RSS

Cahaya Fotografi


“Cahaya adalah sesuatu yang dekat dengan kehidupan seorang fotografer. Mereka sangat terpukau akan keindahan yang sanggup dihasilkan oleh cahaya. Tapi saya mendapati, satu jenis cahaya lain yang jauh lebih memukau, iaitu cahaya spiritual. Ada sesuatu dalam Islam yang mampu menghasilkan keindahan sekaligus cahaya.” - Peter AKA Abdul Adzeem

kuasa lensa kamera, kuasa Tuhan!

Salam! =)

Pernahkah anda mendengar dakwah melalui fotografi? Ha Jiha pun tak pernah dengar sebenarnya. Tetapi setelah memulakan langkah minat dalam bidang fotografi, sumber idea datang kebanyakkannya dari Islam,agama anutan saya! Disitulah terbit

Bidang dakwah bukanlah bermaksud ustaz,ustazah,syeikh semata-mata! Berdakwah itu luas erti katanya. Bidang seni suara, seperti Opick, bidang tarian, seperti tarian Sufi, bidang seni & graffiti, seperti Mohammed Ali Aerobic Aerosol, bidang fashion, seperti Rabia Z, dan bidang rambut panjang, ayah saya la! LOL =D

Dari pemerhatiaan Jiha, rakyat Malaysia mungkin kurang menghargai erti keseniaan yang sebenarnya. Berapa ramai yang akan membeli harga sebuah lukisan dengan harga yang tinggi?Lihat saja bidang fotografi. Erti fotografi mungkin lebih senang dihati jiwa anak muda. Tapi bagaimana pula dengan golongan "pendakwah"?

Ya jangan sempitkan hidup dengan mentaliti agama sahaja. Inilah peluang & ruang untuk berdakwah dengan cara yang lebih santai & cool. Peter Sanders menjadi bukti, fotografi adalah bidang dakwah! Hatinya terpaut pada Islam melalui bidang fotografi! Itu kuasa lensa, Kuasa Tuhan !


Berada di alam nyata, mempelajari ilmu fotografi dengan seorang guru (dan rakan sekelas) yang bukan beragama, menjadi satu ruang pameran dakwah secara gambar.iha juga ada meletakkan gambar dan bertuliskan ayat terjemahan Al Quran. Percaya atau tidak, guru & rakan sekelas fotografi, mula memahami erti kehidupan seorang Muslim yang berpegang pada Al Quran dan rasa kagum pada kehebatan kekuatan ummat Islam,terbit dari tutur bicara mereka.

So jangan pandang sebelah mata,dunia fotografi dan seni! Kerana ianya ada nilai tersendiri. Jiha tulis, berdasarkan pengalaman dan setitik pengalaman berada di alam fotografi! Lu pkir la sendiri la kan :)

Take care!


video

1 Malaysia ye la sangat :)

Boom! Boom! Boom!
Jam 8.30 malam, Jiha suka menonton berita luar negara di Tv3,
Inspirasi Hidupku!
LOL yela Inspirasi Hidupku yang tang ni jek
Kenapa Boom! Boom! Boom!?
Yelah
Hari itu di Egpyt bergegar,
sekarang di Yaman bergetar,
kemiskinan harus digempur,
bising rakyatnya,
Libya pun gempar,
Muammar al-Gaddafi pun menggeletar,
gaji pekerja dinaikkan 100%,
"terrorist" yang berpaut dengan Al Qaeda dibebaskan,
Bicara Najib,
jangan risau, Malaysia akan aman,
kita kan 1 malaysia!
yelah bangga la Jiha jadi rakyat Malaysia,
tapi,
bagaimana pula isu ISA?
bagaimana pula isu Beng Hock?
bagaimana pula isu adik Amirul?
bagaimana pula isu rakyat kita?
bagaimana pula isu Memali?
bagaimana pula isu pilihan raya yang seringnya tidak adil?
bagaimana pula rasuah?
bagaimana pula kemiskinan sedang korporat kaya-raya?
anda ada kesah?
ke Aiman tak kesah?
jangan lupa ya,
rakyat Malaysia juga disepak,
pada perhimpunan aman!
Jangan lupa ya,
kita bersaudara,
Jangan lupa ya,
kita 1 Malaysia!

J menonton Halaqah@TV9, Nabi mengingatkan mengingatkan ukhwah. Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah orang yang bersaudara. Adalah wajib bagi kamu mendamaikan jika ada yang bertelegah. Perumpamaan silaturahim itu sama seperti satu tubuh badan, maksud hadith.

Apa perkaitan Islam & Ibnu Haitham dengan fotografi?

 

Jom bersama Jiha, kenali fotografi. Tiada kamera DSLR? Tak perlu risau! Itu hanya mentaliti manusia. Bersyukur dan gunakan apa yang kamu ada!
Alhamdullilah setelah selasai Jiha menghabiskan course Photography di Bishop Gore School,pada tahun lepas,Jiha mahu bersama kongsikan ilmu.
Ada DSLR Camera,tapi tiada skill? Apa pula kaitan Ibnu Al Haitam dengan camera ya? Bagaimana pula dengan sejarah fotografi? Petik camera,tapi kalau tak tahu cerita disebalik camera,tak guna juga! Great price,Limited place!
Apa lagi, sign up bersama Jiha! ring me on!
Posted by Picasa

You Raise Me Up

Revolusi Tunisia & Arab yang terbang!




Siapa sangka,
Zine El Abidine Ben Ali,
Akan takut dan lari ke Perancis,
Siapa sangka,
Zine El Abidine Ben Ali,
Kena halau dari Perancis,
Lalu,
Arab Saudi memberinya perlindungan,
Lol
Kasihan.sangat.
hemoh-hemoh >,<


Siapa sangka, rakyat bangkit,
menjerit, perit,
ditembak mati,
tapi tidak pada hati,
cuma jasad,
Siapa sangka,
Bermulanya,
Suara Tunisia,
terbang dan terbang!

Siapa sangka,
Egypt pun mara,
Takut pak Mubarak agaknya,
Entah bila,
Merelatakan jawatan

Siapa sangka,
Malaysia pun sama saja!
Rakyat kami pun disepak,
Diterajang,Ditelanjang,
Cuma tak dibunuh lagi,
secara beramai-ramai!
FRU pun sudah lali,
Tapi kami tidak,
Biar Islam tertegak,
Keadian menerangi,
Kezaliman diakhiri,
Kita akan terus,
LAWAN TETAP LAWAN!