Ups!Sorry..sebab tak tak punya masa untuk menulis tentang beraya di perantauan untuk pertama kalinye!;p Hampir Raya Eid Adha,baru ku punya kesempatan menulis..;p
Tercipta sejarah dalam hidupku,merayakan Syawal di perantauan,jauh banget dari handai dan taulan!Kami beraya pada hari Jumaat,sehari awal dari Malaysia.Sangkaan ku kami beraya pada hari Sabtu sebab selalunya kami lambat sehari dari Malaysia.Naik kelam-kabut gak sebab langsung tak prepare.Itu pun nasib baik kami tahu esok harinya raya,sebab pada malam terakhir tu,aku sekeluarga berbuka puasa di Masjid.Orang-orang Arab yang bagi tahu!Maka dengan itu,esoknya aku dan adik ponteng sekolah!=p Dan pada malam tu juga,ayah dan uncle radhi bertakbir ala style melayu!Tak pasal-pasal,hati aku pun sayu!Uh...;[
Pada pagi raya,kami bertolak ke kampung halamanku,iaitu Lampeter.Kami pakai jubah yang diberikan oleh Bibik Madah.Cantik sangat taw!Terima kasih ye bibik!Di sana,kami bertakbir style Melayu.Memang terasa gile raya tahun ni sebab kami raya jauh dari orang tersayang!Yang ada hanyalah ummat Melayu versi UK.Yang tinggal anak dara melayu terakhir di Swansea,ni cuma aku dan adik!Asmaq,kak Sya,Aliah,kak Ila semua dah balik Malaysia!hUH!Sedih je diorang tak ada kat sini.Kitaorang cuma sempat beraya untuk pertama dan terakhir pada hari raya Aidiladha yang lalu!Sedih!Sedih sangat tak ada Amaq!=[[ Tinggal memori jer!Dah ramai pulang ke tanah air!=[
cume tinggal memori jerw!=,[[
Raya pertama,aku telefon embah dan atuk.Embah wedok menangis cakap dalam telefon,maka aku pun kenalah pujuk!tapi,tak mencair gak hati embah!Kecian embah aku!Nasib baik la atuk aku di Kelantan tak nangis!Kalau tak bertambah tragis la raya nieyh!;p Mbah!Jangan nangis ye!Sayang embah!
Di Lampeter,orang Melayu la conquer pada hari raya tu.Diorang buat jamuan untuk ummat islam & bukan islam di Sport Hall University Lampeter.Macam-macam kuih raya ada!Kami bertakbir ala melayu gak!Muka mawi bertakbir pun ade kat skrin taw!Bertambah meriah la raya pada hari tu!Walapun setakat tengok si Mawi bertakbir dalam skrin!=p
Ni tengah bertakbir!Allahuakhbar~Allahuakhbar~Laillahailallah~AllahAkhbar~
Semua ummat Islam beraya dalam kegembiraan!Kami bergambar bersama dengan Pak Arab,mak arab,Pak Nego,mak Negro,ramai sangat mak bapak dari segala mak nenek negara!Lain bangsa,tapi agama yang sama!Hari tu,kami semua bernyanyi lagu raya!besh!besh
Aku jumpa Noa,si gadis Jepun.Dia pakai scarf sebab itu cara dia menghormati ummat islam!Memang baik taw si Noa nieyh!Orang kata muka aku dengan dia macam nak sama jerw..uhuuh ye kerw??ye kot!=p Kami pulang ke Swansea dalam pukul 5.15 petang.
penat!tapi,seronok sangat..terasa la jugak macam raya kat Malaysia,walaupun hakikatnya kami beraya di United Kingdom!
Raya ke-2,kami beraya di Swansea.Tempat tinggal aku!Kami ada jamuan raya di rumah bujang!Ibu masak pulut kuning.Kami sekeluarga pakai baju warna kuning!Silau jer mata siapa yang tengok baju raya aku tuwh.Cantik!macam mak datin jerw!Glamour la konon=p Kami jumpa orang melayu dari Brunei iaitu kak Umi dan kak Diana.Dan kami jumpa pasangan Singaporean kahwin dengan perempuan France.Anak diorang comel sangat!Yang sulung namanya,Eliaa,yang kedua,Johan dan yang ketiga,Amil.Diorang tak reti cakap Melayu!Cume Elia je taw nak cakap 5 perkataan Melayu.Sembahyang,makan,tidur...aku pun tak ingat da!;O Seronok jumpa dyeowg!
Raya ke-3,kami pergi ke capital city of Wales,Cardiff.Berjumpa dengan orang-orang Malaysia disana!Tak ada la byk sgt cerita kt sana..sbb aku tak kenal sgt org2 disana.Cume dptlh bjumpa dgn kwn2 baru!;p