RSS

Dia bukan Hang Tuah!



masih kau panggil dia Hang Tuah

saat dia bergelak tawa

lena dibuai mimpi kuasa

megah di istana

berdansa dengan muzik

dasar apa kau guna?

masih kau panggil dia Tuk Kenali

bila nadi rakyat mati

dalam suara kebebasan!

kau cuba bunuh mereka!

Namun,

kau tak bisa bunuh jiwa merdeka

Jangan!Jangan!Jangan

Kau panggil dia lagi

Pahlawan Malaya berbaju Melayu

berkain pelikat

kerna dia bukan Hang Tuah

dan

kerna dia bukan Tuk Kenali

Upsey lalampeter! :))







Yuhu! Hari ini,pihak sekolah di satu UK ini , mogok kerna mahu kenaikan gaji para guru. Pwet. Tak ku percayalah. Ku sangka cuti-cuti biasa saja. Maklumlah, sekolah disini,selalu saja cuti.Rupanya, hingga masuk ke kaca television. Maka, ayah mengambil keputusan untuk bertemu dengan pensyarah beliau,yakni Dr Dawood yang kacak bergaya itu. :) Dan maka dengan itu jua,ku bawa potret embah lanang untuk agenda yang sama dan buku Science kerna sangka mungkin ada kelapangan waktu.
Pagi-pagi lagi, ibu mahu bertolak awal kerna menerima maklumat dari Auntie Naha, bahawa ada satu pasar murah di Llanbedr.Atau namanya pasar kuda.Memang ada 2-3 ekor kuda yang berjalan di pasar mereka itu.Banyak la juga kami borong.Berkotak buah dan sayur.Kalau shopping dengan ibu,selalunya berjam.Nasib baik,pasar kuda tu kecik je.Maka,tiadalah kelamaan masa ibu untuk membeli dan membelah.Aku tak la minat nak borong buah dan sayur.Ibu je la..
Aku dan adik cuma beli 1 candy floss warna pinky winky.Share together.Sebab selalunya memang tak habis pun,kalau beli 2.Chocolate milk shake yang dibeli satu saja,sebelum tiba di Lampeter, pun masih belum habis.Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Lampeter. Maka, dengan itu, aku mewakili anak ayah, nak ucap "dioch" pada auntie Naha atas maklumat tentang pasar kuda itu. :)
Aku dan adikku bercadang mahu berjalan-jalan di town Lampeter yang kecik seciput itu kerna sementara kami menunggu ayah berjumpa pensyarah beliau itu.Dengan berpegangkan pinky winky handbag dan berisi camera Olympusku, hajat hati mahu bergambar di Lampeter town.Maklumlah batak Lampeter.Datang sekali sekala. :p Namun begitu,niat terbantut kerna ibu mahu kami singgah sebentar di rumah auntie Bib yang comel itu.Sebelum singgah dirumah beliau, kami berjalan di kedai perabot kerna tiba-tiba mata hatiku terlihat sebuah katil yang ber "design"kan "Heart".Bukan nak beli pun, saja cuci mata.Tiba-tiba ada durian belanda runtuh! Aku terjumpa karpet-karpet comel yang berharga 10p sekeping dan free sample design.Fuh.Dahsyat. :O
Ternampaklah mataku pada sebuah cermin yang tergantung di dinding kedai itu,maka ku ambil camera dan snapped picture! :D Selepas itu,kami chow dari kedai itu.
Tiba-tiba,ternampaklah mataku, sepasang suami isteri yang gitu-gitu dan gini-gini di hadapan kedai. Auntie Zu dan uncle Khairuddin. Ewah. Maka,dengan tiadanya kerja lain, ku snapped picture di tengah jalan itu bersama pasangan Terengganu kita itu. :) Selepas itu, bye-bye.Jumpa lagi.Datang Swansea.
Dan kaki terus melangkah.Kali ini nekad kakiku,akan melangkah ke rumah auntie Bib.
Assalamualaikum! :o
Tika kami tiba dirumah auntie Bib, budak-budak tiada dirumah kerna meraka bersekolah,dan begitulah jua bapak mereka tapi tiada ketahui dimana.
Ewah.Auntie Bib.Anak beliau yang kacak itu,sudah semakin kacak dan besar! Baby Ahmad Ridha.Baby jejaka jawa Lampeter. :P
Setelah auntie Bib menandatangani poster embah dan agak beberapa lama dan agak banyak juga gambar yang di snapped, aku dan cik Nabilah minta undur diri kerna mahu pergi berjalan-jalan. Terima kasih auntie Bib. +]
Hajat seterusnya mahu pergi ke Somerfield. Nak beli coklat Somerfield yang 20 p itu.Favourite chocolateku. :) Rindu chocolate tu.Namun,hanya satu bar saja yang dapat kami beli kerna duit segala duit berada di tangan ayah.Hancur hatiku. :<( Tiba-tiba terjumpalah lagi pasangan Terengganu kita. Snapped picture sambil tangan mereka menandatangani poster embah lanang itu. Destinasi seterusnya rumah baby Atirah yang comel gilew itu.Jalan punya jalan, tiba-tiba tersesat! Dan tiba-tiba pula, seorang mak cik tua yang baiklah hatinya menunjuk jalan keluar.Di jalan keluar itu,kerna tempatnya agak unik,yakni yang ku beri nama "antara 2 dinding", kami bergambar. Posinglah lagi. :) Tak ada keje laen dalam dunia ini. Jalan punya jalan, jumpa university Lampeter.Posinglah cik Nabilah.Akulah yang jadi photographer.Penat camera tengok muka adik aku tu.Sampai low battery.Huh! Tak sempat aku nak posing! :O Kerna rumah baby Atirah yang berwarna biru makin kami hampiri,dengan keputusan itu, "Assalamualaikum uncle! Auntie ade? Atirah mane?" tanya gadis-gadis anak ayah ini. :) Eh Atirah comel! ;o Yuhu! Snapped picture again! Seronoknya la posing dengan adik Atirah ini. Budaknya memang cool gilerw. Tapi sedih hati dan hiba jiwa,kerna Ifa ku yang comel tiada dirumah. Mereka bersekolah! :<(( Kami makan roti. Dan kami bersembang dengan auntie Arena. Bla.bLu.bli. Kami pun chow setelah bapak telefon.Harus pulang. Terima kasihlah auntie Arena! :) anakmu memang comel gila seperti dirimu. ;] Sebelum itu, tibalah masaku untuk posing di signboard Lampeter University kerna tadi tiada kesempatan. Dan destinasi seterusnya, rumah Auntie Naha yang cantik itu. Oh tidak! Adik Adamku. Comel.Comel.Gila-gila comel. :) Rindu sama dikau. Makan nasi berlaukkan ayam masak merak masakkan auntie Naha yang sedap itu menjadi makanan tengahari.Alhamdullilah. Konyang perutku. Terimakasih auntie Naha. .Lebih kurang pukul 3.40 petang, Hadif,Iman dan Nabiha pulang ke rumah.Budak-budak comelku! :)) Rindu korang! :P Abang Hafis ada dirumah Auntie Naha juga॥ Bla।bLa.bla. Pulanglah kami ke rumah. Terima kasih ya atas layanan kalian semua yang baek banget! =] Datang Swansea ya!
*abanghafissukaposing! :P

Seminggu selepas cuti Easter



Seminggu sudah berlalu, ku ke sekolah Bishop Gore,setelah tamatnya Easter holiday. Satu minggu sekolah ini agak gembira ceritanya.
Pagi Isnin, agak kelam-kabut.Hinggakan pisau hitam melukai jariku kerna mahu ku potong roti untuk dimakan.Sakit tapi masih ku dapat tahan.Fuh!Fuh je la. ;p
Hari Selasa, ada soalan yang tidak menyenangkan. Seorang gadis Banggoli bertanya soalan yang strange kepada diriku. Soalan yang paling aku tak suka. " Is your house big or small?" Soalan ke-2, " are you from rich or poor family?" .Ish. Rasa nak pelempang pun ada. Nasib baik aku cool lagi. :/
Hari itu, Mark Simon bertanyakan bintang kecil yang ku janjikan untuk diberi padanya.5 reasons Mark mahukan bintang kecilku.Dia agak baik denganku.Dialah budak yang selalu panggil nama penuhku " Nur Najihah Muhaimin". Aku suka kalau orang panggilku begitu! :)))
Hari Selasa juga, Harvey,Katya dan Jordan mengejek namaku. "Noodles!" kerna namaku Nur. Bilang Katya,mahu panggil diriku "Princess Noodles". Aduh. :I Tapi,aku tak marah pun. Tak la kisah sangat! Aku panggil Katya, "Cat". Meoww. :P
Hari Rabu, aku berseorang di bilik art.Dan pastinya snap picture seorang diri. Hari itu,Miss Tiley kelihatan agak muda dari hari-hari normal kerna rambutnya yang diluruskan.Terpana mata. :P Aku jumpa May Kok.Gadis Jepun yang periang.Dia pun minat art.Kami buat kerja dalam bilik art bersama Miss Tiley.Di lesson yang terakhir, aku,Miss Tiley dan Miss Jenkins snaped picture lagi. BUKAN SENANG nak PUJUK Miss Tiley snaped picture! 1st time lol. :) Tangkiuz Miss Tiley. Masa pulang dari sekolah,tiba-tiba boot ada something wrong.Maka terlangkah dan terjatuhlah aku bagai gaya seorang penari.Sakit lututku.Darah.Namun masih tersengih kegedixan!
Hari Khamis,aku bawa roti campur chesse dan pulut panggang ibu.Sedap dan kenyang.Hari itu, ku berikan Miss Tiley CD bertajuk "My Life". Dia suka dengan hasil movie ku itu.Alhamdullilah.Hari itu pulang dari sekolah, aku bercerita dengan Jiusi tentang si gadis genius, Sufiah.Yang hilang. :I Kesiankannya. Kasihan sama Sufiah.Sufiah,Sufiah,Sufiah. Hidupnya tertekan. :(
Hari Jumaat,YEY! Non uniform school for year 11! Aku pakai gaun takat lutut berwarna ungu dan seluar warna putih.Tapi seluar putihku sudah agak "terhangit". Akibat dari terbiarkan lama di heater. Hampir terbakar. Nasib baik hangit jer. Tak la nampak sangat.Seluar itu sangat labuh untukku.Maka,ku ambil keputusan mengguntingnya sendiri.Tak payah suruh ibu jahitkan seluar itu lagi kerna seluar itu cantik dan berseni kupotongnya. :P Jua berselindang ungu tersemat pin yang cantik pemberian bibik dari Malaysia.Oh tudung pastinya ada dikepala.Hari ini, Jamie benar-benar mahukan bintang kertas yang comel dalam kotak berwarna emas kepunyaanku. Syaratnya, dia harus menyebut nama penuhku "NUR NAJIHAH MUHAIMIN" sebanyak 5 kali. Sudah lama diidamkan bintang kecilku.Akhirnya, hari ini ku beri jua.Sakan gembiralah dia. Ramai yang mahukan bintangku.Tapi,semuanya harus bersyarat! ehehheheh. :D
Hari ini,yakni hari Jumaat,ku pergi ke Swanse Uni Mosque untuk berwudhuk.Tak sempat nak solat kerana harus pulang ke sekolah. Aku jumpa budak kecil berkerinting rambutnya.Banget comel!. Snaped lagi picture!
Hari ini juga,hari jadi Miss Jones.Guru Matematik.Ku cuma berikan bintang kecilku. Tersenyum guru 30 tahun itu menerima bintangku!
Minggu sekolah yang seronok sekali! xDDD

sejarah Black 14

Berlangsunglah sudah suara Black 14.Walaupun aku bukan di tanah air, namun jiwaku setia menanti berita-berita rakyat. Masih dalam memori,bila ayah dimasukkan ke dalam trak Black 14, 8 tahun lalu.Tika usiaku terlalu muda mengenal "Black 14". Entah mengapa banggang tersangatlah banggang, polis-polis Malaysia ( yang menjadi anjing ditaktor Malaysia), terus menjadi anjing rakyat. Mungkin mereka senang dengan panggilan "anjing" itu. Istimewa tersangatlah istimewa. Terlintas di nadi fikiranku, mungkin anjing yang bergelar haiwan itu lebih mulia,dari anjing yang bergelar insani.Teringat juga suatu kisah, perhimpunan halal di Kamunting, Taiping,pak cik Azli, memanggil
"anjing" pada pihak FRU. well.well.well. Sekali anjing itu datang, habis ditangkap insani-insani. Ayah pun kena tangkap. mmm. :i
Nak tahu sesuatu?
Dulu, waktu kecil, muka masih comel, aku sebenarnya takut dengan polis dan FRU.Tika ayah ditangkap, aku pun menangis dan marah tersangatlah marah.Nak je tenyeh cili kat mata dia orang, tapi, waktu tu aku pendek sangat.Maka, tiadalah peluang.Dalam masa yang sama, aku benci denga polis.Bukan semua polis.Sebab ada juga polis yang baik dengan ayah. Cuma polis yang suka jadi macam budak-budak.Polis yang boleh dijualbeli.Mungkin macam perempuan jalanan.Hina bukan? Memang tersangatlah hina.Tapi, itu jalan yang paling cool untuk budak-budak camni.Bagi gula-gula seposen pun,tidak mengapa.
Bukanlah aku sinis pada budak-budak.Aku pun suka budak-budak.Aku pun perangai macam budak-budak.Tapi, polis-polis ini, lagi tua dari budak-budak, perangai pula macam budak-budak.Tak ke sewel dan gedik? :o
Perhimpunan Black 14 kali ini, tiada jalan lain untuk pak Lah lagi. YESH!! " Polis, nah ambek hotdog nieyh, lepas tu pukullah rakyat-rakyat PAS,PKR dan DAP"
Maka, ketua polis paling banggang pun berkata " Ok bapak!" :/
Setelah berhijrahnya kami ke sini, ku renung Malaysia.Terlalu jauh di bola mata.Tapi, bisa ku lihat zahirnya. Mungkin detik sekarang, aku bangkit. Dari seorang budak yang pengecut dengan polis.Kini, aku gadis mawar merah berduri. Aku bangkit dari sejarah. Sejarah yang dosa.Aku ingin kitab baru. Yang tertulis akulah gadis reformasi. :)

kerna ayahku jawa!


minggu yang lalu,minggu yang agak sepi tanpa ayah di teratak Alexandra.Ayah bukan seperti ayah di Malaysia lagi.Ayah bukan ada jemputan menjadi penceramah atau ada mesyuarat PAS.Maka, dengan itu, ayah memang agak jauh untuk kembali seperti ayah di Malaysia.Kecuali,jika ayah pulang ke tanah tumpah darahnya.Malam itu, kami cuma bertemankan suara ayah di laptop Acer kepunyaan ayah.Ayah yang real berada di nun Dublin.Ada jemputan menjadi seorang penyair berketurunan jawa.

"Sekali Aku Pergi

Sekali dayung sudah di tangan

Layar sudah terbentang

Biar ombak besar datang

Untuk undur pulang ke pelabuhan

Jangan sebut aku anak jantan!"



Esok malamnya,ayah pulang lebih kurang pukul 10.45 malam.Ada antara mereka,sangkakan ayah berusia 28 tahun.Wah! Muda gilak! :o Hakikat memanglah ramai orang mengatakan ayah seperti orang muda.Ibu pun begitu jua.Selalu saja kisah ini berlaku. Tapi,28 tahun? ;O MMM.memang cool gilak tu! :) Usia yang sangat muda!

Ayah lahir 2 Ogos 1964.Maka,usia ayah adalah...? :P

Tika persembahan,ayah begitu senang sekali berbicara dialek Indonesia.Ibuku pastinya,tarak minat dan tak suka sebab macam orang Indon real! :P

Tapi,aku suka banget bila ayah cakap begitu.Sebab aku anak ayah.Oh. Anak jawa!

Baby Jawa di Lampeter! :))







Sabtu,13 April 2008,di Highmead,telah berlakunya sebuah majlis kelahiran seorang bayi bernama Ahmad Ridha Bin Abd Halim yang berusia 10 hari.Seorang bayi jawa lahir lagi dunia Lampeter.Comel.Memang comel banget.Majlis bermula pukul 3 petang.
Aku sekeluarga pergi bersama Uncle Nor sekeluarga.Bertolak dalam pukul 2 petang dan tiba disana jam 3.15 petang.Sebelum bertolak,kami posing di laman rumah, yang sudah banyak bunga yang jelita dan ayu sekali. :P
Kebetulan pada hari itu, agak ramai gadis-gadis atau perempuan-perempuan melayu terakhir,memakai baju berwarna pink dan merah.Termasuklah daku. :) Semuanya cun dan ayu.Semuanya kacak dan cool.Especially,bapak aku. :P
Untuk pertama kali,ku jumpa anak-anak auntie Arena (kecuali baby Atirah). Semuanya cun dan comel seperti mamanya.Bertudung kuning,gadis kecil bernama Ifa menyalami tanganku,tika menyambut kedatanganku.Dia tersangatlah comel.Macam aku. :P hahahahahha
Ku bawa Elia bersamaku.Agar dia dapat berkawan dengan mereka.Elia tidak tahu bercakap bahasa Melayu.Dia cuma faham 5 perkatan.Makan,tidur,sembahyang,bla,bla,bla.. :P (tak ingat la!).
Marhaban dimulakan oleh pak Zuhdi.Kemudian bapak aku.Kemudian,aku tak tahu.Aku cuma pegang camera Olympusku.Main lari-lari dengan budak.Main sep-sep ABC.Main ambek photo manusia.Main dengan Aliah yang comel gila.Suka ku dengar butir mulut si gadis cilik milik kekal auntie mimi dan uncle Kamarulzaman.Aliah suka Hadif.ahhahahhaha. Comel. :P "a'ah yer.. Hadif gosok gigi, hadif mandi.Aliah pun gosok gigi. " Dan mama beliau bertanya kepada si dara cilik "eyyy.. ni nak kawen dgn hadif kerw huh?" .Maka Aliah menjawab "owh nooooo!" Comel.Comel. Memang comel gila. Budak-budak. :)
Bangsa lain juga turut dijemput datang.Arab,Rusia,Morocco,dan Negro.Ya.Agama menyatukan hati kamu.Masyallah! :)
Ada persembahan oleh mereka.Lakonan pada zaman jahilliyah.Kelakar pun ada.Kemudian,ada tayangan Baghdad dan Palestin.Bergenang jua air mataku mendengar suara cilik Palestin.Sedangkan kita disini,cukup dengan nikmatNYA.Alhamdullilah. :)
Dan tibalah masa budak-budak perempuan melayu Lampeter terakhir membuat persembahan.Suara comel sekali.TERSANGAT! :) Sebelum mereka mengadakan persembahan, aku minta budak-budak posing maut ala melayu terakhir. Sakan la sungguh. :P
Kemudian,ku ambil gambar dengan anak arab bermata biru,Maryam.Gila comel! :O Dan 3 jejaka Melayu Lampeter, abang Hafis,Uncle Zaidi dan Uncle Syidi. Uncle Zaidi enggak mahu senyum.Maka inilah hasilnya.hahahah. :P Sorry uncle Zaidi. Uncle tetap macho dihati isterimu. :P abang Hafis dengan "PEACE POSINGNYA". comel.comel.Tapi,itu budak-budak cam aku boleh la. :P
Seorang artis yang agak susah bergambar,yakni anak teruna Uncle Razali dan auntie Naha, Hadif Hanan pula lain ceritanya. Cerita umminya, selalu Hadif menyebut nama Fatimah. Anak pak cik Zuhdi dan cik Seri. Aliah suka sebut nama Hadif.Hadif suka sebut nama Fatimah.ahhahah. ADOI.3 segi la pulak! :P comel.comel.
Fatimah dah pandai cakap.Mulut dia sangatlah mungil.Geram gila dengar suara Fatimah! :O
Sungguh terasa gumbira kerna ku dapat bergambar dengan budak-budak yang comel jua ibu-ibu melayu terakhir. :P
Setelah malam menjelma,kami pulang untuk ziarah Uncle Halim sekeluarga.Rumahnya terletak di Restoren Shapla.Rumah beliau tersangatlah hot. ;o Baby Ahmad agak penat melayan peminat beliau. :p
Kami pulang bersama uncle Nor sekeluarga dan tiba tepat 10 minit sebelum jam meniti waktu 12 malam!
Gracias buat orang Lampeter! :)















































































































Salju sillaturahem



Sabtu lalu,abang Hafis dan kak Syifa` datang dari Lampeter dan singgah di teratak Alexandra kami.Mereka baru pulang sakan bershopping di Singleton Carboot.Abang Hafis gembira banget kerna mendapat 2 basikal dengan harga 25 pound tak silap aku.Mereka mengajak kami berjalan-jalan di Central Town bersama auntie Zu sekeluarga.Cadangku mahu mengajak Nurul,anak sulung auntie Zu ke Central Library kerna sudah lama anak kecil itu mahu pergi ke Library yang baru saja dirasmikan oleh Queen Elizabeth itu.Tapi,disebabkan perut tidak diisi lagi,mamanya bimbang pula, jika Nurul merengek kelaparan.Maka,keputusannya,kami pergi berjalan-jalan di town.Tiada apa yang ku beli sangat, cuma socks yang berwarna pelangi dan beg kertas untuk diberi pada hari lahir.Itu pun,kerna aku singgah di Poundland.Aku jarang sangat berjalan di town.Antara malas dan jauh. :P
Jalan punya jalan, destinasi terakhir adalah Tesco.Tiba-tiba, Nurul menjerit "mama menandung". ha? menandung? :o "Bukan menandung la Nurul, mengandung la." bilangku agak terkejut juga. :O Tahniah Auntie Zu! :))
Selepas penat berjalan di Swanse town, kami pulang ke rumah auntie Zu.Makan tengahari lebih kurang pukul 4 petang.Lapar gila.Perut dah rock & roll. ;i Kemudian,kami pulang ke teratak kami.Ibu menanti.Kak Syifa` seharusnya pulang pada hari itu,namun disebabkan aku berdoa,moga-moga kak Syifa` tidur di rumahku malam ini,maka dengan takdir Tuhan, kak Syifa` harus pulang esok hari kerna tiada tiket bas.HEHHEHEHEH. xD Terlaksana jua. :P
Malam itu,ayah tiada dirumah.Ada jemputan mendeklamasikan sajak di Dublin.Di skrin laptop Acer,kami melihar semula rakaman ayah bersajak dahulu kala.Sebelum berangkat ke UK.Juga menonton kisah lama lakonan P.Ramle, Sudin dan bla.bla.bla.
Abang Hafis telah banyak menolong beberapa problemo.Kupas bawang,basikal,komputer ayah,mesin jahit dan akhir sekali "art movie" aku. Terimaskaseyh abang Hafis.Selesai jua movie aku! :))
Esok pagi,
"Salji turun!" sayup-sayup ku dengar.
Bangkitku terus dari pelukan teddybear warna coklatku. :o Hari itu,lebih kurang pukul 8 pagi,salju mengiringi perjalanan kami menghantar kak Syifa` ke Bus Station.SEJUK GILER.Hari itu,battery camera tiada kerna charger tertinggal di sekolah.Keciwa. :(
Setelah pulang menghantar kak Syifa`,kami pulang ke Alexandra Terrace. Eh! Salji makin lebat.Tapi,tak selebat pada tahun lalu.Abang Hafis menelefon orang Lampeter.Auntie Izah melaporkan salji makin lebat juga di Lampeter.HUH.Sakan gumbeyra la diaorang.
Cadang mahu pergi ke Breacon Beacon.Tapi,tak terlaksana kerna salji tiada lagi.Hancur luluh hati. :I
Di petang hari,aku masak cucur.Kami bersembang petang.Kemudin,lebih kurang pukul 3 petang,abang Hafis pun pulang.
Gracias to kakanda Hafis and kakanda Syifa`s! for our snow sillaturahem :))
*Maaf tiada gambar abang Hafis!