Menanti Perang Berakhir
Disebalik selendang Marwa
Tudung yang ku pakai sejak kecil inilah hadiah agama yang diajar sejak zaman berzaman. Syahidah seorang Marwa yang ditikam 18 kali di hadapan anak kecilnya di Mahkamah Jerman membuatkan ramai Muslim dan juga bukan Muslim marah pada sikap pihak polis Jerman yang telah menembak suaminya yang cuba melindungi Marwa yang sedang ditikam.Alasan yang paling kolot, kerana keliru antara suami dan pesalah (Alex).Alasan yang tidak munasabah.Dan bagaimana seorang pesalah boleh membawa pisau di dalam mahkamah? Alex masih hidup diatas muka bumi ini.Dimana keadilan demokrasi yang kononnya hebat belaka di negara-negara Barat!?
Dimanakah media barat yang sering memanggil kita ummat Islam sebagai terrorist? Diam membatu BBC khususnya yang hebat dengan kata-kata hinaan “terrorist” pada ummat Islam! Sedangkan mereka yang menghunus pisau.Sedangkan tudung diharamkan di Perancis! Dan baru-baru ini kerajaan
Tersentak dan marah.Itulah rasanya.Mungkin kerana pernah aku jejak kaki di Jerman pada 7 bulan yang lalu. Ini bukan satu cerita tentang kezaliman pada ummat Islam!Bingit telinga dan sakit hati.Baca dan lihatlah berapa banyak kisah lagi! Klik di sini
InsyAllah, tudung itulah yang melindungi dari mata yang berhati syaitan.. Amin Ya rabbal al amin
kasih pada bahasa
2-Ada juga yang berkata YA PADA PPSMI. Tak sempurna hidup tanpa penyaing atau pengkritik.Ada untung ada rugi.Namun selama mana PPSMI dieksperimenkan kepada pelajar-pelajar anak bangsa kita, semakin banyak rugi yang jelas kelihatan.Duit,masa dan maruah bahasa.
3-Pelajar luar bandar dan bandar beza pemikirannya dan lain cara pembelajarannya.Mereka telah "dilalikan" dan "disusahkan" dengan bius PPSMI ini.Untuk kembali pada bahasa ibunda seperti agak susah untuk memahami kerna sudah kebiasaan belajar dalam bahasa penjajah.
4-Isu penjajah meski sudah lama,namun masih tertera lagi sejarah negara kita! Mereka senyum gembira melihat bahasa mereka dipermata intankan oleh bangsa kita.Kenyataan ini adalah nyata kerna aku sendiri pernah khabarkan isu PPSMI pada mereka (orang putih).
5-Bukan kita menolak bahasa antarabangsa dan bukan juga kita menolak perubahan yang baik.Maafkan aku Tun Mahathir. Cuma sementara mereka anak bangsa tidak lupa akan bahasa Malaysia.Kasihanilah bahasa kita.Sayangilah bangsa kita.Jangan dilanyak bahasa ibunda.
6-Bahasa Inggeris ada baiknya............................
7-Jika PPSMI tidak dihapuskan pada 2012, sahihlah kerajaan mahu "mengorat" rakyat dengan helah..ngeh,ngeh,ngeh, ^-^ ( muka bajet cute)
Kita tengok dan lihat!
khabar dari Malaysia
2- Dakwa UMNO tolak Islam fitnah besar pembangkang - Mustapa
Utusan Online
Ada hati kita sama-sama fikirlah.Nak kata penulis sendiri "bahek la sangat" tak layak rasanya.Yang jelas, Pemimpin2 UMNO banyak sangatlah pot-pet pot-pet nak bagi harta karun dan status bangsawan pada rakyat jelata. Zam-ala-kazam-
3-Ayah selalu doa setiap solat jemaah-
"Kuatkanlah Islam kami,tunjukkanlah kami jalan yang benar,jalan yang tak sesat selamanya,lembutkanlah hati kami,permudahkanlah urusan kami,jadikan kami anak soleh dan solehah".Selamat hari ayah buat ayahanda tercinta.Meski lewat,sungguh ayah paling tercinta :)
matinyaaa
Aku tidak tahu secara detail tentang kematian sahabat Mexico ku, Alejandro.Aku tidak mahu tahu tentang itu kerna aku tidak mahu lagi bersedih.Meskipun sudah 2 minggu berlalu.Kematian pertama seorang sahabat dalam kemalangan kereta, sudahlah jauh tempatnya, cukup menakutkan dan mengingatkan aku tentang mati. Pastinya, kita semua akan kembali pada Tuhan.Harapanku sebenarnya mahu dia dekati Islam dan matinya sebagai Muslim.Sayang sekali..
Ada hikmah disebaliknya.Insyallah
Islam sepanjang hidupku, seharusnya ku bersyukur sesyukur-syukurnya. Hari semalam yang berlalu,terasa lelah dengan dosa. Rasa hati ini jahat banget sama Tuhan. Demi masa, kita semua ini sering lupa.Dengar lagu Iktiraf,maka hatiku berfikir, dimanalah status ku sebagai hambaNYA?
Kematian itu menuntut PERSEDIAAN. Persediaan menuntut kepada ILMU, ilmu menuntut kepada AMAL, dan amal menuntut KEIKHLASAN
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU
Ampunkan dosaku terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu
Ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Kamilah Hamba yang mengharap belas dari Mu
Jika hari esok aku mati, pastinya tak tidur malamku. Entah sempat untuk ku mohon ampun pada Nya.Muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit.sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati