RSS

aku, dan hari-hariku



Setiap hari Isnin,Rabu dan Jumaat,aku,ayah,ibu dan adik akan pergi ke Swansea Uni Mosque.Pada petang Isnin,Rabu dan Jumaat,aku,adik dan temanku Zainab dan Zahera akan mengikuti kelas tajwid.Yakni,mengaji Al Quran bersama Sheikh Mohsein!Orang arab dari Egypt.Ha.........walaupun dah 16 tahun,tak bermakna,aku terlepas dari mengikuti kelas tajwid.
Pada sebelah malam pula, kami ada pengajian agama.Penceramahnya Sheikh Abdallah atau Brother Asim.Best taw! Kalau dibandingkan di Malaysia,aku bukan jenis rajin nak pergi pengajian.Tapi,alhamdullilah,sejak aku tinggal di United Kingdom, Tuhan hadirkan hidayah bahawasanya manusia tanpa agama akan binasa.Aku membuat perbandingan manusia yang tidak beragama tidak ada arah tujuan hidup.Hidup di dunia bagi mereka adalah satu syurga.Aku berkawan dengan mereka yang beragama,dan orang yang tidak beragama juga!Aku hidup dikelompak antara dua situasi yang berbeza.
Semakin bertambah ilmu agamaku,semakin aku membuka mata hatiku melihat,menghidu dan merasai ciptaan Tuhan! Dan,baru sekarang hatiku cuba memahami ayat-ayat Tuhan itu,sedangkan telah ku pelajari sejak usiaku rebung lagi! Ya Allah...

0 suara reformasi: