RSS

blog tutup






tunggu hati & perasaan saya pulang

polis VS hero


Setiap helaian kertas yang dihasilkan adalah atas nama keamanan.Perjuangan yang setakat ini yang saya mampu terjemahkan kepada kalian.Apa terjadi di Perak, adalah seperti kelas darjah 1. Comel,kelakar,geram semua wujud. Rampas-merampas.Polis bertindak keras. Rakyat ditindas. Memang panas. Klik di sini untuk melihat sketchbook saya
Keamanan apa lagi yang harus dipercayai?Kerana harapan dan mimpi yang ada,ternyata lerai.Mahkamah pun hanya atas nama mahkmah kerajaan.Bukan mahkamah atas nama mahkamah.Biar rakyat menjadi hakim.
Saya mencari hero.Ada hero disebalik suara kita.Cuma berbalam.
Rakyat kita digari suka-suka oleh polis.Saya sukat untuk menghormati polis sedemikin meskipun atas arahan pihak atasan.Polis itu berhak untuk tidak mengikut arahan sedemikian.Takut hilang kerja?Takut hilang kawan?Takut hilang jawatan?
POLIS BANGUNLAH DARI MIMPI.
Saya menghormati Polis yang benar merasai dirinya adalah polis.Polis yang menjaga keamanan,kedamaian,tanpa berat sebelah dan bisa bergelar hero Malaysia.
POLIS BANGUNLAH DARI GARI YANG MENGGARI HATIMU.
=]

saya bukan pejuang


Saya suka menulis blog pada waktu malam.Rasa tenang bila malam itu.Lagi tenang dan syahdu bila dengar bacaan Al Quran.Rasa kerdil dan insaf pada diri yang hina.Syukur alhamdullilah, Allah masih memberikan nafas untuk saya berjuang di medan dunia ini.

Alhamdullilah,saya mempunyai keluarga yang bahagia.Ayah dan ibu inspirasi saya.Bila saya buat dosa dan salah,saya teringat pada pengorbanan yang tak penghujung dari yang tercinta.Adik saya si Bella Bello itu pun saya sayang.Gaduh gaduh pun gaduh sayang.Hahaha.
Walaupun sudah berbulan,arwah embah berada di pusara,rindu saya masih merah lagi.Merah mekar untuk pusara embah.Senyuman terakhir di wajah suci embah masih lagi hijau.Saya cuma tinggal atuk ki dan atuk (suami nanny saya waktu kecik2).

Ayah dan ibulah yang menghantar saya ke sekolah agama waktu kecik2 dulu.Sekarang,ayah pun masih hantar kami ke sekolah.Walaupun bukan sekolah agama,saya dihantar ke masjid untuk mengaji Quran dengan Syeikh Mohsein.Walaupun saya bakal umur 18,saya mesti diajar untuk belajar Quran.Agar hidup saya berkat dan pegang kuat pada Islam.

Saya pun tidak tahu sejauh manakah saya mengenal diri saya sebagai muslim.Sejatikah?Poyokah?Hipokritkah?
Selidik dalam sedalam laut atlantik,air mata saya tetiba jatuh di pipi.Tuhan telah memberikan saya kebahagiaan,peluang taubat dan kehidupan yang baik.Alhamdullilah.

Saya pun tidak tahu sejauh manakah perjuangan saya sebagai gadis reformasi.Adakah sekadar menyuarkan ketidakadilan?Atau benar-benar seorang pejuang seperti serikandi Islam?Saya baca blog auntie Ina ,Uncle Zaharuddin dan Ustaz Tantawi. Masyallah.

Tiada apa yang lagi saya harapkan.Saya cuma berdoa agar Iman Islam ummat Islam akan terus kuat lagi-lagi kerana kita sedang menghampiri hari Qiamat itu.

إن للقبر ضغطه لو سلم أو نجا منها أحد لنجا سعد بن معاذ
Ertinya : "Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )" ( Riwayat Ahmad, dengan sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din al-Maqdisi, 5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)


Ingatkan saya bila saya lupa.Sayugia,Tuhan Itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang