RSS

wasiat arwah embah lanang

1.Dulu suatu ketika,heboh kecoh di Malaysia, Sekolah Agama Rakyat (SAR) adalah sarang pengganas.Saya bersekolah agama sejak tadika lagi hingga tingkatan 1.Tidak wujud pun pembelajaran menjadi pengganas seperti yang didakwa oleh kerajaan(zaman che det).

2.Arwah embah lanang meninggalkan sebuah sekolah agama rakyat.Arwah embah pesan, jangan serahkan sekolah agama rakyat hasil titik peluhnya dan orang kampung.Arwah embah mahu saya "iklankan" sekolahnya.

3.Saya pernah mengajar secara sukarelawan di sekolah itu.Saya juga jadi jurugambar dan movie maker untuk sekolah itu.Itu budi siciput saya untuk sekolah arwah embah itu pun kerna itu kemampuan dan apa yang saya ada..Saya pun pernah bersekolah di situ.Baca di sini.

4.Sekarang fikir semula.Nik Nur Madihah dan ramai lagi pelajar dari SAR berjaya.Saya tidak ambil SPM.Saya pun nak jadi budak rajin.Sebenarnya.Saya pun nak berjaya.Nama saya pun memberi makna "cahaya yang berjaya"

5.Ustaz saya cakap
" al i`lmu bila a`malen kash jaru bila thamarin". Ilmu tanpa
amal,umpama pokok tanpa buah
Status graduan bukan status kepandaiaan yang sebenarnya.Melainkan graduan itu tetap punya masa untuk Tuhannya.Ada hati untuk agama,bangsa dan bahasa.

6.Saya takut kalau saya jadi graduan tapi lupa Tuhan.Saya takut kalau saya jadi manusia yang lupa pada asal-usulnya.Nauzubillah.Saya patut bersyukur dengan apa yang saya ada.Alhamdullilah.

0 suara reformasi: