RSS

Disebalik selendang Marwa



Tudung yang ku pakai sejak kecil inilah hadiah agama yang diajar sejak zaman berzaman. Syahidah seorang Marwa yang ditikam 18 kali di hadapan anak kecilnya di Mahkamah Jerman membuatkan ramai Muslim dan juga bukan Muslim marah pada sikap pihak polis Jerman yang telah menembak suaminya yang cuba melindungi Marwa yang sedang ditikam.Alasan yang paling kolot, kerana keliru antara suami dan pesalah (Alex).Alasan yang tidak munasabah.Dan bagaimana seorang pesalah boleh membawa pisau di dalam mahkamah? Alex masih hidup diatas muka bumi ini.Dimana keadilan demokrasi yang kononnya hebat belaka di negara-negara Barat!?

Dimanakah media barat yang sering memanggil kita ummat Islam sebagai terrorist? Diam membatu BBC khususnya yang hebat dengan kata-kata hinaan “terrorist” pada ummat Islam! Sedangkan mereka yang menghunus pisau.Sedangkan tudung diharamkan di Perancis! Dan baru-baru ini kerajaan Britain mahu mengharamkan burkha.Inilah ujian demi ujian menguji iman seorang perempuan bergelar Muslimah.

Tersentak dan marah.Itulah rasanya.Mungkin kerana pernah aku jejak kaki di Jerman pada 7 bulan yang lalu. Ini bukan satu cerita tentang kezaliman pada ummat Islam!Bingit telinga dan sakit hati.Baca dan lihatlah berapa banyak kisah lagi! Klik di sini

InsyAllah, tudung itulah yang melindungi dari mata yang berhati syaitan.. Amin Ya rabbal al amin




1 suara reformasi:

crixerity said...

salam..wah, tak tau pun..terima kasih berkongsi cerita..senyap je ye media..hurm