RSS

Oh Anjing!

Tahukah kalian,bahawasanya........
Anjing di Malaysia tidak sama kedudukkannya dengan anjing di UK.Anjing UK adalah kesayangan mereka.Dipeluk.Dicium.Dibawa berjalan-jalan.Dibawa bermain.Jarang sangat sangat ku lihat anjing tanpa tuannya.Aku kenal dengan seekor anjing.Namanya Santa.Dia comel.Bulunya lebat.Aku jarang dating dengan Santa.Cuma kadang-kadang,pulang dari sekolah,ku lihat Santa bersama tuannya.Tapi,Santa masih kenal dengan diriku. :) Gadis melayu terakhir.

Setiap pagi,saat ku jalan di park untuk pergi ke sekolah,pasti ku temui anjing-anjing.Berlari sana sini.Bulunya cantik.Tapi,kadang-kadang ada juga anjing yang tak comel. :p
Kadang-kadang, bulunya basah.Kadang-kadang,main buang tahi merata-rata.Kadang-kadang,matanya tertutup dengan bulunya yang lebat.Anjing yang kecil selalu comel.Punggungnya tongek.Jalan terkedek-kedek.Ikut tuannya.Dan,aku mesti tersengih.Suka tengok anjing yang comel.Rasa nak ciOm ciOm je. Geramnyaaaaaa la! :o
Hari ini,aku terlewat ke sekolah.Terbangun lambat,tapi sudah ku tunaikan solat subuh.Takut masih ada untuk berjalan di park.Kadang-kadang,anjing selalu nak datang dekat.Mungkin nak mengorat. :p Tapi,aku tak layan.Sorry.hahahha.Kena reject. :P
Hari ini juga,aku terpaksa panjat pagar sekolah.Bukan budak nakal la..cuma itulah shortcut kalau nak cepat. Hatiku berdebar kerana 2 ekor anjing ingin menghampiriku.Saat ku loncat ke tanah, tali kameraku yang berada dalam poket jacketku terputus.Tersangkut dengan pagar.Dan takutku dengan anjing yang agak besar.
Huh...........selamat.Nasib baik.

Cerita pasal anjing,teringat aku dengan polis-polis Malaysia.Kenapa polis Malaysia [ bukan semua la] merelakan "diperanjingkan" oleh Pak Lah? HUh. Anyone can answer me back?

1 suara reformasi:

bulanmalam said...

manusia itu sentiasa rasa diperanjingkan jika menurut arahan yang tidak relevan dan tiada kejelasan keadilan.
kerana manusia yang rela diperanjingkan itu hanya tahu membuaskan diri mencari kepuasan melakukan kezaliman.