RSS

Cerita Malaysiaku!

Jumaat lalu, cuti Easter bermula.Seperti biasa,ku pulang ke kampung halamanku, Lampeter! Kami berjumpa dengan pensyarah ayah, Dr Dawood.Makan tengahari ala arab di rumahnya.Kemudian,bla,bla,bla. Mereka orang-orang lelaki sembahyang Jumaat.Sementar menunggu,ibu,aku dan adik menziarahi bayi melayu UK. Baru sebulan lebih umurnya.Dialah anak auntie Izah dan Uncle x yang terkini di Lampeter. Comel.Bulat mukanya.Namanya bermula huruf "Z". Seperti kakanda kembarnya juga.Zakirah dan Zahirah. Tapi, ku lupa la nama bayi ini. Aduh.. :ओ
Baru saja mahu melangkah pulang, auntie Naha datang bersama Uncle Razali,Hadif dan Adam. Adam yang ku temu sebulan lebih yang lalu,sudah besar! Comel dan kacak! ;o Hadif pun sudah besar. Seperti biasa, Hadif selalu kacak dan comel gila! :P
Apa-apa pun,kami harus pulang.Masih ada lagi mereka yang belum diziarahi.Cadang mahu ziarah Cik Seri yang baru saja pulang dari Malaysia,tapi dia tiada dirumah tika ku ketuk pintu merah bertuliskan Affalen.Kami meneruskan edisi ziarah.Kali ini, kami pergi rumah auntie Arena.Orang Malaysia baru 3 bulan lebih (tidak silapku,) yang tidak ku jumpa lagi. Auntie Arena ada bayi UK juga.Namanya Atirah! Aduh..comelnya la! Ramai gila baby Melayu UK di Lampeter! :O
Bla..Bla..Bla..
Kami kembali semula ke rumah cik Seri.Ketuk pintu Affalen lagi.Oh.Ada orang! Masuklah kami ke rumah Affalen itu.Banyak cerita Malaysia dari pak cik Zuhdi dan cik Seri.Cerita tentang tanah air yang ku rindu.Ceita yang seronok dan cerita yang takut.Seronoknya bila pak cik Zuhdi cerita tentang sokongan ketika pilihanraya memang cayok gila la! Adalah sinar kemenangan itu.Bilang pak cik Zuhdi, memang nampak ada perubahan.Sesak jalanraya seperti sesak mahu pulang hari raya! Wah.Hebat itu! Nak juga ku lihat suasana pilihanraya.Rindu suasana pilihanraya itu! :I
Tapi lain pula cerita cik Seri. Cerita cik Seri menakutkan.Malaysia berubah.Memanglah berubah.Tapi,berubah menjadi lagi parah!Apatah lagi bila pak Lah jadi Perdana Menteri gila kuasa! Kes menculik budak makin menjadi macam kentang goreng panas! Cerita arwah adik Nurin dibunuh ,masih ada lagi..Lepas itu kes adik Sharlini hilang kena culik! Kemudian,adik Asmawi pula kena culik! Ada satu kes di Johor, seorang budak diculik ketika ber shopping bersama ibu.Tiba-tiba lesap! Gila risau si ibu.Report dengan pihak keselamatan.Bila dijumpa kembali,budak itu sudah ditukarkan pakaiannya dan DIBOTAKKAN! Nasib baik budak itu sempat diselamatkan! Syukur! Tapi, sebenarnya semua ini GILA! MEMANG GILA TAHAP GILA!
Bukan setakat kes culik! Kes bunuh! Kes rompak! Kes dadah! Adakah Malaysia sebuah negara aman damai?!Kes itu.Kes ini. Berapa banyak juta kes!? APA KES DENGAN MALAYSIA!!
Dup.Dap.Dup.Dap. Jantung aku dengar cerita cik Seri. Ketika di Malaysia,Pak cik Zuhdi dan Cik Seri pun takut nak lepaskan Wah dan Deen bermain.Walaupun di belakang rumah atau depan rumah! Sungguh! Malaysiaku menakutkan! Ku rasa jauh beza dengan UK! Aku hingga terbawa dalam mimpi tidurku..YA ALLAH...SELAMATKANLAH MALAYSIAKU!

0 suara reformasi: