RSS

Make Love, Not War SHow time

Supernanny dan Syafiah sayang!

Jiha baru je baca berita ini dari Uncle Zaharuddin punya blog. Kasihan sangat! =,((
Kenapa jadi macam itu sekali?

Ada satu rancangan TV di Britain, Supernanny.


Ini rancangan TV yang paling Jiha suka. Dulu, waktu kecil2,Jiha nak jadi nanny taw!Sebab Jiha suka jaga baby dan suka tidurkan baby!Jiha mencadangkan semua diluar sana menonton rancangan Supernanny! Dia itu seorang nanny yang bukan sebarang Nanny! Di UK, meninggalkan anak(dibawah umur 12 dan 16) di luar rumah dan di dalam rumah adalah salah! Dan anda mungkin boleh didenda.

Di UK, ada Childline, Muslimline,macam-macam talian yang boleh dihubungi secara percuma jika mereka (kanak-kanak) didera secara fizikal dan mental, dimarahi, dipukul atau yang berkaitan. Begitu juga perkhidmatan di sekolah, ada kaunseling dan pertolongan secara percuma sebagai alternatif kepada mereka yang teraniaya!

Ya! Jangan main-main. Diharapkan pihak kerajaan Malaysia lebih mengambil berat terhadap isu kanak-kanak!Meniru yang bahek, tidak mengapa! =))

Petikan dari Uncle Zaharuddin punya blog
Kita berdoa agar bala Allah secara besar-besaran tidak ditimpakan atas keculasan segolongan besar masyarakat dalam melaksanakan amanahnya. Lebih dari itu, kita berdoa agar kita tidak tergolong dalam golongan terbabit. Ketahui Rasulullah mengingatkan kepada Ali Abi Talib k.w ": Jangan marah, jangan marah, jangan marah" . Kerana kemarahan membutakan aqal sehingga mendorong seseorang untuk meukul kanak-kanak tanpa pertimbangan yang waras, akhirnya boleh membawa kepada kematian dan seterusnya penyesalan.