RSS

Belajar Politik Britain di sekolah

Salam reformasi :)

1- Cerita politik dimana-mana pelusuk dunia seperti cerita cinta. Tak ada akhir. Banyak dugaan. Ujian.Dosa.Pahala. Manusia dan ketidakmanusiaan. Ceh.

2- Sebab itulah Jiha makin kurang cerita pasal politik di blog.Jiha bukan wartawan mahupun penganalisis politik.

3- Jiha sedang belajar AS Politics di sekolah Olcha. Belajar erti demokrasi, parti politik,ahli politik,undang-undang, dan semua yang berkaitan tentang negara orang putih ini.

4- Orang di sini berpolitik, bukan macam di Malaysia. Demonstrasi memang ada.Tapi, jiha tak pernah nampak FRU.Langsung tak pernah.Mungkin wujud cuma tak "disalahgunakan" sebab polis disini bukan bekerja untuk kerajaan.LOL.

5- Jiha ada hak untuk mengundi disini.Dah banyak kali dapat surat untuk pergi undi. Tapi, ayah cakap disebabkan kita tidak tahu siapa yang lebih baik, jadi tak payah la pergi mengundi.

6- Walaupun sekarang Jiha sedang belajar tentang Politik Britain, Jiha rasa mungkin Jiha akan mengundi kalaulah antara salah satu pihak parti politik, Labour atau Conservative atau apa2 je lah, dapat MENGHENTIKAN menghantar askar-askar diorang ke medan perang (konon, atas alasan perdamaian,padahal untuk kepentingan negara sendiri). Eg; Iraq

7- Orang putih pandai bab memuji.Selalunya, dah tak ada makna lagi pujiaan dia orang sebab tak padan pun dengan apa yang kita lakukan. Lebih pasta dari keju.

8- Tak percaya.Baca balik Sejarah. Ramai sangat Sultan Melayu di kelentong sewenang-wenangnya. Orang Melayu ini baek sangat kot. Haha

9- Jiha tak reti nak mengajar orang.Tapi yang Jiha reti, reti bercerita.Waktu darjah 1, Jiha menang no 1 dalam pertandingan bercerita di Sekolah Rendah Al Munir,Kg Padang Tembak, Teluk Intan,Perak. Hehe =DD
(bangunan pertama yang ada susunan pokok itulah kelas darjah 1 Al Kindi)

10- Facebook sekarang adalah Face Your Book! Layan internet dan tv, memang tak jadi kerja kita dibuatnya. So, no tv and Facebook 0n weekdays, only weekend.


psttt: Jiha sayang Swansea taw. Tapi sayang Jiha pada tanah air kuat lagi. Rindu la kat kau Malaysia. You rindu tak kat I? hAha. Gedik tak habis.

Najihah & Charity Week

Salam! ;)
Alhamdullilah 2 minggu berturut-turut, Jiha berpeluang menjadi volunteer untuk Charity Week di Bishop Gore School, Swansea University dan Swansea Town. Charity Week ini mengumpul dana untuk anak-anak yatim di negara-negara miskin.

Minggu pertama, Jiha telah menjadi Charity Week Organizer di sekolah Jiha. Agak kelam-kabut sebenarnya.Persiapan last minute!Pertama nak kumpul orang jadi volunteer bukan senang! Kedua, Jiha kena make sure segala persiapan dengan sebaik mungkin. Jiha buat announcement di assembly dan kelas ke kelas.Bayangkan 3-4 hari saja hari persiapan! Barulah Jiha faham, nak jadi ketua,bukan senang-lenang!

*Minggu Pertama*

Minggu pertama kita orang jual kek, henna tatoo dan Swansea Talent Show. Swansea Talent Show diadakan di gym disebabkan tiada pilihan.Syukur alhamdullilah, Mrs Allchurch bahek hati sangat mengizinkan Jiha guna gym ini.

*Minggu kedua*

Ini minggu Jiha dan kawan-kawan jual kek di Swansea University dan kutip derma di Swansea Town.Yang paling syokkkk, Jiha jadi boxwomen! Malu gila sebenarnya tapi disebabkan pakai kotak di kepala,so tak ada siapa lah nampak muka Jiha.Haha. Kutip derma pada hari tu memang challenged. Orang tak layan, buat dek je bila kita cakap, senang cerita, sabar itu separuh dari iman.Kedekut dan pentingkan diri!


Tapi ada seorang jejaka mat saleh yang baik dan berjanji akan derma.Kali kedua Jiha jumpa dia lagi,dia cakap dia tak ada duit dan kali ketiga dia datang dan bagi derma! Jiha happy dan syukur sangat walaupun seorang sahaja yang jujur ini bagi derma tika detik itu :))


Seorang bapa yang bertatu dan berantai dan berambut Trojan, nampak cam ganas je, tapi baik hati bagi derma, seorang lelaki bertatu dan mungkin juga pendakwah rock Kristian, bagi derma dan seorang pengemis dan 2 ekor anjingnya yang bermain seruling pun bagi derma! Manusia selalu memberi penilaian yang tidak wajar pada mereka. Rasa hormat pada mereka :)

Satu kelakar punya cerita, disebabkan kebanyakan orang Arab ini kaya-kaya, so kita orang pun datang minta derma dengan diaorang. Hehe.
Untuk ayah dan ibu dan adek tersayang dan juga yang terlibat, terima kasih atas sokongan kasih sayang.