RSS

matinyaaa



Aku tidak tahu secara detail tentang kematian sahabat Mexico ku, Alejandro.Aku tidak mahu tahu tentang itu kerna aku tidak mahu lagi bersedih.Meskipun sudah 2 minggu berlalu.Kematian pertama seorang sahabat dalam kemalangan kereta, sudahlah jauh tempatnya, cukup menakutkan dan mengingatkan aku tentang mati. Pastinya, kita semua akan kembali pada Tuhan.Harapanku sebenarnya mahu dia dekati Islam dan matinya sebagai Muslim.Sayang sekali..

Ada hikmah disebaliknya.Insyallah

Islam sepanjang hidupku, seharusnya ku bersyukur sesyukur-syukurnya. Hari semalam yang berlalu,terasa lelah dengan dosa. Rasa hati ini jahat banget sama Tuhan. Demi masa, kita semua ini sering lupa.Dengar lagu Iktiraf,maka hatiku berfikir, dimanalah status ku sebagai hambaNYA?

Kematian itu menuntut PERSEDIAAN. Persediaan menuntut kepada ILMU, ilmu menuntut kepada AMAL, dan amal menuntut KEIKHLASAN




Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu

Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU

Ampunkan dosaku terimalah taubatku

Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai

Dengan rahmatMu

Ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini

Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu

Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Kamilah Hamba yang mengharap belas dari Mu


Jika hari esok aku mati, pastinya tak tidur malamku. Entah sempat untuk ku mohon ampun pada Nya.Muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit.sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati

4 suara reformasi:

Bro Framestone said...

bro ade gak menulis di blog sekiranya bro dah lame xupdate blog tue... sedekahkan la al-fatihah..

bro xleh if x update blog dlm tempoh yang lama...

Happiness said...

mati itu pasti...

terima kasih d atas ingatan itu

Gadis Reformasi said...

framestone-lol.bro..sedih je ayat seyh =;((

Gadis Reformasi said...

you are welcome ;)