RSS

dunia kita 2010

Sejuk gigil di musim dingin, tak bisa melunturkan semangat manusia berpesta dan berbaris panjang di kelab malam, sempena 2010. Tapi itu mereka yang masih mencari erti hidup. Agama itu diciptakan untuk memberi makna kepada kehidupan.

Ketika bersekolah di Al Munir, semua pelajar perempuan pakai jubah warna hijau di hari Jumaat dan lelaki pakai baju Melayu.
Sekolah disini, budak lelaki Muslim (kebanyakkan) tidak pun pergi ke solat Jumaat.Alasan kerna waktu sekolah.
Masjid disini, perempuan pun pergi solat Jumaat. Disini solat Jumaat dijalankan 2 sesi kerana terlalu ramai orang.


1/1/2010
Hari Jumaat.
  • Terciptanya dan wafatnya Adam A.S.
  • Dimasukkan Adam A.S. ke dalam syurga
  • Dikeluarkan Adam A.S. ke dunia
  • Hari paling mulia dan penghulu segala hari
  • Hari mustajab berdua
  • Hari terjadinya Qiamat!

Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Hari jum’at itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslimpun yang memohon sesuatu kepada Allah dalam waktu tersebut melainkan akan dikabulkan oleh Allah. Maka peganglah erat-erat (ingatlah bahwa) akhir dari waktu tersebut jatuh setelah ‘ashar.” (HR. Abu Dawud)

Bersediakkah kita menghadapi Qiamat di Hari Jumaat?

Jiha pernah tonton The Day After Tomorrow sebuah filem ideologi Kristian.Mengisahkan seorang climatologist yang cuba menyelamatkan bumi dari sistem cuaca bumi yang makin parah. Berlatarbelakangkan New York city dan ibu negara lain( Mexico, Tokyo, Los Angeles). Salji yang turun lebat selebatnya, peting beliung, dan hujan batu.Keadaan manusia yang mati dalam beberapa jam sebelum esok hari. Manusia yang mati dalam berbeza cara- beku dek ais.Tiada pun isu agama dalam filem ini. Tetapi filem ini merupakan ideologi Kristian. Orang Kristian percaya pada hari Qiamat dan Nabi Isa akan menyelamatkan mereka yang beragama Kristian. Ini bukan lagi Qiamat. Tapi seolah gambaran bagaimana kuasa Tuhan mematikan dan menghidupkan makhluk.

Berdevar-devar hati Jiha tonton filem ini sensorang. Bukan setakat filem ini jek, tapi Ice Age dan the latest one, 2012 juga filem yang bagus untuk manusia fikir balik tentang diri kita. Tangan-tangan manusialah yang menjahamkan dan membaikkan bumi ini.

Sesejuk ini pun Jiha tak lena mimpi malam tadi. Kebas rasanya. Itu baru sejuk di dalam rumah sendiri. Heater pasang pun tak rasa panas. Inilah fitrah perjuangan hidup sebagai musafir.

Cerita panjang2 di blog tak best la, kamu semua tontonlah sendirian berhad filem itu . Tak salah rasanya untuk kita menonton filem ideologi Kristian ini. Ceritanya pun masuk akal dari saintifik dan sudut agama pun ada. Jiha cuma sekadar mengsyorkan, manalah tahu kot nanti ada pengarah filem dari Malaysia boleh buat filem hebat macam ini ;)
Nur Kasih pun dah tamat. Puji aah sikit memang sweet sour la Nur Kasih. Jiha memang suka gila Photography dalam Nur Kasih. Shun gilew ;D

Salam takziah untuk bekas guru kelas Jiha (2 Amanah 2), Ustazah Aina yang kematian suaminya.
Juga pak Gus Dur yang meninggal dunia.

4 suara reformasi:

Ai said...

aha setuju. heater pasang pun tak rasa efek... grrr

joegrimjow said...

jiha rasa....
;-)

masa satu ni yg utama
bnyak sangat blog die

mrfathi said...

adem banget neng Swansea???suhu nei piro?-10 darjah celcius...

hehe lama tak usha blog ni...

cHiQu3CHiLL said...

bonjour !

oh kesah Nur Kasih..mmg chantek scene2 & cimenatographyne..the way they play space...di dalam teknik video/perfileman/motion..ia dipanggil Cinematography..

Photography adalah gmbar still/pegun.. :)

but booth are related jargon or term sahaja berbeza