RSS

belagak alim!

Satu petang kambing sound ayam.. "apalah ko ni ayam,baju lawa tapi tak pakai selipar.." ayam yang bengang jawab " ko lagi la....jaanggut panjang alim konon.....seluar taak pakai...tak malu!"

Malaysiaku Kejam!

Pak Lah mmg kejam!
xDD
Ade ke patut,P.cik Mat Sabu kena tangkap pada hari perkahwinan anak perempuan dia!?
eeee.
apsal la kerajaan Malaysia ni kejam?
kdg2 rsa malu je nak ngaku Malaysia aman damai.Padahal,PM tu kejam sekjam manusia!
;I
dayus!
;*
gedik![GEDIK X DE CLASS]
xDD

.Kek cOklat. kuwh xD

hye.i la chef nur najihah!
(;
ok tuan2 & puan2,
hri ni kt nk wat kek coklat!i penah wat taw kek tu.sedap giluw!yum..yum..;p
sbrnye i mnysal sgt,cz x snap pic kek tuh.;o
nyesal!
ok la.ckuplah,nasi dah jdi pizza,tak boleh nk undr.
ok.ckuplah merepk!;p
skrg kt ready nk mask
sweetheart cake!;8
ingredients;
100g butter
100 caster sugar
2 eggs,beaten
75g self raising flour,
25 cocoa powder,
1x250g mascarpone[mlysia ade jual kerw?]
50g strawberries
35g caster sugar
vanilla essence
icing sugar
a little plain chocolate


1st step,
beat the butter and sugar.Beat in the eggs.Fold in flour and cocoa powder.Spoon into cake tin.Then bake the cake around 20-25 minute!JGN KASIK HANGUS!;pP

2nd step,
beat the mascarpone in a bowl.Puree the strawberries and slice the extra.Beat the mascarpone with the sugar and vanilla essence.Arrange the strawberry slice on top of the cakes around the edge of the tins.

3rd step,
divide the mascarpone between the tins and level.Chill for 4 hours.Then,place a small heart shape.
Maka siaplah kek al jiwang coklat!;p
yumm!

nak recipe lagik?
tny je kat i.
i sudi tolong u`ll.klu u`ll baek dgn i.
;p

selamat mecuba!

maaf dari kamu.




Manusia.

Mudah menutur kata maaf itu ya.

Sedangkan kamu biarkan air mata!

Sedangkan kamu menutur perlakuanmu dengan sandiwara!

Kamu biarkan hatinya.

Lalu,

Kamu menutur maaf dengan sewenangnya.

ku tlah jatuh cinta!(;

Nad,Kema,Iylia,Aina,Mint,Farah,Dyan
Detik berlalu.
Aku rindukan sahabat.
Aku sayangkan sahabat.
Aku cinta sama sahabat.
Terima kasih sahabat.

Dr Auntie Zawati!



Auntie Zawati baru jer balek semalam ke tanah air!
eh silap bukan auntie!Dr Auntie Zawati!
wa.....~~
x besh tol bile auntie zwati balek!huh..
auntie zawati dan uncle ni memang totally baek orangnye taw!jgn spe2 gatal,nak syaketkan hati dyeowg taw.Nanti kena
"GEDEBUSHH..PENG-PENG"
jer dgn aku!hahaha(;
uhmm..
auntie n uncle!
datang lagik eeik sini.Tak yah duk kat Mas!Buat cekik darah je.=p
insyallah,kt jumpa lagik!

ayah dilokap!

ayah pernah dilokap bersama dengan paman angkatku selama 8 hari!
Waktu tu usia aku 9 tawon!Budak kecik lagi!(; tapi stil ade perasaan taw!
Apsal aaa gatal sangat polis ambek ayah kesayangan aku?
Ewah..ewah..Itu bapak aku!Sentuh pun tak boleh!Kecuali kalau bapak aku kasi la..
eeeeee!Maen suka hati jer nak lokapkan ayah.Ibu,mbah dan paman berulang-alik dari Sg Lampam,Teluk Intan ke Kuala Lumpur.Nak ikat jamin ayah!RM 3000!Gila punya kerajaan! ;o HUh!habiskan duit untuk kerajaan!eeee!Bak balek duit tuwh!DAku mintak ni!Memang aku buruk siku pun,yang penting hati aku cantek! ;p Dah la maen tangkap bapak aku!Pastu,sukati je nak suruh ayah masuk lokap eeik!Cian kat ibu aku taw!Nangis..aku pn nangis gak.Tapi jap jer..
Hati seorang isteri,mestilah risau psal suami!Lokap bukan cm dirumah.uh...+]Mana ade orang masak nasi lemak sedap macam ibu aku buat!
Tak pe!Ade ubi,ade batas,Jiha datang,nak balas!hahahaha;p kecik2 cili padi taw!
Lepas ayah berjaya keluar dari lokap,ayah buat satu buku."Diari Black 14".Buku bercerita tentang 8 hari dilokap!surat2 dari teman2 seperjuangan dan surat dri aku dn adik di"masukkan" sekali!

Kita orang rakyat MALAYSIA kan specially aku,memang 100%anti kerajaan!/blockquote>strong>Bukannya salah pun ayah nak berjuang!Ape kejadah la kerajaan Malaysia!Naek menyampah aku tenGok pak Lah jadi pemimpin!ahhahahah(;
serius!TAK LAYAK LA..
Wahai manusia-manusia!
BUKALAH MATA!
BUKALAH TELINGA!
BUKALAH MULUT!
BUKALAH LANGKAH KAKI!
BUKALAH HATI!
LIHATLAH!
DENGARLAH!
HIDULAH!
BERCAKAPLAH!
BERJUANGLAH!
DEMI SATU KEADILAN!
-jiha-

*barangsiapa mahu mendapatkan buku BLACK 14,silalah bertanya pada ayahandaku,yakni Encik Muhaimin Sulam..
emailnye;muhaiminsulam@hotmail.com

TIDAKKKKK!

ala..............
MOCK EXAM!!
sibuknya!wa...tapi aku masih relax cam selamba badak jerw!
hahahha
pandai-pandai!

perjuanganku [BERSIH]

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Semangat terasa membara bila menonton rakaman dari TVPAS.COM ,pejuang-pejuang Malaysia yang berhimpun pada 10 November 2007. Aku dan ayah pun pakai baju kuning,tanda sokongan untuk rakyat Malaysia!!Bukan saja di Malaysia,tapi di London,Austrilia dan New Delhi turut bersama berjuang di medan perjuangan!Meski berlainan tempat,tapi kita masih diperjuangan yang sama!

1 hari gelombong kuning memenuhi jalanan,sudah cukup mengetarkan hati Pak Menteri and The Geng!Geli hatiku bila teringat Pak Lah cakap “saya pantang dicabar!”…Sejatikah kewiraanmu wahai Pak Menteri? Apabila,polis dan FRU dikerah!Media yang tidak diberikan ruang kebebasan menulis disebalik tabir Malaysia!?Mereka disalahgunakan!Mereka “dipenjarakan” hak!Merdekakah negaraku Malaysia?Kasihan sama mereka…Macam budak kecil pula diperlakukan!Ikut je telunjuk jari Pak Lah!

Meletup beb!Al Jazzera dan BBC News membuat liputan yang terhangat di pasaran dunia politik!Bertambah cemerlang,gemilang dan temberang Malaysiaku yang semakin tersohor di pelusuk bumi yang fana ini….; )

Syabas!Seribu kali syabas kepada pejuang-pejuang Malaysia yang sememangnya berani!Sanggup berpedih mata dengan “water canon”!!Demi memperjuangkan hak dan keadilan sebagai warganegara Malaysia yang sejati!

Sangka Pak Lah ku,
Rakyatnya seperti Pak Pandir,
Si “UMNO genteleman” Khairy,
Kita jumpa kita lawan!
Kata si Hero Zam Ala Zam,
4000 jer yang datang!
Aduh…..
Aduhaii….
Kapan harus ada hero-hero yang sebegini?
UMNOMAN!
TAK ADA JIWA GENTLEMAN!
Lagi hebat pak SUPERMAN & SPIDERMAN!!
Dan,
pastinya,
PASMAN!
=]]


Hey,,apalah nak jadi negaraku Malaysia!MACAM-MACAM ADA!

kita jumpa!!kita lawan!!

hey..hey!kealakar sungguh pemimpin Malaysia era millinium ini!Apa la nak jadi!
Jom la kita jumpa!Kita lawan!!;]

Ayah



ayah!
ayahku Muhaimin!
ayahku orang politik!
ayahku jiwanya seni!
ayahku hatinya baik!
dan,
aku adalah anak ayah!

Perdana Menteriku!






Aduhai Pak Lah!

Terasa malu rasanya,bila Tuan Guru berpantun meluahkan rasa tersinggung di hatinya terhadap Perdana Menteri Malaysia kita!Masakan tidak tersinggung jika ada orang menceroboh rumah sendiri melalui tingkap!Bukankah adat Timur,masuk berpintu,keluar bertangga?;o

Namun begitu,aku sangat kagum sama Tuan Guru Nik Abdul Aziz!Tenang saja melihat air mukanya yang bersih itu!Selama 17 tahun,beliau menjadi pemerintah,itulah pertama dan terakhir kali,aku melihat,seorang pemimpin yang selayaknya menjadi Perdana Menteri Malaysia!Bukan Pak Lah!!

Kepercayaan dan keyakinan aku pada pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz seperti cahaya purnama!Pastinya bersih dari rasuah!Dan berteraskan Islam!aku masih ingat lagi konsert Mawi di Kelantan,sempena merasmikan Kelantan sebagai Bandaraya Islam!Mampukah Pak Lah atau pimpinan seanteronya,menjadikan konsert diasingkan bahagian pria dan wanita?ENGGAK PERNAH!Kelantan mencipta sejarah Malaysia!Diharapkan disenaraikan dalam buku Guest Book of World Record!! =]

Aku sebagai anak Timur,pastinya tertawa pabila seorang Pemimpin Negara Malaysia , bisa menjadi “selamba badak”!!Aduhai Pak Lah,dimanalah ketimuran mu?

Alkisah Sepurnama United Kingdom


musim kini sudah beralih angin!aku bukan lagi dimusim bunga-bunga yang mekar!Putaran bumi,menjadikan malam kian panjang dan siang makin pendek waktunya!Makin bertambah suhu kedinginan,makin tebal lapisan baju!Sejuk!!Mata pun mudah saja ingin tertutup dalam jam 9 malam!Di hembusan angin pagi,aku berjalan menuju sekolahku,ku lihat alam Tuhan dan aku mengukir senyuman sendiri,bumi Tuhan dihiasi cantik dengan dedaunan yang kemerahan dan keorenan itu masih dipohon,menunggu masa gugur di atas jalanan!ku lihat sekitarku,daunan coklat sudah bersepah dijalanan!cantik sungguh ciptaan Tuhan!Masyallah!=]

Nafas berganti nafas,rupanya sudah setahun 12 hari aku tinggal di bumi Hamlet!Tanggal 27 Oktober 2006,itulah detik terakhir aku meninggalkan tanah air yang dirindui!Dan 27 Oktober 2007,aku berpindah ke teratak baru.Dari Hanover Street ke Alexander Terrace!Seminggu aku mengemas rumah!Banyak banget seyh barang-barangnya!Penat rasanya,,tapi lega bila kamarku siap dikemas!hihiihiih,,sekarang bukan lagi satu kamar dengan cik Nab!bertambah lega!Tak payah nak membebel lagi!;pp

Jom kita bercerita tentang madrasah pulak!;o uhmmm,,madrasah,,sekolah,,school!sama jer kan maknanya,tapi,kalau lain bumi,lain la jugak sekolahnya.Dunia sekolah disini,bezanya seakan langit dan bumi!Budaknya lebih brengset lorh,,;o kasihan sama gurunya!seperti dipijak oleh murid pula!Pensil,pembaris,pemadam atau buku,enggak perlu susah dibawa dari rumah!Sudah disediakan!Yang mereka bawa,hanyalah, planner,botol air handbag,eye liner,perfume,sikat, dan segala moyang make up!Pastinya gadis-gadis la!Kalau untuk pria,cukup sekadar membawa buku planner! Mudahkan?Cerita tentang gurunya,pastinya mereka banget baik!uhh,,guek sayang dan suka sama guru-guru disini!Kalau di perhimpunan,murid-murid yang duduk diatas kerusi,bukan guru-gurunya!Aduh!Kasihan sama guru-guru disini!Seperti dibuli pula!;o Tapi,aku masih menjadi murid Malaysia,yang tahu beradab sama guru!=]

Mungkin aku antara orang bertuah,kerna bisa merantau ke negara orang!Bak pepatah melayu,jauh perjalanan,luas pemandangan,dan bertambah pengetahuan!Dapat bermain salji!Dapat melihat daunan luruh!Semuanya perjalanan hidup yang tak pernah ku sangka!Alhamdullilah,,Ini takdirNya membawa aku ke dunia yang jauh!;]] Apa-apa pun,ku harapkan,aku dapat pulang ke tanah air lagi,,rindu sudah melangit!! ;o LOL!

Syawal ku disini!



Ups!Sorry..sebab tak tak punya masa untuk menulis tentang beraya di perantauan untuk pertama kalinye!;p Hampir Raya Eid Adha,baru ku punya kesempatan menulis..;p

Tercipta sejarah dalam hidupku,merayakan Syawal di perantauan,jauh banget dari handai dan taulan!Kami beraya pada hari Jumaat,sehari awal dari Malaysia.Sangkaan ku kami beraya pada hari Sabtu sebab selalunya kami lambat sehari dari Malaysia.Naik kelam-kabut gak sebab langsung tak prepare.Itu pun nasib baik kami tahu esok harinya raya,sebab pada malam terakhir tu,aku sekeluarga berbuka puasa di Masjid.Orang-orang Arab yang bagi tahu!Maka dengan itu,esoknya aku dan adik ponteng sekolah!=p Dan pada malam tu juga,ayah dan uncle radhi bertakbir ala style melayu!Tak pasal-pasal,hati aku pun sayu!Uh...;[

Pada pagi raya,kami bertolak ke kampung halamanku,iaitu Lampeter.Kami pakai jubah yang diberikan oleh Bibik Madah.Cantik sangat taw!Terima kasih ye bibik!Di sana,kami bertakbir style Melayu.Memang terasa gile raya tahun ni sebab kami raya jauh dari orang tersayang!Yang ada hanyalah ummat Melayu versi UK.Yang tinggal anak dara melayu terakhir di Swansea,ni cuma aku dan adik!Asmaq,kak Sya,Aliah,kak Ila semua dah balik Malaysia!hUH!Sedih je diorang tak ada kat sini.Kitaorang cuma sempat beraya untuk pertama dan terakhir pada hari raya Aidiladha yang lalu!Sedih!Sedih sangat tak ada Amaq!=[[ Tinggal memori jer!Dah ramai pulang ke tanah air!=[

cume tinggal memori jerw!=,[[

Raya pertama,aku telefon embah dan atuk.Embah wedok menangis cakap dalam telefon,maka aku pun kenalah pujuk!tapi,tak mencair gak hati embah!Kecian embah aku!Nasib baik la atuk aku di Kelantan tak nangis!Kalau tak bertambah tragis la raya nieyh!;p Mbah!Jangan nangis ye!Sayang embah!
Di Lampeter,orang Melayu la conquer pada hari raya tu.Diorang buat jamuan untuk ummat islam & bukan islam di Sport Hall University Lampeter.Macam-macam kuih raya ada!Kami bertakbir ala melayu gak!Muka mawi bertakbir pun ade kat skrin taw!Bertambah meriah la raya pada hari tu!Walapun setakat tengok si Mawi bertakbir dalam skrin!=p

Ni tengah bertakbir!Allahuakhbar~Allahuakhbar~Laillahailallah~AllahAkhbar~

Semua ummat Islam beraya dalam kegembiraan!Kami bergambar bersama dengan Pak Arab,mak arab,Pak Nego,mak Negro,ramai sangat mak bapak dari segala mak nenek negara!Lain bangsa,tapi agama yang sama!Hari tu,kami semua bernyanyi lagu raya!besh!besh
Aku jumpa Noa,si gadis Jepun.Dia pakai scarf sebab itu cara dia menghormati ummat islam!Memang baik taw si Noa nieyh!Orang kata muka aku dengan dia macam nak sama jerw..uhuuh ye kerw??ye kot!=p Kami pulang ke Swansea dalam pukul 5.15 petang.
penat!tapi,seronok sangat..terasa la jugak macam raya kat Malaysia,walaupun hakikatnya kami beraya di United Kingdom!





Raya ke-2,kami beraya di Swansea.Tempat tinggal aku!Kami ada jamuan raya di rumah bujang!Ibu masak pulut kuning.Kami sekeluarga pakai baju warna kuning!Silau jer mata siapa yang tengok baju raya aku tuwh.Cantik!macam mak datin jerw!Glamour la konon=p Kami jumpa orang melayu dari Brunei iaitu kak Umi dan kak Diana.Dan kami jumpa pasangan Singaporean kahwin dengan perempuan France.Anak diorang comel sangat!Yang sulung namanya,Eliaa,yang kedua,Johan dan yang ketiga,Amil.Diorang tak reti cakap Melayu!Cume Elia je taw nak cakap 5 perkataan Melayu.Sembahyang,makan,tidur...aku pun tak ingat da!;O Seronok jumpa dyeowg!

Raya ke-3,kami pergi ke capital city of Wales,Cardiff.Berjumpa dengan orang-orang Malaysia disana!Tak ada la byk sgt cerita kt sana..sbb aku tak kenal sgt org2 disana.Cume dptlh bjumpa dgn kwn2 baru!;p

Melayu oh Malaysia

Lirik Lagu Negaraku
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

Dah hampir setahun aku tak berdiri tegak di perhimpunan untuk menyanyikan lagu Negaraku.Tapi,lagu Negaraku tak pernah aku lupa,walau dimana jua aku!Aku tetap anak Malaysia!=]]
Khabar berita tanah airku,seperti kucar-kacir.Ngeri!Seram!Uhh..rasa macam tak selamat je kalau balik Malaysia!Kes bunuh arwah Nurin Jazlin,terasa meremang bulu roma!Apa nak jadi dengan Negaraku Malaysia..Bukankah lirik lagu negaraku "Rakyat hidup bersatu dan maju"
Bukan setakat kes pembunuhan kejam tu!Tapi,pemerintahan negara sendri dah macam angin ribut taufan!
Jiha dibandingkan keamanan di bumi UK ni jauh baiknya dari Malaysia!Kenapa?Sebab mungkin cara pemerintahan yang adil!Kalau ada pilihanraya,semua parti politik diberikan kebebasan ruang untuk berkempen..Pelik!Sebab ini bukan negara Islam..sedangkan Malaysia,Islamlah agama rasmi!Tapi,tak nampak keislamannya la!Jika hukum hudud dilaksanakan,mungkin kes jenayah tak la ketara sangat sebab hukum hudud tu bagus sangat!
Ibu aku pernah cerita pasal Kamal Artartuk.Bumi dan tanah tak nak terima jenazah Kamal Artartuk!Kerana pemerintahan yang tak tahu halal haram!Main bantai jer hukum Islam..Nauzibillah!
Aku nak ucapkan setinggi kehormatan atas pemerintahan negara Brunei Darussalam!Sebab pemerintahan mengikut dasar Islam.Jangan tak tahu,kalau naik MAS,pramugari dan pramugara melayu,islam boleh gatal-gatal berani serve arak!Kesian pun ada gak!Tapi,sebenarnya kerja lain berlambak!Bukan ke serve arak tu haram??PELIK SANGAT!Apasal diorang nak kejar duniawi!Kura-kura dalam perahu,suka hati jer buat tak tahu!
=ooo
Ini bukan kes nak ngumpat,tapi itu pandangan mata kiri dan kananku.Mungkin aku berbangga hanya kerana budaya bangsa aku..=] Tapi,jangan sangka,aku tinggal di bumi asing,aku lupa daratan!Sebab AKU MELAYU BUKAN MUDAH LUPA!=]]

Ramadhan



Alhamdullilah..bulan Ramadhan masih sempat lagi kurasai nikmatnya!Tapi bukan di tanah airku lagi..Untuk pertama kalinya di bumi Swansea!Bersahur pukul 4 pagi,imsak pukul 4.30 dan iftar pkul 8 malam di hari pertama Ramadhan Al Mubarak.Nasib baik sekarang waktunya semakin cepat!Jadi,tak la penat sangat!Hari pertama sangat memenatkan sebab aku bekerja dari pukul 9 pagi sampai pukul 6 baru balik rumah!wa~~nak mati jer rasanya hari tu..hahahahaha..=p
Dan hari pertama,aku berbuka puasa dan solat terawih di Swansea University Mosque bersama Kak Nurul.Lama gila tok imam baca surah.Aku dah terlentok!Adeyh...itu baru rakaat ke 2!Aku cuma sempat solat 8 rakaat,orang lain solat 20 rakaat!Sebab penat sangat hari tu..aku pun syahid la!;p
Berpuasa disekolah,lagi la kena kuat iman!hhahaha..sebab diaorang tak puasa,jadi selamba badak je la kalau nampak manusia makan chips depan mata!=o
Tapi,sebenarnyakan..diaorang respect taw dengan orang-orang yang berpusa ni!Lagi-lagi la,kena puasa disekolah.Aku pernah ajak diaorang puasa sekali dengan aku.Tapi,hari tu,tiba-tiba pulak,cancel...adoi!tak pe la..mungkin masa lain nanti aku ajak lagi!At least,aku cuba nak ajak diaorang kenal Islam!=]
14 Ramadhan,hari Khamis,hari terakhir aku iftar dan solat terawih dengan kak Nurul,sebab dia dah pindah rumah di Oxford!=[[ Sedihnya bila kak Nurul pindah!
Cerita kak Nurul,kalau 10 malam terakhir Ramadhan,nanti ada orang tidur di Swansea Mosque tu,sebab nak Qiamulail!Bersungguhkan diaorang tu!Bagus betul...=]]
Mmmmm..di United Kingdom ni,tak ada bazar Ramadhan taw!Semua masak sendirian berhad.Makan apa yang ada jer..No keropok lekor!No soya!No..No!!!Semua NO!!!=P
Kalau nak kuih raya,kenalah buat sendiri!Macam kita orang ni la..buat kuih Batang Buruk dengan ibu,auntie Safiah,auntie Pit,auntie Yan dan adik sampai pukul 1 pagi dong!=x
Seronok sangat bila Ramadhan ni!=]]
Kalau boleh,Ramadhan tak payah la ada akhirnya!sebab sampai bila-bila,setan tak ada dalam dunia nie!!AMAN!!=]]

owh Sekolahkuwh! =p

Madrasah pertama aku ialah di tadika Islam,Chenderong Balai.Aku berbaju kurung berwarna ungu dan bertudung putih.Madrasah ke-2,Tadika Abim Taman Manik.Berbaju kurung Hijau dan bertudung putih lagi.Menginjak umur 7-12 tahun,aku bersekolah di Sekolah Rendah Al Munir.Berbaju putih,berkain hijau dan bertudung putih lagi.Usia 13 tahun,aku bersekolah di sekolah kepunyaan embah,sekolah agama rakyat Maahad Al Islah di parit 17A,Sg Lampam.Selalu datang lewat!=ptahun seterusnya,aku bersekolah selama sebula di SMKA Tangok,Kelantan.Ish!Tak sanggup lagi tinggal asrama kat situ!Lapar sangat!!;[ Selepas sebulan,aku berpindah ke SMK Seri Perak.Mengambil Kelas ALiran Agama.2amanah2,kelas pertama aku.Tahun 2006,aku masih bersekolah disitu.Cuma dah semakin tua setahun.Masuk tingkatan 3.3 Amanah 2.Aku hanya bersekolah di Seri Perak hinggalah 20 Oktober 2006,hari Jumaat.Itulah sekolah yang terakhir aku di Malaysia sebelum berangakt ke UK.Sekarang,aku menuntut ilmu di Madrash Bishop Gore.Berbaju T-shirt lengan panjang(sepatutnya lengan pendek) dan masih bertudung!Warna hitam atau putih..30 minit kalau aku berjalan laju untuk sampai di sekolah.Kalau berlengang kankong,jadi sejam!Untuk masa akan datang,tak tahu lagi!Harap-harap dapat la ke menara gading!Amin… =]

siFu


Teacher Sharifah Azizah is my first favourite teacher forever and ever. She is very understanding and sporting. But, she is so naughty with me. Hahahah…she bullied me at Semarak Hall on Tadarus Day! Ouh… i became embarrassed..= p Aduhai! But it`s okey! It doesn`t matter… just a funny and sweet memory.=]
By the way, I miss her so much. She is faraway! I miss it when she’s angry, when she smiles and makes a joke! She is just an amazing teacher in my life. Thank you for everything Teacher Sharifah Azizah! Love you so much!





Miss Ezra is my 1st mum in my Bishop Gore school. She`s been my form teacher since I arrived at class 11D on 8th January 2007. I’ve been close to her since she`s been so nice to me. Well,she so helpful! She’s always there for me. Understanding, loving and caring! She`s the coolest mum!

But now, she’s not in my school anymore. She`s continuing her photography study in a college somewhere. Uh Allah!! Long time not seen her! Miss her damn lots!




Dr Jenkins is my Chemistry teacher.I like him as my good teacher because he`s so patient with his student and he`s so kindful!He always helping for my study.He`s awesome!Very understanding and helpful.May Allah bless for his kindness….

That`s all my favourite teacher`s story.No more word..May Allah give His Blessing to all my teachers wherever and forever!Amin…=]]

kehilangan


Di ruang ini,ku tujukan khas untuk ibu dan ayah tersayang diatas "kehilangan" insan baru didalam perut ibu pada 30 Ogos 2007,bersaman hari Khamis.Kehilangan dia,memang kami rasai.Sebuah penantian selama 16 tahun,dan akhirnya ibu keguguran.Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku..Kami redaha dengan Qada dan Qadarnya.Terima kasih pada auntie Safiah,Uncle Ramli sekeluarga,auntie Zu sekeluarag,ummi Naha sekeluarga dan abang-abang Highmead kerana menziarahi kami..moga Tuhan membalas segala jasa kalian.Amin.

Bicaraku!


Firman Allah;Janganlah kamu terlalu menyukai atau membenci sesuatu atau seseorang,kerana ianya akan jadi sebaliknya. Ya,itulah yang ingin aku bicarakan.Ini bicara soal hati dan perasaan.Sebenarnya bukan sekali,atau 2 kali atau 3 kali aku merasai perasaan yang dinyatakan dalam Firman Allah diatas.Dah berkali dan masih tak lali.Hingga saat ini. Kata teman;sabar tu separuh dari iman.Kata teman lagi;setiap yang berlaku ada hikmah dan balasan.Kata aku;ya benar kata-katamu itu.. Setiap yang berlaku ada hikmah dan balasan.Aku melihat kekuasaan dan keadilan Tuhan.Semakin matang aku mengenal dunia,semakin aku mengetahui Kebesaran Yang Maha Esa. Mungkin disaat aku kesedihan,aku akan memanggil nama Tuhan.Dan Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Dia mendengar bicara hati aku.Dia mendengar doa seorang hambaNya yang hina. Mungkin disaat aku gembira,aku masih memanggil nama Tuhan.Dan Tuhan itu adalah Allah.Ungkapan Alhamdullilah pastinya terucap di saat kesyukuran!Astagfirullahalzim,saat menyuci dosa!Allahuakhabar saat melihat Kebesaran Maha Agung! Biarlah bicara hati melafazkan bicaranya.Dan ku tahu,Dia mendengar bicaraku.

Kembarku sayang!=]]]


Aku ada kembar lain mak lain bapak!HAHAH~~Jangan tak tahu.Kembar yang dikatakan seiras dengan raut wajah Nur Najihah Muhaimin iaitu Nazratul Fareha Razali.Kalau kami jalan sama-sama,mesti orang tengok!Aku suka kalau jalan dengan Naz,sebab nanti “famous”!!ahahah..kita orang memang “popular”!merepek je..=p

Yang kelakarnya,si bf Naz,tersilap tengok orang..Siap panggil sayang lagi kat aku tuw..Tapi aku tak dengar la..Kalau aku dengar,dah sah mesti aku tergelak kat situ!!Yang ceritanya si Naz.Naik bengang dan cemburu si Naz..
Ada cikgu pernah tanya dengan Naz,dia ni ada kembar ke?Aduhai!!Di library pun,cikgu tersilap orang..ahahhahah!!

Tapi aku pelik la.Macam mana la orang kata kami ni kembar?Padahal Naz tak ada “mole” di muka dia..Kalau orang yang dah biasa tengok kami,tak la kata kami kembar.Aku ingat lagi.masa aku mula-mula masuk sekolah SEMARAK,Affan cakap,muka aku macam muka Naz!!Ha????Muka Naz………..??

HaHaHa~ Tak apalah..Ada kembar lain mak lain bapak,adalah satu kesyukuran!Yelah..orang selalu tertukar antara Najihah dan Naz =p Seronok tengok orang selalu tertukar aku dan Naz..kadang-kadang Naz pun bengang..kelakar!!

Salji Jumaat...


~Salji Jumaat~

Salji yang turun renyai pada pagi Jumaat,menjadi lebat menjelang pukul 12 tengahari.Semua pelajar dibenarkan pulang.WOW!!Kecoh dong bila cikgu bagi permission balik rumah!!Memang excited gila diorang,lebih excited dari aku sendiri…Hahaha~Tapi memang besh giluuuw masa salji turun tuw!Pertama kali dong!=DD

Masa di Malaysia dulu,tengok je dalam TV orang main salji!Sekarang REAL punya salji aku sentuh!Sentuh sampai menggigil-gigil..ahhaha~Demi salji!=PSalji..salju..salji..salju..Jalan pun jadi sesak dengan kenderaan..TRAFIC JAMM GILUU!Jalan raya memang licin sebab salji..Bebudak sekolah main baling salji dekat kenderaan yang tengah berhenti dijalan raya~Memang sakan bahagia tuwh!=]]

Aku,adik,kak sya,kak Ila,Amaq dan Budin semuanya sibuk nak posing maut!Bukannya apa,salji semakin mencair lol!!So,menggigil sampai kebas nak bergambar dengan salji yang turun pada hari Jumaat tu!=D posing maut dong!posing jangan tak posing!bukan senang salji nak turun di Swansea taw!Dulu 10 tahun lol,salji tak turun di Swansea..=p

Sehari sebelum salji turun di Swansea,abang Hafis tunjuk gambar salji di Highmead,Lampeter..WOW!!Jeles gilee sebab diorang memang sakan gila posing..dah la di Highmead tu,saljinya memang lawa dan memang tak ada orang lagi kacau salji melainkan diorang..Tapikan,malam sehari sebelum salji turun,aku tengah sedih gila lol!Tak sangka la pula,esoknya ada salji..jadi macam pengubat hati pulak untuk aku..

Cantik..dan seronok sangat bila tengok salji 9 Februari 2007 di Swansea..Dan itulah hari salji yang menyeronokkan =]]]

Izinkan detik itu...


Sebulan terakhir aku di SEMARAK,ialah pada minggu PMR.2-5 Oktober 2006.Aku masih ingat,waktu pagi aku berjalan dengan Naz dan aku bagi tahu dengan Naz yang aku cuma ada sebulan je disini.HUH!Menangis terus Naz bila aku bagi tahu dia.Lepas tu,kecoh la semua budak-budak Tingkatan 3.Mungkin ada yang kata,~bagus la kalau budak gedik tu pergi~
HUHUHU~tapi aku tak kisah pun.Lantak la orang nak kata apa pun.Yang penting aku bahagia =p

Dah selesai bertarung PMR,macam-macam aktiviti sekolah anjurkan untuk bebudak PMR.Pertandingan kad raya,pertandingan anyam ketupat,tadarus al~Quran dan macam-macam lagi.Masa tadarus Al~quran,Teacher Sharifah sengaja nak pilih aku jadi ketua kumpulan,padahal Iylia lagi layak nak jadi ketua.Alaaaa..teacher ni,saje je nak kenakan aku..=p Hahaha~Tapi kelakar sangat masa tu.Aku ingat sampai sekarang..Tektik Teacher Sharifah!!=]

Hari Jumaat,hari terakhir aku bersekolah di SMK Seri Perak.Di awal pagi,tak la terasa sangat kesedihannya.Pergi sekolah macam biasa.Dengan senyuman dan gelak tawa.Semua pelajar tingkatan 3 berkumpul di Dewan Semarak.Hari tu,macam-macam aktiviti.Menganyam ketupat,dan aktiviti lain.Aku bergambar dengan cikgu-cikgu.Bersembang dan bergelak tawa.Hari tu,aku duduk dengan Allai,Aina,Farah dan Iylia.Kejap-kejap pergi sana,kejap-kejap pergi situ.HUHU!!Sibuk sangat hari tu..

Masa hari-hari terakhir ni la,aku jadi rapat dengan bebudak yang tak rapat dengan aku.Aku nak tinggalkan mereka,dalam keadaan mereka kenal siapa diri aku.Aku tak nak diorang terus dalam buruk sangka tentang aku.=p

Aku bagi Iylia,lukisan hati yang aku lukis sendiri.Aku bagi barang-barang aku untuk Aina,Farah,Allai dan Naz.Sebagai kenangan.Tapi,yang paling aku ingat,aku bagi lukisan Hati untuk Iylia.Kecoh Iylia di asrama dapat lukisan tu!Dengan cikgu-cikgu pun,aku bagi hadiah.Teacher Sharifah dapat kain.Cikgu-cikgu lain ada yang dapat kuih raya dan benda lain.Aku tak ingat laa…=p

Di masa akhir,ada majlis khatam Al-Quran.Kemudian kami dibenarkan pulang.Dalam perjalanan menuju ke asrama,aku diekori sekumpulan kawan-kawan aku.Mereka jerit nama aku.Aku pun berhenti berjalan.Kami berkumpul di depan Pejabat Asrama.Kami berpelukan dan bermaafan.Aku masih ingat lagi,pelukan erat Ana.Kami baru saja menjadi kawan rapat di hari-hari terakhir.Aku mula sayangkan Ana.Ana pasangan kembar Aida.Aku pun rapat la juga dengan Aida.Tapi,tak la serapat Ana.Kata maaf Ola.Dan titisan air mata aku dan mereka.Terasa sekejap je masa berlalu.Dan keakraban dalam masa yang terlalu singkat dan terlalu indah.

Teringat la pula,hari-hari bergaduh dengan si Afdhal..hahah~kelakar bila teringat.Macam budak-budak.Tapi,lumrah la tu,lumrah dunia bebudak zaman sekarang.Sikit-sikit mengejek!ahhahah~kelakar..kelakar..Aku pun suka menyakat dan mengejek!!=p


Walaupun jauh dimata,dekat dihati.Diharapkan silaturrahim ini,akan terus berkekalan hingga ke syurga.Setiap kenangan yang tercipta,adalah satu kenangan yang abadi.Gaduh-gaduh tu biasa la..Sebenarnya akan bertambah kasih sayang bila bergaduh,sebabnya…ENTAHLAH!!Moga-moga,aku dapat berjumpa lagi kalian.Amin…….

You know what...




You know what,
I’m happy when people happy because of me
You know what,
I’m happy when people hug me
You know what,
I’m happy when people kiss me
You know what,
I’m happy when people show their love for me
You know what,
I’m happy when people love me
You know what,
I’m happy when people sing a song for me
You know what,
I’m happy when I sing a song for people
You know what,
I’m happy when I eat my chocolate
You know what,
I’m happy when people call me kakak;jiha;sayang
You know what,
I’m happy when people appricated me,
You know what,
I’m happy when people know what`s mean of my love
You know what,
I’m happy when I never lonely in the world
You know what,
People always touch my heart
People always broke my heart
People always like that…
You know what,
I want people understand
This poem is so special for my greatest people

my aDoPteD kakanda!




Kalau dikira kakanda dan adinda angkat aku,memang ramai..Tak terkata..dan tak teringat!!=p Tapi yang kekal sampai sekarang ni,masih boleh dikira.Yang terbaru,kak Nurul.Dia lahir di UK.Jadi,dia jarang cakap Bahasa Melayu.Kalau dia cakap Bahasa Melayu,comel sangat!!hahahah~aku suka ngejek dia..sebab aku jahat!!Dia cakap memang macam orang putih sungguh.Slank cakap Bahasa Melayu pun macam orang putih cakap Melayu..

Sejak dulu lagi,aku cari perkataan “kakanda angkat” dalam bahasa Inggeris.Tapi tak jumpa-jumpa.Sampailah satu hari,29 Julai 2007,hari ahad,9.59 malam,aku jadi adik angkat kepada kak Nurul.Aku tanya la dia,dalam Bahasa Inggeris,kakak angkat tu apa eik?Jawab kak Nurul “Adobe sister…”

Owhh..Adobe sister =]



Aku ada seorang kakak angkat di Malaysia.Kami kenal dari My Space.Namanya kak Wanie.Aku tak pernah jumpa dia.Tapi,aku suka kawan dengan kak Wanie sebab dia sporting dan baik hati macam aku!Memang besh dapat kak Wanie ni! Aku sayang dengan sis Wanie..

Aku teringin ada kakanda yang real!Kadang-kadang,cemburu sangat bila tengok kawan-kawan lain ada kakanda.Macam Aina dengan abang dia!huh!!beshnye la kalau ada kakanda yang sedarah daging dengan aku..kalau ada abang,memang aku nak sangat,sebab selalunya abang selalu nak kena protect adik perempuan.So,bila tengok kawan-kawan aku yang ada abang,aku rasa macam nak sangat ada abang..Tapi kalau ada kakak pun besh!sebab ada geng!=p

Sebenarnya banyak lagi my adobe kakanda.Tapi,atas urusan hal-hal tertentu,aku tak boleh nak ceritakan siapa lagi my adobe kakanda…Apa-apa pun,terima kasih la jadi my adobe kakanda yang memahami,dan menyayangi aku...Cyunk banget sama my adobe kakanda!! =]

Aduhai!


Aduhai..

Kenapa tajuk aduhai ni?Sebab tajuk ini sesuai dengan ceritanya.Cerita si ibu dan ayah.Ibu dan ayah aku la!=] ikutilah kisah ini=]

Kalau nak keluar rumah,kena selesaikan kerja rumah.Baru nak langkah kaki kanan nak keluar pintu rumah, ibu tanya”kakak,handphone bawa tak?” aku pun jawab,”Humm..”
Nak tutup pintu rumah,ibu tanya lagi,”kakak,balik pukul berapa?” aku pun jawab,”Entahlah..tengoklah macam mana.”
Nak start kayuh basikal,ayah pesan”kakak,jangan balik lambat.Balik sebelum maghrib”
Aku pun jawab”okey!”

Di rumah Uncle Ramli,
KRING..KRING..
“Najihah ada tak di sana?”panggilan telefon dari ibu.
“Ada.Kejap ye.Dia di dapur.”jawab uncle Ramli.

“Hello.Kakak cepat balik.Balik sekarang!Dah 7.30 petang.Tak balik lagi??Ayah dah marah..”nada ibu kemarahan dalam kerisauan.
“Ala..yelah.Kejap lagi.”jawab aku.Selamba badak jerw..=]

Auntie Fitri ; Jiha,tunggu la auntie masak dulu.Nanti cakap la dengan ibu,auntie suruh Jiha tunggu..
Aku ; hahaha..okey jer!=]]

Di depan pintu rumah uncle Ramli;
“Okey la auntie,uncle..terima kasih!balik dulu..assalamualaikum..”

KRING..KRING..

“Aduhai!Kakak nak balik la ni.Baru je keluar rumah uncle Ramli”jawab aku.Agak bengang,walaupun aku faham sebenarnya diaorang risau.

Cerita ni selalu berlaku.Bila aku keluar rumah.Kalau aku tak ada dirumah,mesti ibu telefon.Kadang-kadang kelakar,kadang-kadang aku tak suka.Kenapa?Sebab diorang akan marah bila perasaan risau datang.Kadang-kadang tu,tiba-tiba je ibu call.Macam rindu je..padahal,aku cuma pergi kenduri kahwin di town.Itu baru 4 jam keluar dari rumah taw!Kadang-kadang,ibu dan ayah marah sangat bila aku balik lambat..lepas tu,aku merajuk la!=P

Orang kata; Biasalah tu risau.Diorang cuma ada 2 anak.
Aku kata;Ala..memanglah!tapi kita dah 16 tahun
Orang kata;Budak kecik lagi la!
Aku kata;Yelah tu..=P
Orang kata;Nanti kamu ada anak,baru kamu tahu..kenapa ayah ibu kamu macam tu.
Aku kata;Lambat lagi..=P

Kesimpulannya;Aku memang paling tak suka bila ada orang risau dan menanti aku.Apa-apa pun sebenarnya,aku tahu diorang memang sayang sangat aku.Sebab itulah diorang selalu risau sampai marah.WAAAA…SEkian teRima kasiH =

bukan sekadar lagu..

Free Music

Free Music



Free Music


Ku jatuh chenta denganMU!=]]]

al-gedik.al-ngada.al-manja

href="http://bp2.blogger.com/_1jH4PE232a8/Rs_tXzWuzxI/AAAAAAAAACU/uK_2zE3kCQw/s1600-h/22-02-07_1751.jpg"> Antara 3 sifat di atas,aku pilih manja!Kalau di sekolah,aku popular dengan gelaran gedik.Paling tak,budak ngada-ngada.Aku tak suka bila manusia-manusia bagi gelaran gedik atau ngada-ngada atas budak-budak tak ada kelayakan untuk bersikap demikian.Gedik dalam Bahasa Inggeris adalah chick,manja pula pampered dan ngada-ngada adalah spoil.Makna lain jadi sikap pun pastinya lain.Diibaratkan laki kahwin 4.Paling tua,tua,muda,dan paling muda.Lain mak satu bapak!=p Umpat tentang budak gedik 3a2 yang paling popular,huhuhu~siapa?entahla!Sabda nabi;Barangsiapa mengumpat,diibaratkan makan daging saudaranya sendiri.Jadi,aku ambil langkah sekadar tawa,senyuman atau diam.Aku tahu siapa mereka maksudkan.Siapa lagi kalau bukan aku!=p Tapi aku tak nak ambil kisah sebab bagi aku sendiri,jangan menilai seseorang dari luaran.Aku pun bukan suka sangat nak bagi markah penilaian pada manusia2 di dunia fana` ni sebab aku pun bukan manusia sempurna!=] Kata Iylia;”aku pelik la,kenapa kau tak pernah marah bila aku cerita pasal diorang ngumpat kau di asrama?Kau diam jer..Aku pun tak faham,kenapa diorang suka sangat mengumpat kau.Diorang kata macam-macam.Aku yang sakit hati,tapi diam je.Bagi aku,ko OK jerw!Tak macam diorang cakap..” Humm..aku pun tak tahu la kenapa aku tak ada perasaan nak marah dengan diorang.Mungkin,aku dilahirkan untuk tidak suka pada kemarahan.Bukan tak pernah ada rasa marah,tapi jarang sekali untuk aku jadi harimau betina.Nak merajuk pun,jarang!Tapi,aku ni sensitif orangnya.Kalau ayah marah,aku merajuk =p Aku marah dan merajuk bergantung pada seseorang dan keadaan. =D Apa-apa pun,sebenarnya terima kasih sangat pada diorang yang pernah sindir atau kutuk aku,sebab mungkin ada betul kata-kata mereka.Cuma tak kena pada caranya dan bukan la 100%.Bukan tak boleh ditegur,hanya orang dan cara yang tertentu saja!=p

.untuk kamu.

kepadamu;
Shafiaina,Iylia,Farah,Mint,Keme,Uyun dan Dyan,

sahabat kamu adalah
teman yang paling istimewa,
yang memberiku tawa,
yang menitiskan air mata,
di setiap saat nafasku itu.
nadiku takkan bisa berdenyut,
andai tiada sahabat seperti kamu!
kalian sahabat dunia & akhirat!
moga Tuhan akan terus berkati nadi persahabatan ini.
amin.

1 mimpi dalam 1000

Rasa macam mimpi,bila nak tinggalkan tanah air aku.Tak percaya dan tak boleh nak dibayangkan dengan kata-kata.Aku sekeluarga meninggalkan tanah air pada hari raya ke-4.Bayangkanlah!!Masa tu hari raya.Sibuk sangat.Ramai orang datang menziarahi kami.Dari jauh dari dekat.Semuanya datang!Tapi sayang,kawan-kawan aku tak dapat datang!!=[

Masa di KLIA,ramai ahli keluarga kami datang untuk berjumpa kali terakhir.Sedih sangat masa tu.Semakin cepat detik jam berlalu,semakin sayu hati aku.Dan hinggalah masanya tiba.Kami semua berpelukan.Majoriti menangis!Embah Lanang pun menangis..apatah lagi embah Wedok!Bibik Aini aku,lagi la..dia tu ratu air mata!

Perjalanan selama 16 jam,sangat memenatkan.Walaupun bukan aku yang jadi pilot!hahah~makan,tidur,makan tidur!Itu je la kerja sepanjang naik Qatar Airways.Kami transit 2 jam di Dubai.Kemudian menyambung balik perjalanan ke bumi UK!

Pejam celik,pejam celik.Tak sampai lagi ker???HUH!Dah naik kebas tau duduk lama-lama!Tapi tak apalah.Yang penting aku dapat makan dan tidur!!=phhahaah~aku memang kuat makan..tambahan pula,makanan yang disediakan dalam Qatar Airways,memang sedap..huhuhu~bukan selalu nak bantai makanan banyak2!!Sekali seumur hidup pun tak pasti lagi…=]

Bla~Bla..akhirnya sampai la aku di Manchester Airport pada pukul 8.30 malam..Alhamdulillah!Pak cik Raja yang mengambil kami di Manchester Airport.Sepanjang perjalanan balik rumah pak cik Raja,aku tengok kiri lepas tu tengok kanan.Apa pasal kedai-kedai semua dah tutup?Shopping complex pun dah tutup!Kata pak cik Raja;sini pukul 8 dah tutup kedai la! Aduhai!!Awalnya……..=[

Setelah tiba di rumah pak cik Raja,kami bersiap untuk solat..Kemudian semuanya SHAHID~ ahhaha~ penat sangat!Masa tidur dah macam tak betul je…Maklumlah baru sangat tiba di bumi asing!Kami cuma menetap selama 4 hari di rumah pak cik Raja.Sepanjang 4 hari tu,pak cik Raja bawa kami beraya di rumah kawan-kawannya.HUH!memang besh!!Tapi,masa tu penat lagi la…=p

4 hari di Manchester,satu pengalaman yang indah!Rasa macam nak duduk je di Manchester!Tapi tak boleh la…Kami kena tinggal di Swansea,Wales,sebab dekat dengan Universiti ayah.Manchester di bawah negeri England.Swansea pula,di Wales.Pak cik Raja cakap,kadar jenayah di Manchester lebih tinggi dari Swansea.Jadi,kenalah berhati-hati!

Hari ke-4,datanglah pak cik Zuhdi sekeluarga untuk membawa kami ke rumahnya di Lampeter,Wales.Pak cik Zuhdi dan isterinya,mak cik Seri ada seorang puteri,yang comel sangat macam anak cina!!Namanya Fatimah Azzahra.Dia ada 2 orang kakanda kembar yang sangat comel iaitu Nasrullah dan Nasrudeen.Mula-mula,masa diorang datang tak perasan pun ada diorang tu kembar.Sampailah pagi tu,aku terdengar suara manja seorang budak..Manja gila!Kalah aku..=p Huhuhu~Rupanya ada anak kembar!Besh betul ada budak-budak ni!

6 jam perjalanan dari Manchester ke Lampeter,memang memenatkan.Tapi tak la sepenat macam aku balik kampong di Kelantan!Kami tiba di pekan Lampeter pada larut malam.Aku tak dapat bayangkan macam mana la Lampeter ni.Cerita mak cik Seri,Wales ni macam kampung sebab ada ladang,kambing biri-biri,bukit-bukau, dan orang kata,Wales cantik!Macam cikgu Halimaton,cakap dengan aku dulu…Dan Wales terkenal dengan kejuaraan rugbi.Kadang-kadang tu,sampai bergaduh lol!!

Pekan Lampeter ni kecil sangat dan terpencil.Lebih kecil dari Teluk Intan.Tapi,aman sangat tinggal di sini.Memang cantik!Cantik sangat.Kebanyakan orang tua yang tinggal di sini.Orang-orangnya pun ramah.Kalau jumpa orang tak kenal pun,boleh tegur “hello!”
UPS!Mula-mula tu memang la tak biasa,tapi sekarang ni dah biasa sangat!Tegur je la..Tapi,kalau di Malaysia,mesti pelik gila!Tak pasal-pasal,dapat pangkat gila!=p Tak pun,gatal=]

Masa kami tiba di Lampeter,cuma ada 4 keluarga Melayu dan 4 orang yang masih belum berkahwin.Antara yang belum kahwin,abang Hafis,abang Darda`,kak Mar dan kak Shifa.Jadi hubungan kami mudah jadi rapat sebab tinggal yang itu je orang Melayu di Lampeter.Tapi geram sangat!!Sebab tak ada yang sebaya dengan aku.Aku dan adikku je la yang mewakili golongan pradewasa =p Yang lain semua kecil-kecik dan besar-besar dari usia kami!

Kami tinggal dirumah pak cik Zuhdi selama 2 minggu sementara mencari rumah.Rumah di Lampeter mahal sangat.Bilik satu,tapi harga memang cekik tulang-belulang!Jadi,kami mengambil keputusan untuk tinggal di Bandar Swansea.1 jam 30 minit dari Lampeter.Mungkin kalau dibandingkan antara Swansea dan Lampeter,Swansea lebih baik sebab senang nak dapat keperluan rumah.Macam-macam boleh dapat.Lagipun dekat dengan pantai dan orang-orang malaysia!Yuhuuu~Tapi tak boleh nak mandi la…syejukk~

Alhamdullilah kami telah mendapat rumah 2 tingkat (termasuk bilik bawah tanah) di alamat 174,Hanover Street.Rumahnya memang besar!Lebih besar dari rumah aku di no 15,jalan perkasa 4 dulu.Belakang rumah aku,ada sebuah rumah lama yang ditinggalkan.Mula-mula pindah sini,takut je kalau nak tengok tingkap.Macam rumah hantu!Tapi lama-lama,tak la takut sangat.=] Sunyi dan bosan sangat bila pindah rumah.Rancangan TV yang membosankan!!Rindu rancanganTV di Malaysia!!Komputer pun tak ada internet lagi.Bebudak comel pun tak ada!!!!WAAAAA~~Nangis aku!

Sebulan lebih aku menganggur duduk rumah macam orang tak ada kerja!Sampailah aku dapat pergi sekolah baru.Nasib baik ada bebudak yang sebaya dengan aku.Asmaq,kak Sya,kak Qila dan Aliah.Waktu tu kami tak rapat sangat sebab baru kenal.Kalau balik Lampeter,memang besh.

Hari tu masa hari lahir abang Hafis dan Kak Mar,kami buat sedikit jamuan.Aku dan adiklah yang jadi ketua.Mak cik Seri jadi penolong.Kami buatkan kad hari lahir dan kek sarang lebah untuk diorang.Taklah sedap pun,tapi janji ROCKK!! =] hahaha~merepek jer!ROCK benda tah..=p

Inilah satu mimpi.Mimpi yang tak pernah terimpi!Ada lagi kisah dari bumi UK ini,bukan ini saja coretannya.Tapi banyak lagi kisah untuk dicoretkan!Jumpa lagi di kisah yang lain!=]] Salam mimpi indah!

Cinta dimensi Jawa & Pattani

Aku rasa bertuah kerana dilahirkan sebagai cucu sulung dalam sebuah keluarga melayu Jawa.Yang pastinya layanan istimwewa untuk cucu sulung!Dalam keluarga sebelah ibu,aku cucu ke berapa..entah la!Tak ingat sebab ramai sangat..dah sampai cicit!Tapi,layanan tetap istimewa sebab aku selalu buli atuk!hahaha~buLi balik!
Embah Lanang,adalah panggilan untuk atuk.Embah wedok pula,adalah panggilan untuk nenek.Kata pamanku yang bongsu,embah wedok ini,penyayang dan sangat pemurah dengan cucu-cucunya.Cakap jer,nanti embah belikan.Pamanku yang bongsu pun,cemburu dengan anak-anak sedaranya.Maklumlah,anak manja!Tapi,cemburu sekadar tanda sayang..;p
Kalau sebelah ibu,tak ada yang sebaya dengan usiaku.Kebanyakkan adik-beradik ibu,duduk berjauhan.Ada yang tinggal di Terengganu,Ipoh,KL,Putrajaya dan Kelantan.Jadi,hubungan kami tak la serapat macam sebelah ayah.Tapi aku rapat la juga dengan auntie.Auntie Umi!Sebab dia layan aku,baik dan manja!=pKalau dengan sepupu,aku rapat dengan kak Ina!Memang sekepala..walaupun jauh jarak usia kami,11 tahun kot!Dalam keluarga kami,aku dan adik dikenali dengan panggilan Kakak & Adik sebab kami cuma 2 beradik.So,tak kira la muda atau tua dari kami,kebanyakkan panggil kami Kakak & Adik..=]
Bila jauh dari embah Lanang,embah wedok,paman2,bibik2 dan sepupu-sepapat,rasa penting sangat ikatan kasih sayang antara keluarga.Tanpa mereka,tak mungkin kami akan sampai disini.Bertungkus-lumus,embah,paman dan bibik membantu mengemas barang untuk dibawa ke United Kingdom.Siap tulis macam-macam lagi kat pembalut kicap dan sos!
Pada malam pemberitahuan,bahawa kami ke UK,mungkin satu kejutan.Kerana,kami tak pernah berjauhan dengan tempoh masa yang belum pasti untuk kembali ke tanah air.Bagiku sendiri,hubungan kekeluargaan kami sangat rapat.Aku paling rapat dengan paman dan bibikku yang bongsu,sebab diorang ini la paling muda sekali..Umur pun tak la jauh sangat.Lagi2 dengan paman Khair.Dia selamba jer.COOL!Keluarga kami selalu berbincang antara satu sama lain.Menghormati yang tua,dan menyayangi yang muda!Tapi aku ini,kuat buli bebudak bawah umur aku,,hAhAha xD
Bila telefon mereka disana,pastinya kata-kata rindu embah wedok,embah lanang dan sepupu2 tak pernah tertinggal.Kadan-kadang itu,embah wedok pun nangis.Kami disini,tak boleh nak cakap apa lagi,sebab dah pujuk embah tak payah la nangis.Insyallah jumpa lagi.Rasa kasihan sangat pada embah lanang dan embah wedok,sebab sepatutnya bulan Julai ini,diorang akan datang ke sini.Tapi,dalam masa yang sama,mereka terlalu sibuk dengan urusan sekolah dan urusan pertunangan Bibik Aini.Sebak hati embah Lanangku.Katanya;”Kalau embah ada sayap,dah lama embah terbang pergi UK..” heheheh.puitis gak eik embah aku!;p
Sehari sebelum pertunangan Bibik Ainiku,kami menelefonnya.Diharapkan majlis pertunangannya berjalan lancar.Bibik Aini menangis sebab kami tak dapat menghadiri perkahwinannya.Katanya lagi,”bibik sedih sebab tak ada anak sedara bibik yang gedik2 dan gatal tu!”hahaha~kelakar la!Tengah sedih pun,dia boleh buat lawak.
Huh!Aku pun sedih juga.Tapi,nak buat macam mana..=[ Perkahwinan bibik Aini ku,itulah perkahwinan yang aku nantikan!Harap-harap,aku dapat pulang ke tanah air secepat mungkin.Kasihan mereka yang menunggu kepulangan kami!
Kalau hari raya menjelang nanti,pastinya sedih!Sebab tak dapat makan lontong jawa masakan keluarga.Berjaga malam untuk masak lontong!WA~~~~Rindu sangat dengan diorang.. =’[

HARI-HARI TERAKHIR BERSAMA MEREKA
Hari-hari akhir memang sibuk sangat.Bibik,embah,paman ibu dan ayah sibuk packing barang nak bawa pergi UK.Hari-hari terakhir tu jugalah,embah lanang dan embah wedok bagi hadiah.Tiba-tiba saja,malam itu(tak ingat la bila) embah lanang panggil.Lepas itu embah bagi handphone,itu tak la kisah sangat sebab memang dah minta dengan embah wedok!Lepas itu,embah Lanang keluarkan duit dari poketnya.Nampak RM50.Tapi bukan RM50!RM1000!Aku dan adik terkejut!Mak ooih!Banyak betul =0 Alhamdulillah..bertambah la duit aku!=]
RAYA AIDILFITRI YANG PERTAMA HINGGA HARI RAYA KE-4
Aku berhari raya pertama di Pasir Tumboh, Kelantan.Kami hanya sempat beraya sehari saja di rumah atuk.Sedih sangat taw!Hari-hari terakhir inilah,aku banyak “buli” dan kacau atuk ki dan tuk wan!Atuk ki selalu ajak tidur sekali dengan dia!Bukan setakat tidur,tapi tinggal dengan dia.Mengaji pondok!huhu~ibu tarak kasi permission lol!sebab jauh sangat! =]
Pagi raya,kami bersembahyang di Masjid Pulau Melaka.Tempat Tuan Guru Nik Aziz.Lepas itu,makan Nasi Dagang sama-sama.Sedap taw!Atuk pandai masak..=]Pada tengahari itu,kami terpaksa pulang ke Perak,sebab nak siapkan barang!huh~Sedih bila tengok muka tua atuk aku!Dah la aku suka buli atuk!Aku rapat dengan atuk!Entah bila nak jumpa lagi..=[tuK ki & emBah LaNang♥
KELUARGA ASAS
Keluarga asasku hanya ada 4 orang ahli keluarga saja,dan insyallah akan ada rezeki pertambahan ahli keluarga yang baru..=pAku ada seorang ayah yang kacak;seorang ibu yang menawan;dan seorang adik yang gedik;Ayah pernah menjadi seorang guru di sekolah atukku sendiri dan pernah menguruskan sebuah pusat tuisyen.Sekarang ayah adalah seorang pelajar jurusan Islamic Study di University Of Lampeter,Wales.Ibu pula seorang guru dan seorang suri rumah.Kalau tak ada surirumah,maka tak ada seri la rumahtangga ni! Keluarga aku adalah segalanya!Tak ada aku tanpa dyeowg!Sebab tu la aku sayang sangat kat keluarga aku..moga2 Allah terus memberkati keluarga kami!
Amin..

Dunia Politik Budak 16 Tahun


Sebenarnya budak 16 tahun tak boleh nak cakap pasal politik sebab hanya umur 21 tahun dan seterusnya saja yang boleh bincang pasal dunia politik.Tapi,nak buat macam mana kan?Nama pun dunia politik,jadi siapa pun boleh jadi warganegara dunia politik!Cuma mungkin tak kena usia kot,maklumlah kerajaaan bagi ruang masa untuk belajar pada bebudak bawah 21 tahun untuk belajar tanpa campur aduk politik.Tapi peliknya,keraajan la pula nak campur adukkan dunia politik dengan dunia pelajar.Buktinya;barangsiapa yang pergi ke perhimpunan dari parti pembangkang,akan diambil tindakan tegas!ahakz~~tak faham aku! Aku kenal politik,sebab ayah orang politik.Aku belajar politik sebab aku belajar dari dunia politik Malaysia khususnya.Aku tahu politik,sebab aku suka nak ambil tahu tentang dunia politik.Tapi,jangan sangka,aku akan mencampur adukkan dunia politik dengan dunia peribadi aku.Kerana politik adalah politik dan peribadi adalah peribadi.Jadi,kalau nak berpolitik,kena pandai berpolitik! Kalau diukur,aku tak layak pun nak cakap pasal politik.Apatah lagi politik Islam,sebab aku tak rasa aku ni bercakap seperti Ahmad Dinejad dan tak punya keberaniaan seperti Osama Laden!Cuma,aku suka bercerita tentang dunia politik.Melihat dan mendengar dunia politik.Ada apa dengan politik itu? Tanya aku pada ayah,apa pentingnya berpolitik?Jawab ayah;untuk menentukan siapa yang memimpin negara.Owh..begitu yek!Cerita ayah pada petang Rabu,15 Ogos 2007,”dulu ada seorang pak cik ni selalu naik basikal.Satu hari,dia terjumpa ayah.Lalu dia peluk ayah dan menghulurkan segenggam duit kertas.Masa dia bagi tu,ayah cakap dalam hati,”ish!kaya rupanya pak cik ni”.Bila ayah pulang dan tengok duit tu,rupa-rupanya duit kertas seringgit tu dikumpul menjadi segenggam RM200.Terharu ayah melihat kesungguhan seorang pak cik yang betul-betul berjuang dalam usia emasnya itu.” Kalau aku ditempat ayah,aku pun rasa terharu.Bukan mudah nak cari pejuang yang bersungguh seperti pak cik tua itu.Bukan mudah nak cari dan jadi seorang pemimpin.Ayah pernah jadi adun.Tapi kalah..=[ Kata ayah;kita boleh menang,tapi bukan masanya lagi..Ayah tak pernah putus asa dan kecewa berpolitik kerana dasarnya ayah berjuang bukan sekadar berjuang!Berjuang bergantung pada nawaitu.Menjadi anak kepada bekas adun,seharusnya menjaga tingkah laku.Tapi aku sebaliknya.Aku tak suka terlalu menjaga tingkah laku diriku kerana aku tak suka begitu.Biarlah aku dengan diri aku.Diriku yang seadanya.Taklah sempurna.Cukuplah ada segala panca indera dan punya hati jua perasaan.Dan yang paling aku benci,bila aku dipandang kesempurnaan peribadi dari atas hingga bawah!;p Rimas!Lemas!

.si gadis Nur Najihah.



hey.hey.
waSSup! ( n_*)
.assalamualaikum,,gerbang bicara untuk para pejuang yang sudi memasuki blog yang tidak seberapa hebat ini.Di ruang ini,aku perkenalkan diriku dengan nama Nur Najihah Bt Muhaimin.Gadis yang dilahirkan jam 7.30 pagi,21 mei 1991 di katil hospital Teluk Intan,Perak.Anak dara sulung kepada pasangan Muhaimin & Wan Noraidah daripada 2 orang adik-beradik.Yakni,adinda Nur Nabilah yang setahun muda usianya dariku.
Cucu sulung disebelah keluarga ayah,untuk pasangan Hj Sulamuddin & Hjh Masreah dari 11 cucunya.
Antaranya;Nabilah (15),Atiqah (14),Jannati (13),Izzat (11),Irfan (9),Ziyad (8),Azah (5),Anas (4),Nadia (3),Fatihah,(1)
.cucu ke-xx[tak igt la....],bagi pasangan Hj Wan Ismail & Hjh Ramlah dari puluhan cucu dan cicit!
mungkin aku berada di tangga yang agak paling bawah dalam kedudukan cucu yang tak terbilang! xD
Aku sukakan pada arena dunia politik.Mungkin kerana dasarnya,ayahku orang politik yang agak hebat dimataku!mmmm...besh taw maen politik niyh.Perjuangan demi keadilan!Lawan tetap lawan! :)
Aku cinta sama seni,mcam ayah aku gak! Cinta banget lol! ;]
Aku suka macam2 seni!Seni suara..seni lukis..seni tari or wateva la!
hari2 mesti ade siaran langsung ak kat rumah! (o sampai la ibu cakap; kakak stop nyanyi! ;p
aku suka masak!mcm ibu aku la!(p
.aku pandai masak.masak air.masak nasi.masak maggi.masak telur.pe lagi kowang nak? q;
Adakala,aku boleh menjadi mawar berduri..wangi harumnya dan berbisa jika kamu menyakitinya.
Adakala jua,aku ni leh jadi
kecik2 cili api
,kalau kowang nak sgt rase!;p
ish.ish.bahaya.sangat.;p Don`t play-play...
Jangan berlawan kalau takut dengan risiko!
Tak perlu menggaru kepala,gusar untuk menjadi temanku,kerna aku bukan manusia yang sombong,yang tak reti nak berkawan.Mungkin aku dikategorikan "friendly".Cuma,aku hanya berkawan dengan manusia yang punya hati dan perasan.Aku tidak berkawan dengan setan bertopengkan manusia! (8
aku mudah menyayangi manusia,binatang dan alam Tuhan.
aku benci setan!;p
sebab setan tu DEVIL taw!uwwww~setan almost gedik gile q:
Sepanjang perjalanan nafas aku,dari dulu,kini dan selamanya,aku memang tak kamcheng la dengan UMNO.Almost la............tapi,aku tetap ade kawan-kawan UMNO dan masih berkawan dengan orang2 UMNO!sebabkan,ayah cakap;tak semua orang PAS tu baek dan tak semestinya orang UMNO tu jahat.Lagipun,kenalah berlapang dada untuk menerima berkawan dengan orang UMNO.Tapi, LAWAN TETAP LAWAN BEB!

Dan sepanjang Pak Lah jadi PM,aku sket pon tak suka dye jdi PM.Dia langsung tak profesional,kalau dibandingkan dengan Tun Mahathir,mungkin dia lebih baek kowt..tapi still tak berapa layak la...........UWWWW! Naik nyampah aku tengok Pak Lah & The Geng!Cam tak pandai nak berlawan macam anak jantan tulen! (u
aku sangatlah tersuka dengan
Tok Guru Nik Aziz!(8
Beliaulah Pemimpin Malaysia yang sepatutnye!(;
bukan Pak Lah tuwh.perasan santan jer lebih!;p hahahahaha..
Naturally,
aku suke "menggedik yg baek"
bukan gedik yang jaat! xD tu gedik yang tak cool langsung! naek getik ader la!

By the way;
aku sayang sape yg sayang aku jew!
orang yg tak sayang aku,maka aku tak sayang kowang!so,jangan nak gedik dengan aku.

(x
salam perjuangan.salam perkenalan.salam Reformasi.
have a fun![=