RSS

Belajar Politik Britain di sekolah

Salam reformasi :)

1- Cerita politik dimana-mana pelusuk dunia seperti cerita cinta. Tak ada akhir. Banyak dugaan. Ujian.Dosa.Pahala. Manusia dan ketidakmanusiaan. Ceh.

2- Sebab itulah Jiha makin kurang cerita pasal politik di blog.Jiha bukan wartawan mahupun penganalisis politik.

3- Jiha sedang belajar AS Politics di sekolah Olcha. Belajar erti demokrasi, parti politik,ahli politik,undang-undang, dan semua yang berkaitan tentang negara orang putih ini.

4- Orang di sini berpolitik, bukan macam di Malaysia. Demonstrasi memang ada.Tapi, jiha tak pernah nampak FRU.Langsung tak pernah.Mungkin wujud cuma tak "disalahgunakan" sebab polis disini bukan bekerja untuk kerajaan.LOL.

5- Jiha ada hak untuk mengundi disini.Dah banyak kali dapat surat untuk pergi undi. Tapi, ayah cakap disebabkan kita tidak tahu siapa yang lebih baik, jadi tak payah la pergi mengundi.

6- Walaupun sekarang Jiha sedang belajar tentang Politik Britain, Jiha rasa mungkin Jiha akan mengundi kalaulah antara salah satu pihak parti politik, Labour atau Conservative atau apa2 je lah, dapat MENGHENTIKAN menghantar askar-askar diorang ke medan perang (konon, atas alasan perdamaian,padahal untuk kepentingan negara sendiri). Eg; Iraq

7- Orang putih pandai bab memuji.Selalunya, dah tak ada makna lagi pujiaan dia orang sebab tak padan pun dengan apa yang kita lakukan. Lebih pasta dari keju.

8- Tak percaya.Baca balik Sejarah. Ramai sangat Sultan Melayu di kelentong sewenang-wenangnya. Orang Melayu ini baek sangat kot. Haha

9- Jiha tak reti nak mengajar orang.Tapi yang Jiha reti, reti bercerita.Waktu darjah 1, Jiha menang no 1 dalam pertandingan bercerita di Sekolah Rendah Al Munir,Kg Padang Tembak, Teluk Intan,Perak. Hehe =DD
(bangunan pertama yang ada susunan pokok itulah kelas darjah 1 Al Kindi)

10- Facebook sekarang adalah Face Your Book! Layan internet dan tv, memang tak jadi kerja kita dibuatnya. So, no tv and Facebook 0n weekdays, only weekend.


psttt: Jiha sayang Swansea taw. Tapi sayang Jiha pada tanah air kuat lagi. Rindu la kat kau Malaysia. You rindu tak kat I? hAha. Gedik tak habis.

7 suara reformasi:

Framestone said...

he...23x
sana lain sini lain
sana tipu sini dusta
sana kelentong sini potong
sana puji sini maki

he...23x pe yg bro merapu nie jiha he...23x

www.broframetone.com

mrfathi said...

ish2...kecian ko ye...ko ni memang dah bermastautin ke kat UK ni???maksud aku dah jadi warga UK la...

alaa politik ni sumer kotor...seolah-olah menanam tebu di tepi bibir akan tetapi bila diminum jusnya,terasa kelat...gitu citer nyer

owhh bocah jowo iki koe arek blajar boso jowo???ko lungo website wakjaman.com

IsyaAllah your REAL mother tounge will be clear from dust and....ape aku merepek ni?

mUneer said...

once upon time, ada kajian di jepun. dia buat siapakah manusia yg dipercayai. warga jepun mengatakan:-

tangga pertama ialah DOCTOR dgn jumlah 97%

tanghga last sekali nak tau apa, POLITICIAN. only 3%

BicaraSamaAwan said...

cool!!

shakir tahir said...

salam,

its good that youre dad encourage you to write like this. express views and all. well my dad took me when i was 10, and that was in 1998, to kampung baru to for a the saturday night reformasi :P . I wasnt aware of youre age at that time. but its good. kesedaran harus dididik sejak kecil. write more, and even more so.

Gadis Reformasi said...

@bro framestone: pantun hebat
merapu pe lak!
oryte je!

Gadis Reformasi said...

@mr fathi: kenapa nak kecian lak?
yeap. bermastautin. masih setia jadi warganegara Malaysia la!

tak semua politik kotor.yang kotor adalah sebilangan ahli politik.