RSS

kasih Syawal

Hampir di larian akhir Ramadhan dan masih lagi ku berRamadhan di bumi asing.Jauh terlalu jauh dari tanah air yang sering saja ku rindui dengan segenap hati.Mana mungkin ku lupa akan arwah embah lanang.RM1000 yang pernah diberikan kepada aku sebelum berangkat ke United Kingdom.Itu kisah 2 tahun yang lalu. Embah masih sihat. Embah terlalu baek orangnya. Itu kata orang.Tapi memang benarlah hakikatnya.

Sayu hati aku mendengar takbir di Imeem.Teringat bila arwah embah lanang kasi duwet raya.Garang embah pun aku rindu. 'hensem tak embah?' pertanyaan yang sering saja membuatkn embah mahu melihat cermin. Rindu rindu sangat sangat nak layan arwah embah macam tu.Eid Fitri di teratak embah sering saja dikunjungi ramai orang.Tahun ini, aku beraya bersama roh embah lanang.Tiada jasad lagi. Aku harus menerima.

Meski kali ini aku masih beraya di perantaun, aku harus bersyukur.Beraya di negara orang bukanlah satu pakej sesuka hati.Aku belajar tentang hidup.Aku belajar menjadi seorang warganegara Malaysia.Ayah dan ibu selalu saja menjaga aku.Agar aku masih berprinsipkan Melayu dan Islam.Jangan pisahkan prinsip hidup kita.Hidup Melayu-Muslim itu cantik,sopan dan baik. Bukan Melayu atas nama.DAN.Bukan juga Islam atas Melayu.

Wasiat mudir (arwah embah lanang),jangan tinggalkan solat,rajin baca Quran,hormati ayah dan ibu,jangan bergaul dengan budak jahat, dan amalkan selalu akhlak yang mulia, tak nak aku lupakan.Biarlah roh embah tenang dengan wasiat yang telah diwasiatkan kepada beribu anak muridnya.

Dah berabad juga tidak bermain mercun dan bunga api di halaman teratak embah.Menunggu lontong jawa bercicah sambal jawa embah wedok.Lapar saja kedengaran ayat ini.Kesabaran pastinya itu wajib.Embah wedok sempat bekalkan lontong jawanya kepada kami sebelum kami bertolak ke UK.Sampai ke teratak Alexandra terrace pun, masih lagi berdaun palas lonotongnya.Itu pengorbanan embah wedok yang sangat menyayangi cucu-cucunya.

Baju kebaya hijau menanti untuk ku sarungkan di hari raya nanti.Baju salwa kames pemberian bibik Madah juga akan ku sarungkan di hari raya seterusnya.Baju kurung moden hijau pucuk pisang pun sedang ku menanti.Itu pemberian embah wedok.Tak sabar lak nak melaram nieyh.Tadi da beli accesories.Shopping ala-ala jew.Yang perlu je.

Bersekolah di bulan Ramadhan memang teruji sedikit.Jangan sekali kaki melangkah ke area kantin.Bau masakkan akan menusuk kejam lubang hidung anda ;P Namun begitu, madrasah Bishop Gore memang unik di bulan Ramadhan.Kebanyakkan budak bangala akan berkata dia akan berpuasa dan solat 5 waktu sehari hanya dibulan Ramadhan.Itu kenyataan.Bukan fantasi atau illusi.Apa pun, semalam aku selaku 'big sister' (6th former) , kami telah menunjukkan cara solat di dewan sekolah sempena Ramadhan Al Mubarak.Itu adalah satu peluang yang sangat baek sekali juga satu penghormatan kerana hanya untuk Muslim sahaja.(lupe nak snap pic.adeyh)Cuma sayang, kebanyakkan daripada performers tidak bersolat 5 waktu sehari.Sekadar tayangan sahaja.Moga-moga, solat aku diterima.Al maklum, aku bukanlah budak baek sangat.


Kueh raya bakal dibuat ASAP.Rumah akan digotong-royong.Maka, aku akan agak sibuk.Kad raya baru sahaja mahu diposkan.ahhaha.ngek gile.Baru nak pos.Semua orang dah nak raya.Bedol punya kerja.Tapi,jangan tak tahu,sempena minyak naek, aku suka-suka membuat kad raya sendirian berhad.Cun taw.Artistixx.Hahah.Angkat kain sendiri. :P

Dengan setulus mulus pulus lulus, saya Nur Najihah Muhaimin AKA gadis reformasi & Doraemon, ingin menitahkan dengan sebenar hati Selamat Eid Mubarak.Anda yang bermurah hati ,digalakkan membri ang pau berwarnakan isinya purple ye.Hahah. Tengah muka seposen nieyh. Dengan itu juga, teratak Alexandra Terrace juga sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.Anda PAS,UMNO,PKR,DAP apa2 je la kan, silakan beraya ke rumah saya.Tiada istilah 'rumah terbuka' disini kerana tetamu itu adalah rahmat untuk teratak yang sentiasa menanti kalian.
=]
Maaf zahir dan batin ya

3 suara reformasi:

misswanna said...

waA~
lawa bangat kad tuh..

fyra ahmad said...

hye jiha...
thx 4 card,,,
even lambt smpai thx alot....
dont forget me at malaysia here...
miss u jiha...
card raya tu cantik n kreatif lol...
thx a lot...
sy sgt menghargainya....
slmat hari raya....

salam perantauan...

from ur friends,
fyra ahmad..
-malaysia-

{Suria Muhammad} said...

i cried while reading about ur arwah embah :( u should feel lucky for still having them around, even for a while. both of my granpas passed away b4 i was born

al-fatihah