RSS

Laporan Najihah untuk Swansea.fm

Yo yo wassup :D

Charity Weeeeek

2 minggu berturut-turut, akan diadakan Charity Week di seluruh pelusuk UK. Esok di sekolah, Jiha dan kawan-kawan yang lain akan jual kek, henna tatto dan juga Swansea Talent Show. Sibuk tak la gak, tapi kalau bab nak update blog ini selalunya, kena tengok pada mood Jiha. Selalunya, Jiha punya otak working pada waktu malam dan awal pagi. Sekarang ini, nak kena limit kan pengunaan komputer sebab nanti Jiha melalut-lalut.Haha. Sebab itu, Jiha suka offline bila sign in YM sebabnya nanti chit-chat macam pah Bedah jadinya.Ngeh ngeh.


Ramadhan lepas, Jiha sempat gak kutip derma di Swansea Town. Dibawah naungan Islamic Relief. Ini kali ke-3, Jiha kutip derma.Mula-mula, malu-malu gajah, last-last, muka sengih jek Doraemon lepas makan.
Alhamdullilah,berkat sengih-sengih, so senanglah sikit, orang nak derma. Yang penting,jangan putus asa!Memanglah ada dugaan,orang buat tak layan,kita cakap sensorang dengan diorang,tapi, perjuangan nak minta derma itu nak menguji tahap kesabaran.
Hummm..siapa-siapa nak join Jiha,sila lapor diri anda :D


Alwahy.com


Sementara korang yang menunggu setia, Jiha nak ajak korang semua untuk sign up jadi volunteer untuk alwahy.com :)
Okesh la sekarang ini, Jiha layan alwahy.com yang mana merupakan World Largest Muslim Social Media. Alwahy is only Islamic worldwide Email service, Search Engine , Worldwide news, Nasheeds Alquran, Hadith, Videos, Audios, and much more.

Siapa-siapa yang rajin online jek internet itu, Jiha suggest korang upload la apa2 saja yang berfaedah untuk alwahy.com ( e.g. artikel, video,photos) Siapa-siapa yang ada duit lebih, adalah dialukan untuk menyumbang mesra pada akaun alwahy.com sebab diorang pun perlukan sponser. Diorang mempromosikan alwahy.com ni dari merata-rata dunia termasuklah Bulan & Bintang.So amal jariah la eh :D

Jadi volunteer untuk Islamic website lebih untung sebab dari website ini jugalah akan berkembangnya dakwah dari hati ke hati.(Ceh..ayat).Ish betul la.


Sang Naomi

Alhamdullilah, semalam,seorang kawan Jiha, Naomi telah memeluk Islam pukul 3 pagi!ALLAHAKBAR! :)) Yang beshnye, dia converted bersaksikan kawan-kawannya melalui web cam. Moden bebeyh.Dia mahu Jiha ajarkan dia bahasa Arab.Bersungguh Naomi mempelajari Islam.Dari khutbah Jumaat yang dia selalu hadiri,dari sahabat-sahabat Muslimnya, dan keberaniaan Naomi memeluk Islam.

Naomi keturunan Portugese kelahiran Malaysia.Lahir dalam sebuah keluarga beragama Kristian. Best gila cakap dengan Naomi dalam bahasa Melayu.Bosan gak asyik cakap English jek.Ceh..poyo jek. Yelah maklumlah, dah lama Jiha tunggu kawan Malaysia yang sama baya! :)

Demonstrasi Anti-Islam


Ha..semalamkan telah diadakan satu demonstari anti-Islam di Swansea Castle. Anti-fascist pun buat demonstari,tak jauh dari Swansea Castle.Polis dah get ready sejak pagi lagi. Hari itu, di Birmingham dan Manchester.
Waktu bulan puasa, bersempena dengan 11th September, diorang buat kacau time orang Islam tengah solat terawih.Gaduh beb.Masuk newspaper.Famous Swansea.Cehhh..
Jiha tak pergi demo itu sebab ibu risau kalau keganasan akan berlaku.Tapi, alhamdullilah, polis UK dapat mengawal demo itu dengan baik.
Kalau di Malaysia, selalunya, polis yang buat kacau-bilau tapi di Britain, tak pernah-pernah Jiha tengok polis buat keganasan macam polis Malaysia.Ummm...

Hadith Rasullah mengatakan: Apabila mati anak Adam,maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh"


Nur Najihah Muhaimin melaporkan untuk Swansea.fm :D

Doakanlah Najihah jadi Najihah yang baik & solehah. Moga2 Charity Week akan berjalan lancar.Salam perjuangan salam dari Swansea.





4 suara reformasi:

Grey said...

OMGGGGGG you mentioned meeee
omggggg

bestnyeerrrrr!!!

Bro Framestone said...

alhamdulillah.....

erm bro xnk komen lebih2... cukup sekadar bertegur sape dgn si doraemon comey nie he...23x

erm rasanya dalam tempoh 2 penggal...mybe akan wujud anti-islam di malaysia... kite nntkan je la ek...

www.broframestone.com

Gadis Reformasi said...

hehe :)))

Gadis Reformasi said...

Qiamat nak dekat
ada gak kite dgr, bile nak Qiamat, org Islam akan ditentang tapi akhirnya ummat islam akan menang jua