Hari Sabtu-Ahad
Pagi itu embah seronok pulang dari hospital.Semalam terima kunjungan dari bekas-bekas pelajar Maahaad Al Islah.Ramai sangat.Menitis air mata embah.Terharu dan teruja sangat.
Embah semangat mahu pulang ke rumah bertemu Menteri Besar Perak.Doktor memberikan keizinan untuk pulang sehari kerana embah kelihatan agak sihat.Gigi bersih susun teratur. Embah ceria dan segak. Berbunga riang bila bertemu MB.
Malam itu hampir pukul 12, embah mahu ku bawanya berjalan menaiki kereta roda. Pusing rumah setengah jam.Nyanyi lagu kegemaran embah buat kali terakhir. "Seroja" .
Pukul 3.40-4.45 pagi Isnin
Embah terjaga.Aku dan paman Agus turut sama terjaga.Melayani embah.Embah senyum denganku malam itu.Senyum sepuas hati. Embah nak ciuman dari cucunya,aku.Embah bilang "embah mimpi kamu main-main" . Malam itu, aku suka melihat wajah embah.Tapi,malam itu, malam yang pelik. Embah lupa siapa anak sulung dan anak bongsu.Embah seperti seronok sangat.Lupa bahwa dia sedang sakit.
Isnin
Pagi
Aku hantar embah ke hospital.Bibik Madah jaga embah sementara kami ke Teluk Intan town.Ada hal.
Tengahari
Ada ziarah dari bekas-bekas murid embah.Aku minta sign poster kata-kata semangat untuk embah lanang.Sudah ramai yang signed untuk embah.Aku pergi ke KFC jap.Nak makan tengahari.
Tiba-tiba, dapat panggilan kecemasan dari ayah.Mahu aku dan bibik Madah pulang segera ke wad.Laju kereta dipandu bik Madah.Berdebar jantungku.
Keluarga dikumpulkan.Baca yassin untuk embah.Tekanan darah embah rendah.Kritikal.
Malam itu, ambulans menghantar embah pulang.
Aku pegang erat tangan embah.Akhirnya aku terlena.Namun,masih ramai yang menziarahi embah.Dari tengah malam sampai la pagi.Pintu terbuka.Yassin dialunkan.
Selasa
6.30 pagi
Ayah kejutkan aku.Embah tenat.Ku basuh muka.Pegang tangan embah.Yassin dibacakan lagi.Ramai yang membaca.Aku menangis.AKU TAKUT akan kehilangan.
2.45 petang
Embah menghembuskan nafas terakhir.Aku tak mampu menitiskan air mata lagi.SEDIH.PILU.HIBA.
Tiada lagi konsert lagu "Seroja" dari cucu-cucu embah untuk embah lanang.Embah selalu menangis bila kami nyanyikan lagu itu untuk embah lanang.
Pada tarikh inilah,sepatutnya, embah menghantar kami pulang ke UK. Tapi,dengan segala yang telah diatur oleh Allah, aku diberi peluang menjaga embah.Cukup sebulan menjaga embah.Membuatkan embah gelak dengan jenakaku.Membuatkan embah bangga kerna usaha aku yang cuba membuatkan embah gembira.
Rabu
11.00 pagi
Teresak-esak mendengar manusia menangis.Ada ribuan yang menziarahi dan mengiringi embah.3 kolah masjid habis.Masjid yang septutnya memuatkan 300 jemaah,telah menjadi 2000 lebih.Jenazah embah tersenyum.Alhamdullilah...
Embah pergi dengan senang.
Sejak embah tiada,rasa sunyi sangat.Rindu nak cium embah.Rindu nak nyanyi untuk embah.Rindu sangat nak layan embah.Rindu dengan gelak tawa embah.Rindu dengan marah embah.Rasa macam bosan tak ada embah lanang.Tak tahu nak buat apa lagi.
Dulu, bawa embah pusing-pusing sana sini.Pusing sekolah.Makan durian sama-sama.Mengaji Quran bersama sepupu kalau berkesempatan.Tidur sebelah embah lanang.Jaga embah lanang lewat malam.
Mungkin,aku bukan cucu yang baek dan sempurna untuk arwah embah lanang.Inilah pertama kali,aku merasa kematian orang yang paling aku sayangi.Mengucup jenazah embah terasa tak puas.Terkilan sangat tak dapat deklamasikan sajak untuk embah lanang,tak dapat kasi poster yang aku buat untuk embah lanang dan embah lanang tak sempat pakai wallet ole-ole dari UK.
Terima kasih pada mereka yang memberikan aku semangat tika benar aku longlai menerima redha Tuhan.Semoga arwah embah lanang digolongkan orang yang beramal soleh.AMIN
p/s : bergenang air mata bila menulis tentang embah lanang. Rindunyee kat embah lanang.
Toddler's dressing area Montessori style
5 years ago
7 suara reformasi:
very cool.
akk..
sdih la.. =(
salam najihah,
kami di sini turut menunaikan solat jenazah ghaib dan berdoa agar arwah tergolong dlm kalangan hamba2-Nya yg dirahmati...
jgn sedih2 sgt,yea. insya-Allah arwah pergi menemui Kekasihnya yg dinanti2.
salam takziah!
sabar eh!
huhuhu
mmbaca blog tu bley wat sy nanes
...inikan orng yg mnhadapi nye!
hmmm
salam takziah!
sabar eh!
huhuhu
mmbaca blog tu bley wat sy nanes
...inikan orng yg mnhadapi nye!
hmmm
nak nangis saya baca.... :(
salam jihah,
sabar byk2 ye
moga arwah digolongkan dikalangan hamba2 yang soleh dan diredhai.
Post a Comment