RSS

Rentetan jaulah di tanah Tuhan

Nawaitu di Swansea,Wales, Britain

Rumah bagai sarang dinosaur. Berpuluh kotak berwarna coklat memenuhi ruang legar teratak Alexandra kami. Lelah terasa. Urat perempuan anak ayah, Najihah dan Nabilah mengerah keringat membalut dan mengemas barang yang bakal dimasukkan ke dalam kontena.

Masa tak pernah diduga pantasnya. Memori salju turun dari langit, musim bunga yang indah, sejuk kebas di saat musim sejuk, dan ceria sang mentari di musim panas. Semuanya itu rezeki dan keindahan Tuhan pada umat manusia. Masih ku ingat, ayah selalu berpesan dan bermesyuarat, berjaulah kami bukan suka-suka, bukannya kaya-raya, tapi mencari keagungan Tuhan dan mendekatkan diri padaNya. Ayah selalu ingatkan kami, rezeki berjaulah bukan selalu. Jauh perjalanan,luas pemandangan, nikmat berpengetahuan! Terima kasih ayah dan ibu =)

Aku cuma ada beberapa hari untuk meninggalkan Swansea kerna aku harus pergi ke Institute of Human Sciences di Lampeter. 1jam 15 minit dari Swansea. Terasa excited menjelma.Namun meninggalkan Swansea City yang indah itu bias mengajarku erti rindu pada aman dan cintaku pada Swansea.

Swansea sebuah bandar yang sederhana. Cantiknya ada rumah diatas bukit, ombak Swansea Bay yang sejuk, tenangnya kerna jenayah yang kurang, living cost yang murah dan berkualiti, komuniti masyarakat yang friendly dan baik, masjid dan gereja yang menjadi penghubung masyrakat Islam dan bukan Islam. Masyrakatnya dikenali sebagai Welsh. Orang asal dari Wales yang bertutur dalam bahasa ibunda Welsh. Slank bahasa Inggerisnya pun lain dari England, Scotland, dan Northern Ireland.

Di Swansea, aku disekolah di Bishop Gore Comprehensive School. Free of Charge for everyone! Sistem persekolahan yang berbeda, guru-guru yang professional,teman uniform yang beza fashionnya, makanan di kantin, hukum-hakam sebagai seorang Muslim, servis dan sokongan yang diberikan oleh pihak sekolah yang cukup bagus, dan demokrasi yang cukup hebat. Beruntung kerana disitulah aku belajar tentang dunia yang lain. Subhanllah. Mahu saja ku terokai lagi bumi Tuhan. Disitu aku menimba ilmu.

Kota kecil Wales, Lampeter,

Di dalam kelas Bahasa Arab,Ustaz Hassan tersenyum sinis melihat warna stokinku yang berlainan pasang. Ujarnnya “Unik sungguh kamu ini! Usah pulang ke Malaysia, tinggal saja di sini. Visa tak penting!” terkekek satu kelas memandang selipar jepunku. Selamba dan senyum manis sahajalah. Aku memang begini.

Ikram dan Jamila merengek dan memujukku supaya jangan pulang ke Malaysia. Mereka sudah meluahkan rasa rindu padaku, meski aku belum meninggalkan kolej itu lagi. Ayanle dan Abdullah sudah mengucapkan selamat tinggal padaku.Ikram sahabat karibku, terasa sepi bakal mengundang setelah pemergianku. Jamila yang memanggilku Barbie, pun juga merasai begitu.

Pagi yang ditemani hujan,mengiringi perjalananku. Meninggalkan European Institute of Human Sciences di atas bukit, Lampeter. Ikram saja yang menghantarku ke hingga ke kereta. Yang lain, masih lena dipelukan mimpi. Flying kiss diberikan oleh Ikram. Terasa rindu pula menyapai.

Kembali ke Swansea

Telefon bimbitku tidak putus dengan SMS dari teman-teman yang mengucapkan selamat tinggal. Kesibukkan menekan punat-punat di telefon bimbit. Rumah yang dipenuhi kotak-kotak berwarna coklat telah diangkut ke kontena. Semuanya hasil dari pertolongan sepakat nan berkat oleh teman-teman. Komuniti Melayu dan juga seorang wanita French dari Swansea, Lampeter dan Cardiff menghulurkan tenaga. Kek coklat yang dibuat adik Aleya pada pukul 2 pagi, burger Malaysia, nasi goreng, air teh, dan pelbagai makanan untuk santapan mereka yang membantu. Budak-budak kecil pun bersemangat menolong orang dewasa.

Kameraku pantas mengambil gambar-gambar. Dari penuhnya rumah hinggalah kosongnya rumah kami. Dari beramai punya orang, hingglah tinggal kami berempat.Bila kosong yang tinggal, terasa teratak yang kami mampir selama 3 tahun, menjadi sunyi. Malam itu dijemput makan bersama teman Kurdish, Dilshad, Alan dan Salah. Masakan Kurdish oleh air tangan mereka memang enak. Gurau si Alan, Dilshad dan Salah yang tak sudah,menjadi helaian manis di Swansea. Galak sungguh bercerita tentang Kurdistan dan Malaysia. Dari hal pelancongan, bangsa, agama dan bahasa, menjadi topic perbualan. Kami dihadiahi minyak wangi sebagai cenderamata.

Sehari sebelum itu, kami dijemput dinner bersama Auntie Catherine. Kami bermalam bersama dirumahnya. Bilang Auntie Catherine tidak mampu melelapkan matanya dek sebak dan sedih, kerna kamilah keluarga Melayu pertama yang sangat akrab dengan keluarganya.

Esoknya, saat pun tiba, Swansea bakal ditinggalkan. Lepasan tangan melambai rindu pada Swansea. Kami mahu menuju ke Kota Metropolitan London. Di stesyen kereta api, Auntie Catherine, Eilia, Amel dan Johan, memandang sayu akan pemergian kami. Tak sempat memberi kucupan dan pelukan. Eilia dan Auntie Catherine menitiskan air mata. Amel dan Johan hanya tersenyum dan lari terkedek mengikuti kereta api kami.

Mahu diucapkan selamat tinggal pada Swansea? Oh tidak.Brynmill tempat tinggalku, akan selalu ku simpan dalam jiwa raga. Tempat aku membesar, tempat ku berkawan dengan pengalaman. Swansea akan selalu di hati seperti cinta yang tak akan mati meski dihunus pedang nan berduri.

London

Di London, kami sempat menjejak kaki di rumah kakak Puteri dan abang Tazli. Anak-anaknya banget comel!!! Gewraaaam tengok pipi Nurhan dan abangnya. Kakaknya pun comel.Semua comellll! MasyAllah!!

Kami bermalam di rumah ustaz Erfino. Sedap sungguh masakan isteri ustaz Erfino. Kami akan bertolak di awal pagi. London bakal ditinggalkan. Jordan menanti kami!

Nantikan rentetan seterusnya!

Noktah?

Berjaulah dengan kemampuan yang seadanya. Berjaulah kalian walaupun dimana jua. Berjaulah itu indah bila selitnya niat dalam hati. Mengenali ciptaan Illahi. Mengenali kebesaran Al Quran dan Sunnah secara praktikal. Paling penting,berjaulah kamu sebagai seorang Muslim walaupun kamu di negara bukan Muslim. Terima kasih kepada semua yang meringankan yang berat, saat kami di kesusahan dan kesenangan. Sungguh sayang takkan padam! Salam jaulah! Salam ukhuwah fisabilillah!Jangan noktahkan jaulah!

Jatuh cinta ke suka?

Oh Oh. Cepat je mouse nak click bila dakhala (دخل) tentang mohabbatein ( mahhabah/ cinta). As salam la dulu kan sayang =)

Cinta yang hari ini, hendak Jiha sampaikan adalah mohabbatein tentang annas ( الإنسان).

Cinta yang bisa menerbangkan manusia ke syurga atau neraka. Cinta yang bisa membina atau membinasakan jiwa. Cinta yang bisa membisu atau berkata pada Sang Pencipta Cinta. Cinta yang bisa buta atau melihat hati . Cinta yang berkuasa atau cinta yang dusta.

Subhanallah. Tak akan berakhir soal cinta. Kerna cinta manusia itu wujud sejak Adam Allaihisallam. Kerna cinta tak pernah membezakan usia antara Muhammad S.A.W dan Saidatina Khadijah. Kerna cinta Zulaikha, Yusuf Allaihisallam dipenjara.

Bicara soal cinta (remaja khususnya) yang semakin merekah dosa dan zina, Raudhatus Sakinah menerbangkan Maher Zain ke Malaysia. Ya untuk kempen Save The Soul Showcase, 14-15th, MBSA Audotarium di Shah Alam, jam 8 malam!

Sesiapa berminat nak tulis mesej untuk MZ, let me know, sebab ada seorang bro tengah buat buku khas untuk peminat MZ yang nak tulis mesej untuk MZ. okesh babe
cyaaaaaaaaaa

Hari Pertama di European Institute of Human Sciences

1- Hey salam baby! =) Selamat Hari Raya. Tahun ini pertama kali, Jiha tak dapat duit raya. Lol. Dah besar la tu konon jek.

2- Hari ini, hari pertama, jiha masuk European Institue of Human Sciences di Lampeter. Jauh atas bukit, di pedalaman kampung Wales. Cantik. Subhanallah. Sunyi, ya tempat strategik untuk belajar dan mengajar diri supaya jadi budak bayek.

3- Cadang dulu memang Jiha nak masuk Art Course tapi tak diizinkan,mungkin lain kali. Seni tak pernah jauh dari hati. Seperti cinta yang tak akan mati. Jiha bawa colour pencils dan buku kecil lukisan yang selalunya Jiha bawa kemana-mana.

4- Walaupun begitu, setiap awan yang menghujani bumi,langit akan dihiasi dengan pelangi kemudiannya. Alhamdullilah, jiha dapat tawaran belajar di EIHS. Jiha ambil Arabic Language course. Alhamdullilah,dapat masuk intermediate class. Alhamdullilah jugak,sebab isteri Syeikh Mohsein,adalah ustazah Bahasa Arab jiha! Lucky thing, because I know them well =))

5- Jiha juga mengajar Bahasa Melayu kepada seorang wanita Perancis,Auntie Catherine. Dia berkahwin dengan lelaki Melayu Singapura. Walaupun Jiha tak tahu nak mengajar Bahasa Melayu dengan baik, Jiha bantai je la apa yang Jiha boleh ajarkan padanya. Plus Jiha dapat A* dalam GCE Bahasa Melayu. Haha. lol. Soalan kacang mat lodeh leh la dapat A*,kalau SPM,waahualam!

6- Menuntutlah ilmu walaupun jauh hingga ke negara China. Menuntutlah ilmu walaupun kita di Malaysia. Menuntutlah ilmu walau dimana pun kita berada. Bukan di sekolah,bukan di universiti,tetapi dengan masyarakat sekeliling! Rezeki Tuhan dimana-mana. Belajar di pelusuk dunia mana pun,tetap bumi Allah juga sayang :))

7- Doakan Jiha maju jaya. Tak malas2. Tak nakal2 taw. Jiha doakan kalian semua pun begitu juga. Amen.

Beraya di perantaun lagi ek Jiha?

wahid- Salam Ramadan Karem dan Syawal lagi para pembaca yang budiman. Alhamdullilah, sudah hampir kita pada tarikh Syawal dan kini Ramadan pula bakal meninggalkan kita. Tak puas rasanya bercinta dengan Ramadan. Rasa mahu dipeluk erat supaya tidak meninggalkan kita. Entahkan tidak kita akan masih bernafas di masa Ramadan akan datang. Ya Allah, sayunya hati melihat Ramadan bakal meninggalkan kita.

Isnaini- 4 tahun sudah kami bergelar perantau di bumi Tuhan. Bukan di Britain sahaja. 4 kali juga kami beraya sebagai keluarga perantau. Tak pernah pun sangka, rezeki Tuhan pada kami, sampai di negara orang.Jauh sekali dari Malaysia. Berjumpa manusia dari a-z, lesbian mahu pun gay, muslim berada atas nama Islam semata,dari penyanyi,ahli politik, aktivis,sukarelawan, syeikh, pelarian, dan berbagai status manusia di muka bumi Tuhan. Ada sejuta kisah dibalik daun dan cendawan di lantai Tuhan.

Salasa -Di bumi Tuhan, bukan semua Muslim berpuasa. Lelaki atau perempuan. Muda atau tua. Pernah saja jiha temu mereka, meminta izin dengan sopan lagi, untuk makan kerana dia tahu jiha berpuasa . Laki apatah lagi sukar difinisikan sebagai Muslim,melainkan jika dia berpakaian seperti Muslim (songkok,etc). Bilangnya, entah kenapa dia tidak mahu berpuasa, penat balik gym. Bilang Jiha, Tuhan tak ciptakan puasa untuk menyusahkan kita.Dia Maha Mengetahui dan Bijaksana dalam melaksanakan apa yang Dia ajarkan pada kita. Cantik Ramadan itu, bila terasa manisnya berduaan dengan Allah, berkongsi iftar dan sahur bersama, merapatkan sof solat,bertembung bahu, merapat rusuk dada bersama brothers and sisters. Entah kenapa perasaan itu datang kejap-kejap. Subhanallah, cantik sungguh menjadi seorang Muslim dan Islam itu sangat indah ;)

Arba'a- Barangkali, soalan paling popular yang sering diajukan oleh sahabat2 dan keluarga di Facebook ,YM dan telefon, " Tahun ini balik raya Malaysia tak?, bila nak balik Malaysia ini?". Air mata embah wedok (nenek sebelah ayah), menitis lagi. Hampa hatinya menanti kepulangan kami. Ya Allah, moga Allah beri kekuatan pada embah,keluarga,dan sahabat2 yang menantikan kepulangan kami.

Khamsa-Menjadi perantau seperti belajar untuk belayar di awan. Rapuhnya awan,tak pernah berhujung. Naik turun kapal terbang, hati melodak untuk pulang ke Malaysia,melihat kepak kapal terbang menjalani di awan putih. Rindu bertaut rindu. Menanti kucupan dan pelukan keluarga dan sahabat yang dirindui.

Sittah- Kadang tidak ada ketupat, dan tidak kedengaran Takbir Raya ala Malaysia. Namun Syawal tetap dinanti dengan hati yang gembira,insyAllah. Baju dan tradisi melayu masih tersemat di hati. Rasa bangga menjadi rakyat (Muslim) Malaysia walaupun Jiha jauh dari Malaysia. Doakan jiha sekeluarga untuk pulang dengan selamatnya. Kalau ada jodoh, kita boleh jumpa di Malaysia nanti. Jangan malu2 ek dengan jiha. Hehe >,<>Nanti bagi jiha duwet raya ek. Haha. Maaf zahir dan batin kalau kalian pernah terasa hati atau apa2 je la ek. Take care. Jangan maen mercun taw.

Sab'ah-Last message Doakan untuk brothers and sisters kita di dunia yang lain. Kasihan pada mereka. As behalf of Islamic Relief, jiha nak ajak kalian semua untuk bermurah hti menderma. Sila click link ini okesh (for Pakistan). Alhamdullilah, kami berjaya mengumpul 117,000 pound hasil dari dinner for Pakistan di Cardiff, Wales! Takbir! =)


Ini e card yang Jiha design untuk kalian. Feel free to copy okesh! =)

non-muslim yang berpuasa!

heyya salam ramadan karem! =) How are you my darling? ewah ngade2 lak ber darling-darling! Okesh, perkataan darling itu biasa digunakan di sini,walaupun orang itu lelaki atau perempuan yang tak dikenali. Fakta tentang Britain! Niat bukan menggatal la, itu adalah budaya percakapan mereka. Bukan darling je, malah, my love, my dear..Jadi lembut telinga mendengar =) kan kan darling? Cuma kalau translate pada bahasa melayu dan budaya melayu, jadi lain lak bunyi. ek sayang? haha. Lol =DD
Jiha ada cerita best taw. Hehe. Sengih lu =))

Kelmarin, 3 september, telah diadakan iftar bersama non-muslim. Jiha jemput 3 orang kawan jiha, Non-muslim.

Berbuka dengan kurma!

Kawan perempuan jiha, Jemmar, dia pun berpuasa. Penuh sehari! Dari pukul 3 pagi sampai 8 malam. Panjang seyh puasa. Hatinya memang minat pada Islam. Dia suka membaca Quran terjemahan. Dia suka dengan Islam itu sendiri. Dia juga ringan tulang, membantu Islamic Relief, di waktu street collection pada Rabu lepas. Dia malah terbuka hatinya untuk datang lagi ke masjid,esoknya. Moga Tuhan bukakan hatinya kelak. Amen! =))

Hmm. Tapi, apa jadi dengan Malaysia punya cerita? Malas nak mengulas. Macam kena kupas bawang je. Baik jiha buat kek coklat .

Ini cuma pandangan secara Islamik dan peribadi saya ek my darling. Kalau kita ajak orang datang rumah Allah, tak kira lah non-muslim atau muslim, tak salah dan dosa. Lagilah hatinya akan terbuka pada keterbukaan Islam itu. Jiha tulis berdasarkan praktikal yang jiha sendiri lalui. Manis tak manis, kongsi makanan dan mengajak mereka ke rumah Allah. Jiha petik dari Islamonline


As for other mosques than the Holy Mosque in Makkah, the Madinan jurists forbade non-Muslims from entering them because non-Muslims are regarded by the Qur’an as impure. Imam Ahmad is reported to have said that they can only enter these mosques with the permission of Muslims. This is supported by the report that the Prophet (peace and blessings be upon him) permitted the people of At-Ta’if to stay in the mosque prior to their embracing Islam. He also received the Christians of Najran in his mosque in Madinah. When the time of their prayer was due, they prayed in the mosque towards the eastern direction. Thereupon the Prophet (peace and blessings be upon him) said (to his Companions), “Leave them (to perform prayer).”

Read more: http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543870#ixzz0yZKwekCE

Jangan la gaduh2 da. Inikan Ramadan. Come on people. Hugs. Hugs. Open your mind. Open your heart. Quran kan ada my darling? =))



Ramadan di akhir zaman

Salam Ramadan Kareem :) Bulan indah dan bahagia, nikmat dan ganjaran yang lebat dan hebat dari Tuhan yang satu, bulan Syaitan di ISA kan, ya bulan Kareem wa barakAllah!

Semenjak-menjak ini, warkah Tuhan,petanda Qiamat makin hampir sering diutuskan, sedikit demi sedikit. Dari Swansea,ke Haiti, ke Aceh, ke Puchket, ke Sri Lanka,ke China, ke Pakistan, ke Malaysia dan dunia.
  • Swansea- Cuaca di musim panas berubah-ubah. Mendadak. Kadang tiba2 panas.Kadang tiba2 sejuk seperi di musim sejuk. Hujan pula kerap. Tak seperti rasanya musim panas itu.
  • Haiti- Ingat lagi gegaran Tuhan sampaikan pada 24 Januari 2010 ? Ya gegaran terkuat ,7.0 magnitude
  • Aceh, Phuket, Sri Lanka- pada 26 December 2004
  • China- Banjir di May 2010,2,794+ orang mati, 1,297 orang hilang. (Wikipedia)
  • Pakistan- Lewat Julai, banjir besar Monsoon menghempas Pure Land (Pakistan)
  • Malaysia- Hari2 babies kena buang?

  • sura al isra,ayah 32. And come not near to the unlawful sexual intercourse. Verily, it is a Fahishah [i.e. anything that transgresses its limits (a great sin)], and an evil way (that leads one to Hell unless Allah forgives him).

Nauzubillah!

Hadith 40/42- An-Nawawi 40 hadith;



12 Ogos: 2 tahun berlalu sudah ,seorang embah,ayah,guru,ulama` dan tokoh dipusarakan. Alfatihah buat arwah embah yang dirindu.

Anak Omar Radiallahu' pernah berkata; Di petang waktu, jangan disangka (akan hidup) hingga waktu pagi dan pada pagi jangan disangka (akan hidup) pada waktu petang)

Ambil kesihatan kamu dari kesakitan kamu, dan ambil dari kehidupan kamu untuk kematian kamu.

* Harap Jiha tak salah translate dalam Bahasa Melayu. insyAllah.

Facebook dan kita

1. Salam semua! Hola miamor! Hola miamigo ;)) Im back people! Yeha after I`ve been away for so long. Rindu la dengan kau!

2. Sejak Jiha habis exam dan sekolah, Jiha agak2 asyik online Facebook. YM dah jarang sangat. Myspace dan Friendster pun goodbye da ;) Sekarang Facebook and Flickr yang cool and hot untuk Jiha. Sorry guys, Jiha ini kurang suka chatting dan jiha tak suka bila orang cakap nak berkenalan. He he.Comment and message Jiha layan! Bagi Jiha Facebook macam World Cup sebab ramai manusia boleh bersatu walaupun tak kenal satu sama lain. Tapi,Jiha tak tahu sangat World Cup and Football rules.Haha. Ayah dan adik je taw. Tapikan Jiha suka David Villa sebab dia main bola cool and comel la gak! Itu je pun.Haha :P

3. Friend request memang Jiha check dan Jiha akan message dulu untuk strangers dan ada kemungkinan orang yang add Jiha tu, orang yang kenal Jiha tapi Jiha dah lupa. Disebabkan friends dah sampai 1804, Jiha sekarang tengah filter dan musim delete orang yang Jiha tak kenal.
Jihakan jumpa gambar Jiha waktu baby dalam Facebook.Itu ayah kita taw. Comel tak?Haha.

4. Jiha ada tips Facebook untuk Facebooker :)

  • - Kalau tak kenal orang,sebaik-baiknya jangan approve atau add
  • - Facebook boleh dijadikan penyamaran atau tempat sebar fitnah atau mengumpat.
  • - Gambar kalau dilimitkan untuk group yang tertentu saja lebih selamat dari dibiarkan untuk group terbuka. Contoh group- family,close people,old friends
  • - Tagging,commenting,message dan status yang positif membawa mesej yang baik. Jangan comment meleret-leret sebab nanti jadi merepek-repek
  • - Facebook penghubung antara Timur dan Barat, Utara dan Selatan. Ini juga sumber pahala dan dosa.
  • - Untuk isu keselamatan, sebaiknya jangan letak phone no atau address.

5. Jiha ♥ Facebook sebab inilah tempat menyampaikan mesej seperti nak minta volunteer atau minta pendapat! Pasal banning Facebook sebenarnya bergantung pada individu,sebab, pro dan cons. Buku hadiah Fuiyo, Media dan Islam (tak silap Jiha), oleh Dr Zakir Naik, ada menyatakan, kita sebagai ummat Islam akan memberi tangan kepada media barat untuk berbaik,meski pun media Barat memang tak dinafikan suka memutarbelitkan tentang Islam. Bukan semua dan tidak adil memberi ukuran kepada masyarakat Barat itu pemutar belit. Begitu juga tidak adil mengatakan 100% Al Qaeda dan Taliban dan orang Israel itu sebenar-benar pengganas. Manusia hidup dalam prejudis ,fitnah,salah faham dan dendam.

6. Kita sama-sama naif. Sama-sama kurang sempurna tapi kita adalah ciptaan yang terbaik dari Maha Pencipta. Jiha bukan ustazah. Blog ini pun bukanlah pasal agama.Tapi sekadar pandangan dari seorang manusia biasa. Kita sama-sama leraikan ikatan yang belit!

"It may be that Allah will bring about love between you and those of them with whom you are now at enmity... Allah forbids you not respecting those who have not fought against you on account of your religion, and who have not driven you out from your homes, that you be kind to them and deal equitably with them; surely, Allah loves those who are equitable." - Holy Qur'an, 60:8-9

* Dalam seminggu di Alexandra Terrace, ada 2 hari diistiharkan Hari Tiada Internet,yakni hari Isnin dan Khamis. Maksudnya, tak boleh on computer tapi buat kerja rumah lain. Be active without internet is good for you! Jangan addicted sangat.Haha. Bahaya :))

Malaysia bukan demokrasi!

Yo sweetiepie :)

1-Last week, Jiha memang ada organized satu Humanity Even di bawah AMNESTY (International Human Rights Organization). Kecewa dengan organization dan komitment manusia yang berada di sekeliling. Menunding jari no1. Manis bibir dari tebu. Jiha tidak tahu sejauh mana orang Malaysia di pelusuk dunia, mampu menjadi sukarelawan. Jiha memang ada harapan agar orang Malaysia dapat bersama dan berpeluang dalam sukarelawan. Kerja tanpa duit? Penat lelah bukan kisah tapi kalau kita pentingkan diri dan hanya mahu dengan satu kominiti, sukar untuk dicapai kata kerjasama.

2-Mungkin Jiha hampir putus asa, memang wujud lack of organization, salah sendiri, tapi Jiha fikir, kalau Jiha putus asa hanya kerana manusia, bagaimana perjuangan yang seterusnya? Ini pengajaran hebat dari Tuhan

Tapi, bukan semua manusia begitu. Memang GEDEBUK kena. Jiha masih menyimpan harapan pada kamu semua agar bersama menentang kezaliman tanpa mengira agama,bangsa dan bahasa. Walaupun kata-kata semangat dan pelukan sayang ,cukup meniup hati Jiha .

Bukan soal politik. Tapi soal kita dan kemanusiaan.

3-Pilihanraya di Britain VS Malaysia

Bahang pilihanraya Britain selama beberapa bulan berkempen, memang hebat. Pihak pembangkang dan parti kerajaan boleh membuat siaran langsung,satu pentas,berdebat,membuat kempen secara terbuka di publik, tanpa ada sekatan mahu pun ketidak adilan. Sistem demokrasi yang ada di Britain, sepatutnya wujud di Malaysia kerana Malaysia pernah dijajah oleh Britain.

Lain bahangnya di Malaysia. Jiha pun sudah lama tidak membaca Harakah. Tup2 dengar cerita arak. Tak salah kalau manusia mahu kembali yang salah manusia yang mengejek/memperlekehkan manusia yang mahu kembali ke jalan yang baik. Kalau Tuhan boleh memberikan peluang taubat,kenapa manusia begitu judgemental?

1-Tak pernah berlaku di negara demokrasi , apabila calon yang mempunyai majoriti tidak mempunyai hak kuasa yang telah dipilih oleh kuasa rakyat-sepertimana di Perak!

2- Malaysia memang banyak cerita ketidakadilan,kekejaman demokrasi. Buat kelakar je konon Malaysia negara demokrasi!

4- Di sekolah Jiha pun ada school council.Kita orang mengundi siapa akan jadi Head Boy,Head girl dan committe. Di sekolah Olchfa pula,akan diadakan pilihanraya- Conservative, Labour atau Liberal Democrat. Tiada isu pun wujud,cikgu2 tak boleh masuk dalam pembankang, pelajar tidak dibenarkan dalam politik. Kerajaan UK menanamkan isu kepimpinan dan suara anak muda di bidang politik. Di UK, remaja boleh mengundi ketika mereka 17 tahun dan orang asing (seperti Jiha sendiri) diberikan hak mengundi. Kenapa tidak di Malaysia?

3-Kenapa wujud AUKU yang begini? Pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang:
penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan
penggabungan di antara badan-badan pelajar.

Dipetik dari National Union Student (NUS)

What are the three main parties key priorities if elected?
Conservatives
Begin spending cuts in 2010 to eliminate most of the UK’s structural deficit within five years; real terms increases in health spending; allow charities, trusts, voluntary groups and co-operatives to set up new Academy schools, independent of local authority control, and to run other public services; scrap identity card scheme; "recognise" marriage and civil partnerships in the tax system.
Labour
Wait until 2011 to cut spending, to halve deficit in four years; increase spending on "frontline" NHS services and schools but freeze or cut spending in other areas from 2011; ensure all people who suspect they have cancer get test results within one week; hold a referendum on adopting the Alternative Vote system for Westminster elections by October 2011.
Liberal Democrats
Identify and cut £15bn of "lower priority" spending to protect front-line services while eliminating structural deficit within five years; raise the threshold at which people start paying income tax from £6,475 to £10,000; ‘mansion tax’ on the value of properties over £2m; scrap identity card scheme; replace the Council Tax with a Local Income Tax; introduce a written constitution and single transferable vote (STV) system for all UK elections.
Those of the parties main priorities, but where do the parties stand on other issues?
Higher education
Further education
Economy
Health
Crime
Environment
Housing
Transport
Civil liberties
Constitutional reform
Equalities

3-Pesanan dari Jiha untuk diri dan kalian, moga segala kesukaran pahit manis perjuangan, akan diterima sebagai amal di akhirat.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Ertinya : " Sesungguhnya selepas kesukaran itu adalah kemudahan, dan sesungguhnya selepas kesukaran itu adalah kemudahan" (As-Syarh :5-6)

The latest and cutest one!



* Diatas segala kesulitan, SHow Time telah dialih kepada tarikh 19th April. Siapa2 dari Malaysia dan pelusuk dunia, anda dialukan untuk hadir bagi menyokong kempen kemanusiaan dibawah AMNESTY! Bawa Perdana Menteri saya sekali sebagai tanganbuah untuk kami rakyat Malaysia!

Make Love, Not War SHow time

Supernanny dan Syafiah sayang!

Jiha baru je baca berita ini dari Uncle Zaharuddin punya blog. Kasihan sangat! =,((
Kenapa jadi macam itu sekali?

Ada satu rancangan TV di Britain, Supernanny.


Ini rancangan TV yang paling Jiha suka. Dulu, waktu kecil2,Jiha nak jadi nanny taw!Sebab Jiha suka jaga baby dan suka tidurkan baby!Jiha mencadangkan semua diluar sana menonton rancangan Supernanny! Dia itu seorang nanny yang bukan sebarang Nanny! Di UK, meninggalkan anak(dibawah umur 12 dan 16) di luar rumah dan di dalam rumah adalah salah! Dan anda mungkin boleh didenda.

Di UK, ada Childline, Muslimline,macam-macam talian yang boleh dihubungi secara percuma jika mereka (kanak-kanak) didera secara fizikal dan mental, dimarahi, dipukul atau yang berkaitan. Begitu juga perkhidmatan di sekolah, ada kaunseling dan pertolongan secara percuma sebagai alternatif kepada mereka yang teraniaya!

Ya! Jangan main-main. Diharapkan pihak kerajaan Malaysia lebih mengambil berat terhadap isu kanak-kanak!Meniru yang bahek, tidak mengapa! =))

Petikan dari Uncle Zaharuddin punya blog
Kita berdoa agar bala Allah secara besar-besaran tidak ditimpakan atas keculasan segolongan besar masyarakat dalam melaksanakan amanahnya. Lebih dari itu, kita berdoa agar kita tidak tergolong dalam golongan terbabit. Ketahui Rasulullah mengingatkan kepada Ali Abi Talib k.w ": Jangan marah, jangan marah, jangan marah" . Kerana kemarahan membutakan aqal sehingga mendorong seseorang untuk meukul kanak-kanak tanpa pertimbangan yang waras, akhirnya boleh membawa kepada kematian dan seterusnya penyesalan.

sweet sangat ke Valentines Day?

1.Tak sweet pun sebab orang yang meraikan kasih sayang pada Hari Valentines hanya untuk satu hari je! Sedangkan kasih sayang itu berhari-hari di dalam hati, dan tak adil la kalau sekadar meraikannya satu hari dengan pemberian bunga atau coklat! Tak romantik la sayang weyhhh >,<

2.Bagi Muslim, haram hukumnya sebab Valentines Day ini adalah berdasarkan pada kisah sang paderi Valentino yang beragama Kristian. Bukankah Islam itu mengajar ummatnya berkasih sayang dan tidak sempurna iman seseorang Muslim itu tanpa kasih sayang pada saudaranya :)

3.Salam sayang salam reformasi dari hamster

Hello my darling!

I am so proud of being a student and a part of Bishop Gore School :))
Want to know why?
Click here
Bishop Gore is the only one Comprehensive School in Wales and the only one school having an outside toilet! Gagaga. Lol.
Oh bytheway, actually we raised £446.51 for Haiti Week. One money box left in the office! Hehe =DD
Alhamdullilalh

Haiti Week dan £409.25

1-Pertama kali dalam sejarah Jiha berpeluang membuka Haiti Week dengan bacaan doa berbahasakan Inggeris dan Arab di assembly bersama non-Muslim. Syukur alhamdullilah.

2- Alhamdullilah selesai sudah Haiti Week yang telah Jiha organized di Sekolah Bishop Gore selama satu minggu! Jual makanan di 6th form lounge dan diluar library di Bishop Gore School in lunch time,break time and whole school time!
Kutip derma di canteen..cam jual sayur jek kan? :P


3- Tiada siapa yang mengambil peluang untuk buat charity di sekolah dan peluang inilah yang Jiha dapat sebagai seorang Muslim dan seorang Malaysian girl. Headmaster selalu cakap "Yes for everything!" bila Jiha minta izin nak buat charity week or anything yang bayek2 :))

4- Keyakinan dan keberaniaan itu lah yang jadi pelangi di hati supaya Jiha percaya yang Jiha mampu dan orang lain mampu buat charity event ini. Advertising satu sekolah dengan poster dan cakap di assembly. >,< The Prophet also said: "Give charity without delay, for it stands in the way of calamity." - Al-Tirmidhi, Hadith 589


5- Ada satu kisah: Budak perempuan yang tak nak jadi volunteer sebab malu nak jual kek dan menyangka hanya akan pendapatan sikit (around £20 je).Hekleh..kalau setakat nak bagi £20 je untuk Haiti buat apa... (bilangnya)

6- Muslim dan non-muslim sama2 tolong. Berkat itu tak nampak.Penat memanglah penat. Pening plus demam Jiha..Tapi bila di hari akhir, kita yang mengira duit hasil semua hasil titik peluh dari semua pihak, rasa happy dan syukur sangat sebab itulah nikmatnya beramal! =DD

7- Syeikh Abdullah: " zakat itu adalah antara penyucian jiwa. Charity is the borhan (evidence of faith). Rasa kasih sayang antara satu sama lain akan tersemai" Janji Tuhan, the more you give, the more you get!

8- Kisah budak perempuan itu, dijadikan pengajaran. Jangan malu nak buat amal.Malulah bila menolak untuk membuat amal. Nikmat dan rahmat itu hanya pemberian rasa dari Allah. Bukan dari pak we dan mak we korang. Hahaha >,<

9-Jadi organizer kena sabar. Ada masa dan tempat, kita akan terasa hati dengan orang2 yang hampir dan kenalan kita. Jangan kedekut,selfish dan takut untuk bagi derma atau buat charity event.Sesusah mana pun, kalau kita menolong orang yang lagi susah, Allah akan mendatangkan kesenangan itu kelak pada kita.

10- Lagi satu, janganlah ambil kesempatan mempergunakan "kebaikkan dan kemurahan hati seseorang" itu hanya semata untuk kepentingan diri atau sesetengah pihak. Tapi, bila masa kita minta tolong, dia buat dekkkk je. Tak baek taw buat camtu. Bukan harap balasan tapi lumrah manusia itu tolong-menolong.

11- Terima kasih pada ibu,ayah,adik,kawan2,cikgu2 dan semua yang memberi sokongan. Akhir sekali, inilah kutipan yang agak tinggi.Hasil dari Haiti Week ialah £409.25

11. I am so glad and happy!! Alhamdullilah.. Takbir!! =DDD Takbir la korang!!

Ooo Al-lughatol Arabiyah

Hari Khamis lepas, Jiha ada mock exam Bahasa Arab. Bayangkanlah dah 3 tahun setengah, jiha dah tinggalkan kitab bahasa Arab! Dan tiba satu soalan. Begini :

يوم جميل في حياتيmaksudnya:hari cantik di hidup saya)

Sangkaan Jiha ketika exam;

Disebabkan ejaan
seperti Haiti, so jiha ingat kena la tulis pasal Haiti. Tak terfikir langsung maksudnyaحياتي tu "hidup saya" . Waktu itu pun dah blank. Banyak juga faham dan ada la gak ding dong je T___T

ketika berusia 15 tahun bersama rakan kelas dan ustazah bahasa arab(yang belakang Jiha tu) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak

Alternatifnya, Jiha masih pergi belajar bahasa Arab di Swansea Uni Mosque. Cuma kelas itu masih tahap basic yang Jiha faham. InsyAllah setiap hari Khamis, ada kelas untuk advantage bahasa Arab oleh Syeikh Mohsein. Jiha suka bahasa Arab dan alhamdullilah dulu keputusan bahasa Arab lisan dan penulisan dapat keputusan yang baik. Masih ada lagi sijilnya di kamar Jiha.


Dan alhamdullilah, Jiha masih ada peluang untuk melayari Bahasa Arab yang Jiha tak praktik berkurun abad. Jiha ingat lagi waktu kecik, nak tanya soalan bahasa Arab dengan arwah embah di telefon. Alhamdullilah, arwah embah, paman, dan bibik-bibik Jiha(family sebelah ayah) kebanyakkan memahami Bahasa Arab dan ustaz dan ustazah Bahasa Arab di sekolah arwah embah (click here).

Imam Asy-Syafi’i mengatakan, Manusia menjadi buta agama, bodoh dan selalu berselisih paham lantaran mereka meninggalkan bahasa Arab, dan lebih mengutamakan konsep Aristoteles. (Siyaru A’lamin Nubala, 10/74.)


Bahasa Arab itu bahasa syurga :))
Ini pengajaran taw. Ilmu bahasa ini selalu kerana praktik kalau tidak begini jadinya.Jangan nakal-nakal taw.
Masih tidak terlewat dan tidaklah susah mana pun nak belajar bahasa Arab. Selagi mana kemahuaan itu ada, kalau langit biru pun akan bisa diterbangi.

janji Obama pada kita

Cinta pandang pertama bukan selalu cinta permata!- bilang sang Hamster pada Dinosaur (sweet je character ni..haha)

Saat kegemilangan wajah pemimpin pertama berkulit hitam dari USA ini, seperti cinta pandang pertama. Ah terpedayakah kita dengan "change" yang dilaungkan oleh Obama?

Sedangkan mengenalinya pun tak kesampaiaan. Masa terlalu pendek untuk menelaah peribadi seseorang. 1 tahun pun belum cukup untuk mengenali manusia. Ayah pun baru je cakap malam tadi. Nak tahu perangai orang, kena ambil masa!

Mr Sanger (politics teacher) cakap, disebabkan prisoner dari Guatanamo Bay itu, ada yang benar2 pengganas, jadi Guatanamo Bay tak boleh la ditutup begitu sahaja.

Memang ada benarnya. Tapi di Guatanamo Bay itu adalah neraka kepada manusia yang tak bersalah.

Sekarang, mestilah Jiha marah dan tak puas hati sebab dulu jiha sayang gak kat Obama. Eee. Rasa macam dibuli pulak dengan ahli politik!
=_=

Kalau Obama tak tutup Guantanamo Bay secepat mungkin, percayalah nanti ada Dinosaur yang akan menyerang hendap.Ngeh2 (gelak kenakalan dan kejahatan sang Hamster) ^ -^

Sistem Sekolah Negara orang futeh ;)

Pendidikan: UK minat kerjasam dengan Malaysia
Tan Sri Muhyideen baca taw, Jiha tulis ni.......................... :P

1- Sekolah disini sistemnya lain.Mungkin lebih bersistem dari Malaysia. Mungkin Malaysia boleh la firu-firu sistem sekolah ;)

2- Secondary school-umur 13-19, (year 7-year 13)

3- Each year group, ada office dan officer yang berbeza (satu office ada 2-3 officer).

4- Group dibahagikan: Year group officer, School Officer, Canteen workers & care taker & cleaner, community officer,librarian, nurse, technician, carpenter,reprographic worker, Ethnic Minority Language and Achievement Service(EMLAS),headmaster,teacher,doctor(phd),receptionist, lab worker and student. Setiap group bekerja dibidang masing-masing. Cikgu disiplin je tak wujud.

  1. Cikgu art mengajar art.Bukan mengajar Matematik.
  2. Nurse merawat budak sekolah yang tak sihat. Jiha suka school nurse ;)
  3. Computer technician kerja macam doktor,kalau ada kes computer dan minta bantuan, dioranglah tolong.
  4. reprograhic worker,orang yang kerja photostat,dan sewaktunya.
  5. EMLAS, diorang tolong pelajar2 yang tak tahu bahasa Inggeris (special for foreigners student).
  6. Lab worker-orang yang kerja dengan cikgu2 sains di lab.
  7. Care taker,cleaner and canteen worker- diorang selalunya kerja bersihkan sekolah, susun aturkan kerusi atau meja di sekolah,diorang masak, dan orang yang jaga sekolah (pak guard la gak).
  8. Carpenter- pak tukang kayu kepada pelajar yang perlukan kayu untuk dipoting di makmal Kemahiran Hidup
  9. Receptionist- orang yang kerja di reception dan menyambut tetamu & panggilan telefon sahaja.
  10. Community officer- untuk budak-budak bermasalah atau nak lepak sembang dengan diorang la.
  11. Yang lain-lain itu, semua orang normal wujud di sistem sekolah Malaysia.
4- Sekolah start bulan September-Jun. Tapi sekolah disini selalu banget cuti.Suka-suka sangat. Christmas,New Year, Easter,half term,summer,snow turun lebat, auwww ^ - ^
Sekolah start pukul 8.45-3.20pm. Register (guna computer) pukul 8.45-9.05am lepas itu pergi lesson. Setiap lesson pun ada registeration.So kalau ponteng, masuk la dalam report.

5- Setahun sekali je ada exam.Bulan January(GCSE), April,May,June (berbeza bergantung pada subjek)

6- Budak malas tak bawa pen,buku, cuma duit je. Budak perempuan selalunya, ada make up satu beg,sikat, perfume (spray gila-gila) dan sewaktunya.

7- Pelajar Malaysia mungkin lebih beradab dan berbudi bahasa dengan cikgu. Tak tahu lah kalau dah berubah sebab Jiha dah tak sekolah di Malaysia.

8- Year 7-11 kena pakai uniform sekolah. Jiha sekang 6th former (year 13). Kena pakai black and white sahaja. Tapi kengkadang, ding-dong-deng je Jiha ni :P

10- Setiap tahun ada Red Nose Day. Tak payah pakai uniform tapi kena bayar £1 (pakai baju lain) untuk charity. Cikgu2 pun pakai baju yang kelakar.

11- Setiap tahun ada Parents Day. Cikgu jumpa parents di sekolah nak tanya pasal anak diorang.

12- Setiap bulan ada surat sekolah.Apa yang sekolah update dan plan. Sekolah jiha ada website dan semua orang ada username. Bishop gore established 1682!

13- Disiplin secara rambangnya, rasa Jiha Malaysia lagi bayek. Pelajar disini pakai make-up,gelang,rantai,cincin apa2 je la............walaupun tak boleh sebenarnya.

14- 6th former boleh keluar sekolah bila-bila je tapi kalau tak ada lesson la.6th former ada lounge di sekolah.Khas untuk 6th former bersosial.Ada jual kopi,ada tv,ping-pong, dan sofa.

15- Sini assembly sekali seminggu je. Cikgu diri,pelajar duduk.

16- Jiha sayang dowh-dowh-dowh dengan Bishop Gore School.Lihat jantungku.Berdegup sayang!

17- Jiha jumpa blog sekolah rendah Al Munir.Sekolah itu dah banyak berubah! http://sralmunir.blogspot.com

18- Rindulah dengan Malaysia. Rindu nak bersekolah di Malaysia! Auwwwh T___T

UK Border Force

Nak datang cari kerja di UK semata-mata?
Fikir dulu bayek-bayek.
Nak masuk UK sangat banyak songeh. Malaysia pun mungkin boleh ikut jejak UK bab pemasukan rakyat asing dan isu visa yang Jiha baru jek baca dalam Utusan Mellayoz. Salah guna visa.
Sekadar kongsi cerita sebab ada kawan-kawan nak datang UK nak kerja..so inilah jawapannye eh ;)
Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan ya!

ketam politik yang chumel banget

(Ustaz) Hishamuddin minta pihak pembangkang bertaubat. Okai jewk. Betul jek. Tapi sama-samalah ustaz kita bertaubat.

comelkan ketam dalam TV di teratak ALexandra Terrace.

Kita buka hati,buka mata,buka minda dan kita sama-sama bertaubat.Okesh.Rogerz and rojak out!

  1. UMNO sendiri yang membuat undang2 syariah memperuntukan untuk orang islam keluar dari islam
  2. UMNO yang melarang dan menarik balik bantuan sekolah agam rakyat sehingga hampir 90% agama rakyat ditutup atas tindakan UMNO (Era Mahathir)
  3. UMNO juga membina dan meluluskan kilang arak dan judi di Malaysia sedangkan arak itu adalah dosa besar.
  4. UMNO memecat Mufti (Allahyarham Ishak Baharom) kerana tindakan JAIS menangkap peserta ratu cantik islam. Malah ratu cantik tersebut di bela oleh pihak kerajaan
  5. UMNO menolak dan mahu menyaman kerajaan negeri kelantan apabila kerajaan tersebut mahu melaksanakan Hukum Hudud dan Qisas di Kelantan
  6. Pemimpin UMNO/BN mempersendakan nabi dan al-quran secara terang-terangan untuk memperlekahkan sistem politik dan pentadbiran Islam.
  7. UMNO yang menghapuskan tulis jawi didalam sistem pendidikan negara sehingga berjuta rakyat Malaysia buta jawi.
  8. UMNO meletakan perlembagaan persekutuan melampuai Al-Quran sedangkan wajib bagi setiap umat Islam meletakan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan utama.
  9. Pemimpin UMNO mahupun pengikut UMNO tidak pernah tahu tentang aurat. Isteri-isteri menteri dedahkan aurat sedangkan aurat itu HARAM, dan Allah sudah peruntukan seksaan bagi mereka mendedahkan aurat. Dan lebih malang sekali UMNO membudayakan aurat dalam beragama.

sembahyang di gereja, UK

Uno
  • Dari kelas politik di Olchfa school
Sewaktu UK menjajah (perang) negara-negara manusia lain, telah wujud fakta bahawa mereka berjuang atas nama agama Kristian dan mahu menyebarkan agama Kristian. Sedangkan ketika itu, pihak gereja di UK mempunyai kuasa yang tinggi dan kerana itulah nama Kristian disalahgunakan untuk menjajah.Gereja disini tidak seperti masjid. Hanya 7% sahaja orang Kristian pergi ke gereja. Manakala masjid Masyallah ziarahnya tidak pernah putus. Orang putih (khususnya) di sini tidak mahu beragama diatas kerana kisah perang-perang agama. Masih kebanyakkan manusia disini masih mencari erti hidup.


Dos
  • Dari Interfaith Day di Bishop Gore school
Telah diadakan hari promosi Religious Study course dari pensyarah-pensyarah Trinity University. Mengenal agama dan kisah-kisah disebaliknya. Seorang pensyarah (white people) bercakap tentang ketuhanan dan keagamaan. Jiha tanya dia, "what do you believe then?" dan dia jawab " I will answer you, if you take this course. You will know me better!"
Menarik mengenali agama. Lebih menarik, ianya satu hari gabungan fikiran antara Muslim dan Non Muslim students dan pensyarah.Berfikir tentang agama!
Cikgu Religious Study di sini pun tidak tahu untuk memilih agama untuk dirinya sendiri.

Tres
  • Dari gereja di Carmarthen
Sembahyanglah kamu dimana jua kamu berada. Meskipun di dalam gereja. Islam itu demokrasi dan agama yang mudah (bukan dipermudahkan). Pihak gereja disini pun demokrasi. Di gereja Carmathen, kami umat Islam ketiadaan masjid, maka di gereja itulah kami bersembahyang dan berbuka puasa( Ramadhan time) . Terima kasih.

Cuatro
  • Dari Swansea University Mosque
Di kelas pengajian Tafsir, Syeikh Abdullah Yassin.

Jiha bertanya : Boleh tak kalau kita pergi ke Carol Service di sekolah (Christmas event) sebab cikgu ajak? Dan boleh ke kita pergi ke gereja?

Syeikh Abdullah menjawab : Kenapa tidak? Kita boleh meraikan sebagai tanda penghormatan bukan kita menukar agama kita. Kita bukan meraikan kelahiran Nabi Isa dari sudut Kristian. Kita meraikan Nabi Isa sebagai Nabi dalam Islam. Jika berpeluang dan jika ada bertanya, kenapa kamu di sini (Carol Service), ceritakanlah tentang Nabi Isa dari sudut kepercayaan umat Islam dan kehadiran aku disini sebagai tanda penghormatan aku kepada kamu kerana menjemputku. Ini pun jalan dakwah. Kita mungkin boleh "mempengaruhi" budaya Islam itu kepada mereka.


Cinco

  • Dari makmal di Swansea University
Di akhir pertemuaan Jiha dan seorang kenalan (wanita) Kristian..
Jiha; See you again
Bella; InsyAllah

Seis

  • Dari Harakah Daily website di ruang tamu, Alexandra Terrace

Jiha layari blog uncle Zaharuddin dan begini penerangannya;

pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88)

Tulisan hati Li Foo Gao (click click)
Walaupun pada malam 8hb Januari, saya terasa dunia ini teramat gelap bagaikan tiada penghujungnya, namun Tuhan tetap menerbitkan matahari dari sebelah Timur pada sebelah subuh hari keesokkan. Saya amat bersyukur setiap kali melihat matahari yang terbit kerana saya berpendapat Tuhan masih memberikan hari yang baru untuk kita untuk membetulkan pemikiran dan tingkah laku kita untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam. Melihat keindahan matahari yang terbit ini, saya merasakan Tuhan sedang memberikan harapan dan masa untuk menyelamatkan keadaan negara kita.
siete

Dari sini untuk sana


Tak pernah terfikir sekali pun di hati Jiha, politik dan agama di tanah air yang Jiha cayang banget boleh jadi begini =,( Agama dan politik memang tak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan maka jadinya liberal. Namun begitu isu agama tidak boleh dipolitikkan dengan selamba gajah. Yang boleh diperjuangkan oleh ahli politik (dan parti) adalah kerana agama. Bukan kerana kepentingan parti.

Meski pun Tok Guru Nik Aziz tidak bersetuju dengan penggunaan nama ALLAH, namun beliau tetap menziarah gereja yang diserang. Paderi pun berasa terharu. Jiha pun fikir gak, kawan Jiha beragama Kristian pasti terasa luka dihati bila gereja diserang. Kita orang Malaysia. Ada budaya, ada adab dan dan agama.

Mana-mana parti dan pemimpin politik, dimana hati dan akal kita?
Bersatulah wahai ummat!

" When there is no peace, that is mean, people is forgot that we are belong to each other"- Mother Teressa


* Jiha solat di kelas sebelum Politics lesson bermula. Jiha tak nak lambatkan solat sebab nanti tak sempat. Jiha minta izin dari cikgu. Kesefahaman antara Muslim dan Non Muslim itulah kehormatan peradaban agama. Tidak bersependapat, bukanlah bermakna peperangan bermula, tetapi penyatuaan hati dan fikiran serta toleransi haruslah ada.

wajah pemimpin Egypt


Gembira semalam melihat putih salju yang menyeliputi Swansea dan secara automatik sekolah ditutup, tiba disimbah dengan berita berdarah Konvoi Viva Palestina yang telah diserang oleh riot polis di sempadan Mesir- Palestina.


Salah seorang peserta, juga kenalan Jiha di Swansea, turut serta di dalam konvoi besar-besaran ini. D nama singkatan. Seorang wanita linkungan 50+. Semangat wanita yang bukan Muslim ini memperjuangkan hak Palestin bukan mahen-mahen taw.


Seorang pelajar perubatan Malaysia dari University Of Bristol turut ditahan. Ceeh..hampeh jek la kerajaan Egypt ini.


TAKBIR!

(sekarang la nak Takbir wahai UMNOes! )


Konvoi ini telah bermula awal Disember jika tidak salah. Penungguan pintu pagar dibuka antara sempadan telah meledak apabila pintu itu akhirnya dirempuh masuk oleh kenderaan yang membawa humanitarian air ke bumi Palestin. Pihak Egypt telah memungkiri janji, so apa lagi, orang dah sabar tahap dinosaur, pintu tak buka, rempuh la BEB!


Jiha telah hampir mahu mengikuti konvoi ini, namun disebabkan bajet tak ada, so ha ha ha la eh :P InysAllah di musim panas akan datang. Alllahuma amin :)


Apa-apa pun doakan semua peserta konvoi Viva Palestina ini selamat tiba dan pulang.

Esok petang di kedutaan Mesir,Kuala Lumpur akan diadakan memo bantahan. Tapi korang jangan "terkeliru" sebab pihak UMNOes pun buat demo membantah penggunaan kalimah Allah.

Jeng jeng jeng ^ - ^
Waktu kecik-kecik la, Jiha selalu pergi ceramah, selalu dengar ceramah Pak Cik Misbah, Pak Cik Mahfuz, Tok Guru dan kebanyakkan penceramah pihak pembangkang la..termasuklah ayah ;)

Pergi demo pun dengar orang takbir.Mula-mula kecik-kecik memang la malu dan kekok, tapi sekarang da auwkeesh! ;)

Semangat UMNOes. Tak pe-tak pe. Berjuang jangan tak berjuang. UMNO pun nak gak jadi Hero untuk Rakyat. Tak gitu kak Kiah weyh?
Yo yo
TAKBIR!
Allhuakbar!


dunia kita 2010

Sejuk gigil di musim dingin, tak bisa melunturkan semangat manusia berpesta dan berbaris panjang di kelab malam, sempena 2010. Tapi itu mereka yang masih mencari erti hidup. Agama itu diciptakan untuk memberi makna kepada kehidupan.

Ketika bersekolah di Al Munir, semua pelajar perempuan pakai jubah warna hijau di hari Jumaat dan lelaki pakai baju Melayu.
Sekolah disini, budak lelaki Muslim (kebanyakkan) tidak pun pergi ke solat Jumaat.Alasan kerna waktu sekolah.
Masjid disini, perempuan pun pergi solat Jumaat. Disini solat Jumaat dijalankan 2 sesi kerana terlalu ramai orang.


1/1/2010
Hari Jumaat.
  • Terciptanya dan wafatnya Adam A.S.
  • Dimasukkan Adam A.S. ke dalam syurga
  • Dikeluarkan Adam A.S. ke dunia
  • Hari paling mulia dan penghulu segala hari
  • Hari mustajab berdua
  • Hari terjadinya Qiamat!

Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Hari jum’at itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslimpun yang memohon sesuatu kepada Allah dalam waktu tersebut melainkan akan dikabulkan oleh Allah. Maka peganglah erat-erat (ingatlah bahwa) akhir dari waktu tersebut jatuh setelah ‘ashar.” (HR. Abu Dawud)

Bersediakkah kita menghadapi Qiamat di Hari Jumaat?

Jiha pernah tonton The Day After Tomorrow sebuah filem ideologi Kristian.Mengisahkan seorang climatologist yang cuba menyelamatkan bumi dari sistem cuaca bumi yang makin parah. Berlatarbelakangkan New York city dan ibu negara lain( Mexico, Tokyo, Los Angeles). Salji yang turun lebat selebatnya, peting beliung, dan hujan batu.Keadaan manusia yang mati dalam beberapa jam sebelum esok hari. Manusia yang mati dalam berbeza cara- beku dek ais.Tiada pun isu agama dalam filem ini. Tetapi filem ini merupakan ideologi Kristian. Orang Kristian percaya pada hari Qiamat dan Nabi Isa akan menyelamatkan mereka yang beragama Kristian. Ini bukan lagi Qiamat. Tapi seolah gambaran bagaimana kuasa Tuhan mematikan dan menghidupkan makhluk.

Berdevar-devar hati Jiha tonton filem ini sensorang. Bukan setakat filem ini jek, tapi Ice Age dan the latest one, 2012 juga filem yang bagus untuk manusia fikir balik tentang diri kita. Tangan-tangan manusialah yang menjahamkan dan membaikkan bumi ini.

Sesejuk ini pun Jiha tak lena mimpi malam tadi. Kebas rasanya. Itu baru sejuk di dalam rumah sendiri. Heater pasang pun tak rasa panas. Inilah fitrah perjuangan hidup sebagai musafir.

Cerita panjang2 di blog tak best la, kamu semua tontonlah sendirian berhad filem itu . Tak salah rasanya untuk kita menonton filem ideologi Kristian ini. Ceritanya pun masuk akal dari saintifik dan sudut agama pun ada. Jiha cuma sekadar mengsyorkan, manalah tahu kot nanti ada pengarah filem dari Malaysia boleh buat filem hebat macam ini ;)
Nur Kasih pun dah tamat. Puji aah sikit memang sweet sour la Nur Kasih. Jiha memang suka gila Photography dalam Nur Kasih. Shun gilew ;D

Salam takziah untuk bekas guru kelas Jiha (2 Amanah 2), Ustazah Aina yang kematian suaminya.
Juga pak Gus Dur yang meninggal dunia.