RSS

Dunia Politik Budak 16 Tahun


Sebenarnya budak 16 tahun tak boleh nak cakap pasal politik sebab hanya umur 21 tahun dan seterusnya saja yang boleh bincang pasal dunia politik.Tapi,nak buat macam mana kan?Nama pun dunia politik,jadi siapa pun boleh jadi warganegara dunia politik!Cuma mungkin tak kena usia kot,maklumlah kerajaaan bagi ruang masa untuk belajar pada bebudak bawah 21 tahun untuk belajar tanpa campur aduk politik.Tapi peliknya,keraajan la pula nak campur adukkan dunia politik dengan dunia pelajar.Buktinya;barangsiapa yang pergi ke perhimpunan dari parti pembangkang,akan diambil tindakan tegas!ahakz~~tak faham aku! Aku kenal politik,sebab ayah orang politik.Aku belajar politik sebab aku belajar dari dunia politik Malaysia khususnya.Aku tahu politik,sebab aku suka nak ambil tahu tentang dunia politik.Tapi,jangan sangka,aku akan mencampur adukkan dunia politik dengan dunia peribadi aku.Kerana politik adalah politik dan peribadi adalah peribadi.Jadi,kalau nak berpolitik,kena pandai berpolitik! Kalau diukur,aku tak layak pun nak cakap pasal politik.Apatah lagi politik Islam,sebab aku tak rasa aku ni bercakap seperti Ahmad Dinejad dan tak punya keberaniaan seperti Osama Laden!Cuma,aku suka bercerita tentang dunia politik.Melihat dan mendengar dunia politik.Ada apa dengan politik itu? Tanya aku pada ayah,apa pentingnya berpolitik?Jawab ayah;untuk menentukan siapa yang memimpin negara.Owh..begitu yek!Cerita ayah pada petang Rabu,15 Ogos 2007,”dulu ada seorang pak cik ni selalu naik basikal.Satu hari,dia terjumpa ayah.Lalu dia peluk ayah dan menghulurkan segenggam duit kertas.Masa dia bagi tu,ayah cakap dalam hati,”ish!kaya rupanya pak cik ni”.Bila ayah pulang dan tengok duit tu,rupa-rupanya duit kertas seringgit tu dikumpul menjadi segenggam RM200.Terharu ayah melihat kesungguhan seorang pak cik yang betul-betul berjuang dalam usia emasnya itu.” Kalau aku ditempat ayah,aku pun rasa terharu.Bukan mudah nak cari pejuang yang bersungguh seperti pak cik tua itu.Bukan mudah nak cari dan jadi seorang pemimpin.Ayah pernah jadi adun.Tapi kalah..=[ Kata ayah;kita boleh menang,tapi bukan masanya lagi..Ayah tak pernah putus asa dan kecewa berpolitik kerana dasarnya ayah berjuang bukan sekadar berjuang!Berjuang bergantung pada nawaitu.Menjadi anak kepada bekas adun,seharusnya menjaga tingkah laku.Tapi aku sebaliknya.Aku tak suka terlalu menjaga tingkah laku diriku kerana aku tak suka begitu.Biarlah aku dengan diri aku.Diriku yang seadanya.Taklah sempurna.Cukuplah ada segala panca indera dan punya hati jua perasaan.Dan yang paling aku benci,bila aku dipandang kesempurnaan peribadi dari atas hingga bawah!;p Rimas!Lemas!

0 suara reformasi: