RSS

Dia bukan Hang Tuah!



masih kau panggil dia Hang Tuah

saat dia bergelak tawa

lena dibuai mimpi kuasa

megah di istana

berdansa dengan muzik

dasar apa kau guna?

masih kau panggil dia Tuk Kenali

bila nadi rakyat mati

dalam suara kebebasan!

kau cuba bunuh mereka!

Namun,

kau tak bisa bunuh jiwa merdeka

Jangan!Jangan!Jangan

Kau panggil dia lagi

Pahlawan Malaya berbaju Melayu

berkain pelikat

kerna dia bukan Hang Tuah

dan

kerna dia bukan Tuk Kenali

1 suara reformasi:

bulanmalam said...

Dimana terletaknya kekuatan Hang Tuah,
Di kerisnya ka..
Di tenaganya ka..