2.Tak habis lagi cerekarama politik,bakal pengganti Pak Lah kesayanganku, Najib Tun Razak dan kes Altantuya pula,muncul didada akhbar Perancis.Kesahihan dan bukti masih dalam kesamaran.Entahlah.Sampai bila pun tidak tahu lagi.Mungkin tunggu hari Qiamat tiba.
3.Kurang dari 24 jam lagi,perhimpunan PPSMI akan menggempakkan Malaysia lagi.Tahun 2006,Malaysia telah digempakkan dengan 4 orang pelajar Malaysia telah menyaman kerajaan Malaysia kerana isu PPSMI.Akulah antara mereka.Rupanya, ramai juga pihak atasan tidak tahu membaca,memahami dan melakukan apa yang sudah tertera didalam undang-undang.Kasihan melihat menteri-menteri bersuara hebat menegak bulu kambing yang basah.
4.Inilah politik.Seni mempengaruhi fikiran.Itulah yang ayah bicarakan pada minggu lalu di hadapan mereka yang menghadiri sidang tentang seni, di Cardiff.Saya hanya mengundi mereka yang tahu erti,cara dan perjuangan politik yang suci.PAS pun ada kurang.UMNO pun ada hebat.Sama-sama memerlukan juga sebenarnya.Kan? Mengaku sahajalah!
5. Projek Seniku tentang Malaysia sudah habis.Rekaan baju gabungan budaya bangsa di Malaysia adalah satu kejayaan bagiku.Kerana,aku tidak tahu menjahit asal-usulnya! =P
Dan untuk projek exam pula, aku memilih tajuk "21st century celebration".Isunya lebih kepada politik dan kemanusiaan.Pening juga rasanya.
لا يعرف الفضل لأهل الفضل إلا ذو قضل
|
|
Mafhum : Orang yang tidak mempunyai kelebihan tidak akan dapat mengenali orang yang memiliki kelebihan” |
Fikirlah.BUkan setakat politik sahaja.Tapi,ummat manusia!
Nak cakap apa lagi?
Malaysia memang gempak beb!
5 suara reformasi:
politician malaysia mmg gempak
tahniah !
anak muda berjiwa besar
fiqkofallah>
hahah
hebat mana pun
itulah politikkan?!
anonymous>
terima kasih
:)
Malaysia memang gempak.
Melayu lagi gempak.
Kerana berjaya memecahkan Melayu kepada 3 puak.
3 puak yang masing-masing mempunyai misi dan halatuju.
Yang menekankan perjuangan untuk agama dan bangsa.
Kenapa perlu 3 dan tidak 1.
Entah?
Salam dari Bangor. Dah pernah sampai eh? Wahh..best..Swansea. saya tak pernah sampai lagi.
InsyaAllah ada rezeki sampai la kot.
Post a Comment