RSS

Ooo Al-lughatol Arabiyah

Hari Khamis lepas, Jiha ada mock exam Bahasa Arab. Bayangkanlah dah 3 tahun setengah, jiha dah tinggalkan kitab bahasa Arab! Dan tiba satu soalan. Begini :

يوم جميل في حياتيmaksudnya:hari cantik di hidup saya)

Sangkaan Jiha ketika exam;

Disebabkan ejaan
seperti Haiti, so jiha ingat kena la tulis pasal Haiti. Tak terfikir langsung maksudnyaحياتي tu "hidup saya" . Waktu itu pun dah blank. Banyak juga faham dan ada la gak ding dong je T___T

ketika berusia 15 tahun bersama rakan kelas dan ustazah bahasa arab(yang belakang Jiha tu) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak

Alternatifnya, Jiha masih pergi belajar bahasa Arab di Swansea Uni Mosque. Cuma kelas itu masih tahap basic yang Jiha faham. InsyAllah setiap hari Khamis, ada kelas untuk advantage bahasa Arab oleh Syeikh Mohsein. Jiha suka bahasa Arab dan alhamdullilah dulu keputusan bahasa Arab lisan dan penulisan dapat keputusan yang baik. Masih ada lagi sijilnya di kamar Jiha.


Dan alhamdullilah, Jiha masih ada peluang untuk melayari Bahasa Arab yang Jiha tak praktik berkurun abad. Jiha ingat lagi waktu kecik, nak tanya soalan bahasa Arab dengan arwah embah di telefon. Alhamdullilah, arwah embah, paman, dan bibik-bibik Jiha(family sebelah ayah) kebanyakkan memahami Bahasa Arab dan ustaz dan ustazah Bahasa Arab di sekolah arwah embah (click here).

Imam Asy-Syafi’i mengatakan, Manusia menjadi buta agama, bodoh dan selalu berselisih paham lantaran mereka meninggalkan bahasa Arab, dan lebih mengutamakan konsep Aristoteles. (Siyaru A’lamin Nubala, 10/74.)


Bahasa Arab itu bahasa syurga :))
Ini pengajaran taw. Ilmu bahasa ini selalu kerana praktik kalau tidak begini jadinya.Jangan nakal-nakal taw.
Masih tidak terlewat dan tidaklah susah mana pun nak belajar bahasa Arab. Selagi mana kemahuaan itu ada, kalau langit biru pun akan bisa diterbangi.