RSS

dear Uncle Roslan Shaharom..

Alfatihah ku iringi Almarhum YB Roslan Shaharom. Keramahan sikap Uncle Roslan Shaharom masih ada dibait memori lalu.Julai 2008, pertama kali rasa bersua di kedai kopi tika perjalanan pulang dari kampungku,Kelantan bersama keluarga aku. Mesra layanan Uncle Roslan Shaharom.Bertanya berapa orang adik beradik kami dan juga serba sedikit kehidupan di bumi asing,UK. Terima kasih Uncle Roslan Shahrom kerana menandatangani Poster Malaysia Is Ours.

Beliau pernah bertandang ziarah ke Alexandra Terrace bersama anak perempuannya.Bercadang mahu menguruskan pembelajaran anak perempuannya ke EIHS college, Highmead-Kak Fatimah Zahra.Surat permohonan yang dipos,tiba di rumah kami,tepat pada hari beliau pergi menghadap Illahi.

Tika Perak dihempap tsunami, beliau pergi diiringi dengan ribuan manusia.Hari kematiaan beliau,mengingatkan aku pada arwah embah lanang.Bila teringat,rasa rindu menusuk pula.Rupanya,aku sudah tiada punya embah lanang.

Salam takziah dan salam perjuangan istimewa untuk keluarga almarhum.Insyallah,almarhum akan ditempatkan ditempat orang yang soleh.
Amin Ya Rabbal Alamin

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W.
"

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya).
"

0 suara reformasi: