Salamuallaik :)
Wassup? Wassup! Ambo harap tuan ambo sumo sihat belako. Ambo lo ni kechek Kelate. Almaklumlah, tengah merantau ilmu di Kelate Darul Naem! Dari penglihatan ambo, Kelate ni meme (memang) marvelousze! Suko ati ambo tengok Kuliyah Jumaat di Dataran Ilmu, KB.
Ngama(ramai) sunggoh weyh! Solat jemaah hok di mesjid, subhanallah. Memang oghe Kelate mantop =))
TV meme ambo jarey (jarang2) tengok doh. Bukey gapo, teratak atok ambo meme tak dok TV & Radio. Oghe yang hok dok di Pondok,meme salunya gini la, tapi bukey sumo lorh. Nasib baik la boyfrenggg ambo,Acer Laptop ado. Ambo dok dating dengan Acer la lo ni (sekarang ini) =)
Okesh la cukuplah ambo berkechek Kelate. Back to normal accent =)
Dari satu sudut, Kelantan memang Islamik. Kampung Jiha pun disitu. Memang paling Jiha tak suka nak balik Kelantan sebab jalannya yang bersimpang-suwey-dovey, plus waktu kecik2, nak tengok cerita
Doraemon, TV lak tak de kat rumah atok, Jiha pun tak bergewey(berpacaran) lagi dengan laptop Acer!
Tapi ada sudut yang mungkin Kelantan perlu ambil tindakan, seperti kebersihan seperti di sekitar pondok tradisional, Pondok Pasir Tumboh. Selari dengan kehendak Islam itu, kebersihan itu separuh dari iman. =)
Pondok Pasir Tumboh termasuk dalam cuti-cuti Malaysia juga. Ramai pengunjung dan pelajar dari luar datang ke pondok untuk mendalami ilmu Islam. Dari America, pun ada! Diasaskan oleh tok guru Tuan Guru Hj Mustafa b Hj Abu Bakar . Berkatnya pondok ilmu ini, tenaga pengajar disini,tidak dibayar lumayan pun, tetapi redupnya rahmat Dia, mereka tidak perlu risau,jika mengalami masalah kewangan. Kerana, Allah melapangkan padang rezeki buat mereka.
Teringat pada arwah embah lanang yang juga pengasas madrasah Maahad Al Islah. Meskipun kedua-dua pengasas Madrasah ini sudah menghadap Illahi, namun, alhamdullilah pondok ilmu Pasir Tumboh dan Maahad Al Islah masih mantap berdiri. Masyallah. Besar sungguh pengorbanan tok guru,ulama-ulama dan pengasas-pengasas pondok/madrasah =DD
Fredrick, seorang teman Sarawak,pernah bertanya, jika Islam menjadi pemerintah,bagaimana pula dengan arak & judi?
Kembali kepada zaman pemerintahan Islam. Rasullah sendiri begitu menjaga hak orang bukan Islam di Mekah. Arak dan judi dibenarkan tetapi dengan syarat ianya terhad dan tidak terlalu open. Masyarakat non-Muslim di Kelantan sendiri menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kelantan yang mengharamkan judi. Judi ini mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat dan sosial. (Sumber dari Harakah yang tadi Jiha baca!) Bukan itu saja, malah tempat beribadat mereka pun diberikan hak yang sewajarnya.
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil- Surah Al Mumtahanah, ayat 8-9.
Kesimpulannya, dibawah pemerintahan seorang pemimpin yang mempunyai pegangan agama yang kuat & melaksanakan hukum Islam dengan adil dan saksama, maka hasilnya,kita BANGUN BERSAMA ISLAM =)
So,nanti bila you all mengundi, ingatlah negeri tauladan contoh yang Islamik ini, Kelantan Darul Naim! Jangan lepaskan tanggugjawab anda untuk mengundi ya kerana dirimu begitu berharga!
Terima kasih jak Fredrick kerana bertanya! =)