RSS

Malaysia yang Pelupa

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

  1. mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
  2. memelihara satu cara hidup demokratik
  3. mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
  4. * menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
  5. * membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Mungkin orang Malaysia sudah lupa.Tiada guna rukun Negara ini,seandainya sekadar rukun yang dilihat dan dibaca di buku tulis.

إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى إذا لم تستح فاصنع ما شئت

Erti : Sesungguhnya, perkara yang telah diketahui ramai dari perkataan nabi-nabi awal dahulu adalah : Apabila kamu tidak lagi mempunyai perasaan malu, kamu buatlah ( akan berbuat) apa sahaja ( Riwayat Al- Bukhari)

Mungkin syaitan bertopengkan manusia itu suka benar bermain atas pentas politik yang jijik itu sudah tiada malu.Rasuh.Perempuan.Kuasa.Semuanya gila.

Penyelamat ada depan mata.Cuma manusia ramai buta.Al Quran dan Sunnah.
Islam Hadharah dan hudud.Manusia gilakan kuasa.Kuasa Tuhan kau nak lawan juga.

Tolong selamatkan Malaysia kita!

dear Uncle Roslan Shaharom..

Alfatihah ku iringi Almarhum YB Roslan Shaharom. Keramahan sikap Uncle Roslan Shaharom masih ada dibait memori lalu.Julai 2008, pertama kali rasa bersua di kedai kopi tika perjalanan pulang dari kampungku,Kelantan bersama keluarga aku. Mesra layanan Uncle Roslan Shaharom.Bertanya berapa orang adik beradik kami dan juga serba sedikit kehidupan di bumi asing,UK. Terima kasih Uncle Roslan Shahrom kerana menandatangani Poster Malaysia Is Ours.

Beliau pernah bertandang ziarah ke Alexandra Terrace bersama anak perempuannya.Bercadang mahu menguruskan pembelajaran anak perempuannya ke EIHS college, Highmead-Kak Fatimah Zahra.Surat permohonan yang dipos,tiba di rumah kami,tepat pada hari beliau pergi menghadap Illahi.

Tika Perak dihempap tsunami, beliau pergi diiringi dengan ribuan manusia.Hari kematiaan beliau,mengingatkan aku pada arwah embah lanang.Bila teringat,rasa rindu menusuk pula.Rupanya,aku sudah tiada punya embah lanang.

Salam takziah dan salam perjuangan istimewa untuk keluarga almarhum.Insyallah,almarhum akan ditempatkan ditempat orang yang soleh.
Amin Ya Rabbal Alamin

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W.
"

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya).
"

nasi minyak Doralin


salamunalaik ya habibi ya maulana
saya ada nasi minyak nak ajak kalian makan
1 minit dari sekarang
kalian saya ada blog secara personal baru sahaja direkabentukkan.
maka,sayugia,saya sukacita menjemput kalian.
http://nurnajihahmuhaimin.blogspot.com

jihad jahat jika akulah Sultan

1.Mendengar cerita dari ayah dan kawan-kawan beliau.Perak akan dijajah dengan Maha Zalim.Ulangi sejarah Hang Tuah.Kenangi mulia erti sahabat yang dibunuh,Hang Jebat.Atas arahan Sang Sultan.

2.Bila budak naik atas bonet Raja Di Hilir Perak,bila rakyat membaringkan diri diatas jalan bagi menghalang kereta di Raja,bila diludah Raja Di Hilir Perak,bila rakyat mula menjerit "apa sabar-sabar?" adakah ini bukan satu kewajaran emosi dan fakta yang sememangya akan berlaku? ANDA BERHAK! Kita berhimpun atas nama keadilan.

3.Perkara 10 – Perlembagaan Persekutuan Negara – Hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata.

Perkara 20 – Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dimana setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan berkepesatuan.

Perkara 21- Konvensyen Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966

4.Tak perlulah pihak MAHA ZALIM mengakui menjerit dijalanan tentang isu Palestin.Sedangkan,isu hebat dizalimi di Malaysia sendiri itu adalah lebih jelas dan nyata di mata seorang pemimpin yang berhati mulia.Hebat sekali drama TV3!

5.Kalau berjuang kerana wang dan kuasa,kau jual pisang goreng tepi jalan sudahlah!

6.Kalau berjuang kerana status keimanan dan satu tanggjawab,jomlah kita sama-sama syahid fisabillilah.

7.Peringatan dan pengajaran juga pada PKR.Kalau nak berjuang,drive kereta katak pun tak mengapa la.Tak perlu kita mewah.Cukup dan syukur dengan apa yang ada.

8.Dr Zambry jangan lupa pula tesis phd yang dahulu kala pernah dikaji oleh dirimu.Kajian tentang perjuangan PAS itu.Anda tersilap landasan terbang perjuangan la pulak.Bukan Perak yob.

9.Bila dah berkuasa,ingatlah yang bawah.Bila dah turun,baru teringat nak naik atas.Jangan sampai tsunami lagi.Biar pun beratusan rakyat digari,dilokap,diseksa dan dizalimi,aku tidak akan berdiam sepi.


10.Aku cuba menjadi relax se relax bapak aku.Tenang dalam kawalan emosi tapi masih berdiri di duri.Kalau bisa tidak mahu emo sangat.Cuma,kadang-kadang perasaan perempuan itu selalu begitu.Kata bapak "emosi terkawal perlu dalam perjuangan".

Erdogan heroku Venezuela panglimaku Doraemon sygsku



Kau membuat aku tersenyum bahagia melihat keberaniaan kalian.Aku cuma menunggu bilalah masa Perdana Menteri Malaysia itu bisa menjadi seperti kalian. Oh ya. Tak sabar rasanya,menunggu "dia" meletak jawatan Perdana Menteri Malaysia. Namun, risau juga siapalah akan bisa menjadi penggantimu.Aku tidak mahu Najib. Aku mahu Erdogan atau Hugo Chavez menjadi Perdana Menteriku. Kalau enggan juga, biar saja Doraemon berjuang menjadi Perdana Menteri istimewa untuk Malaysia.Bisa aja bukan! Benar bukan wahai Malaysiaku!
doraemon Pictures, Images and Photos