calling

salam Syria! :)

Teringat kisah bro Muaz, sis Mumina dan abang2 & kakak2 di Jordan & Syria pada akhir tahun lepas. Pesan-pesan!

Jangan dibawa apa2 buku Hasan Al Bana!
Presidentnya Bashar, dipanggil Pak Long dikalangan Malaysian, Jangan disebut namanya! Pandang & senyum pada wajahnya pun, jangan!
Jangan disebut tentang politik & kebebasan di negara Syria! Jangan!
Jangan terlebih mulut cakap tentang Syria! Jangan!
Jangan diambil gambar penjara bawah tanah, di tengah bandar Syria itu!

Dijangankannya kerana anda bakal menerima padah! Sama ada dihumban ke penjara, diseksa atau hilang terus tanpa berita. Dikatakan 90% rakyatnya adalah mata-mata kerajaan. Dalam 1 keluarga, selalunya akan ada 1 mata-mata. Entah bagaimana rasa mahu percaya ada, diantara mereka?

Meski begitu banyak JANGANNYA, alhamdullilah, Syria bumi anbia`, begitu dekat & aman juga rasanya saat kaki menziarahi perkuburan para ulama-ulama, para imam-imam!

Ramai perempuan yang menutup aurat & berniqab. Berbeda dari Jordan & Malaysia.

Rindu pula Syria! Terasa manis halwa pak Arab!

Yang pasti, rasa ketidakadilan dan kasihan pada kezaliman, harus dihidupkan dengan keberaniaan! Lantas, rakyat mula bangkit! Melawan demi keadilan! Meski dibunuh! Ya Allah lindungilah ummat Muhammad ini! CLICK HERE!

Tapi bagaimana pula dengan kita? Pedulikah kita? Atau menanti perang hadir dihadapan mata?


Oo lambat update lak pasal Syria!

Menanti Perang Berakhir


Itu tajuk drama penulisan oleh ayah Jiha la.Ye salam peperangan. J sekarang berada di Zon Perang Libya. J membuat liputan wakil dari media bebas untuk Malaysia dan warga dunia.

Disana nampaknya ada sebuah jet pejuang Amerika sedang membedil kota raya. Rakyat bertempiaran. Ibu sedang melindungi bayinya dibawah hijabnya. Disana pula nampak seorang ayah tua berlari bersama anak terunanya.

Boom! Ah anak kecil itu ditembak!
Boom! Wanita itu pengsan! Berdarah!

Obama mengatakan pihak PBB akan menyelamatkan rakyat Libya dari diktator Gadhafi. Gadhafi sedang aktif memberikan senjata kepada rakyatnta untuk menentang kuasa campur tangan PBB!

Rakyat Malaysia nampaknya sedang berdemonstrasi menentang peperangan ini. Kelihatan anak muda sedang mengibar bendera keamanan. Kelihatan juga anak muda sedang menyanyi di jalanan bagi menunjukkan sokongan kepada rakyat Libya, bukan Gadhafi, bukan PBB!Masyallah anak muda MALAYSIA sedang bangkit hebat!

Boooom! Satu bedilan terdengar lagi! BOOOOOOM! Satu peluru mensusuri jantungku! Aduh! Allah!
*************************************************************************************

"Jiha oh Jiha bangun!" terdengar suara halus. Ah mimpi rupanya!
Mana anak Malaysia dalam mimpi tadi? Mana Umar Al Khatab Malaysia? Mana dia Sultan Fateh?

Gentarkah anak muda Malaysia melawan kezaliman ini? Ahlan wasahlan! Ya anda berada di Zon Perang! Mari turun sama, kita PROTEST PEPERANGAN LIBYA ini. Check out my FB`s event! =)
.

Islamic Relief in my heart!

Islamic Relief is always my choice.InsyAllah!
May Allah bless Islamic Relief for all the efforts they bring to people! =)
Allahuma ameen
Anyway, I miss to do my volounteer work with IR! I really miss you baby!!



A great story from Mr Salah!
http://www.islamic-relief.org.uk/libya_blog.aspx?utm_source=Islamic+Relief+UK+All&utm_campaign=807d6203e0-MENA&utm_medium=email

Cahaya Fotografi


“Cahaya adalah sesuatu yang dekat dengan kehidupan seorang fotografer. Mereka sangat terpukau akan keindahan yang sanggup dihasilkan oleh cahaya. Tapi saya mendapati, satu jenis cahaya lain yang jauh lebih memukau, iaitu cahaya spiritual. Ada sesuatu dalam Islam yang mampu menghasilkan keindahan sekaligus cahaya.” - Peter AKA Abdul Adzeem

kuasa lensa kamera, kuasa Tuhan!

Salam! =)

Pernahkah anda mendengar dakwah melalui fotografi? Ha Jiha pun tak pernah dengar sebenarnya. Tetapi setelah memulakan langkah minat dalam bidang fotografi, sumber idea datang kebanyakkannya dari Islam,agama anutan saya! Disitulah terbit

Bidang dakwah bukanlah bermaksud ustaz,ustazah,syeikh semata-mata! Berdakwah itu luas erti katanya. Bidang seni suara, seperti Opick, bidang tarian, seperti tarian Sufi, bidang seni & graffiti, seperti Mohammed Ali Aerobic Aerosol, bidang fashion, seperti Rabia Z, dan bidang rambut panjang, ayah saya la! LOL =D

Dari pemerhatiaan Jiha, rakyat Malaysia mungkin kurang menghargai erti keseniaan yang sebenarnya. Berapa ramai yang akan membeli harga sebuah lukisan dengan harga yang tinggi?Lihat saja bidang fotografi. Erti fotografi mungkin lebih senang dihati jiwa anak muda. Tapi bagaimana pula dengan golongan "pendakwah"?

Ya jangan sempitkan hidup dengan mentaliti agama sahaja. Inilah peluang & ruang untuk berdakwah dengan cara yang lebih santai & cool. Peter Sanders menjadi bukti, fotografi adalah bidang dakwah! Hatinya terpaut pada Islam melalui bidang fotografi! Itu kuasa lensa, Kuasa Tuhan !


Berada di alam nyata, mempelajari ilmu fotografi dengan seorang guru (dan rakan sekelas) yang bukan beragama, menjadi satu ruang pameran dakwah secara gambar.iha juga ada meletakkan gambar dan bertuliskan ayat terjemahan Al Quran. Percaya atau tidak, guru & rakan sekelas fotografi, mula memahami erti kehidupan seorang Muslim yang berpegang pada Al Quran dan rasa kagum pada kehebatan kekuatan ummat Islam,terbit dari tutur bicara mereka.

So jangan pandang sebelah mata,dunia fotografi dan seni! Kerana ianya ada nilai tersendiri. Jiha tulis, berdasarkan pengalaman dan setitik pengalaman berada di alam fotografi! Lu pkir la sendiri la kan :)

Take care!


video

1 Malaysia ye la sangat :)

Boom! Boom! Boom!
Jam 8.30 malam, Jiha suka menonton berita luar negara di Tv3,
Inspirasi Hidupku!
LOL yela Inspirasi Hidupku yang tang ni jek
Kenapa Boom! Boom! Boom!?
Yelah
Hari itu di Egpyt bergegar,
sekarang di Yaman bergetar,
kemiskinan harus digempur,
bising rakyatnya,
Libya pun gempar,
Muammar al-Gaddafi pun menggeletar,
gaji pekerja dinaikkan 100%,
"terrorist" yang berpaut dengan Al Qaeda dibebaskan,
Bicara Najib,
jangan risau, Malaysia akan aman,
kita kan 1 malaysia!
yelah bangga la Jiha jadi rakyat Malaysia,
tapi,
bagaimana pula isu ISA?
bagaimana pula isu Beng Hock?
bagaimana pula isu adik Amirul?
bagaimana pula isu rakyat kita?
bagaimana pula isu Memali?
bagaimana pula isu pilihan raya yang seringnya tidak adil?
bagaimana pula rasuah?
bagaimana pula kemiskinan sedang korporat kaya-raya?
anda ada kesah?
ke Aiman tak kesah?
jangan lupa ya,
rakyat Malaysia juga disepak,
pada perhimpunan aman!
Jangan lupa ya,
kita bersaudara,
Jangan lupa ya,
kita 1 Malaysia!

J menonton Halaqah@TV9, Nabi mengingatkan mengingatkan ukhwah. Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah orang yang bersaudara. Adalah wajib bagi kamu mendamaikan jika ada yang bertelegah. Perumpamaan silaturahim itu sama seperti satu tubuh badan, maksud hadith.

Apa perkaitan Islam & Ibnu Haitham dengan fotografi?

 

Jom bersama Jiha, kenali fotografi. Tiada kamera DSLR? Tak perlu risau! Itu hanya mentaliti manusia. Bersyukur dan gunakan apa yang kamu ada!
Alhamdullilah setelah selasai Jiha menghabiskan course Photography di Bishop Gore School,pada tahun lepas,Jiha mahu bersama kongsikan ilmu.
Ada DSLR Camera,tapi tiada skill? Apa pula kaitan Ibnu Al Haitam dengan camera ya? Bagaimana pula dengan sejarah fotografi? Petik camera,tapi kalau tak tahu cerita disebalik camera,tak guna juga! Great price,Limited place!
Apa lagi, sign up bersama Jiha! ring me on!
Posted by Picasa

You Raise Me Up

Revolusi Tunisia & Arab yang terbang!




Siapa sangka,
Zine El Abidine Ben Ali,
Akan takut dan lari ke Perancis,
Siapa sangka,
Zine El Abidine Ben Ali,
Kena halau dari Perancis,
Lalu,
Arab Saudi memberinya perlindungan,
Lol
Kasihan.sangat.
hemoh-hemoh >,<


Siapa sangka, rakyat bangkit,
menjerit, perit,
ditembak mati,
tapi tidak pada hati,
cuma jasad,
Siapa sangka,
Bermulanya,
Suara Tunisia,
terbang dan terbang!

Siapa sangka,
Egypt pun mara,
Takut pak Mubarak agaknya,
Entah bila,
Merelatakan jawatan

Siapa sangka,
Malaysia pun sama saja!
Rakyat kami pun disepak,
Diterajang,Ditelanjang,
Cuma tak dibunuh lagi,
secara beramai-ramai!
FRU pun sudah lali,
Tapi kami tidak,
Biar Islam tertegak,
Keadian menerangi,
Kezaliman diakhiri,
Kita akan terus,
LAWAN TETAP LAWAN!

Enjoy babe!


Tanah airku, Malaysia!

Salam. Come esta? (how are you in Spanish language)

Alhamdullilah, 16 Januari 2011 kita sudah melangkah.
Malaysia tanah air, tanah ku cinta,
Rindu masih merah seperti mentari senja,
Bendangnya hijau,subhanallah,
Adat melayunya masih basah,wah,,,Jawaku masih enggak bisa bertutur.
Kubur embah kami lewati,
Rumputnya hijau subur,Menemani arwah,
Lagu Keluarga Bahagia,
menjadi naluri manis,
Moga embah bahagia,
Seperti mana tawa lalu,
Tika dikau ada,
di teratak sungai Lampam.

Setelah 4 tahun,
pulang kami dari rantauan,
Raya Eid Adha kami bersama,
Bersatu kami sekeluarga,
terperinya rasa,
indah belaka!

Aku bukan lagi di kota Inggeris,
Tapi rinduku menghiris,
Salju putih,kawan-kawan putihku dan bahasa putihku,
Swanseaku,
Kamu jua jiwa cinta
Cinta


Malaysiaku,
sukarnya ku meninggalkanmu,
entah kelak bila ku akan berjumpa,
Malaysiaku,
tinggallah dikau dalam aman,
tinggallah dikau dalam iman,
tinggallah dikau dalam Islam





Alhamdullilah, alhamdullilah,alhamdullilah!