RSS

menanti 21

aku benar suka pada no 21. mungkin kerna tarikh 21 itulah aku dilahirkan. tarikh itu istimewa untuk aku. no 21 no yang sering ku nanti. ntah.
mungkin jugak menanti untuk mengundi di Malaysia kelak. Ntah apa akan terjadi episod seterusnya kekejaman arena politik di bawah pemerintahn Pak Lah.
Menjadi diari dan sejarah yang agak menakutkan dan kelakar saat-saat melihat papan tanda wajah pak Lah yang memeriksa perbarisan Polis( agaknye la), dan ada tertera ayat-ayat jiwang beliau "berikrar & berjanji menjadikan Malaysia lebih selamat". Lebih kurang camtulah ayat yang membuatkan saya tersengih dan tergelak dengan PM saya. Nak saja ku paksa PM mengeja & menilai ayat-ayat jiwang sebegitu rupa. Kalah surat cinta Jehan. Hahah :P
Bersempena dengan itu juga, saya mahu rakyat jelata semua bangun untuk menentang kezaliman yang telah sengaja di per agenda kan oleh puak-puak yang tiada rasa tanggungjawab terhadap dunia Malaysia kini.
2 versi poster telah di tandatangani oleh ratusan( ku anggarkan) rakyat jelata untuk menjadi "Malaysia yang Cemerlang Gemilang Terbilang". Poster " Malaysia Is Ours" dan "Alahai" adalah poster sempena 51 tahun hari kemerdekaan. Saya memerlukan 51 wishes untuk di pos kepada Pak Lah. Saya perlukan bantuan & sokongan anda untuk memberikan seberapa banyak wishes yang berunsur "kerakyatan".
Kesempatan menghadiri Muktamar PAS di Ipoh,Perak, memberikan saya lagi ruang untuk memberikan rakyat jelata untuk bersuara melalu pena dan kamera ( dipinjamkan oleh paman Hisyam saya). Poster ini juga telah ditandatangani olh MB Perak, YB Mahfuz Omar, Ustaz Azli Musa,Pak Cik Asmuni Awi dan ramai lagi. Secara live! Saya yang mintak dari mereka kerna beliau mengenali mereka dan saya mengenali mereka.
Terima kasih kepada Unit Amal PAS yang juga menandatangani poster ini. Kakak-kakak & abang-abang. Adek-adek. Pak cik-pak cik.Mak cik-mak cik. Dan semua yang memberikan perangsang positif kepada usaha saya.
Pandangan saya terhadap Malaysia agak menyedihkan.Sayu jew bila tengok kabel elektrik kena potong.Dicilok! Besi longkang pun kena cilok. Ntah tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau saya malu dan takut untuk bersuara, saya TAKKAN "MENEBALKAN MUKA" UNTUK mintak rakyat jelata menandatangani poster saya. Manusia boleh gelak dengan usaha gadis. Mungkin saya juga akan kecewa sebab saya berjiwa sensitif.Tapi,itu liku untuk saya berjuang. Saya memang budak kecik.Tapi, jangan memperbudakkan saya. Saya 17 tahun. Saya tidaklah terlalu matang dan tidaklah juga terlau "ribena".
Kepada yang myspace,friendster,facebook user anda boleh add saya; zoneyes_pink@yahoo.ie
Poster ini sedang saya promosikan di myspace,friendster dan facebook.Cuma sekarang saya perlukan lebih masa untuk mempromosikan lagi hebat.Dan juga gambar-gambar akn di upload as soon as possible.Saya agak sibuk.Maaflah jika menanti. Saya juga akan melink kan viewers & blogger yang sudi melampir di blog gadis reformasi.
WAHAI RAKYAT JELATA!
Promosikan poster ini untuk Malaysia yang lebih bahek!
Terima kasih untuk sesiapa yang melinkkan blog saya!
=]]
salam reformasi! salam perjuangan!

2 suara reformasi:

Anonymous said...

"Saya memang budak kecik.Tapi, jangan memperbudakkan saya. Saya 17tahun. Saya tidaklah terlalu matang dan tidaklah juga terlalu "ribena"."

Suka minum ribena..

Sedangkan gajahpun kalah dengan semut..

Kecil tak bererti kamu tiada apa..
Apa yang ingin diperkatakan orang..
Jangan ambik peduli..
Janji kamu tahu apa yang kamu lakukan..

Anonymous said...

marilah mari
kita mengundi
tunaikan kewajipan pada negara

hik hik
nyanyi lak