RSS

ku kenal hati mereka!





Cuti Easter berlalu seminggu yang lalu.Banyak lol kisah-kisahnya.Kami pergi ke Breacon Beacon,lebih kurang 45 minit dari teratak kami,bersama Uncle Nor,auntie Catherine,Elia,Johan dan Amil.Seronok banget.Bergambar dengan kuda liar dan kambing biri-biri yang gemux.Air terjun cantik menuruni batu-batu bukit.Cuaca agak sejuk.Kelihatan salji di puncak gunung.Inginku gapai salji,namun diri terlalu pendek! :P Kami makan tengahari disitu.Auntie Catherine bawa nasi goreng.Sedap gilew! :)) Oh ya.Biarku kenalkan gerangan mereka. Uncle Nor seorang ayah kepada seorang puteri,Elia, dan dua orang putera yang comel, Elia dan Amil.Auntie Catherine pula,adalah jantung hati Uncle Nor.Uncle Nor orang Melayu Singapura dan auntie Catherine orang France.Mereka tersangatlah baik dengan kami.Sangat bahagia mengenali keluarga yang cool ini. Suka ku melayan Elia,Johan dan Amil. Mulut mereka mungil gilerw! :) Dan tersangat comel.
Kami menyambut kelahiran Elia yang ke-7,di awal cuti Easter.Partinya dibuat awal kerana cuti Easter.Kami tidur dirumah mereka untuk satu malam.Auntie Catherine dan Uncle Nor pandai memasak dan rajin sekali.Auntie Catherine pandai masak,masakan melayu. :D Auntie Catherine suka dengan lagu M Nasir dan uncle Nor suka dengan lagu Celine Dion. mmm. Satu jiwa la dengan aku. :] Auntie Catherine dan Uncle Nor memang baik banget.Walaupun berbeza bangsa, tapi aku tak pernah rasa kekok dengan mereka.

0 suara reformasi: