Sebulan terakhir aku di SEMARAK,ialah pada minggu PMR.2-5 Oktober 2006.Aku masih ingat,waktu pagi aku berjalan dengan Naz dan aku bagi tahu dengan Naz yang aku cuma ada sebulan je disini.HUH!Menangis terus Naz bila aku bagi tahu dia.Lepas tu,kecoh la semua budak-budak Tingkatan 3.Mungkin ada yang kata,~bagus la kalau budak gedik tu pergi~
HUHUHU~tapi aku tak kisah pun.Lantak la orang nak kata apa pun.Yang penting aku bahagia =p
Dah selesai bertarung PMR,macam-macam aktiviti sekolah anjurkan untuk bebudak PMR.Pertandingan kad raya,pertandingan anyam ketupat,tadarus al~Quran dan macam-macam lagi.Masa tadarus Al~quran,Teacher Sharifah sengaja nak pilih aku jadi ketua kumpulan,padahal Iylia lagi layak nak jadi ketua.Alaaaa..teacher ni,saje je nak kenakan aku..=p Hahaha~Tapi kelakar sangat masa tu.Aku ingat sampai sekarang..Tektik Teacher Sharifah!!=]
Hari Jumaat,hari terakhir aku bersekolah di SMK Seri Perak.Di awal pagi,tak la terasa sangat kesedihannya.Pergi sekolah macam biasa.Dengan senyuman dan gelak tawa.Semua pelajar tingkatan 3 berkumpul di Dewan Semarak.Hari tu,macam-macam aktiviti.Menganyam ketupat,dan aktiviti lain.Aku bergambar dengan cikgu-cikgu.Bersembang dan bergelak tawa.Hari tu,aku duduk dengan Allai,Aina,Farah dan Iylia.Kejap-kejap pergi sana,kejap-kejap pergi situ.HUHU!!Sibuk sangat hari tu..
Masa hari-hari terakhir ni la,aku jadi rapat dengan bebudak yang tak rapat dengan aku.Aku nak tinggalkan mereka,dalam keadaan mereka kenal siapa diri aku.Aku tak nak diorang terus dalam buruk sangka tentang aku.=p
Aku bagi Iylia,lukisan hati yang aku lukis sendiri.Aku bagi barang-barang aku untuk Aina,Farah,Allai dan Naz.Sebagai kenangan.Tapi,yang paling aku ingat,aku bagi lukisan Hati untuk Iylia.Kecoh Iylia di asrama dapat lukisan tu!Dengan cikgu-cikgu pun,aku bagi hadiah.Teacher Sharifah dapat kain.Cikgu-cikgu lain ada yang dapat kuih raya dan benda lain.Aku tak ingat laa…=p
Di masa akhir,ada majlis khatam Al-Quran.Kemudian kami dibenarkan pulang.Dalam perjalanan menuju ke asrama,aku diekori sekumpulan kawan-kawan aku.Mereka jerit nama aku.Aku pun berhenti berjalan.Kami berkumpul di depan Pejabat Asrama.Kami berpelukan dan bermaafan.Aku masih ingat lagi,pelukan erat Ana.Kami baru saja menjadi kawan rapat di hari-hari terakhir.Aku mula sayangkan Ana.Ana pasangan kembar Aida.Aku pun rapat la juga dengan Aida.Tapi,tak la serapat Ana.Kata maaf Ola.Dan titisan air mata aku dan mereka.Terasa sekejap je masa berlalu.Dan keakraban dalam masa yang terlalu singkat dan terlalu indah.
Teringat la pula,hari-hari bergaduh dengan si Afdhal..hahah~kelakar bila teringat.Macam budak-budak.Tapi,lumrah la tu,lumrah dunia bebudak zaman sekarang.Sikit-sikit mengejek!ahhahah~kelakar..kelakar..Aku pun suka menyakat dan mengejek!!=p
Walaupun jauh dimata,dekat dihati.Diharapkan silaturrahim ini,akan terus berkekalan hingga ke syurga.Setiap kenangan yang tercipta,adalah satu kenangan yang abadi.Gaduh-gaduh tu biasa la..Sebenarnya akan bertambah kasih sayang bila bergaduh,sebabnya…ENTAHLAH!!Moga-moga,aku dapat berjumpa lagi kalian.Amin…….
0 suara reformasi:
Post a Comment