RSS

Ramadhan



Alhamdullilah..bulan Ramadhan masih sempat lagi kurasai nikmatnya!Tapi bukan di tanah airku lagi..Untuk pertama kalinya di bumi Swansea!Bersahur pukul 4 pagi,imsak pukul 4.30 dan iftar pkul 8 malam di hari pertama Ramadhan Al Mubarak.Nasib baik sekarang waktunya semakin cepat!Jadi,tak la penat sangat!Hari pertama sangat memenatkan sebab aku bekerja dari pukul 9 pagi sampai pukul 6 baru balik rumah!wa~~nak mati jer rasanya hari tu..hahahahaha..=p
Dan hari pertama,aku berbuka puasa dan solat terawih di Swansea University Mosque bersama Kak Nurul.Lama gila tok imam baca surah.Aku dah terlentok!Adeyh...itu baru rakaat ke 2!Aku cuma sempat solat 8 rakaat,orang lain solat 20 rakaat!Sebab penat sangat hari tu..aku pun syahid la!;p
Berpuasa disekolah,lagi la kena kuat iman!hhahaha..sebab diaorang tak puasa,jadi selamba badak je la kalau nampak manusia makan chips depan mata!=o
Tapi,sebenarnyakan..diaorang respect taw dengan orang-orang yang berpusa ni!Lagi-lagi la,kena puasa disekolah.Aku pernah ajak diaorang puasa sekali dengan aku.Tapi,hari tu,tiba-tiba pulak,cancel...adoi!tak pe la..mungkin masa lain nanti aku ajak lagi!At least,aku cuba nak ajak diaorang kenal Islam!=]
14 Ramadhan,hari Khamis,hari terakhir aku iftar dan solat terawih dengan kak Nurul,sebab dia dah pindah rumah di Oxford!=[[ Sedihnya bila kak Nurul pindah!
Cerita kak Nurul,kalau 10 malam terakhir Ramadhan,nanti ada orang tidur di Swansea Mosque tu,sebab nak Qiamulail!Bersungguhkan diaorang tu!Bagus betul...=]]
Mmmmm..di United Kingdom ni,tak ada bazar Ramadhan taw!Semua masak sendirian berhad.Makan apa yang ada jer..No keropok lekor!No soya!No..No!!!Semua NO!!!=P
Kalau nak kuih raya,kenalah buat sendiri!Macam kita orang ni la..buat kuih Batang Buruk dengan ibu,auntie Safiah,auntie Pit,auntie Yan dan adik sampai pukul 1 pagi dong!=x
Seronok sangat bila Ramadhan ni!=]]
Kalau boleh,Ramadhan tak payah la ada akhirnya!sebab sampai bila-bila,setan tak ada dalam dunia nie!!AMAN!!=]]

owh Sekolahkuwh! =p

Madrasah pertama aku ialah di tadika Islam,Chenderong Balai.Aku berbaju kurung berwarna ungu dan bertudung putih.Madrasah ke-2,Tadika Abim Taman Manik.Berbaju kurung Hijau dan bertudung putih lagi.Menginjak umur 7-12 tahun,aku bersekolah di Sekolah Rendah Al Munir.Berbaju putih,berkain hijau dan bertudung putih lagi.Usia 13 tahun,aku bersekolah di sekolah kepunyaan embah,sekolah agama rakyat Maahad Al Islah di parit 17A,Sg Lampam.Selalu datang lewat!=ptahun seterusnya,aku bersekolah selama sebula di SMKA Tangok,Kelantan.Ish!Tak sanggup lagi tinggal asrama kat situ!Lapar sangat!!;[ Selepas sebulan,aku berpindah ke SMK Seri Perak.Mengambil Kelas ALiran Agama.2amanah2,kelas pertama aku.Tahun 2006,aku masih bersekolah disitu.Cuma dah semakin tua setahun.Masuk tingkatan 3.3 Amanah 2.Aku hanya bersekolah di Seri Perak hinggalah 20 Oktober 2006,hari Jumaat.Itulah sekolah yang terakhir aku di Malaysia sebelum berangakt ke UK.Sekarang,aku menuntut ilmu di Madrash Bishop Gore.Berbaju T-shirt lengan panjang(sepatutnya lengan pendek) dan masih bertudung!Warna hitam atau putih..30 minit kalau aku berjalan laju untuk sampai di sekolah.Kalau berlengang kankong,jadi sejam!Untuk masa akan datang,tak tahu lagi!Harap-harap dapat la ke menara gading!Amin… =]

siFu


Teacher Sharifah Azizah is my first favourite teacher forever and ever. She is very understanding and sporting. But, she is so naughty with me. Hahahah…she bullied me at Semarak Hall on Tadarus Day! Ouh… i became embarrassed..= p Aduhai! But it`s okey! It doesn`t matter… just a funny and sweet memory.=]
By the way, I miss her so much. She is faraway! I miss it when she’s angry, when she smiles and makes a joke! She is just an amazing teacher in my life. Thank you for everything Teacher Sharifah Azizah! Love you so much!





Miss Ezra is my 1st mum in my Bishop Gore school. She`s been my form teacher since I arrived at class 11D on 8th January 2007. I’ve been close to her since she`s been so nice to me. Well,she so helpful! She’s always there for me. Understanding, loving and caring! She`s the coolest mum!

But now, she’s not in my school anymore. She`s continuing her photography study in a college somewhere. Uh Allah!! Long time not seen her! Miss her damn lots!




Dr Jenkins is my Chemistry teacher.I like him as my good teacher because he`s so patient with his student and he`s so kindful!He always helping for my study.He`s awesome!Very understanding and helpful.May Allah bless for his kindness….

That`s all my favourite teacher`s story.No more word..May Allah give His Blessing to all my teachers wherever and forever!Amin…=]]

kehilangan


Di ruang ini,ku tujukan khas untuk ibu dan ayah tersayang diatas "kehilangan" insan baru didalam perut ibu pada 30 Ogos 2007,bersaman hari Khamis.Kehilangan dia,memang kami rasai.Sebuah penantian selama 16 tahun,dan akhirnya ibu keguguran.Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku..Kami redaha dengan Qada dan Qadarnya.Terima kasih pada auntie Safiah,Uncle Ramli sekeluarga,auntie Zu sekeluarag,ummi Naha sekeluarga dan abang-abang Highmead kerana menziarahi kami..moga Tuhan membalas segala jasa kalian.Amin.

Bicaraku!


Firman Allah;Janganlah kamu terlalu menyukai atau membenci sesuatu atau seseorang,kerana ianya akan jadi sebaliknya. Ya,itulah yang ingin aku bicarakan.Ini bicara soal hati dan perasaan.Sebenarnya bukan sekali,atau 2 kali atau 3 kali aku merasai perasaan yang dinyatakan dalam Firman Allah diatas.Dah berkali dan masih tak lali.Hingga saat ini. Kata teman;sabar tu separuh dari iman.Kata teman lagi;setiap yang berlaku ada hikmah dan balasan.Kata aku;ya benar kata-katamu itu.. Setiap yang berlaku ada hikmah dan balasan.Aku melihat kekuasaan dan keadilan Tuhan.Semakin matang aku mengenal dunia,semakin aku mengetahui Kebesaran Yang Maha Esa. Mungkin disaat aku kesedihan,aku akan memanggil nama Tuhan.Dan Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Dia mendengar bicara hati aku.Dia mendengar doa seorang hambaNya yang hina. Mungkin disaat aku gembira,aku masih memanggil nama Tuhan.Dan Tuhan itu adalah Allah.Ungkapan Alhamdullilah pastinya terucap di saat kesyukuran!Astagfirullahalzim,saat menyuci dosa!Allahuakhabar saat melihat Kebesaran Maha Agung! Biarlah bicara hati melafazkan bicaranya.Dan ku tahu,Dia mendengar bicaraku.

Kembarku sayang!=]]]


Aku ada kembar lain mak lain bapak!HAHAH~~Jangan tak tahu.Kembar yang dikatakan seiras dengan raut wajah Nur Najihah Muhaimin iaitu Nazratul Fareha Razali.Kalau kami jalan sama-sama,mesti orang tengok!Aku suka kalau jalan dengan Naz,sebab nanti “famous”!!ahahah..kita orang memang “popular”!merepek je..=p

Yang kelakarnya,si bf Naz,tersilap tengok orang..Siap panggil sayang lagi kat aku tuw..Tapi aku tak dengar la..Kalau aku dengar,dah sah mesti aku tergelak kat situ!!Yang ceritanya si Naz.Naik bengang dan cemburu si Naz..
Ada cikgu pernah tanya dengan Naz,dia ni ada kembar ke?Aduhai!!Di library pun,cikgu tersilap orang..ahahhahah!!

Tapi aku pelik la.Macam mana la orang kata kami ni kembar?Padahal Naz tak ada “mole” di muka dia..Kalau orang yang dah biasa tengok kami,tak la kata kami kembar.Aku ingat lagi.masa aku mula-mula masuk sekolah SEMARAK,Affan cakap,muka aku macam muka Naz!!Ha????Muka Naz………..??

HaHaHa~ Tak apalah..Ada kembar lain mak lain bapak,adalah satu kesyukuran!Yelah..orang selalu tertukar antara Najihah dan Naz =p Seronok tengok orang selalu tertukar aku dan Naz..kadang-kadang Naz pun bengang..kelakar!!

Salji Jumaat...


~Salji Jumaat~

Salji yang turun renyai pada pagi Jumaat,menjadi lebat menjelang pukul 12 tengahari.Semua pelajar dibenarkan pulang.WOW!!Kecoh dong bila cikgu bagi permission balik rumah!!Memang excited gila diorang,lebih excited dari aku sendiri…Hahaha~Tapi memang besh giluuuw masa salji turun tuw!Pertama kali dong!=DD

Masa di Malaysia dulu,tengok je dalam TV orang main salji!Sekarang REAL punya salji aku sentuh!Sentuh sampai menggigil-gigil..ahhaha~Demi salji!=PSalji..salju..salji..salju..Jalan pun jadi sesak dengan kenderaan..TRAFIC JAMM GILUU!Jalan raya memang licin sebab salji..Bebudak sekolah main baling salji dekat kenderaan yang tengah berhenti dijalan raya~Memang sakan bahagia tuwh!=]]

Aku,adik,kak sya,kak Ila,Amaq dan Budin semuanya sibuk nak posing maut!Bukannya apa,salji semakin mencair lol!!So,menggigil sampai kebas nak bergambar dengan salji yang turun pada hari Jumaat tu!=D posing maut dong!posing jangan tak posing!bukan senang salji nak turun di Swansea taw!Dulu 10 tahun lol,salji tak turun di Swansea..=p

Sehari sebelum salji turun di Swansea,abang Hafis tunjuk gambar salji di Highmead,Lampeter..WOW!!Jeles gilee sebab diorang memang sakan gila posing..dah la di Highmead tu,saljinya memang lawa dan memang tak ada orang lagi kacau salji melainkan diorang..Tapikan,malam sehari sebelum salji turun,aku tengah sedih gila lol!Tak sangka la pula,esoknya ada salji..jadi macam pengubat hati pulak untuk aku..

Cantik..dan seronok sangat bila tengok salji 9 Februari 2007 di Swansea..Dan itulah hari salji yang menyeronokkan =]]]