RSS

Ooo Al-lughatol Arabiyah

Hari Khamis lepas, Jiha ada mock exam Bahasa Arab. Bayangkanlah dah 3 tahun setengah, jiha dah tinggalkan kitab bahasa Arab! Dan tiba satu soalan. Begini :

يوم جميل في حياتيmaksudnya:hari cantik di hidup saya)

Sangkaan Jiha ketika exam;

Disebabkan ejaan
seperti Haiti, so jiha ingat kena la tulis pasal Haiti. Tak terfikir langsung maksudnyaحياتي tu "hidup saya" . Waktu itu pun dah blank. Banyak juga faham dan ada la gak ding dong je T___T

ketika berusia 15 tahun bersama rakan kelas dan ustazah bahasa arab(yang belakang Jiha tu) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak

Alternatifnya, Jiha masih pergi belajar bahasa Arab di Swansea Uni Mosque. Cuma kelas itu masih tahap basic yang Jiha faham. InsyAllah setiap hari Khamis, ada kelas untuk advantage bahasa Arab oleh Syeikh Mohsein. Jiha suka bahasa Arab dan alhamdullilah dulu keputusan bahasa Arab lisan dan penulisan dapat keputusan yang baik. Masih ada lagi sijilnya di kamar Jiha.


Dan alhamdullilah, Jiha masih ada peluang untuk melayari Bahasa Arab yang Jiha tak praktik berkurun abad. Jiha ingat lagi waktu kecik, nak tanya soalan bahasa Arab dengan arwah embah di telefon. Alhamdullilah, arwah embah, paman, dan bibik-bibik Jiha(family sebelah ayah) kebanyakkan memahami Bahasa Arab dan ustaz dan ustazah Bahasa Arab di sekolah arwah embah (click here).

Imam Asy-Syafi’i mengatakan, Manusia menjadi buta agama, bodoh dan selalu berselisih paham lantaran mereka meninggalkan bahasa Arab, dan lebih mengutamakan konsep Aristoteles. (Siyaru A’lamin Nubala, 10/74.)


Bahasa Arab itu bahasa syurga :))
Ini pengajaran taw. Ilmu bahasa ini selalu kerana praktik kalau tidak begini jadinya.Jangan nakal-nakal taw.
Masih tidak terlewat dan tidaklah susah mana pun nak belajar bahasa Arab. Selagi mana kemahuaan itu ada, kalau langit biru pun akan bisa diterbangi.

janji Obama pada kita

Cinta pandang pertama bukan selalu cinta permata!- bilang sang Hamster pada Dinosaur (sweet je character ni..haha)

Saat kegemilangan wajah pemimpin pertama berkulit hitam dari USA ini, seperti cinta pandang pertama. Ah terpedayakah kita dengan "change" yang dilaungkan oleh Obama?

Sedangkan mengenalinya pun tak kesampaiaan. Masa terlalu pendek untuk menelaah peribadi seseorang. 1 tahun pun belum cukup untuk mengenali manusia. Ayah pun baru je cakap malam tadi. Nak tahu perangai orang, kena ambil masa!

Mr Sanger (politics teacher) cakap, disebabkan prisoner dari Guatanamo Bay itu, ada yang benar2 pengganas, jadi Guatanamo Bay tak boleh la ditutup begitu sahaja.

Memang ada benarnya. Tapi di Guatanamo Bay itu adalah neraka kepada manusia yang tak bersalah.

Sekarang, mestilah Jiha marah dan tak puas hati sebab dulu jiha sayang gak kat Obama. Eee. Rasa macam dibuli pulak dengan ahli politik!
=_=

Kalau Obama tak tutup Guantanamo Bay secepat mungkin, percayalah nanti ada Dinosaur yang akan menyerang hendap.Ngeh2 (gelak kenakalan dan kejahatan sang Hamster) ^ -^

Sistem Sekolah Negara orang futeh ;)

Pendidikan: UK minat kerjasam dengan Malaysia
Tan Sri Muhyideen baca taw, Jiha tulis ni.......................... :P

1- Sekolah disini sistemnya lain.Mungkin lebih bersistem dari Malaysia. Mungkin Malaysia boleh la firu-firu sistem sekolah ;)

2- Secondary school-umur 13-19, (year 7-year 13)

3- Each year group, ada office dan officer yang berbeza (satu office ada 2-3 officer).

4- Group dibahagikan: Year group officer, School Officer, Canteen workers & care taker & cleaner, community officer,librarian, nurse, technician, carpenter,reprographic worker, Ethnic Minority Language and Achievement Service(EMLAS),headmaster,teacher,doctor(phd),receptionist, lab worker and student. Setiap group bekerja dibidang masing-masing. Cikgu disiplin je tak wujud.

  1. Cikgu art mengajar art.Bukan mengajar Matematik.
  2. Nurse merawat budak sekolah yang tak sihat. Jiha suka school nurse ;)
  3. Computer technician kerja macam doktor,kalau ada kes computer dan minta bantuan, dioranglah tolong.
  4. reprograhic worker,orang yang kerja photostat,dan sewaktunya.
  5. EMLAS, diorang tolong pelajar2 yang tak tahu bahasa Inggeris (special for foreigners student).
  6. Lab worker-orang yang kerja dengan cikgu2 sains di lab.
  7. Care taker,cleaner and canteen worker- diorang selalunya kerja bersihkan sekolah, susun aturkan kerusi atau meja di sekolah,diorang masak, dan orang yang jaga sekolah (pak guard la gak).
  8. Carpenter- pak tukang kayu kepada pelajar yang perlukan kayu untuk dipoting di makmal Kemahiran Hidup
  9. Receptionist- orang yang kerja di reception dan menyambut tetamu & panggilan telefon sahaja.
  10. Community officer- untuk budak-budak bermasalah atau nak lepak sembang dengan diorang la.
  11. Yang lain-lain itu, semua orang normal wujud di sistem sekolah Malaysia.
4- Sekolah start bulan September-Jun. Tapi sekolah disini selalu banget cuti.Suka-suka sangat. Christmas,New Year, Easter,half term,summer,snow turun lebat, auwww ^ - ^
Sekolah start pukul 8.45-3.20pm. Register (guna computer) pukul 8.45-9.05am lepas itu pergi lesson. Setiap lesson pun ada registeration.So kalau ponteng, masuk la dalam report.

5- Setahun sekali je ada exam.Bulan January(GCSE), April,May,June (berbeza bergantung pada subjek)

6- Budak malas tak bawa pen,buku, cuma duit je. Budak perempuan selalunya, ada make up satu beg,sikat, perfume (spray gila-gila) dan sewaktunya.

7- Pelajar Malaysia mungkin lebih beradab dan berbudi bahasa dengan cikgu. Tak tahu lah kalau dah berubah sebab Jiha dah tak sekolah di Malaysia.

8- Year 7-11 kena pakai uniform sekolah. Jiha sekang 6th former (year 13). Kena pakai black and white sahaja. Tapi kengkadang, ding-dong-deng je Jiha ni :P

10- Setiap tahun ada Red Nose Day. Tak payah pakai uniform tapi kena bayar £1 (pakai baju lain) untuk charity. Cikgu2 pun pakai baju yang kelakar.

11- Setiap tahun ada Parents Day. Cikgu jumpa parents di sekolah nak tanya pasal anak diorang.

12- Setiap bulan ada surat sekolah.Apa yang sekolah update dan plan. Sekolah jiha ada website dan semua orang ada username. Bishop gore established 1682!

13- Disiplin secara rambangnya, rasa Jiha Malaysia lagi bayek. Pelajar disini pakai make-up,gelang,rantai,cincin apa2 je la............walaupun tak boleh sebenarnya.

14- 6th former boleh keluar sekolah bila-bila je tapi kalau tak ada lesson la.6th former ada lounge di sekolah.Khas untuk 6th former bersosial.Ada jual kopi,ada tv,ping-pong, dan sofa.

15- Sini assembly sekali seminggu je. Cikgu diri,pelajar duduk.

16- Jiha sayang dowh-dowh-dowh dengan Bishop Gore School.Lihat jantungku.Berdegup sayang!

17- Jiha jumpa blog sekolah rendah Al Munir.Sekolah itu dah banyak berubah! http://sralmunir.blogspot.com

18- Rindulah dengan Malaysia. Rindu nak bersekolah di Malaysia! Auwwwh T___T

UK Border Force

Nak datang cari kerja di UK semata-mata?
Fikir dulu bayek-bayek.
Nak masuk UK sangat banyak songeh. Malaysia pun mungkin boleh ikut jejak UK bab pemasukan rakyat asing dan isu visa yang Jiha baru jek baca dalam Utusan Mellayoz. Salah guna visa.
Sekadar kongsi cerita sebab ada kawan-kawan nak datang UK nak kerja..so inilah jawapannye eh ;)
Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan ya!

ketam politik yang chumel banget

(Ustaz) Hishamuddin minta pihak pembangkang bertaubat. Okai jewk. Betul jek. Tapi sama-samalah ustaz kita bertaubat.

comelkan ketam dalam TV di teratak ALexandra Terrace.

Kita buka hati,buka mata,buka minda dan kita sama-sama bertaubat.Okesh.Rogerz and rojak out!

  1. UMNO sendiri yang membuat undang2 syariah memperuntukan untuk orang islam keluar dari islam
  2. UMNO yang melarang dan menarik balik bantuan sekolah agam rakyat sehingga hampir 90% agama rakyat ditutup atas tindakan UMNO (Era Mahathir)
  3. UMNO juga membina dan meluluskan kilang arak dan judi di Malaysia sedangkan arak itu adalah dosa besar.
  4. UMNO memecat Mufti (Allahyarham Ishak Baharom) kerana tindakan JAIS menangkap peserta ratu cantik islam. Malah ratu cantik tersebut di bela oleh pihak kerajaan
  5. UMNO menolak dan mahu menyaman kerajaan negeri kelantan apabila kerajaan tersebut mahu melaksanakan Hukum Hudud dan Qisas di Kelantan
  6. Pemimpin UMNO/BN mempersendakan nabi dan al-quran secara terang-terangan untuk memperlekahkan sistem politik dan pentadbiran Islam.
  7. UMNO yang menghapuskan tulis jawi didalam sistem pendidikan negara sehingga berjuta rakyat Malaysia buta jawi.
  8. UMNO meletakan perlembagaan persekutuan melampuai Al-Quran sedangkan wajib bagi setiap umat Islam meletakan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan utama.
  9. Pemimpin UMNO mahupun pengikut UMNO tidak pernah tahu tentang aurat. Isteri-isteri menteri dedahkan aurat sedangkan aurat itu HARAM, dan Allah sudah peruntukan seksaan bagi mereka mendedahkan aurat. Dan lebih malang sekali UMNO membudayakan aurat dalam beragama.

sembahyang di gereja, UK

Uno
  • Dari kelas politik di Olchfa school
Sewaktu UK menjajah (perang) negara-negara manusia lain, telah wujud fakta bahawa mereka berjuang atas nama agama Kristian dan mahu menyebarkan agama Kristian. Sedangkan ketika itu, pihak gereja di UK mempunyai kuasa yang tinggi dan kerana itulah nama Kristian disalahgunakan untuk menjajah.Gereja disini tidak seperti masjid. Hanya 7% sahaja orang Kristian pergi ke gereja. Manakala masjid Masyallah ziarahnya tidak pernah putus. Orang putih (khususnya) di sini tidak mahu beragama diatas kerana kisah perang-perang agama. Masih kebanyakkan manusia disini masih mencari erti hidup.


Dos
  • Dari Interfaith Day di Bishop Gore school
Telah diadakan hari promosi Religious Study course dari pensyarah-pensyarah Trinity University. Mengenal agama dan kisah-kisah disebaliknya. Seorang pensyarah (white people) bercakap tentang ketuhanan dan keagamaan. Jiha tanya dia, "what do you believe then?" dan dia jawab " I will answer you, if you take this course. You will know me better!"
Menarik mengenali agama. Lebih menarik, ianya satu hari gabungan fikiran antara Muslim dan Non Muslim students dan pensyarah.Berfikir tentang agama!
Cikgu Religious Study di sini pun tidak tahu untuk memilih agama untuk dirinya sendiri.

Tres
  • Dari gereja di Carmarthen
Sembahyanglah kamu dimana jua kamu berada. Meskipun di dalam gereja. Islam itu demokrasi dan agama yang mudah (bukan dipermudahkan). Pihak gereja disini pun demokrasi. Di gereja Carmathen, kami umat Islam ketiadaan masjid, maka di gereja itulah kami bersembahyang dan berbuka puasa( Ramadhan time) . Terima kasih.

Cuatro
  • Dari Swansea University Mosque
Di kelas pengajian Tafsir, Syeikh Abdullah Yassin.

Jiha bertanya : Boleh tak kalau kita pergi ke Carol Service di sekolah (Christmas event) sebab cikgu ajak? Dan boleh ke kita pergi ke gereja?

Syeikh Abdullah menjawab : Kenapa tidak? Kita boleh meraikan sebagai tanda penghormatan bukan kita menukar agama kita. Kita bukan meraikan kelahiran Nabi Isa dari sudut Kristian. Kita meraikan Nabi Isa sebagai Nabi dalam Islam. Jika berpeluang dan jika ada bertanya, kenapa kamu di sini (Carol Service), ceritakanlah tentang Nabi Isa dari sudut kepercayaan umat Islam dan kehadiran aku disini sebagai tanda penghormatan aku kepada kamu kerana menjemputku. Ini pun jalan dakwah. Kita mungkin boleh "mempengaruhi" budaya Islam itu kepada mereka.


Cinco

  • Dari makmal di Swansea University
Di akhir pertemuaan Jiha dan seorang kenalan (wanita) Kristian..
Jiha; See you again
Bella; InsyAllah

Seis

  • Dari Harakah Daily website di ruang tamu, Alexandra Terrace

Jiha layari blog uncle Zaharuddin dan begini penerangannya;

pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88)

Tulisan hati Li Foo Gao (click click)
Walaupun pada malam 8hb Januari, saya terasa dunia ini teramat gelap bagaikan tiada penghujungnya, namun Tuhan tetap menerbitkan matahari dari sebelah Timur pada sebelah subuh hari keesokkan. Saya amat bersyukur setiap kali melihat matahari yang terbit kerana saya berpendapat Tuhan masih memberikan hari yang baru untuk kita untuk membetulkan pemikiran dan tingkah laku kita untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam. Melihat keindahan matahari yang terbit ini, saya merasakan Tuhan sedang memberikan harapan dan masa untuk menyelamatkan keadaan negara kita.
siete

Dari sini untuk sana


Tak pernah terfikir sekali pun di hati Jiha, politik dan agama di tanah air yang Jiha cayang banget boleh jadi begini =,( Agama dan politik memang tak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan maka jadinya liberal. Namun begitu isu agama tidak boleh dipolitikkan dengan selamba gajah. Yang boleh diperjuangkan oleh ahli politik (dan parti) adalah kerana agama. Bukan kerana kepentingan parti.

Meski pun Tok Guru Nik Aziz tidak bersetuju dengan penggunaan nama ALLAH, namun beliau tetap menziarah gereja yang diserang. Paderi pun berasa terharu. Jiha pun fikir gak, kawan Jiha beragama Kristian pasti terasa luka dihati bila gereja diserang. Kita orang Malaysia. Ada budaya, ada adab dan dan agama.

Mana-mana parti dan pemimpin politik, dimana hati dan akal kita?
Bersatulah wahai ummat!

" When there is no peace, that is mean, people is forgot that we are belong to each other"- Mother Teressa


* Jiha solat di kelas sebelum Politics lesson bermula. Jiha tak nak lambatkan solat sebab nanti tak sempat. Jiha minta izin dari cikgu. Kesefahaman antara Muslim dan Non Muslim itulah kehormatan peradaban agama. Tidak bersependapat, bukanlah bermakna peperangan bermula, tetapi penyatuaan hati dan fikiran serta toleransi haruslah ada.

wajah pemimpin Egypt


Gembira semalam melihat putih salju yang menyeliputi Swansea dan secara automatik sekolah ditutup, tiba disimbah dengan berita berdarah Konvoi Viva Palestina yang telah diserang oleh riot polis di sempadan Mesir- Palestina.


Salah seorang peserta, juga kenalan Jiha di Swansea, turut serta di dalam konvoi besar-besaran ini. D nama singkatan. Seorang wanita linkungan 50+. Semangat wanita yang bukan Muslim ini memperjuangkan hak Palestin bukan mahen-mahen taw.


Seorang pelajar perubatan Malaysia dari University Of Bristol turut ditahan. Ceeh..hampeh jek la kerajaan Egypt ini.


TAKBIR!

(sekarang la nak Takbir wahai UMNOes! )


Konvoi ini telah bermula awal Disember jika tidak salah. Penungguan pintu pagar dibuka antara sempadan telah meledak apabila pintu itu akhirnya dirempuh masuk oleh kenderaan yang membawa humanitarian air ke bumi Palestin. Pihak Egypt telah memungkiri janji, so apa lagi, orang dah sabar tahap dinosaur, pintu tak buka, rempuh la BEB!


Jiha telah hampir mahu mengikuti konvoi ini, namun disebabkan bajet tak ada, so ha ha ha la eh :P InysAllah di musim panas akan datang. Alllahuma amin :)


Apa-apa pun doakan semua peserta konvoi Viva Palestina ini selamat tiba dan pulang.

Esok petang di kedutaan Mesir,Kuala Lumpur akan diadakan memo bantahan. Tapi korang jangan "terkeliru" sebab pihak UMNOes pun buat demo membantah penggunaan kalimah Allah.

Jeng jeng jeng ^ - ^
Waktu kecik-kecik la, Jiha selalu pergi ceramah, selalu dengar ceramah Pak Cik Misbah, Pak Cik Mahfuz, Tok Guru dan kebanyakkan penceramah pihak pembangkang la..termasuklah ayah ;)

Pergi demo pun dengar orang takbir.Mula-mula kecik-kecik memang la malu dan kekok, tapi sekarang da auwkeesh! ;)

Semangat UMNOes. Tak pe-tak pe. Berjuang jangan tak berjuang. UMNO pun nak gak jadi Hero untuk Rakyat. Tak gitu kak Kiah weyh?
Yo yo
TAKBIR!
Allhuakbar!


dunia kita 2010

Sejuk gigil di musim dingin, tak bisa melunturkan semangat manusia berpesta dan berbaris panjang di kelab malam, sempena 2010. Tapi itu mereka yang masih mencari erti hidup. Agama itu diciptakan untuk memberi makna kepada kehidupan.

Ketika bersekolah di Al Munir, semua pelajar perempuan pakai jubah warna hijau di hari Jumaat dan lelaki pakai baju Melayu.
Sekolah disini, budak lelaki Muslim (kebanyakkan) tidak pun pergi ke solat Jumaat.Alasan kerna waktu sekolah.
Masjid disini, perempuan pun pergi solat Jumaat. Disini solat Jumaat dijalankan 2 sesi kerana terlalu ramai orang.


1/1/2010
Hari Jumaat.
  • Terciptanya dan wafatnya Adam A.S.
  • Dimasukkan Adam A.S. ke dalam syurga
  • Dikeluarkan Adam A.S. ke dunia
  • Hari paling mulia dan penghulu segala hari
  • Hari mustajab berdua
  • Hari terjadinya Qiamat!

Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Hari jum’at itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslimpun yang memohon sesuatu kepada Allah dalam waktu tersebut melainkan akan dikabulkan oleh Allah. Maka peganglah erat-erat (ingatlah bahwa) akhir dari waktu tersebut jatuh setelah ‘ashar.” (HR. Abu Dawud)

Bersediakkah kita menghadapi Qiamat di Hari Jumaat?

Jiha pernah tonton The Day After Tomorrow sebuah filem ideologi Kristian.Mengisahkan seorang climatologist yang cuba menyelamatkan bumi dari sistem cuaca bumi yang makin parah. Berlatarbelakangkan New York city dan ibu negara lain( Mexico, Tokyo, Los Angeles). Salji yang turun lebat selebatnya, peting beliung, dan hujan batu.Keadaan manusia yang mati dalam beberapa jam sebelum esok hari. Manusia yang mati dalam berbeza cara- beku dek ais.Tiada pun isu agama dalam filem ini. Tetapi filem ini merupakan ideologi Kristian. Orang Kristian percaya pada hari Qiamat dan Nabi Isa akan menyelamatkan mereka yang beragama Kristian. Ini bukan lagi Qiamat. Tapi seolah gambaran bagaimana kuasa Tuhan mematikan dan menghidupkan makhluk.

Berdevar-devar hati Jiha tonton filem ini sensorang. Bukan setakat filem ini jek, tapi Ice Age dan the latest one, 2012 juga filem yang bagus untuk manusia fikir balik tentang diri kita. Tangan-tangan manusialah yang menjahamkan dan membaikkan bumi ini.

Sesejuk ini pun Jiha tak lena mimpi malam tadi. Kebas rasanya. Itu baru sejuk di dalam rumah sendiri. Heater pasang pun tak rasa panas. Inilah fitrah perjuangan hidup sebagai musafir.

Cerita panjang2 di blog tak best la, kamu semua tontonlah sendirian berhad filem itu . Tak salah rasanya untuk kita menonton filem ideologi Kristian ini. Ceritanya pun masuk akal dari saintifik dan sudut agama pun ada. Jiha cuma sekadar mengsyorkan, manalah tahu kot nanti ada pengarah filem dari Malaysia boleh buat filem hebat macam ini ;)
Nur Kasih pun dah tamat. Puji aah sikit memang sweet sour la Nur Kasih. Jiha memang suka gila Photography dalam Nur Kasih. Shun gilew ;D

Salam takziah untuk bekas guru kelas Jiha (2 Amanah 2), Ustazah Aina yang kematian suaminya.
Juga pak Gus Dur yang meninggal dunia.