RSS

Palestin juga perjuanganku


  1. Tak perlu dicerita apa perasaanku jika kau mengerti erti perjuangan dan Palestine.
2.Tak perlu kau jerit jika kau sekadar mahu menunjuk kau pejuang hebat.

3.Ibu ayah aku cakap dan berpesan "perjuangan menentang nafsu itulah sekecil perjuangan yang memerlukan sebesar besar pengorbanan"

4.Aku dan adek melancarkan kutipan derma untuk Gaza disekolah Bishop Gore.Terima kasih sangat pada headmaster kerana memberikan kami keizinan dan juga sokongan.
Aku angkat tangan untuk bercerita pengalaman pahit dan manisnya pandangan orang non muslim dan juga muslim terhadap isu Palestine di Unitarian Church.Diakhiri dengan laugan suaraku "Free for Palestine" dan juga satu tepukan "semangat".

5.Biarlah ada diantara mereka enggan dan juga menyokong tindakan gila kekejaman zionist,aku masih juga berjuang di medan keadilan.Aku terangkan pada mereka apa yang terjadi di Palestine itu adalah satu ketidakadillan,kekejaman yang bertentangan dengan akta kemanusiaan sedunia!

6.Biar pun ada 20% di sekolah ku menyokong Israel, aku tidak akan lemah untuk berjuang.Poster yang kami lekatkan dicabutl.Kami diprovok oleh cikgu sendiri.Kami tahu,kami ada keberaniaan.Dan kerana itu,aku dan adik,tidak akan berhenti untuk berjuang demi Palestine.

7.Biar pun ada 3 orang guru,yang mahu berlaku adil terhadap Israel,maka diorang tidak mahu untuk menderma.Masih lagi nak berlaku adil pada pembunuh?bagus punya orang.

8.Biar pun ada seorang guru yang bersikap "racist" terhadapku

"Sir,would you like to donate some money (nak ambek duit) for Palestine(patah balik dan berkata NO).
"It is better if I give this money for African.I dont want to be involved in this war"

Sir,this is for human rights!-jawab aku dan ucap terima kasih dan terus bla.Kecewa pada hari pertama!

9.Biar pun ada seorang mulut celupar mengatakan "thats not my country,why do I have to care?Hamas just cannot stop to attack Israel.So,they never can stop it"
selfish.ego.arrogant. stupid statement la.watch out your mouth!

Biarpun ada juga orang Melayu Islam tidak turun padang dengan berbagai alasan tidak masuk akal dan hati, beringatlah kamu. Kamu Islam. Mereka saudara kamu di Palestine.Mereka juga memerlukan suara berani kamu.Bangunlah dari mimpi kamu.

10.aku tidak mahu menangis kerana orang yang pendek akalnya sebegini.Tapi,aku syukur,aku dilahirkan dengan mempunyai rasa hati.
Ramai juga guru-guru dan kawan-kawanku yang menyokong tindakan Palestine.Syukur alhamdullilah.Ini baru perjuangan di sekolah.Bukan di parlimen lagi.Bukan juga di medan perang!

11.Tahniah pada PAS kerana memenangi Pilihanraya lalu.Apa pun,aku tidak mahu Pakatan Rakyat alpa dan lupa dengan kemenangan ini.Ada sedikit kekeciwaan terhadap Pakatan Rakyat.
Hukum Hudud! Jalan la boss.Kau nak lawan hukum Tuhan,kau lawan sampai Qiamat pun kau tak menang la.

tapi aku masih tidak pasti,layakkah aku bergelar syahidah suatu hari nanti..aku ni kira budak nakal gak.ngeh2.gedik dan getik jew ;p

surat jiwang untuk Pak Lah-poster Malaysia is Ours & Alahai


Salam perjuangan salam Malaya.

Salam reformasi salam dari jiwa

Izinkan hamba menulis kata .

Alahai kisah rakyat jelata

Bersatu kita teguh

Bercerai kita roboh

Pepatah Melayu tak pernah ku lupa

Kerana aku anak Malaysia

Wahai Pak Lah

Matakanlah hatimu

Dengan setulus kasih

Ku pinta darimu


Yo Yo wassup Pak Lah.

Berhentilah dan berhentilah

Menyeksa rakyat tak bersalah

Berdosa tak sudah-sudah

Bukan mudah ku ungkai kata

Memang benar ku harap balasan

Bicara hati berkata sayugia

Pulangkan Malaysiaku yang aman!

Bilang Hang Tuah si pahlawan

Takkan Melayu hilang dek zaman

Perdana Menteri itu adalah mantan

Mana hilang maruah perjuangan!?

Cepat, Mesra dan betul

Mereka suka saja bertawakal

Sepak terajang bab terawal

Itu kerja paling bedol

Andai benar kamu laki sejati

Buktikan kamu berani

Rasai enaknya kamu digari

Ke dunia ISA yang kamu cintai

Saat Melayu dipijak-pijak

Bahasa bonda dihaprak-haprak

Dunia Malaysia tersepak dan disepak

Dikau masih tersengih jua tergelak

Berabad impi dan mimpi

Dikau bukan Perdana Menteri

Bukan juga dikasihi

Malah dirimu menjadi benci

Dilokap dipenjara si pejuang

Diseksa zalim dan kejam

Jangan jadi macam beruang

Makan daging saudara itu haram

Kecil-kecil cili api

Bahasa itu bangsa

Budi itu pekerti

Islam itu agama

Kecewa sedih itu rakyat

Bahagia memanjang itu kamu

Manusia tidak takut

Menentang lantang si penipu

Jangan dicabar kuasa jelata

Kerana kamu manusia biasa

Yang suka-suka sahaja

Jadi Perdana Menteri Malaysia

Nur Najihah itu nama

Gadis Melayu muda usianya

Jangan dilangkah reformis saya

Andai kamu Perdana Menteri Malaysia

Buka minda

Buka hati

Wahai Abdullah B Badawi

amaran terawal & terakhir

sesiapa yang bernama manusia adalah berhak untuk menyayangi,mengasihi,meski membenci manusia yang yang lain yang berada di atas muka bumi Tuhan.
Dengan syarat yang terhad & logik. Kasih sayang itu adalah seni kemanusiaan dari Tuhan untuk manusia.
Tiada amaran untuk manusia yang menyayangi & mengasihi atau membenci diri sayajuga. Dengan syarat, jangan libatkan saya dengan apa-apa 'propaganda' yang tidak berperikemanusiaan. Saya tidak akan bertanggungjawab. Saya memberi amaran secara lemah lembut bukan lemah gemalai.
Dan satu amaran keras, tolong jangan salahgunakan shoutbox di blog saya. Iklan yang gedik2 atau perniagaan yang tidak saya berminat langsung, tolong jangan nak menggatal di shoutbox saya. Saya memberi amaran secara tegas. Saya tidak berkasar selagi mana anda tidak berkasar dengan saya.Saya manusia yang sayangkan manusia.

ps; pak lah pun boleh saya sayang kalau dia sayangkan saya sebagai rakyat jelata dia.

fakta suara hati reformasi

Hasil mimpi ku sesat berjuang di Palestin.Memang tak dapat bayangkan aku sendiri berada di tanah perang!Dunia da akhir zaman.Tapi,perangai tak ubah-ubah.eee.Tak sedar diri-Kutukan diri.
Poster Pak Lah dah sampai di terataknya.Ibu yang poskan dari Malaysia.Entah dibaca entah tidak.Terpulang.Meski di ISA kan.Batak sangat pe dengan ISA?
eee.gedik.dasar pengecut!
Tangan yang digari tak bisa menggari reformasi.
cerita-cerita dahulu tika semangat Reformasi menentang kekejaman terhadap DSAI.Dahsyat.Aku masih ingat zaman tu aku budak kecik lagi.8-9 tahun camtuw la.Faham ke aku tentang demokrasi waktu tu?TAK! Langsung tak.Tapi,aku kesian sangat bila orang2 yang bejuang di Malaysia ni,dihina-hina,ditangkap sesuka mangkok ayun,pukul-pukul.Ingat kes Memali? EEE.Manusia ke setan ni?
JAWAB!

-kenyataan dari Tun Mahathir di Universiti Cambridge,UK terang-terang menyerang demokrasi.Takut sangat nak tukar kerajaan.Tun mengamalkan kronisme,rasuah dan dsar bail-out

-Negara Jepun sering bertukar Perdana Menteri, tetapi tetap kekal & stabil.India terus utuh meskipun bertukar parti pemerintah.

Tanpa demokrasi akan berlaku kezaliman & kehancuran sprti Soviet Union & Eropah Timur.Pejuang-pejuang kemerdekaan negara sedar maka memilih sistem demokrasi untuk menggantikan penjajahan Inggeris.

-Victor Hugo dalam Les Miserable mengungkap
"Social prosperity means man happy,the citizen free,the nation great"
-kepimpinan sebagai tanggungjawab(taklif) bukan kebanggaan(tasyrif)

-Saidina Umar Al-Khattab tika mnjdi kepala negara tidak berasa kekok utk ditegur hatta dengan pedang terhunus oleh sahabat yg tidak terkenal.Umar bersyukur masih ada sanggup membetulkannya.Kalau ditempat anda? adakah keris terhunus disambut dengan semangat yang sama?
uhm.

Berpijak di bumi politik harus dibuka minda.Kelembutan masih ada ketegasan.

Hari Hartal.


Ayah jadi jemputan sbgi speaker.Bercerita tentang sejarah Hari Hartal.Aku sendiri tak pernah dengar hari Hartal!

Tapi,dalam byk2 cite ayah.Ayh pernah jumpa salah seorang pejuang Hartal ni yang hidupnya berbumbungkan angkasa kelabu je.Ayah menanges terharu melihat seorng pejuang yang berbakti untuk tanah Malaya tidak pernah terkilan atau kesal.Meski rumah bumubungnya bocor!
Tumpang tanya
Mana hilang kerajaan berwibawaku?
humm.humm.

kesimpulan; Buku "SUARA HATI REFORMASI" adalah suara hati oleh DSWA yang diterbitkan di akhbar Parti Keadilan.Buku lama yang bagus =]

Berani berubah-moto waktu ayah jadi calon Pasir Salah-2004


Moga kemenangan Obama dapat jua menentang kezaliman Amerika terhadap dunia.Yek Obama ku? :D

sedang merindu

sejak akhir2 ni, aku dapat bad days je sebab tu la tak ada mood nak tulis blog lagi:(
sibuklah itulah inilah dengan coursework
demam sekejap2 mungkin ada dosa yang banyak kot
rindulah itulah inilah
tapi
inilah kehidupan manusia
tak pernah sempurna
dan
kerna itu kita dicipta untuk melengkapi antara satu sama lain
Adam dicipta bersama Hawa
Hawa diciptakan untuk Adam




kali ini, rindu makin tsunami
memori arwah embah lanang ada di hati
tak pernah sesaat pun mati
embahku
moga rohmu aman dan bahagia
kakak sayang embah
=]




2 October 1964
hari lahir ibu yang tersayang dan dirindui akan segala tentangnya
moga ibuku yang comel ini akan dipanjangkan umurnya
kakak sayang ibu
=]

Selamat tinggal politik

Sedikit masa kita berbicara tentang dunia luar politik. Izinkan hamba menulis diari sebagai seorang pelajar Year 12 di Bishop Gore school.

Half term sekolah cuti .Sekarang musim daun bertukar warna coklat dan akan gugur ke tanah.Musim luruh.Romantik je. Autumn in my heart :D



• Marah dan keciwa atas kebiadapan seorang lelaki yang gila sengaja menyakitiku =[

• Lesson ke-6, seorang budak perempuan diserang penyakit sawan.Kaki saja bergerak-gerak dan dia baring.Ntah kenapa.Cemas.Aku panggil seorang guru yang kebetulan tika itu ada perhimpunan di dewan sekolah yang aku tujui.

Berbangga aku menjadi salah seorang pelajar Performing Art di Bishop Gore School. Mrs Natalie Richard, guru Performing Art aku, telah mendapat ‘National Teaching Award’ pada Ahad lalu.Nama Bishop Gore school, Swansea telah menjadi sebutan di kaca TV,BBC United Kingdom.Meriah sekali disambut award yang tidak disangka.Drama juga telah diliputkan di sekolah Bishop Gore.Lagu dimainkan untuk Mrs Richard.Tepukan gemuruh.2 kali assembly hanya untuk Mrs Richard.Moga Mrs Richard akan success selalu.

• Coursework sedang banyak gila-gila. Art coursework kena buat research then kena lukis dan mereka sesuatu yang seni.Kali ini,aku memilih ‘Malaysia’ sebagai tema coursework.Digandingkan dengan agama & budaya. Performing Art, kena buat research tentang pementasan dan drama Cider With Rosie.7 paper diberikan dan harus diselesaikan! Photography coursework juga harus membuat research tentang John Herschel dan berbagai lagi! Semalam,belajar tentang camera obscura di Glynn Vivian art Gallery.Tahukah kalian camera obscura adalah cetusan pemikiran seorang Muslim, yakni Ibnu Al Haitham? Check out!http://en.wikipedia.org/wiki/Camera_obscura Banyak lagi perlu ku pelajari tentang dunia kamera.Kesempatan yang diberikan oleh Paman Hisyam menggunakan camera professional ( yang ku panggil la) jenama Olympus, benar juga antara kepuasaan berpengalaman bila dikritik (kerna menjadi photographer) di hari pemergian arwah embah lanang.Itu Cuma memori itu yang arwah embah tinggalkan yang ku ada untuk semua.Aku suka jadi pekak telingaku kerna ku tahu dan percaya, mereka juga yang mahu melihat hasilnya. Kenyataan berlaku.

• Aku memilih untuk menjadi seorang politikus( insyAllah) yang mampu juga bergelar photographer, art designer (mungkin juga seorang guru seni) dan juga seorang chef (di rumahtangga je la).Sedikit berbangga(bukan riak eh) dengan diriku setelah kepulangan ibu ke tanah air menjadikan aku dan adik rajen la pulak memasak.Menghidangkan shushi,rendang ayam-masakan adik dan rojak berkuah kacang, banana split (pertolongan ehsan dari kak Mar) dan juga bubur jagung yang dimasak oleh auntie Naha untuk 7 family dari Lampeter yang datang ke open house Alexandra Terrace pada minggu minggu yang lalu.Ramai gile! Alhamdullilah...Tak sangka la pulak leyh masak untuk open house tanpa ibu yang dirindui. Mwahahaha =]]

• Aku pengguna otak kiri buktinya malam2 teddybearku (ada fakta dri Luth Textile) selalu dipeluk erat. Sains dan Matematik bukan selalu difikiranku.Haha.Kalau ibu & adek ye la otak Matematik & Sains. Aku serupa dengan ayah je sebenarnya.Cuma kekuatan secara fizikal saja berbeza. Adek kuat lagi dari aku. geram geram.

kesibukan anak ayah


salam.yo was up.sementara menunggu post blog yang seterusnya.anda digalakkan melihat,membaca dan memahami blog peribadi yang dilelong secara percuma.Segala gambar atau penulisan dari mana2 blog aku,sila mintak izin taw.
satu permintaan hati dari aku
sesiapa yang sudi link me up on your blog kan,aku lebih suka jika kalian me link kan nama gedikku yakni Gadis Reformasi atau Doraemon
atau
Owh Dunia Gadis
sebabnye kan...
sebab
aku suka nama comel tu :p
TQ
taw sape2 yg bahek hatinya itu
:D

1.http://gadisreformasi.fotopages.com
2.http://www.flickr.com/photos/reformerdoraemonprincess


.malas lagi nak tulis la.
esok ada photography workshop
:D