RSS

Setahun Al Fatihah yang istimewa

1- Salam Ramadhan :))
Tak sabar rasanya.Moga-moga saya akan jadi manusia yang lebih bayek lagi dari yang
semalam
:))

2- Salam 12 Ogos 2008 hingga kini 12 Ogos 2009. Terlewat sedikit hari menulis entri dek masa
nan ketot metot.

3- Salam Al Fatihah untuk arwah embah lanang, Hj Sulam Hj Mansor yang telah segenap tahun
pergi menghadap Illahi. Tenang wajah, bibir yang tak lekang dengan senyuman, baik hatinya.
Rindu masih suci seperti embun pagi.Tawa embah satu masa dahulu seperti ceria cantik sang
pelangi selepas hujan.

4- Saat suara cucu-cucunya (Aku, adik, Atiqah, Jannati, Azzah) mendendangkan resah hatimu,
wajah embah gembira dan terhibur..
Hari ini kau datang riang, tersenyum buatku senang,kau hias dirimu,membuat hati bertambah, tapi wajahmu semalam muram,mengapa embah mengapa,mungkinkah kami bersalah,cobalah embah katakan,jangan, jangan,jangan begitu,senyum senyumlah selalu, manis riang,wajah bertambah ceria..aaaa

5- Dan diakhiri doa yang diketuai aku dan sepupu-sepupu..air mata embah mengiringi sekali
begitu juga air mata keluarga yang melihat telatah cucu-cucu embah.

Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah embah lanang kesihatan,kebahagiaan yang berkekalan berpanjangan. Ya Allah Ya Tuhanku, moga-moga embah lanang cepat gemuk macam Jannati dan kak Jiha (jannati nyampuk :p ) . Moga-moga embah lanang ada rambut panjang macam ayah (hahaha..semua gelak). moga-moga embah lanang happy selalu.Amin.moga-moga embah lanang cepat sihat.Amin.Moga-moga embah lanang boleh jalan.Amin.

6- Last sekali, TAKBIR! :))) Bahagia rasanya melihat embah begitu ceria. Selepas first show indoor concert malam itu, embah lanang minta semua cucu-cucunya nyanyi untuk hari-hari seterusnya..hinggalah 3 malam terakhir sebelum embah pergi.

7- Al Fatihah untuk arwah embah lanang tersayang.

2 suara reformasi:

RPJ said...

Slamat Myambut Ramadhan utk adik kecik ni sekeluarga …kirim salam papa skali…my icon
Lama tak bukak blog ni…tiba-tiba teringat keluarga reformasi di Swansea...Sekarang bosan dengar berita dan tengok TV perdana di Malaysia …nak muntah rasanya…kalu posa batal dah sebab sengaja muntah…itulah momokan PM formula 1 bukannya 1 Malaysia…

Bro Framestone said...

seronok melihat family berkumpul reramai