RSS

angin paradigma kite :)

Kelmarin, ayah memandu kereta kami ke Bristol.Turutkan jiwa paradigmaku, buku harus dibaca. Tinggal 13 hari saja GCSE menjelang.Namun, turutkan kata cik camera Olmpyusku, maka paradigma itu beralih angin.Ada manusia yang harus ku ambil gambarnya. :) Siapa,dimana,kenapa, Bukan persoalan. Tapi, nanti adalah jawapan sendirian berhad. :)
Kami tiba dirumah rumah kak Is. Kami datang tepat masanya. pwet. :P
Agenda kelmarin ziarah kawan ayah. Sembang-sembang.Tukar-tukar fikiran. Tukar-tukar otak.Antara muda dan yang tua.


Tapi, sembang ni lebih kepada orang-orang dewasa. Yakni, orang yang sudah berkahwin dan orang yang bakal berkahwin.Istimewa untuk kakak-kakak,abang-abang, papa-papa, mummy-mummy. Aku? Lambat lagi la. :P Tapi, tak pe,itu pun ingat mengingati.
Lepas tu ada makan. Ada kek coklat.Ish.Sedap gila.Tapi, aku tak leh nak bantai semua.Nanti gimux. Bahaya. ;o


Ketika sembang-sembang tu, cuping telingaku terdengar ayah sebut perkatan "paradigma!"

mm, dah berabad aku nak tanya makna paradigma nieyh.
Tapi,tangguh je. :I
Kemudian, dah hampir petang, baru kami berangkat keluar.Nak jalan-jalan cari makan.
Kat kawasan ni, ramai sangat African. Takut gak aku tengok. Dengan fesyen rambut. Huh. Berdegup gitu-gitu. ;o
Waktu kami mahu pulang, ada sebuah kereta yang telah memblock kereta kami untuk keluar dari kecimpung car park. Tiba-tiba keluarlah 2 African. Kereta itu kepunyaan dia.Salah seorang kawannya, membantu ayah untuk keluarkan kereta. Agak susah kerna ruang car park yang agak semprit. Setelah berjaya mengeluarkan kereta bapak, tiba-tiba dia panggil ayah. Keretanya tercalar. Nak salahkan ayah aku tak leh, sebab ayah ikut apa yang dia cakap. Dia cuma fuh fuh keretanya dengan air liurnya. Azimat kot. :P Lepas kami bla dan mengucapkan salam tinggal! :)
Kami mahu ke restoran Pakistan. Harganya murah.Sempat jua ku snapped picture. :) Orangnya pun baik.Kami juga singgah sebentar di sebuah kedai runcit muslim. Tapi sayang, kedai runcit itu ada jual pork. Uw. Gelinya.
Maghribnya kami ke Masjid Shah Jalal. Ada toilet seperti di Malaysia! Uh. Terasa bahagia sekali. Jarang sangat nak merasa toilet Malaysia! ;D


Tika malam pulang ke Swansea,aku tanya ayah, soalan yang tertangguh..
Paradigma!
ayah jawab;
paradigma itu satu anjakan level.Ianya bermula dari Alven Tofller seorang pakar motivasi. Aku kurang pasti ceritanya. Maka, tidaklah ku boleh menceritakan dengan lebih lanjut.InsyAllah lain kali. :)
Aku pernah tanya soalan yang sama dengan ayah dan uncle Tarmizi (Lampeter). Tapi, otak masih dalam belum paradigma untuk memahami.
Dengan itu,bertanyalah kalau tak nak masuk longkang. Paradigma peribahasa baru. :)
Kisah kelmarin ada paradigma baru yang terjadi pada diriku. Ada rasa malu tiba dihati bila ada kawan ayah, mahu kami bercerita sedikit tentang pengalaman tentang apa saja. Entahlah. Pelikla. Dulu, tak la pemalu pown! Sebab aku jenis selamba badak. Muka sepound. :P
Mungkin kerna paradigma UK melanda diriku maka, tiba ada rasa " paradigma kegadisan"! :o


1 suara reformasi:

CikguZue said...

ooo jenjalan makin jauh...tentu ada perubahan paradigma tu...