Semalam,adalah hari paling bersejarah buat wajah politik tanah airku Malaysia.Setia kami melayari blog demi blog di kaca skrin komputer.Seharian kami menanti keputusan pilihanraya.Terasa penat seperti tahun pilihanraya kami rasai.Telefon sana.Telefon sini.Telefon orang-orang Malaysia.Telefon orang-orang United Kingdoom.Sibuk dengan panggilan kemenangan.Tidur lewat malam.Tak ku sangka,negeri kelahiranku,Perak Darul Ridzuan,jatuh di tangan Barisan Alternatif!Tahniah diucapkan buat pengganti Tajul Rosli! Dan juga, pengasuhku yang dahulunya UMNO,kini telah berubah kerajaan. =] Syabas buat opah dan atuku ini! Kesyukuran yang teramat pada Allah S.W.T. Syukur di atas kemenangan Barisan Alternatif !
Dan semalam jugak,ada cerita dari seorang rakyat.Kami berchatting di Yahoo Messenger.Tidak ku tahui jantina dan dari mana orang ini.Bercerita tentang politik.Banyak cerita dari orang ini.Tapi,cerita dia cumalah cerita budak-budak.Bukan memandang rendah dan bukanlah nak belagak.Ceritanya seperti melihat larva lalat diseberang antartika boleh nampak,tapi dinosour depan batang hidung,langsung buta! Mungkin semangatnya terlalu tinggi,hingga nak bercerita tentang aibnya.
Ya!Perasaanku mengatakan,aku ingin menjadi pejuang meski aku seorang perempuan.Perasaanku jelas,aku adalah gadis kepada ayah dan ibu.Perasaanku sememangnya aku rakyat Malaysia yang berbangga menjadi rakyatnya,bukan kerana Pak Lah.Aku penganalisis politik dalam duniaku.Tapi aku bukan Dr Agus.
Aku dengar suara-suara rakyat.Aku baca wajah-wajah mereka.Aku bercerita tentang duniaku bersama mereka.Mereka ayah dan ibu.Mereka guru-guruku.Mereka sahabatku.Dan mereka lawanku.Politik bukanlah suara untuk rakyat berpecah belah.Politik bukanlah untuk kita berbahas perkara yang tidak masuk akal.Politik adalah untuk kita berkongsi.Membetulkan apa yang salah.Politik adalah hak kemanusiaan.Kerana itulah setiap undian itu adalah tanggungjawab rakyat menentukan siapa memimpin kamu! Allah tidak mengubah kamu, selagi mana kamu tidak mengubah diriku.Kesal aku pada mereka yang tidak mengundi.Kadang-kadang ku terfikir,mungkin mereka tak mendengar suara rakyat.Mungkin mereka sudah senang dan selesa dengan kehidupan mereka.Tapi fikirkanlah mereka yang memerlukan kehidupan seperti kamu!
Dalam Islam ada politik.Dalam Islam ada undang-undang Tuhan.Politik tanpa undang-undang agama,maka ranaplah mahligai yang besar-besar.Yang kononnya terlalu hebat.Kalian lihat dan rasailah,dunia Malaysia.Bangunan-bangunannya tinggi megah.Tapi,tidak mampu menandingi kemegahan Tuhan.Namun,sadis,rakyat Malaysia bukanlah tinggi seperti bangunan-bangunan megah itu.Masjid dan rumah rakyat boleh diruntuh dengan sewenangnya.Rakyat dirusuh oleh polis-polis kerajaan.Harga barang dan minyak naik begitu rancak.Seolah musik rock and roll !
Aku bukan perasan.Tapi ini perasaanku.Perasaan yang nyata tentang dunia politik Malaysia!
Toddler's dressing area Montessori style
5 years ago
0 suara reformasi:
Post a Comment