RSS

3J

Di suatu petang,di jalanan pulang dari sekolah,
Najihah,Jiusi dan Joanna,
kami 3J[Jiha,Jiusi,Joanna]
tiga gadis berlainan bangsa dan agama,
kami bertepuk tangan!kami bernyanyi bersama-sama
if u happy and u know clap ur hand,
if u happy and u know clap ur hand,
if u happy and u know,if u really want to show,
of u happy and u know,clap ur hand!


kemudian,aku bernyanyi bahasa Melayu,
tergeliat lidah Jiusi dan Joanna!
ehheheeh~slank gilerw nyanyi!tapi kami seronok!
dah lama tak jadi budak-budak ;p
jika anda gembira tepuk tangan!
jika anda gembira tepuk tangan!
jika anda gembira beginilah caranya
jika anda gembira tepuk tangan!

alhamdullilah!aku suka berkawan dengan diaorang!
=)
tapi,
aku rindu sangat sangat kat kawan-kwan sekolah kat Malaysia!
;,((
im gonna cryyyyyyyyyyyyy!

cerita dari ayah

aku suka bila ayah bercerita tentang dunia politiknya.Aku kagum dengan ayah.Ayah berani!Ayah penyayang!Ayah pandai bersajak!Ayah suka berjuang..Dan kerna darah ayah itu,mengalir dalam tubuhku,maka aku pun seperti ayah.Cume tak ada janggut! ;p
Ayah pernah bercerita tentang Ahmad Dinejad.Ahmad Dinejad seorang pemimpin Hamas,yang bagi diriku,dia seorang sangat berani dan tawaduk!Dia pemimpin yang tidak perlu bertukar pakaian.Kerna bilangnya,dia masih ada perjuangan yang perlu diselesaikan.Pakaian bukan kepentingan.Cukup sekadar yang ada!Kot dia pun yang dah dipakai beli!Tak mahal!
mmmmm..bukan senang nak cari pemimpin cam Ahmad Dinejad!Pak Lah pun tak sanggup kalau tak tukar pakaian!Ish..ish..suka sangat ngata orang!;p
aku?kamu?dia? Bukan mudah nak mendaki di ruang jihad tu!Bukan mudah nak dapat pangkat "Mujahid"!Mungkin aku berani.Tapi,itu cuma kata-kata yang belum ada kemungkinannya!Cuma,ayah jerw yang paling hampir dan paling berani dalam hidup aku! =))

Kerana cintaku!

Kerana cintaku Saerah!
Kisah cinta yang tangga ke 3 (selepas Green Rose Movie)membuatkan air mata bergenang dikelopak mataku.Sedih sangat!Tersentuh hati aku!Wa~~~Mengapa mesti ada soal cinta 2 darjat dalam dunia Tuhan ni?Masih adakah cinta yang setia menanti di hujung waktu itu?Masihkah adakah cinta yang kerana cinta?Iya mungkin ada.Tapi 1000 dalam 1!
Ada manusia yang berfikir cinta satu permainan.Barangkali juga,jika hatinya gila,cinta boleh dijadikan satu perjudian!Itu permainan dunia!Permainan Adam yang tak pernah erti CINTA!
Aku tidak mahu Romeo and JulioOt menjadi idola dunia cinta.Cukuplah,Nabi Muhammad yang lebih agung cintanya pada Tuhan dan Khadijah!Dan jugak,cinta ayah pada ibu!
Bilang kiki,
kalau sedalam lautan pengorbanan cintamu,maka begitulah juga sedalam lautan luka yang mungkin kamu akan rasai saat ditinggalkan sang cinta!
Bilang aku,
cinta tu gila!cukup aku berhenti bercinta disini!
Aku enggan berbicara tentang cinta tu!Masih jagung lagi umurku.Aku tak nak bercinta lagi!eeeeeee~Ayah dan ibu tarak kasi oow!Ish..ish..ish! ;p
Perhatian kepda budak bawah umur;JANGAN BERCINTA TENGAH BERTIH JAGUNG!

Darah Palestin!Darah Malaysia!

Sambutan Maal Hijrah disini,tak kurang hebat gak eik! =)) Selamat Tahun Baru kepada kalian ywah!Sempat jua ku mendengar ceramah "Maal Hijrah" oleh Syeikh Abdallah dan Bro Asim di Swansea Mosque.Meriah!Macam raya lak..ramai sangat orang Arab,orang Pakistan,Bangla dan Palestin!
Malam itu,adek dan aku membeli scarf berlambangkan bumi Palestin dan ayah membeli sepasang T-shirt berlambangkan Masjidil Aqsa!HUHUHU...tak sabar nak pakai kat sekolah!;p Ni bukan beli saje2 taw!Beli baju dan scarf ni nak bagi urat-urat perjuangan para pejuang Palestin yang berkurun lamanya mempertahankan tanah air tercinta!Moga2 darah perjuangan mereka,akan mendapat ganjaran yang sebaeknya.Amin.
Ups!Lupe! Aku harap,Malaysia aku akan terus aman dan damai dengan desakan aku supaya Pak Lah meletakkan jawatan dengan mee segera!! =)) Agar memori tiada pertumpahan darah seperti di Batu Burok lagi!

Saat senjata meratah tubuh itu,
berkecai tubuh!
darah mengalir pekat,
membasahi jalan yang sudah tua
Saat mereka berteriak,
ALLAHAKHBAR!
Mereka memegang senjata keberanian,
Mereke dibunuh!
Mereka dibinatangkan!
Mereka dipersetankan oleh setan Amerakus!Israeloser!
Waktu-waktu syahid itu...
Isteri itu menangis!
Mana suamiku!?
Anak itu menangis!
Mana ayahku!?Mana ibuku!?
Ibu tua menangis!
Mana anakku!?
Kamu disitu,
hanya menyaksikan darah itu,
Kamu disana,
masih ada sisa tawa,
Aku disini,
Berjuang dikalamku untuk kamu!

budak bishop gore!



8 JANUARI 2007,
hari pertama aku menjadi salah seorang pelajar sekolah Bishop Gore!Macam-macam cerita!Macam-macam ragam!
Dan sekarang 8 Januari 2008,genap setahun aku menuntut ilmu di sekolah Bishop Gore!Tak sangkakan..cepat sangat la jarum masa tu berlalu meninggalkan kite.


Aku rindukan sekolah lamaku.Waaaa~~ Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak.Sebenarnya,dari kejujuran hati aku,aku tak menjadi sperti mana aku yang dahulu.Mungkin aku di sekolah Seri Perak,dikategorikan budak paling kecoh.hawrt!ahahhaahha. Budak yang suka makan dalam kelas.Budak perempuan yang loklak.Tak leh duk diam.Nakal pun mungkin kowt! ;p

Tapi,sekarang di sekolah Bishop Gore,aku tak la banyak sangat cakap.Tak la cam budak2ribena sangat.Tapi,tak la diam cam tunggul!Tengok la gak dengan orangnye.Seperti waktu dulu.Mungkin,kerna kematangan seorang gadis semakin bertambah kowt..hahahah semakin menjadi gadis melayu!Tak leh nak jadi loklak sangat.Maklumlah,gadis melayu terakhir...Kena jaga adabkan..hehehe xD poyo jerw.. ish3!



Korang nak taw tak?Ktorg lunch for 1 hour!Lame gile oow!Malaysia setengah jam jer!;p
Plus+ ade break time about 15 mnte!Aku lak makan jer!eeeeeeeeeeee!gemook! ;p
Sekolah Bishop Gore besh!Tapi,mule2 dtg skola ni,mmg perangai aku cam dak tadika!Tak nak gi skola,sampai rasa nak nanges jerw..sbb masa tu tak leh nk sesuaikan diri!;p Maklumlah,takoot ooow!Nak speaking lagik..ish3!berdegup jantung ni.Tapi luaran sengih cam kerang wangi!xDD


Nak berkawan dgn dyeorg,kena kenalkn diri taw.Bukannye dyeowrg dtng kat kite.Kita yang kena wat muka tak malu.Kena berani kalau nak berkawan.Then,kenalkanlah diri.. ;)
"hye..my name is najihah." ;))
Tapikan,dyeowrg tak leh nak sebut nama aku betul2.Berapa kali nak tanya nama aku.Susah sangat bilangnye.hahahahah..last2,aku cakap,"call me naj or nur"...senang cite! ;))


Mula2 nak kawan,susah sket.Sebab,malu kowt..heheh!jangan tak taw,aku ni pemalu gak!;p Tapi sekarang,da ramai kawan la..sangat ramai!=))Naseb baek kawn aku,dari geng yang baek lagi pandai lagi tahu malu.Dyeowg besh!=)) Sayang dyeowrg!
Cume,setakat ni,tak jumpa lagi kawan yg betul2 leh jadi kwan baek.Tak pe la..tak de lagi kowt!=)Syukurlah ade kawan!

Dyeowg selalu hug and kiss!Berpisah bukannye lama pun..Cume nak pergi kelas.Lepas tu jumpa balek!Tapi,itulah budaya dyeowrang!Then,dyeowrg kalau macam "touched",mesti ade bunyi camni "owhhhhh...." Aku pun terikut lak!ehheheh!;p



mmm..kadang-kadang tu,time lesson pun ade tea time!Cikgu yang kasi makanan dan minum secawan teh untuk anak murid!Baiknyer la..heheheh! =]] Hari ni,16 Januari,Mr Lewis,buatkan breakfast time IT(cook time!) lesson.Secawan kopi dan croisant!Kenyang!Alhamdullilah~ =) Time kasih Sir!Kalau rajen,wat la lagi!eehhehe ;p


Aku harap,aku tak belajar maen2.Sebab aku ni suka maen2 sgt!eee!=8 eee~NAIK GERAM gak aku dengan diri aku niyh!Ntah ler..Aku nak tgk orang laen happy sebb aku! =)) Insyallah!


Penutup bicara;nabi Muhammad S.A.W. bersabda;tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke hujung lahad. =) Belajar le korang sampai la saat malaikat maut jemput korang masuk kubur! =))

oh k.rOzi & k.yaNa cOmel!


Dah 2 minggu rasanye,kak rozi pulang ke tanah air dan kak yana pulang ke Leeds.Huh!Sedihnye.Kejap je masa berlalu kan!?
mmmm...
Di detik yang lalu bersama k.Rozi dan k.Yana,kami pergi ke Winterland.Maen ice skatting.Sampai jatuh-jatuh k.Yana dan aku!Ehehe..besh sgt!=)) Lepas pulang dari Winterland,kami buatkan surprise bithday party untk k. Rozi! aku buatkan kek coklat!=)) sedap! heheh..angkat bakul sendiri! ;p
Ade suatu hari tu,kami pergi ke Swansea Museum.Ade pameran Titanic!Yuhu...besh sangat oowh!;o Dah setahun lebih duk kat Swansea,barulah hari tu rajen nak pergi menziarahi Swansea Museum!Bukan maen sakan oow Uncle Radhi posing dgn auntie Rathiah!Romantik tapi kelakor gile..ahhahah.Tapi dyeorg cool gile!;))

Malam Jumaat,hari Khamis,aku dan adek tidur kat rumah dyeowrg!malam tu,aku,kak yana dan adek tidur lewat malam.Tengok cite besh oow!;p Ditambah dengan kerajinan kak yana,menyumbatkan perut aku macam2 makanan!eeee..bertambah gemok la!;i

Sume tu sweet jerw!Tapi,dyeowg da balek..
wa...x besh tool!
;((
tak pe la,kalau ade rezeki,jumpa lagi kan!insyallah!amin..

Perhentian Hatiku

kadang-kadang,orang yang paling kita sayang,boleh jadi orang yang paling kita benci.
kadang-kadang,orang yang paling kita benci,boleh jadi orang yang paling kita sayang.
bukan mudah,nak menerima kenyataan.Sangkaku,kisah ini hanyalah satu drama di kacaTV,tapi itu hakikat sebenar disebalik cerita hati aku.

Kesakitan dari seorang sahabat.Yang mampu meninggalkan aku,kerna sang cinta lelaki buaya!Yang bisa bahagia,meninggalkan seorang sahabat tika menangis menahan sakit sebuah pengkhianatan.

Tapi,biarlah cerita tu berlalu.Aku tidak perlu memandang kamu.Cukuplah untuk segalanya.Aku hanya hadir untuk sekali dan aku akan pergi selamanya dari kamu.Kerna,itu kalammu di suatu masa dulu.Aku dan duniaku.Kamu dan duniamu.Maka,terhentilah segalanya disini.
23 jun 2007,Sabtu

PM poYo!

Mmmmmmmmmmmmm
Malaysia!oow negaraku tercinta!Aku naik risau tengok bila tanah air aku cam dah tak de rupa tanah air Malaya!Dengan perangai pemimpin yang tak layak jadi pemimpin Negara,dengan isu yang paling hot dalam dunia Malaysia,lebih panas dari yang biasa….memang dunia nak Qiamat sangat!
Dulu,cite Hindraf,sekarang bertambah tambah kepedasan cili padi api negaraku Malaysia!
Choi Soi Lek!!EEE……………………..mende ntah nak jadi dengan pak cik sorang nieyh!?Itu pun,naseb baek dia letak jawatan,kalau tak,bertambah hot chocolate la!
Untuk Pak Lah;
Letak je la jawatan tuh.Pak Lah tak leh jadi PM la.Ribut tsunami Malaysia dibawah sinaran bulan Islam Hadharimu itu!
Huh! Kalau aku jadi Pak Lah,tak taw nak letak mana la muka yang Tuhan bagi cantek nieyh lagi kacak bergaya!

Laddu dari Birmingham..

Hari tu,aku sekeluarga pergi bercuti di Birmingham selama 5 hari,tapi rasa cam kejap jer! Tak puas lagi nak berjalan di Birmingham. Hari yang terakhir,kami bershopping di sebuah street yang penuh dengan kedai-kedai Pak Bangla,Pak Pakistan dan arab.Terasa macam kat negara diaorang lak!Sebab jarang sangat nak nampak orang kulit putih!Sepanjang bershopping kat situ,hanya sekali dua jer nampak orang putih!
Boleh tahan gak kitaorang shopping!Tapi bukan shopping yang tak tentu hala..just bought some food and a new scarfs.Memang murah gile!3 scarfs just 10 pound!Aduh...dah la cantek gile! ;D
Jalan-jalan,perut da bernyanyi.Mintak diisikan dengan makanan!Dah tengahari rupenya,patutla pun..Kami singgah ke sebuah restoran Bangla.Aku makan tandoori chicken!Yummmyumm..sedap!Tapi,lambatnye la diorang buat keje!Dah naik parang,perut aku ni!Lepas makan,aku mintak ibu,belikan laddu.Aku memang suka gila makan laddu!Mula-mula,ibu kasi beli 2 jer,tapi aku nak 3!Itu pun sebenarnya tak cukup taw,sebab kalau aku bab makan laddu kena banyak la!Nak makan pun sayang,sebab sikit sangat........
Lepas siap makan,kami bersolat di masjid yang terletak berdepan dengan kedai makan tu.Rasanya ni 2nd time,aku nampak masjid sepanjang aku tinggal di UK nie.So,aku agak excited taw nak masuk masjid nieyh! ;)
Setelah selesai bersolat,kami meneruskan perjalanan nak beli barang-barang.Dari satu kedai ke satu kedai.Mak penatnyer...........Tangan aku dah naek sakit pegang berplastik-plastik barang!Adeyh....bila la nak balek nieyh?
Jalan punya jalan,shopping punya shopping,dah malam ooowh!Kami bersolat dulu di masjid yang sama.Lepas tu meneruskan lagi agenda shopping!Kalau ikut ibu shopping,memang penat oowh!Lepas shopping kami makan di suatu restoren Bangla.Murah gila makanan yang dijual!Burger 99p pon ader!Dah la sedap gilerw!Patutlah ramai orang datang kat kedai tuh ;o
Dah habes makan,ibu shopping lagi!Shopping buah-buahan!Adeyh............Masa tengah sakan shopping,aku dan adek sempat posing kat bahagian buah-buahan.Sekali datang tuan kedai,naik malu kitaorang sebab posing sakan lak tu dalam kedai dia!ehheheh... xD
Lepas tu,baru la kami pulang ke rumah.Dari pagi sampai malam,kitaorang bershopping!7 jam disebuah street!Pecah record lol!

Mahligai Kasih!

BIBIK AINI & PAMAN HASIF
alhamdulillah......bibik Aini aku da selamat kawen pada 16 November 2007 bersama suaminya,yakni paman baru aku la...Paman Hasif!Kawen la gak akhirnya bibik Aini aku tuh.Diucapkan berkalung-kalung tahniah atas pembinaan mahligai kasih!Moga akan terus berkekalan hingga ke syurgaNya!Amin......

kalam seorang sahabat

kepada;insan bernama sahabatku!

warkah ini,ku utuskan buat sahabat-sahabatku yang banget istimewa yang mungkin tak ada gantinya kerna kalian sahabat hidup dan mati.Yang mungkin bisa menitiskan air mata saat ku berduka.Yang bisa memberi senyuman saat kita bahagia.Aku terasa setiap detik antara kita,adalah anugerah Illahi.Aku terlalu menyayangi kalian.Terlalu mencintai kalian.Dan,terlalu merindui setiap memori itu yang terus mekar diruang kamar hatiku.
Shafiaina,Iylia,Farah,Uyun,Dyan,Mint,Nad dan Akmal...
Kalian adalah cintaku.
Kalian nadi nafasku.
Yang melafazkan kata rindu
yang menyayangiku..
Bahawanya kalianlah sahabat
dunia dan akhirat...
amin...

alkisah Shafiaina; suaranya banget lembut!pandai menasihatku!dan aku sayang sangat dia!mwahhhhh! ;p
alkisah Iylia; kami sehati sejiwa!otak gila2..lok lak!selalu gi tandas sama2,sampai Ustazah marah...hahahahah ;D
alkisah Farah; keningnye cantek oow!lembut gile orangnye.Aku suka copy "kelembutannya",,hhehehehe...naik geram dia dengan aku!
alkisah U`yun; kami suka gelak gile2!aku suka makan mee umi Uyun!sedap..aku selalu datang rumah dia,sebab leh makan byk2!hahahaha..;p
alkisah Dyan; 1st and last aku jumpa Dyan!tapi,masa itu menjadikan kami sahabat!
alkisah Mint ; tak pernah jumpa!tapi,Tuhan takdirkan dia jadi sahabat untuk aku!
alkisah Nad; orang yang aku tak suka waktu kat skola dlu,sebab dia gedik!tapi...itu dulu punya cerita la!sekarang cam isi dan kuku beb!
alkisah Akmal; dye cool and most important dia layak jadi kawan baek aku,cz dia baek la! ;p

Syukur pada Tuhan kerna mengurniakan sahabat seperti kalian!(8
sayang sangat korang!

kerna namaku Nur Najihah

Nur Najihah,
cahaya yang berjaya,
makna namaku..
Lahirku ingin menjadi gadis Reformasi,
Lahirku sebagai gadis merah pekat darahnya,
kerna,
itulah urat nafas perjuanganku,
Bibirku warnya merah jambu,
kerna
disebalik bicarku ada ertinya,
punya ketegasan jua kelembutan,
Lautan biru medan juangku,
kerna,
aku penuntut keadilan!
Benderaku Hijau berbulan purnama,
Putih bersih itulah perjuanganku,
Mataku hitam legam,
kerna,
itulah pancaran diriku,
Dan,
Aku adalah aku
Yang tidak pernah lari dari paksiNya

saat 2008!

salam!hey!hey!happy new year 2008!Melangkah sudah ke tahun baru,rasa seperti segenap nafas saja masa berlalu meninggalkan kita.Sudah tahun 2008 rupanya kita berpijak dibumi Tuhan ini.Aku bersyukur kerana Tuhan masih memberikan aku oksigen hingga ke tahun 2008!
Semalam,aku sekeluarga pergi makan2 kat open house di teratak Uncle Syawal yang terletak agak di tempat berbukit,kami menyaksikan percikan bunga api yang cantik dari balkoni sambil mulut mengunyah daging kambing dan ayam BBQ.Cantik dan enak!(8

Selepas itu,ayah membawa kami meronda city center.Maka seperti biasa berkeliaranlah Adam dan Hawa,menyambut Tahun Baru 2008 bersama dengan tegukan air setan dan parti duniawi semata yang tiada makna langsung!Lelaki dan wanita,berpegangang tangan,berpelukan,berciuman,dan bergelak tawa saat meraikan tahun Baru.Itu kehidupan manusia di bumi UK yang tiada arah tujuan hidup kerna tiada pegangan pada agama,entah bagaimana pula
perayaan di bumi Malaysia meraikan Tahun Baru 2008,adakah "enviroment" Islam Hadhari akan terus seperti dulu,kini dan selamanya?(x
Bercerita tentang azam,aku ingin menjadi seorang insan yang baek!Lebih baek dari tahun2 yang lalu..nak kurangkan dosa!nak gain pahala ;) amin!
Teringan la gak hasrat dihati nak bertanya pada Pak Lah,ape la azam tahun 2008 eik?=p
Diharapkan tahun 2008, islam Hadhari akan "merubah" dunia Malaysia yang makin hebat bersama azam dan perubahan yang mantap!(k
hehehe...cayok la konon! =o

1 Januari,
diucapkan tahniah kepada Auntie Rathiah & Uncle Radhi diatas ulangtahun perkahwenan yang keberapa ntah la..tak taw!;p
Moga2 Allah terus memberkati bersama renjisan doa bahagia diatas mahkota kasih yang terbina antara Uncle Radhi & Auntie Rathiah!

Takkan lahir kakanda Rozalina dan Rozaliyana yang comel tuh,
dan
takkan lahir si Amir ngade2 tuh..hehehe
;p
andai tiada ikatan perkahwenan antara baba & mama dyeowrg!
(=
cayok!cayok!

happy belated eid adha!

Sudah berlalu Eid Adha,tapi baru saat ini,ku punya masa bercerita tentangnya..agak sibuk sejak akhir ini!Semprit jer rasa masa tuh,menghimpit aku! ;i
Sehari sebelum Eid Adha,aku baru saja bertarung dengan mock exam!Lega rasanya selepas berjuang di detik umat Islam mahu meraikan Eid Adha!Itu pun,nasib baek aku mintak mempercepatkan mock exam tuh..kalau tak,esok masa Eid Adha,kena datang sekolah! ;i
Di pagi raya,aku memakai jubah hijau kiriman dari Bibik Madah kesayangan.Kami bersembahyang di University Mosque pada jam 8.30 pagi.Setelah selesai bersolat sunat Eid Adha,kami berpelukan dalam riang suasana raya!(8
Kemudian pulang ke rumah,bermaafan bersama ayahanda & bonda tercinta!Dan kami bersiap untuk ke teratak Uncle Li,ade open house!yeye!makan!mmmmm..yum..;p
Hari ni,keluarga Uncle Noor datang!anak--anak dye sume comel gile!al maklum,anak kacukan Perancis+Malay.Uwwwwwwww..geram je tengok Johan tuh,kalau nak bergambar punya la mahal!Adeyh...tapi,sekali dye pose,gempak jerw..pakai tudung lagi tuh pose!hehehe..noty2 boy! ;p
Esok hari,kami pergi ke Lampeter.Lecture ayah, ade open house di terataknya!Kali ni,makan edisi arabian!Makan daging kambeng bersama dengan nasi yang bermacam jenis!Malam itu,aku dan adek tidur disana selama 4 hari.Dah lama tidak ku ziarahi kampung halamanku itu..
Malam pertama,tidur di rumah Auntie Naha..esoknya dyeowg bawa kami bersiar ke Aberswytyh.Lebih kurang 40 minit dari Lampeter.Di sana,aku membeli anak patung yang comel!Harga tengah durian runtuh..Tapi,lupe lak nak beli hadiah untuk adek sempena Birthday yang ke 6 tawoon!Kemudian kami bersiar ,melihat lautan biru yang cantek banget sambil makan nasi yang dibekalkan dari rumah Auntie Naha.Dan seterusnya kami pulang ke rumah auntie Naha.


Jam 8 malam,Uncle Shidi mengambil kami dari rumah auntie Naha untuk dibawa pulang ke rumahnya.Malam ini,giliran rumah uncle Shidi & auntie Latifah!Tapi...sume bebudak da tidur.Cume tinggal,anak dara yang sorang tu,Kamilia terjaga bila kami memasuki kamar tidurnya.Kami bergelak tawa dan bergurau senda sebelum tidur!;p macam-macam...lepas tuh,bila nak tidur,baru la sama2 baca doa tidur..(x
Esok hari,aku dan adek ikut uncle Shidi pergi ke EIHS,Highmead.Orang-orang lelaki sume nak sembelih kambing biri2 untuk persiapan jamuan raya esok!Sian jer tengok dyeowg..16 ekor kambeng biri2 dijadikan korban!Mesti penat gilerw! ;i
Ingatkan nak tidur balek di rumah Auntie Latifah,tapi..malam tu ade kerja nak kena siapkan,so aku tidur di Highmead jer la..bersama Kak Nita untuk siapkan art corsework! Tak sempat nak berjalan dan ber"pose" di Lampeter Town!


Esoknya,semua orang agak busy..ade yang membakar daging kambeng,macam-macam la..keje aku,merayap dan snap pic!(p
Jam 5 petang,kami pulang bersama Uncle Shah ke Swansea.Rasa tak cukup je,,4 hari tidur disana!Tak puas lagi la... ;i
mmmm..


Hari seterusnya,kami diziarahi lebih kurang 30 orang dalam satu hari.20 orang dari Hull!
wOw!penuh rumah aku!Pecah rekod jer rasanye..besh oow!Jumpa kawan baru lagi! YEYEY! (x
Dan,
hari seterusnya,
ade rumah terbuka dirumah Uncle Ramli.Dari pagi sampai la petang,orang datang ke rumah aku..besh mmg besh,,tapi penat gilerw..huhuuhuh
Esok lak,
ade Boxing Day!Gi shopping! Yuhuuuuuuuu..aku malas tol nak gi shopping!Penat..tapi besh!(x
Dan esok hari,
kami nak bertolak ke Birmingham..............
adeyh.......
penatnye..tak sempat rasa nak tarik nafas! ;i
hehehehhe...itu jer la al kisah untuk dua minggu bercuti sekolah nieyh!