RSS

Jatuh cinta ke suka?

Oh Oh. Cepat je mouse nak click bila dakhala (دخل) tentang mohabbatein ( mahhabah/ cinta). As salam la dulu kan sayang =)

Cinta yang hari ini, hendak Jiha sampaikan adalah mohabbatein tentang annas ( الإنسان).

Cinta yang bisa menerbangkan manusia ke syurga atau neraka. Cinta yang bisa membina atau membinasakan jiwa. Cinta yang bisa membisu atau berkata pada Sang Pencipta Cinta. Cinta yang bisa buta atau melihat hati . Cinta yang berkuasa atau cinta yang dusta.

Subhanallah. Tak akan berakhir soal cinta. Kerna cinta manusia itu wujud sejak Adam Allaihisallam. Kerna cinta tak pernah membezakan usia antara Muhammad S.A.W dan Saidatina Khadijah. Kerna cinta Zulaikha, Yusuf Allaihisallam dipenjara.

Bicara soal cinta (remaja khususnya) yang semakin merekah dosa dan zina, Raudhatus Sakinah menerbangkan Maher Zain ke Malaysia. Ya untuk kempen Save The Soul Showcase, 14-15th, MBSA Audotarium di Shah Alam, jam 8 malam!

Sesiapa berminat nak tulis mesej untuk MZ, let me know, sebab ada seorang bro tengah buat buku khas untuk peminat MZ yang nak tulis mesej untuk MZ. okesh babe
cyaaaaaaaaaa

Hari Pertama di European Institute of Human Sciences

1- Hey salam baby! =) Selamat Hari Raya. Tahun ini pertama kali, Jiha tak dapat duit raya. Lol. Dah besar la tu konon jek.

2- Hari ini, hari pertama, jiha masuk European Institue of Human Sciences di Lampeter. Jauh atas bukit, di pedalaman kampung Wales. Cantik. Subhanallah. Sunyi, ya tempat strategik untuk belajar dan mengajar diri supaya jadi budak bayek.

3- Cadang dulu memang Jiha nak masuk Art Course tapi tak diizinkan,mungkin lain kali. Seni tak pernah jauh dari hati. Seperti cinta yang tak akan mati. Jiha bawa colour pencils dan buku kecil lukisan yang selalunya Jiha bawa kemana-mana.

4- Walaupun begitu, setiap awan yang menghujani bumi,langit akan dihiasi dengan pelangi kemudiannya. Alhamdullilah, jiha dapat tawaran belajar di EIHS. Jiha ambil Arabic Language course. Alhamdullilah,dapat masuk intermediate class. Alhamdullilah jugak,sebab isteri Syeikh Mohsein,adalah ustazah Bahasa Arab jiha! Lucky thing, because I know them well =))

5- Jiha juga mengajar Bahasa Melayu kepada seorang wanita Perancis,Auntie Catherine. Dia berkahwin dengan lelaki Melayu Singapura. Walaupun Jiha tak tahu nak mengajar Bahasa Melayu dengan baik, Jiha bantai je la apa yang Jiha boleh ajarkan padanya. Plus Jiha dapat A* dalam GCE Bahasa Melayu. Haha. lol. Soalan kacang mat lodeh leh la dapat A*,kalau SPM,waahualam!

6- Menuntutlah ilmu walaupun jauh hingga ke negara China. Menuntutlah ilmu walaupun kita di Malaysia. Menuntutlah ilmu walau dimana pun kita berada. Bukan di sekolah,bukan di universiti,tetapi dengan masyarakat sekeliling! Rezeki Tuhan dimana-mana. Belajar di pelusuk dunia mana pun,tetap bumi Allah juga sayang :))

7- Doakan Jiha maju jaya. Tak malas2. Tak nakal2 taw. Jiha doakan kalian semua pun begitu juga. Amen.