RSS

hero dan heroin Malaysia!



Kalian! Kalian! Kalian! Jadilah hero dan heroin! Jadilah lelaki dan perempuan sejati! Jadilah! Jadilah! Jangan pernah gentar untuk berjuang! Jangan pernah kau undur selangkah dari medan! Langkahlah sejuta langkah untuk mereka!
Bagi aku, aku hormati mereka yang benar ingin berjuang.Tak kira PAS,PKR,DAP, mahu pun UMNO! Tidak mengapa jika kamu berjuang di jalan PKR,DAP,PAS atau UMNO!
Sesungguhnya kita semua sama! Tetap manusia! Tapi,kalau perjuangan untuk mengharapkan jawatan atau mata wang,maaflah kau tidak sama seperti kami!
Kemenangan Barisan Alternatif adalah satu kesyukuran.Tapi ingatlah kemenangan itu juga adalah ujian.Bilang bapak aku! Ujiannya, tanyalah diri kamu! Jangan kau kejar duniawi!
Masihku ingat tika di bangku sekolah Rendah Al Munir,Kampung Padang Tembak,Teluk Intan,Perak. Tak silapku, Ustaz Borhan menjadi gru Sirah tika aku darjah 3.3 Al Biruni.Kisah perang Uhud.Bila sahabat Rasullah ingkar dengan arahan Rasullah.Maka, mereka kalah! Kerna pentingkan harta rampsan dari peperangan itu! Samikna wa ato`kna!
Jangang ulangi sejarah ini!
Di atas kemenangan ini, ingatlah sentiasa!
Lu pikir la sendiri! –Nabil si Raja Lawak!

Cerita Malaysiaku!

Jumaat lalu, cuti Easter bermula.Seperti biasa,ku pulang ke kampung halamanku, Lampeter! Kami berjumpa dengan pensyarah ayah, Dr Dawood.Makan tengahari ala arab di rumahnya.Kemudian,bla,bla,bla. Mereka orang-orang lelaki sembahyang Jumaat.Sementar menunggu,ibu,aku dan adik menziarahi bayi melayu UK. Baru sebulan lebih umurnya.Dialah anak auntie Izah dan Uncle x yang terkini di Lampeter. Comel.Bulat mukanya.Namanya bermula huruf "Z". Seperti kakanda kembarnya juga.Zakirah dan Zahirah. Tapi, ku lupa la nama bayi ini. Aduh.. :ओ
Baru saja mahu melangkah pulang, auntie Naha datang bersama Uncle Razali,Hadif dan Adam. Adam yang ku temu sebulan lebih yang lalu,sudah besar! Comel dan kacak! ;o Hadif pun sudah besar. Seperti biasa, Hadif selalu kacak dan comel gila! :P
Apa-apa pun,kami harus pulang.Masih ada lagi mereka yang belum diziarahi.Cadang mahu ziarah Cik Seri yang baru saja pulang dari Malaysia,tapi dia tiada dirumah tika ku ketuk pintu merah bertuliskan Affalen.Kami meneruskan edisi ziarah.Kali ini, kami pergi rumah auntie Arena.Orang Malaysia baru 3 bulan lebih (tidak silapku,) yang tidak ku jumpa lagi. Auntie Arena ada bayi UK juga.Namanya Atirah! Aduh..comelnya la! Ramai gila baby Melayu UK di Lampeter! :O
Bla..Bla..Bla..
Kami kembali semula ke rumah cik Seri.Ketuk pintu Affalen lagi.Oh.Ada orang! Masuklah kami ke rumah Affalen itu.Banyak cerita Malaysia dari pak cik Zuhdi dan cik Seri.Cerita tentang tanah air yang ku rindu.Ceita yang seronok dan cerita yang takut.Seronoknya bila pak cik Zuhdi cerita tentang sokongan ketika pilihanraya memang cayok gila la! Adalah sinar kemenangan itu.Bilang pak cik Zuhdi, memang nampak ada perubahan.Sesak jalanraya seperti sesak mahu pulang hari raya! Wah.Hebat itu! Nak juga ku lihat suasana pilihanraya.Rindu suasana pilihanraya itu! :I
Tapi lain pula cerita cik Seri. Cerita cik Seri menakutkan.Malaysia berubah.Memanglah berubah.Tapi,berubah menjadi lagi parah!Apatah lagi bila pak Lah jadi Perdana Menteri gila kuasa! Kes menculik budak makin menjadi macam kentang goreng panas! Cerita arwah adik Nurin dibunuh ,masih ada lagi..Lepas itu kes adik Sharlini hilang kena culik! Kemudian,adik Asmawi pula kena culik! Ada satu kes di Johor, seorang budak diculik ketika ber shopping bersama ibu.Tiba-tiba lesap! Gila risau si ibu.Report dengan pihak keselamatan.Bila dijumpa kembali,budak itu sudah ditukarkan pakaiannya dan DIBOTAKKAN! Nasib baik budak itu sempat diselamatkan! Syukur! Tapi, sebenarnya semua ini GILA! MEMANG GILA TAHAP GILA!
Bukan setakat kes culik! Kes bunuh! Kes rompak! Kes dadah! Adakah Malaysia sebuah negara aman damai?!Kes itu.Kes ini. Berapa banyak juta kes!? APA KES DENGAN MALAYSIA!!
Dup.Dap.Dup.Dap. Jantung aku dengar cerita cik Seri. Ketika di Malaysia,Pak cik Zuhdi dan Cik Seri pun takut nak lepaskan Wah dan Deen bermain.Walaupun di belakang rumah atau depan rumah! Sungguh! Malaysiaku menakutkan! Ku rasa jauh beza dengan UK! Aku hingga terbawa dalam mimpi tidurku..YA ALLAH...SELAMATKANLAH MALAYSIAKU!

Cerita Malaysiaku



Maaflah,agak lama ku tidak menulis tentang dunia politik।Dunia emosiku tidak mengizinkannya।Maaf juga kerana kelambatanku mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Perak, yakni pak cik Nizar. Julai tahun 2007, beliau sekeluarga pernah tidur diteratak 174,Hanover Street.Teratakku yang pertama di United Kingdom. Teringat pula telatah anak kecilnya.Yah.Nama manja! Mulutnya celoteh. Slank memang anak Perak sungguh! Dia suka pose.Pose dia comel!!Keluarga mereka memang "PERAK SEJATI"! Meriah dengar suara orang Perak di Swansea! Yang pasti mulut anak kecil ini selalu saja bilang mahu pulang ke Batu 3! Rumah mereka di Tapah itu. Teringat juga,kami berjalan di Swansea town.Pak cik Nizar belanja socks untuk kami di Primark. Wah.Kami borong socks! :P Bytheway, terima kasih Pak cik Nizar!
Seperti durian runtuh, tuah pak cik Nizar menjadi seorang Menteri Besar Perak. Alhamdullilah. Siapa sangka Yah si celoteh jadi anak Menteri Besar! :) Dan tuah juga diriku,menjadi anak Perak! Ada Menteri Besar baru, yang layak bergelar Menteri Besar!
Hari yang lalu, ayah menelefon pak cik Nizar.Ku sempat juga cakap dengan pak cik Nizar.Cerita tentang kek coklat yang ku buat atas kemenangan B A. Cerita sedikit tentang politik! Aku dengan gayaku bercakap seperti anak kecil.Tapi,bukan gedik la. Nak bercakap cara serius, tak boleh! Sebab aku bukan jenis orang yang serius! :P Banyak main! Pak cik Nizar cakap gayanya agak skema! Macam bagi ucapan jer. Tapi,tak pe la..aku still selamba badak. Buat je la suara tak malu.Pretend macam budak cukup umur. hahahhaah. :D
Oh ya. Aku dengar banyak juga angin-angin kentut,bahawasanya, sekarang ini di Malaysia, ramai pula menjadi "Abu Sufyan" selepas kemenangan PAS! betul atau tidak bukan soalan la.Tapi, kesimpulannya, janganlah nak mengaku setelah kemenangan itu! Seperti mana Abu Sufyan yang mengakui keislamannya setelah Islam itu menang.
Tapi, jika benarlah kamu itu orang PAS kerana kamu ingin berubah atas dasar keikhlasan,teruskan berjuang! Aku sokong! :)

sukahati la!










Ku bercita ingin menjadi seorang pereka seni.Tumpuanku lebih kepada seni lukisan,photographer dan yang terbaru tentang fashion.Di sekolah Bishop Gore lah,bermula era keseniaanku.Terasa agak bodoh,bila pertama kali ku langkah ke kelas seni.Mereka semua hebat.Sedangkan,aku kosong tentang ilmu seni.Hanya darah daging ayah masih mengalir seni dalam nadiku.Dalam dunia seniku, ku tetap punya misi.Misiku dakwah untuk mereka mengenal seninya Islam! Mungkin ini kelebihan yang Tuhan beri untuk diriku. Seni bagaimana pun, seni itu sebenarnya bermula dengan Islam juga! Aku tidak mengaklifikasikan aku adalah pendakwah. Bukan mudah untuk berdakwah,tapi sebenarnya disinilah peluangku berdakwah dengan mereka dan juga diriku sendiri! Meskipun,ku tidak cukup kelayakan bergelar seorang pendakwah, ingin ku cuba seselamba mungkin! Meskipun ada diantara mereka, tidak mempercayai adanya Tuhan itu. Mungkin,aku cuma dapat serikan kerja seniku dengan bangganya aku menjadi seorang gadis Muslim.Siapa jua diriku, aku tetap hamba Allah. Misiku yang seterusnya,untuk mereka mengenal dunia politik tanah air Malaysia. Citaku yang ingin mengubah dunia politik Malaysia! Ya.Hasrat hati ingin menjadi seorang gadis reformasi!Dan misiku yang terakhir, misi tentang dunia.Kemanusiaan.Keagamaan.Dan segalanya! Masa berlalu,ku rasakan, ilmu seniku makin bertambah seninya.Ku benar gila tentang seni! Ingin ku punya kamera seperti Kiki Grinidawangsa.Kamera profesional.Mungkin,bila ku punya lebih duit nanti,akan ku beli jua! Insyallah! Dunia fashion pula,ingin ku gabungkan setiap makna rekaanku.Yang pastinya, Islamik,moden dan sempoi! Merekalah permulaan seniku, yakni guru seniku, Miss Tiley.Beliaulah jua yang ku cerita tentang dunia seniku.Dan beliau yang sering kali juga bertanya tentang Islam. Ku harap,dia diberikan hidayah. Amin. Ayah juga guru seniku. Bermulanya akulah anak ayah. Ayah memang artistik.Dan terakhir,Kak Nurul yang sukakan kerja seniku. Suka banget . =]

Citaku yang kedua, ku ingin menjadi seorang ahli politik.Macam ayah.Mungkin tak layak,tapi ku rasakan nadi ayah selalu ada dalam jiwa politikku! Semakin hari,semakin matang ku lihat dunia politik. Ku benci mereka yang menindas! Ku punya tanggungjawab untuk agama,bangsa,negara,keluarga dan diriku. Insyallah,suatu hari nanti,ku ingin benar mendengar lagi suara rakyat yang berjuang ke jalan keadilan! Naluriku benar ingin menjadi seperti kak Izzah. Biar pun statusku adalah seorang gadis! Aku ingin menjadi gadis Reformasi buat tanah air tercinta, Malaysia! =)

Dan citaku yang terakhir, aku ingin menjadi seorang chef ! Aku suka sangat masak. Tapi, aku tak suka tolong orang masak.Kecuali,masakkanku! Masakkanku. cumalah untuk suka-suka.Aku suka masak untuk diberikan sedekah. Aku suka masak untuk mereka yang ku sayangi. Kalau ku punya harta berjuta ringgit Malaysia,terlintas jua di fikiran,ingin membuka sebuah cafe.Percuma bagi mereka yang tidak mampu! Percuma bagi anak-anak yatim! Percuma bagi mereka yang ingin merasa masakkanku.Cuma,tidak ku pasti.Ku perlukan tenaga lebih dari diriku.

Jika benar ku punya upaya dan mata wang yang tinggi, ingin ku bina sebuah astaka. Astaka Nur Najihah.Di dalam sebuah astaka, terletaknya sebuah rumahku,yakni bilikku,sebuah bilik seni,mungkin bilik photographer, sebuah dapur moden dan di tengah-tengah Astaka terletaknya sebuah pentas.Pentas buat suara-suara reformasi! Pentas untuk rakyat! Tak perlu permit dari pihak polis nan banggang!

p/s : aku suka menjadi lebih dari satu! :D

olympusku

Kameraku,
Ku kameramu,
dan
kamu kameraku,
ku rindu kameraku,
kerna,
kau satu
dan
diriku jua satu untukmu
bukan OBSESI
bukan TAKSUB
bukan GILA
dan
bukan BANGGANG
kameraku cumalah
CINTA
untuk Nur Najihah

Paksa

Biru langit,
ku khabarkan padaNya,
Aku dipaksa
Dan
Aku terpaksa
Jutaan cinta
Ku paksa
Air mata
Keterpaksaan
Terpaksa jua
di langit hati
di gerimis salju
Biarkanku sendiri
dalam rela
di jiwa manusia
Pergi dan mati
itu hati
Jangan tangis
sajak sadis
jika bukan paksa
Menangislah
jika itu hatimu.

PSE lesson!

Hari ini,hari Rabu.Kelmarin hari Isnin,cadangku nak ponteng sekolah sebab hari itu ada PSE.mmm.Aku tak suka PSE sebab time PSE,aku cuma duduk di dalam kelas.Waktu yang tiada aktivti dan agak membosankan kecuali kalau ada kerja!Tiada lagi kakiku nak merayap,jalan-jalan pusing sekolah.

Tapi hari itu, bangun awal.5.45 pagi.Tapi dah macam pukul 6.45 pagi di Malaysia.Agak terang warna pagi hari ini.Aku nak kena siapkan Biology corsework.Maka bisinglah ibu aku kerna tidak ku siapkannya malam tadi.Malam tadi punya tidur awal.Aduh.. Bla.Bla.Bla. Maka siaplah setengah. Ah. Mampuslah. Asalkan sudah hampir siap.Nanti sampai sekolah,aku tanya aa dengan kawanku. Oh ya. Ini perangai aku.Suka buat kerja last minute.Maka barulah nampak busy dan semangat! Dan lepas itu,bapak dan mak aku bising dengan aku. sorry pak.sorry mak.eh bukan! sorry ayah.sorry ibu. :P Budak-budak tak baik tiru perangai ini.Aku je ni.Agak bahaya. :P

Pagi ini,jalanku agak lenggang kangkung sawi belacan.Agak awal la juga aku pergi sekolah.Hari ini,aku pakai skirt labuh.Maka,tiadalah nak ku panjat pagar.Nanti gedebush pulak! Tapi,aku masih ada satu jalan shortcut.Aku perlu buka jumper yang ku pakai supaya badanku dapat "fit" dalam ruang pagar yang agak mungkin bisa ku lepasi.Gelagatku dilihat oleh seorang mak cik tua bersama anjingnya.Maka bertanyalah mak cik itu agak kehairanan : "Why don`t you go on this way?" mmmm..because this shortcut la mak cik.. jawab ku. "But,you have to take off your jumper to fit into the gate"... mmm.don`t worry la mak cik.Aku kurus la.. :p ahhahahahhaha.Sekali,ku cuba memasukkan diriku dalam ruang pagar itu, eh!!!! Apasal tak muat niyh!? Aduh...... gemuk ke? :O Mak cik itu pun datang menghampiriku dan lantas menolongku memegang pagar supaya mudah untuk ku masuk ke ruang pagar itu. Uh!! Ow! SEMPRITTT NYERRRRR!
Oh.Oh. TERIMA KASIH MAK CIK kerana menolongku.Dan terima kasih juga kepada anjing mak cik ini kerana tidak menghampiriku.Sekadar tuannya yang baik hati itu. :)
Pagi yang indah sekali!

Kring..kring...
Hari ini ada assembly rupanya.Assembly bukan hari-hari tahu! Cikgu diri dan murid duduk! Ish.Ish. :O Hari ini di assembly, Mr Davies bagi motivasi.Kami buat kapal terbang kertas dan menerbangkannya.Seronok! Macam budak-budak.Kami main baling-baling kapal terbang kertas.Aku pun tak kira hebat menjadi seorang budak waktu itu.WAH.Meriah.Sungguh. :o

1st lesson,
Miss Nuts, berikan kertas kerja motivasi untuk kami berperang dengan GCSE! Cuma beberapa saat je lagiiii..Tapi,aku masih selamba badak sumbu indonesia. Huh. Tak baik.Jangan tiru~ :p Miss Shilling memuji kelas kami kerana kesopanan kami pada minggu lepas di dalam kelas PSEnya.Maka,kami dapat kredit atas kesopanan kami.:)

3rd lesson,
Selepas break,Miss Nuts memberikan coklat sempena Easter Day kepada semua anak-anaknya yang cantik dan kacak.Wah.Terharunya.:P Kemudian kami bergambar sama-sama.Semua cun.Wah bahagianya! Hari yang sakan kebahagiaan.

5-6th lesson,
Kami cuma perlu membincangkan dari kertas kerja yang Miss Nuts berikan.Dalam kumpulanku,cuma aku seorang saja perempuan.Kumpulan kami berbincang tentang "Evolution". Sejarah penciptaan manusia.Darwinisme.Topik yang menarik tapi bodoh jika anda percaya Darwinism.Kerana,kepercayaannya bahawa manusia berasal dari beruk.Di akhir perbincangan,kumpulan kami mendapat markah tertinggi! :D dan seterusnya..kami pulang rumah!

Hari itu dalam sejarahku,PSE all day,yang paling sweet.Tak lama lagi,kami semua year 11,akan meninggalkan kelas 11N.Huh.Sedih la..terasa sekejap sangat masa berlalu.Inilah memori yang manis macam coklat! :)

Si kacak Malaysia


Populariti si kacak Malaysia ini semakin panas! Panasnya hingga dapat ku rasai।Si kacak yang cuma memakai kain pelikat,berselipar,berkopiah,dan tanpa senjata hebat।Si kacak yang tidak pernah mengenal usianya। Si kacak dengan uban putihnya. Dialah seorang ayah,pak cik dan atuk yang sangatlah berani! Tidak seperti jejaka-jejaka FRU! Bertopi keledar merah.Bercota.Berperisai.Dasar pengecut dengan rakyat! Dasar ikut punggung Pak Lah! Siapalah isteri dan bakal-bakal isteri FRU ini॥Huh. Aku tolak 100% jika ada. :o




Teringat aku pada seorang jejaka Malaysia.Dia bertahi lalat di wajah.Tak manis pun kerana mulutnya terlalu angkuh menutur bicara.Dialah bapak kepada POLIS MALAYSIAKU! Musa Hasan? Huh..Dialah jejaka paling tidak kacak dalam dunia fana` ini.
Kenapa? Sebab mulutnya yang gedik itu,mengatakan bahawa "Barangsiapa yang menyebarkan SMS palsu ( berikutan rusuhan di Rusila), akan dikenakan ISA!"
Kepala otak dia nampaknya tidak ternampak.
Ikut logik akal,siapalah yang memulakan rusuhan rakyat ini? Rakat Rusila?Rakyat Malaysia?Menteri Kabinet?atau Bapak Polis ini?
Siapa yang mencipta akta yang bertentangan dengan dasar demokrasi? Kononya "Barangsiapa yang menahan mana-mana bas yang membawa penumpang untuk mengundi,akan diambil tindakan kejam?"
Penumpang ( konon)yang diberi umpan cacing,dan diperanjingkan dengan Ringgit Malaysia yang terlalu hina dan naif! Penumpang yang diberi layanan istimewa oleh pihak polis?Yang dikawal perjalanannya? Ini bukan penumpang! Ini pengundi hantu yang gila duit Pak Lah nan gedik lagilah jahat gila.
Eh Musa Hasan!
Kau sangka kau berkuasa? Kau cuma Ketua Polis yang selayaknya menjaga kambing dan kerbau di kampung atukku.LAYAK! :O
Mungkin,telingamu terlalu penuh dengan tahi-tahi kambing Pak Lah,maka terlalu PEKAK TELINGAMU,mendengar suara rakyat! Mungkin matamu,terlalu hebat dengan kaca mata wang duniawi,lantas kau BUTAKAN MATAMU! Mungkin mulutmu,yang ku sangka akan manis jua sepertiku, terlalu BISU DENGAN KEBENARAN!
Oh Musa Hasan,,,,
Ku sangka "Hasan" namamu itu,akan memberi kebaikan.Namun sebaliknya pula. Malulah dengan dirimu. Kau pengecut!Kau bukan anak jantan Melayu! Kau bukan jejaka Malaysia yang kacak.PooOOra...

Oh Anjing!

Tahukah kalian,bahawasanya........
Anjing di Malaysia tidak sama kedudukkannya dengan anjing di UK.Anjing UK adalah kesayangan mereka.Dipeluk.Dicium.Dibawa berjalan-jalan.Dibawa bermain.Jarang sangat sangat ku lihat anjing tanpa tuannya.Aku kenal dengan seekor anjing.Namanya Santa.Dia comel.Bulunya lebat.Aku jarang dating dengan Santa.Cuma kadang-kadang,pulang dari sekolah,ku lihat Santa bersama tuannya.Tapi,Santa masih kenal dengan diriku. :) Gadis melayu terakhir.

Setiap pagi,saat ku jalan di park untuk pergi ke sekolah,pasti ku temui anjing-anjing.Berlari sana sini.Bulunya cantik.Tapi,kadang-kadang ada juga anjing yang tak comel. :p
Kadang-kadang, bulunya basah.Kadang-kadang,main buang tahi merata-rata.Kadang-kadang,matanya tertutup dengan bulunya yang lebat.Anjing yang kecil selalu comel.Punggungnya tongek.Jalan terkedek-kedek.Ikut tuannya.Dan,aku mesti tersengih.Suka tengok anjing yang comel.Rasa nak ciOm ciOm je. Geramnyaaaaaa la! :o
Hari ini,aku terlewat ke sekolah.Terbangun lambat,tapi sudah ku tunaikan solat subuh.Takut masih ada untuk berjalan di park.Kadang-kadang,anjing selalu nak datang dekat.Mungkin nak mengorat. :p Tapi,aku tak layan.Sorry.hahahha.Kena reject. :P
Hari ini juga,aku terpaksa panjat pagar sekolah.Bukan budak nakal la..cuma itulah shortcut kalau nak cepat. Hatiku berdebar kerana 2 ekor anjing ingin menghampiriku.Saat ku loncat ke tanah, tali kameraku yang berada dalam poket jacketku terputus.Tersangkut dengan pagar.Dan takutku dengan anjing yang agak besar.
Huh...........selamat.Nasib baik.

Cerita pasal anjing,teringat aku dengan polis-polis Malaysia.Kenapa polis Malaysia [ bukan semua la] merelakan "diperanjingkan" oleh Pak Lah? HUh. Anyone can answer me back?

Kek coklat kesyukuran



12 Mac 2008,lebih kurang jam 9 malam,aku masak kek coklat bersama dengan Kak Nurul.Dia tinggal dirumahku buat seketika waktu untuk menghabiskan pengajian phD di Swansea University.Ini kek coklat bukan sebarang kek coklat.Kek coklat inilah sekadar tanda kesyukuran yang ingin aku kongsi bersama guru-guru dan kawan-kawan di sekolah Bishop Gore.Ya.Tanda kesyukuran di atas kemenangan Barisan Alternatif.Alhamdullilah.
Esok harinya, ku berikan kek coklat pada guru seniku, Miss Tiley.Aku selalu bercerita tentangnya.Cerita tentang dunia aku.Dunia politik,dunia Islam,dunia dan akhirat! Salam tahniah diucapkan oleh guruku ini, diatas kemenangan Parti Islam Malaysia. :) Dia jua turut tersenyum dengan kisahku.
Seterusnya ku langkah kakiku,ke makmal Fizik, ke makmal Biology,ke bilik Religious Study, dan akhirnya ke library.Jumpa Mr Levon.Dengan Mr Levon aku bercerita,aku ingin menjadi seorang interior designer,seorang chef,seorang ahli politik dan seorang photographer.Ya.4 cita-cita dalam satu cinta. :] Dia selalu mendengar cerita impianku, yang ingin menjadi gadis reformasi buat Malaysiaku.Ku khabarkan setiap orang dari mereka,atas kemenangan Barisan Alternatif dan banggaku menjadi rakyat Malaysia bukanlah kerana Perdana Menteriku yang jahat gila! Seorang Perdana Menteri yang penipu besar! Jujur lidahku tuturkannya pada mereka.
Inilah kek coklat yang ku selalu masak.Yang selalu ku hadiakan untuk orang-orang. Inilah ilmu yang kupelajari dalam "Pelajaran Masak" di sekolah. Ilmu tanpa amal umpama tanah tanpa bunga. Salam syabas sekali lagi buat pejuang-pejuang Malaysia diatas perubahan ini.TAKBIR!! :D

Lahirnya gadis kacukan Arab

Pagi ini,sebelum kaki melangkag ke sekolah,ku hubungi Nurul U`yun Mustaffa।Hajat hati mahu ku ucapkan “SELAMAT HARI LAHIR”.Tapi,tak kesampain.Gadis kacukan arab itu tiada di rumah.Hanya sempat ku ucapkan pesanan kepada kakandanya,“Selamat Hari Lahir” .Di sini,ku ucapkan Selamat Hari Lahir buat sahabat aku!Sehidup senafas dengan aku!Moga ikatan sahabat takkan ada noktahnya!

YB dari Swansea

Berbulan yang dulu,datanglah seorang menteri ke negeri Swansea ini.Tapi,tidak ku pergi melihat menteri ini,kerna keletihan pulang dari Birmingham.Sambutannya agak hangat.Tapi kalam dari menteri ini tidaklah sehangat periuk kuali rumahku.Cakapnya tentang biasa-biasa.Selalu sangat telinga mereka dengar tentangnya.Entah-entah sudah lali.Cuma setia menanti.Mungkin ada harta emas pusaka yang ingin diberi. xD
Tapi semalam,lebih kurang jam 6 petang,datang seorang YB.Dia muda.Tapi tua dari aku la.Dia datang seorang saja ke Swansea.Tak ada pengiring.Aku saja yang menyambut kedatangannya.Dia tidak memakai kot.Dia tidak memakai tali leher.Dia tak ada bawa emas harta pusaka.Tapi,dia bawa cerita dan ilmu.Kami bercerita tentang politik.Keputusan pilihanraya yang makin hot.fm! Ku sangka dia orang kami. Tapi bakal YB UMNO yang bagus punya.Dia benci sama Najib sebab rasuah tinggi macam KLCC.Dia tak suka dengan cara pemikiran pemimpin UMNO untuk zaman millenium ini.Dia sokong UMNO bukan sebab pemimpin.Tapi sebab dasar politik.Dasar UMNO adalah berjuang kerana agama,bangsa dan negara.Tapi,itu semangat yang sukar untuk ku cari dalam jiwa Pak Lah dan the geng.Itu hanya semangat mereka yang idealistik dan ada otak.Dia banyak cerita tentang UMNO.Dia banyak juga bercerita tentang PAS.Kami bertukar cerita.Kami tidak berbahas.Tapi,kami berkongsi.Dunia politik memerlukan keterbukaan minda untuk menerima dan menolak.Mungkin pemikiran bakal YB ini,lebih matang dari Pak Lah.Mungkin pemikirannya seperti Tun Mahathir.Panjang akalnya.
Dulu, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor cakap,moga-moga Tun Mahathir diberikan umur yang panjang,agar dia dapat lihat hasil dari pemerintahannya dahulu kala.Sekarang,Tun Mahathir dapat lihat hasil pemerintahannya.Dia kesal atas arena kekejamannya.Alhamdullilah.Sedar gak Tun Mahathirku. :p
Kata bakal YB ini,kalau dia pulang Malaysia nanti,dia nak ubah cara UMNO.Tinggi cita-cita bakal YB ini.Aku tabik spring untuk bakal YB dari Swansea ini.Bukan semua orang UMNO itu tak ada otak dan naif.Bukan jugak semua orang PAS itu bagus atau alim.Sebab kita ini cuma hamba Tuhan.Yang pastinya,ku ingin bakal YB ini menunaikan kata-katanya.Bukan janji.
Dan akhir kata,bakal YB ini namanya abang Jamal.Dia berkaca mata.Muka ala-ala kearaban.Umur dia tidak ku tahui.Tak teringat nak ku bertanya.Yang pasti,dia memang sudah tua dariku.Hakikat. =]

Perasaanku bukan perasan

Semalam,adalah hari paling bersejarah buat wajah politik tanah airku Malaysia.Setia kami melayari blog demi blog di kaca skrin komputer.Seharian kami menanti keputusan pilihanraya.Terasa penat seperti tahun pilihanraya kami rasai.Telefon sana.Telefon sini.Telefon orang-orang Malaysia.Telefon orang-orang United Kingdoom.Sibuk dengan panggilan kemenangan.Tidur lewat malam.Tak ku sangka,negeri kelahiranku,Perak Darul Ridzuan,jatuh di tangan Barisan Alternatif!Tahniah diucapkan buat pengganti Tajul Rosli! Dan juga, pengasuhku yang dahulunya UMNO,kini telah berubah kerajaan. =] Syabas buat opah dan atuku ini! Kesyukuran yang teramat pada Allah S.W.T. Syukur di atas kemenangan Barisan Alternatif !
Dan semalam jugak,ada cerita dari seorang rakyat.Kami berchatting di Yahoo Messenger.Tidak ku tahui jantina dan dari mana orang ini.Bercerita tentang politik.Banyak cerita dari orang ini.Tapi,cerita dia cumalah cerita budak-budak.Bukan memandang rendah dan bukanlah nak belagak.Ceritanya seperti melihat larva lalat diseberang antartika boleh nampak,tapi dinosour depan batang hidung,langsung buta! Mungkin semangatnya terlalu tinggi,hingga nak bercerita tentang aibnya.
Ya!Perasaanku mengatakan,aku ingin menjadi pejuang meski aku seorang perempuan.Perasaanku jelas,aku adalah gadis kepada ayah dan ibu.Perasaanku sememangnya aku rakyat Malaysia yang berbangga menjadi rakyatnya,bukan kerana Pak Lah.Aku penganalisis politik dalam duniaku.Tapi aku bukan Dr Agus.
Aku dengar suara-suara rakyat.Aku baca wajah-wajah mereka.Aku bercerita tentang duniaku bersama mereka.Mereka ayah dan ibu.Mereka guru-guruku.Mereka sahabatku.Dan mereka lawanku.Politik bukanlah suara untuk rakyat berpecah belah.Politik bukanlah untuk kita berbahas perkara yang tidak masuk akal.Politik adalah untuk kita berkongsi.Membetulkan apa yang salah.Politik adalah hak kemanusiaan.Kerana itulah setiap undian itu adalah tanggungjawab rakyat menentukan siapa memimpin kamu! Allah tidak mengubah kamu, selagi mana kamu tidak mengubah diriku.Kesal aku pada mereka yang tidak mengundi.Kadang-kadang ku terfikir,mungkin mereka tak mendengar suara rakyat.Mungkin mereka sudah senang dan selesa dengan kehidupan mereka.Tapi fikirkanlah mereka yang memerlukan kehidupan seperti kamu!
Dalam Islam ada politik.Dalam Islam ada undang-undang Tuhan.Politik tanpa undang-undang agama,maka ranaplah mahligai yang besar-besar.Yang kononnya terlalu hebat.Kalian lihat dan rasailah,dunia Malaysia.Bangunan-bangunannya tinggi megah.Tapi,tidak mampu menandingi kemegahan Tuhan.Namun,sadis,rakyat Malaysia bukanlah tinggi seperti bangunan-bangunan megah itu.Masjid dan rumah rakyat boleh diruntuh dengan sewenangnya.Rakyat dirusuh oleh polis-polis kerajaan.Harga barang dan minyak naik begitu rancak.Seolah musik rock and roll !
Aku bukan perasan.Tapi ini perasaanku.Perasaan yang nyata tentang dunia politik Malaysia!

Melayu, dan atas nama kuasa jua harta

Cerekarama pentas lakonan Melayu sering kali dikaitkan dengan harta dan kuasa.Kadang tu,sampai membunuh dan terbunuh.Dan Melayu la orangya.Ya! Bukan semua! Tidak! Tidak ku nafikannya.Ini bukan sekadar lakonan sebenarnya.Tapi,kebenaran perangai orang Melayu yang terlalu gila kuasa dan harta.Rasuh yang membabi buta!Penyalahgunaan kuasa! Adat Melayukah ini?
Kadang-kadang,mereka yang kurang mesra denganku,tiba-tiba datang dekat.Hampiri diriku.Senyum dan membawa harapan.Saatnya aku punya kuasa tika itu.Oh.Aku Kaya! Mereka datang seperti semut.Nak rasa gula harta dan ketidaklupaan diriku pada diri mereka.Ya.Itu jika suatu hari nanti,aku kaya dan berkuasa.Apa pula jika ku hanya memakai baju lusuh?Berselipar jepun saja?Comot.Mahukah mereka pada aku?
Siapa aku untuk berkata begitu? Ya.Akulah orang Melayu.Tapi,aku tidak mahu menjadi Melayu yang gilakan kuasa dan harta.CUKUPLAH KUASA DAN HARTA YANG KU ADA.
Alhamdullilah. =)

JATUHNYA ISLAM HADHARI!

takbir! ALLAHAKBAR!=]Alhamdullilah।Tahun ini,PAS menang besar!YA!KEBODOHAN,KESOMBONGAN DAN KEGILAAN PAK LAK TERSERLAH!Awang Adek kempunan nak ganti Tuan Guru Nik Abdul Aziz!AHHAHAHA।Kesian।Kesian.Teringat bila Tuan Guru menangis,bersama dengan ribuan rakyat Kelantan Darul Naim.Alhamdullilah inilah hasil keberkatan doa kita bersama.Aku sempat telefon Uyun dan keluarga di Malaysia.Kami agak sibuk menunggu dan menunggu!UMNO sudah tertekan tahap maksima kerana nak lawan hukum Tuhan!Kami disini bertakbir!ALLAHAKBAR!! Tahniah kepada rakyat Malaysia atas perubahan yang sangat besar gelombangnya!Alhamdullilah,rakyat Malaysia tidak setia pada kebusukan Islam Hadhari Pak Lah.INILAH WAJAH MALAYSIA YANG AKAN KU KHABARKAN DI PELUSUK UNITED KINGDOM!ALLAHAKBAR!!

TAKBIR! =]

7.30 pagi,di teratak 60,Alexandra Terrace,Swansea,United Kingdom.Ayah menelefon orang-orang di Malaysia untuk mengetahui perkembangan.Aku ada turut bersama ayah.Mendengar cerita mereka.

PENG!PENK! Sekali lagi seorang rakyat Malaysia ditembak dengan peluru hidup sebab nak kejar pengundi hantu yang tak sedar diri!Kali ke-3 rakyat Malaysia ditembak!Kurang ajar punya FRU! Sahih la arahan pihak UMNO yang dajal gile-gile!Inilah hakikat sebuah negara yang kononnya dasar demokrasi!Pemimpin ala-ala Kamal Ar Tartuk!Ya!Inilah Firaun Malaysia!Yang berani tak bertempat!NAK LAWAN HUKUM TUHAN!KENAPA NAK SANGAT LAWAN HUKUM TUHAN?
Almost UMNO`s people is bodoh sombong gila!BELAGAK DENGAN MATAWANG HARAM!BELAGAK DENGAN DOSA-DOSA!BELAGAK DENGAN RASUAH!!

Pagi tadi,aku telefon kawan baik aku,Nurul U`yun bt. Mustafa.Cerita panjang gila dengan U`yun.Adik Nuha dan Hana cakap dengan aku,dia orang sokong PAS sebab diaorang orang ISLAM! Budak7-6 tahun beb!Budak kecik itu pun pandai berfikir!Tabik spring untuk adek-adek aku ni!PANDAI GILA KAN DIA ORANG!Pak Lah dah tua bangka pun,gila tak sedar diri!BODOH SANGAT! :D
Mempergunakan pengundi hantu untuk mengundi dan pihak polis dengan rela hati menjadi kambing hitam UMNO!Bagus dan tersangatlah bodoh.Kesian.Dah tua bangka dari aku pun,tak tahu nak fikir!

Semalam di library sekolah,aku menonton TVPAS.COM Aku menangis!Air mata Tuan Guru,benar-benar membuatkan aku menangis.HEBAT RAKYAT KELANTAN!BERJEMAAH SOLAT HAJAT UNTUK KEMENANGAN ISLAM! Atuk ki dan tuk Wan,naik motorsikal Honda untuk solat hajat bersama!Kesian atuk!Walaupun ah 80 tahun,dan getar-getar tangannya,namun semangat juangnya tinggi!TABIK UNTUK TUK KI DAN TUK WAN KU! =]
Siapa mampu menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz?Seorang Ulama!Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat!BUKAN PAK LAH GILA KUASA TU!MEMANG ABSOLUTELY GILA PUNYA ORANG!SERIOUSLY,PATUT MASUK TANJUNG RAMBUTAN! xDD
Malam tadi, aku,ayah,ibu dan adik sembang pasal pilihanraya.Sedih jua hati sebab kami tiada di Malaysia buat pilihanraya kali ini!Kami solat hajat sama-sama untuk pilihanraya.Biar pun kali ini,kami tiada di Malaysia,perjuangan kami masih merah berani!Masih hijau!Insyallah PAS AKAN MENANG!TAKBIR!!

Super PRUman!

Mereka pejuang!
Mereka pegang pada Tuhan
Mereka pegang pada Al Quran
Mereka pegang pada suara kebangkitan
Mereka pegang pada perisai keberanian
Mereka pegang pada pagar reformasi
Mereka pegang pada bendera bulan
Mereka berani
Mereka hebat
Mereka tidak pernah kecut
Kerna
Mereka bukan pegang senapang
Mereka bukan pegang pedang
Mereka bukan pegang keris
Mereka bukan pegang batu
Mereka bukan pegang kayu
Tapi
Mereka adalah pejuang!

Jantung pilihanraya makin laju!Dah terlalu dekat waktunya untuk rakyat keluar mengundi.Menentukan siapa menjadi wali,imam dan amir.Media yang terlalu sibuk dengan cerita hangat.Ada kebenaran dan jua pembohongan.Fitnah demi fitnah berlawan kebenaran demi kebenaran.Akan dikeluarkan amaran kepada pekerja kerajaan,agar tidak terlibat dengan pembangkang.Akan dibawa segala pengundi hantu dari Indonesia,Thailand,UK..bla.bla.bla.Dasar pengecut gila gila! ha. xD
Tahun ini,ayah tidak lagi menjadi calon untuk kawasan Pasir Salak.Dan,tahun ini,aku tidak ikut ayah untuk berkempen.Seperti tahun-tahun yang lalu.Dulu,berjalan dari situ ke sini.Dari hulu ke hilir.Dari pasar ke pasar.Dari orang ke orang.Bertembung dengan orang UMNO.bLa.bLa.bLa. Aku inikan pemalu taw =p Tapi,aku buat selamba badak je la."Amoi,undi PAS taw.Undi ayah saya!" Nak berkempen kena cakap dengan orang.Kenalah menjadi gadis berani macam kak Izzah Anwar! Tak leh segan.Contohilah keselambaan seekor badak lebih baik dari mencontohi keselambaan Pak Lah. =]
Siang malam,Pusat Aktiviti Sosial [PAS] di Chenderong Balai selalu disinar cahaya bulan!Kawan-kawan ayah semuanya hebat.Mereka tidak penat untuk berjuang!Mereka bagus sangat!Ayah aku selalu pergi kesana.Larut malam baru pulang rumah.Agak jauh.Rasanya 40 minit dari rumahku.
Ayah selalu mesyuarat di Ipoh,KL,Taiping,Chenderong Balai dan entah! Tak ingat! Dulu je.Sekarang ayah nak rehat.Bukan berhenti tengah jalan.Sekarang pun ayah sibuk.Sibuk belajooo.Tapi,ayah ini jenis relax gila.Macam aku gak.Cuma,ayah lagi genius aaa dari aku. *)
Tahun ini,atuk ki aku macam biasa akan pulang ke Dungun untuk mengundi.Tabik spring untuk atuk ki aku.Walaupun tangan dah menggeletar,tapi semangat dia tak pernah gentar!Sayang gila tuk ki aku!
Untuk semua pejuang-pejuang,khususnya kawan-kawan ayah aku,yang pernah jadi bodyguard untuk ayah,yang kerja siang malam untuk Pas,yang menjadi tukang masak,yang berceramah,yang mendengar ceramah.Untuk pak cik-pak cik,mak cik-mak cik,opah,atuk,nenek,moyang.Kalian adalah pejuang!Hebat!Dan sajak itu untuk kalian!Kalah menang adalah lumrah!Perjuangan masih di orbit yang sama.Walaupun tanpa ayahku.Jangan gentar untuk meneruskan perjuangan! LAWAN TETAP LAWAN!

siapa bodoh lagi banggang?

ada suatu kisah, seorang budak lelaki yang agak genius di sekolahku,tapi pemikirannya macam budak bodoh.Dia genius.Tapi belagak nak mampus!Dia baik tapi jahat gila-gila! BUKAN NAK MENILAI MANUSIA YANG DICIPTAKAN TUHAN! tapi,hakikat pemikiran seorang laki ini membuatkan hati aku tertanya,untuk apalah kau jadi genius tapi otak di lutut?
Siapa dia?hahaahahah.cukuplah ku gelarkan budak laki ini sebagai budak genius paling bodoh.Kenapa?Sebab dia panggil aku bodoh fanatik PAS! Siap kutuk Tuk Guru Nik Aziz lagi! Aku ni pantang mak nenek mama papa opah atuk,kalau bab orang kutuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz!Tapi,nasib baik aku ni bukan jenis cepat naik ekzos!
Ya.Dia orang UMNO.Memang mak bapak dia pun UMNO.
Mulut budak genius bodoh ni memang kurang ajar gila gila.Perangai macam biasa aaa.Islam Sekular!Nak sangat cium tangan jijik Pak Lah! Nak cium semua tangan perempuan!Nak sangat la kot!Go On Stupid Boy!Dia bukan setakat bodoh.Tapi banggang dan agak bengong. Kesiannya.Batak sangat la.
Hasrat hati ingin ku cabar keberaniaan "Hang Tuah" ini.Tapi,ini "Hang Tuah" versi hat tui! Tak pandai berlawan sebagai anak jantan.Maka,ku kansel untuk berlawan dengan budak hingusan ini. =]
Kepada budak-budak.Tolong jangan meniru aksi bodoh ini.Hanya mereka yang bodoh akan meniru aksi sedemikian.Kerana ini adalah JIJIK!BODOH DAN TERSANGATLAH GEDIK! Harap maklum! xD
eh! lupe!
Kepada mak bapak budak-budak atau penjaga,jangan biarkan anak anda melukis otak di lutut.TERLALU BAHAYA!GILA PUNYA BAHAYA!

Kerabu nite!

Malam itu,kami pergi Bristol.3 jam dari Swansea.Ayah mendapat jemputan untuk mendeklamasikan sajak untuk "Kerabu Night". Aku pakai baju kurung warna ungu! Cun taw baju kurung aku.Cam aku la.ahhaha ;p perasan jerw. xD Malam itu, Ustaz Erfilno bernyanyi.Dia memang sinonim dengan suaranya.Suara dia pun cun la. Anak dia semua comel gila.Semua hero! Aku jumpa Ayin dan kak Ayu. Dah lama tak jumpa diaorang,sebab jauh gila diaorg tinggal.Kak Ayu cakap,lawanya kami macam nak kahwin jer.hahahahahha!Adoi....merepek je nak kahwin.ahhahah xDDD Malam tu gak,kami makan nasi kerabu.Aduh...sedap gila dong!Malam itu kan,banyak makanan melayu.Lama gila tak makan kuih melayu.Rindu taw! Tak ada siapa ke nak poskan kuih melayu untuk aku!!!? xD Tiba waktu ayah membaca sajak,aku pun ambil la kamera.Nak ambil gambar bapakku bersajak.Tapi,aku benggang gila sebab aku ambil gambar semua tak cun! Nyesal aku tak bawa kamera aku yang lagi satu...uWW! =I Maka bapakku bersajak la.
.........
berapa lama harus
kalian menjadi saksi karut sejarah
penganut segala peraturan
dan undang-undang
yang kaku dan keras
..................
bertarung mereka yang berdiri atas autoriti, suci
dengan mereka yang terbaring mati
membenam maut membunuh hapus suara damai.

sepetang bersamamu!

23 Februari 2008 hari Sabtu, Kak Nurul ajak kami keluar untuk lunch bersama dengan bakal abang iparku! Kami keluar dari rumah lebih kurang pukul 2 tengahari.Kemudian kami menuju ke hotel penginapan bakal abang iparku.Ups!Nama dia kan,David.Dia dah jadi muslim 7 tahun tau.Dia tinggi gila.Macam buluh jerw!Aku KERDIL KEMETOT COMEL gila.hahahahaha.xD

Masuk kereta je,tiba-tiba dia tanya kami "Sehat?" Ha! =o Pandai speaking Malay aaa bakal abang iparku nieyh.Banyak gak cakap dia niyh.Ingatkan pemalu dengan kami.Cakap Malay bukan main banyak ! Kami singgah ke kedai buku,Waterstone di town sebelum lunch di Mumbles. Kami jalan sama-sama.Terasa kemetot gila aku.Badan dia besar gila! ;o Kami tanya kat David,macam mana dia boleh cakap Bahasa Melayu!?.Dia cakap,dia pernah tinggal kat Malaysia,tak silap aku 2 tahun sebab kerja.Kerja Engineer di Johor! Ish.Ish.Tempat kubu UMNO tuh. ;p

Kami tiba di Verdi`s restaurant,Mumbles lebih kurang pukul 3. Hari ni,kami makan banyak lagi maha deliciouxxx.Kakak Nurul dan David belanja kami .Kami makan pizza,onions bread,ice cream dan air coklat!David kena habiskan ice cream coklat kami!Sebab semua orang dah kenyang dan tak mampu dah.ahhahahaha.Bukan buli taw! Terima kasih untuk kak Nurul yang aku sayang gila-gila nieyh.Sedap gila dan tersangatlah kenyang.Alhamdullilah. =]

Esok malamnya,David datang ke rumah kami.Jumpa ayah dan ibu aku la.Tapi waktu tu,aku dah terlena la.Sebab penat!Adik aku cerita kat aku,David pun tahu gak pasal politik di Malaysia.Dengan selamba badak,,adik aku tanya,David sokong apa? ahhahahaha.Dia cakap,dia tak tahu nak pilih apa.Sebab dia tak la tahu sangat.Cuma dia mungkin still ambik berat pasal politik Malaysia.MMMMMM..INI YANG BESH NI! David ni cool la.Eh korang!Doakan diaorang cepat kahwin taw.ehhehehehe xDDD

-the end-