RSS

wasiat arwah embah lanang

1.Dulu suatu ketika,heboh kecoh di Malaysia, Sekolah Agama Rakyat (SAR) adalah sarang pengganas.Saya bersekolah agama sejak tadika lagi hingga tingkatan 1.Tidak wujud pun pembelajaran menjadi pengganas seperti yang didakwa oleh kerajaan(zaman che det).

2.Arwah embah lanang meninggalkan sebuah sekolah agama rakyat.Arwah embah pesan, jangan serahkan sekolah agama rakyat hasil titik peluhnya dan orang kampung.Arwah embah mahu saya "iklankan" sekolahnya.

3.Saya pernah mengajar secara sukarelawan di sekolah itu.Saya juga jadi jurugambar dan movie maker untuk sekolah itu.Itu budi siciput saya untuk sekolah arwah embah itu pun kerna itu kemampuan dan apa yang saya ada..Saya pun pernah bersekolah di situ.Baca di sini.

4.Sekarang fikir semula.Nik Nur Madihah dan ramai lagi pelajar dari SAR berjaya.Saya tidak ambil SPM.Saya pun nak jadi budak rajin.Sebenarnya.Saya pun nak berjaya.Nama saya pun memberi makna "cahaya yang berjaya"

5.Ustaz saya cakap
" al i`lmu bila a`malen kash jaru bila thamarin". Ilmu tanpa
amal,umpama pokok tanpa buah
Status graduan bukan status kepandaiaan yang sebenarnya.Melainkan graduan itu tetap punya masa untuk Tuhannya.Ada hati untuk agama,bangsa dan bahasa.

6.Saya takut kalau saya jadi graduan tapi lupa Tuhan.Saya takut kalau saya jadi manusia yang lupa pada asal-usulnya.Nauzubillah.Saya patut bersyukur dengan apa yang saya ada.Alhamdullilah.

Bersahabat dengan musuh

Bersahabatlah dengan musuh.Berhati-hatilah dengan sahabat.Kerana mungkin satu masa kelak, sahabat akan menjadi musuh dan musuh menjadi sahabat.Kita sama-sama manusia.Masalah negara,agama,bangsa,bahasa dan politik.Masalah dunia kita bersama.

الناس سواسية كأسنان المشط

Ertinya : "Manusia adalah sama sebagaimana samanya gigi-gigi sikat" [6]

Saya kagumi kehebatan dan kepandaian Tun Mahathir.Saya juga menghormati mereka yang mempunyai fikiran yang sebaliknya dengan fikiran saya.

Namun bukanlah saya menyetujui apa-apa yang bertentangan dengan fikrah pemikiran saya sebagai manusia.

Lembutkan hati musuh itu dengan adab akal budi bicara kita.

Maafkan saya jika ada terlanjur bicara.Saya pun perempuan biasa sahaja.





http://bicarasamaawan.wordpress.com-

Saya suka dengan entri saudara Kiki tentang PPSMI


Saya suka dengan imaginasi saudara Syuk tentang anak bangsa kita

http://ranjaudunia.blogspot.com

Tahniah atas kata-kata kalian

Sajak Penderhaka Malaysia




Mereka penyangak

Mereka anjing liar

Mereka pengganas

Mereka tidak sayangkan bahasa

Mereka tidak sayangkan bangsa

Mereka penderhaka undang-undang

Merekalah sepatutnya digari ke ISA!

Mungkin juga

Mereka serigala

Namun kami rakyat jelata

Tidak pernah takut akan taring kekejaman mereka

Mungkin juga

Mereka bukan rakyat Malaysia

kerana mereka penakut dengan darah merah kita

Mungkin juga

Mereka tidak boleh dihormati lagi

kerana diri mereka sendiri

Mereka tiada maruah bangsa,bahasa dan agama lagi

Malaysiaku

Aku menangis lagi

Kenapa begini jadinya?


;' (



Politik bahasa bangsa gempak Malaysia

1.Hebat memang hebat orang Malaysia berpolitik.Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional atau mana-mana parti politik.Sidang dun paling gempak sekali dibawah bayangan pokok sena.Berkot dibawah terik panas sang matahari.Diprovokasi oleh mereka yang bukan penyokong Pakatan Rakyat.Polis yang terus menerus menjadi kucing belaan kerajaan Malaysia yang cemerlang,gemilang dan terbilang.Hikhikhik.Polis Malaysia memang gempak habis! Sidang Dun Perak ini memang patut disenaraikan dalam "Malaysia Book of Records". Tuan Speaker Perak,memang hebat.Begitu juga mereka yang lain.Mungkin adaptasi Raja Pasir Dua Butir punya filem la.

2.Tak habis lagi cerekarama politik,bakal pengganti Pak Lah kesayanganku, Najib Tun Razak dan kes Altantuya pula,muncul didada akhbar Perancis.Kesahihan dan bukti masih dalam kesamaran.Entahlah.Sampai bila pun tidak tahu lagi.Mungkin tunggu hari Qiamat tiba.

3.Kurang dari 24 jam lagi,perhimpunan PPSMI akan menggempakkan Malaysia lagi.Tahun 2006,Malaysia telah digempakkan dengan 4 orang pelajar Malaysia telah menyaman kerajaan Malaysia kerana isu PPSMI.Akulah antara mereka.Rupanya, ramai juga pihak atasan tidak tahu membaca,memahami dan melakukan apa yang sudah tertera didalam undang-undang.Kasihan melihat menteri-menteri bersuara hebat menegak bulu kambing yang basah.

4.Inilah politik.Seni mempengaruhi fikiran.Itulah yang ayah bicarakan pada minggu lalu di hadapan mereka yang menghadiri sidang tentang seni, di Cardiff.Saya hanya mengundi mereka yang tahu erti,cara dan perjuangan politik yang suci.PAS pun ada kurang.UMNO pun ada hebat.Sama-sama memerlukan juga sebenarnya.Kan? Mengaku sahajalah!

5. Projek Seniku tentang Malaysia sudah habis.Rekaan baju gabungan budaya bangsa di Malaysia adalah satu kejayaan bagiku.Kerana,aku tidak tahu menjahit asal-usulnya! =P
Dan untuk projek exam pula, aku memilih tajuk "21st century celebration".Isunya lebih kepada politik dan kemanusiaan.Pening juga rasanya.

لا يعرف الفضل لأهل الفضل إلا ذو قضل


Mafhum : Orang yang tidak mempunyai kelebihan

tidak akan dapat mengenali orang yang memiliki kelebihan”


Fikirlah.BUkan setakat politik sahaja.Tapi,ummat manusia!

Nak cakap apa lagi?



Malaysia memang gempak beb!