RSS

Enjoy babe!


Tanah airku, Malaysia!

Salam. Come esta? (how are you in Spanish language)

Alhamdullilah, 16 Januari 2011 kita sudah melangkah.
Malaysia tanah air, tanah ku cinta,
Rindu masih merah seperti mentari senja,
Bendangnya hijau,subhanallah,
Adat melayunya masih basah,wah,,,Jawaku masih enggak bisa bertutur.
Kubur embah kami lewati,
Rumputnya hijau subur,Menemani arwah,
Lagu Keluarga Bahagia,
menjadi naluri manis,
Moga embah bahagia,
Seperti mana tawa lalu,
Tika dikau ada,
di teratak sungai Lampam.

Setelah 4 tahun,
pulang kami dari rantauan,
Raya Eid Adha kami bersama,
Bersatu kami sekeluarga,
terperinya rasa,
indah belaka!

Aku bukan lagi di kota Inggeris,
Tapi rinduku menghiris,
Salju putih,kawan-kawan putihku dan bahasa putihku,
Swanseaku,
Kamu jua jiwa cinta
Cinta


Malaysiaku,
sukarnya ku meninggalkanmu,
entah kelak bila ku akan berjumpa,
Malaysiaku,
tinggallah dikau dalam aman,
tinggallah dikau dalam iman,
tinggallah dikau dalam Islam





Alhamdullilah, alhamdullilah,alhamdullilah!

Rentetan jaulah di tanah Tuhan

Nawaitu di Swansea,Wales, Britain

Rumah bagai sarang dinosaur. Berpuluh kotak berwarna coklat memenuhi ruang legar teratak Alexandra kami. Lelah terasa. Urat perempuan anak ayah, Najihah dan Nabilah mengerah keringat membalut dan mengemas barang yang bakal dimasukkan ke dalam kontena.

Masa tak pernah diduga pantasnya. Memori salju turun dari langit, musim bunga yang indah, sejuk kebas di saat musim sejuk, dan ceria sang mentari di musim panas. Semuanya itu rezeki dan keindahan Tuhan pada umat manusia. Masih ku ingat, ayah selalu berpesan dan bermesyuarat, berjaulah kami bukan suka-suka, bukannya kaya-raya, tapi mencari keagungan Tuhan dan mendekatkan diri padaNya. Ayah selalu ingatkan kami, rezeki berjaulah bukan selalu. Jauh perjalanan,luas pemandangan, nikmat berpengetahuan! Terima kasih ayah dan ibu =)

Aku cuma ada beberapa hari untuk meninggalkan Swansea kerna aku harus pergi ke Institute of Human Sciences di Lampeter. 1jam 15 minit dari Swansea. Terasa excited menjelma.Namun meninggalkan Swansea City yang indah itu bias mengajarku erti rindu pada aman dan cintaku pada Swansea.

Swansea sebuah bandar yang sederhana. Cantiknya ada rumah diatas bukit, ombak Swansea Bay yang sejuk, tenangnya kerna jenayah yang kurang, living cost yang murah dan berkualiti, komuniti masyarakat yang friendly dan baik, masjid dan gereja yang menjadi penghubung masyrakat Islam dan bukan Islam. Masyrakatnya dikenali sebagai Welsh. Orang asal dari Wales yang bertutur dalam bahasa ibunda Welsh. Slank bahasa Inggerisnya pun lain dari England, Scotland, dan Northern Ireland.

Di Swansea, aku disekolah di Bishop Gore Comprehensive School. Free of Charge for everyone! Sistem persekolahan yang berbeda, guru-guru yang professional,teman uniform yang beza fashionnya, makanan di kantin, hukum-hakam sebagai seorang Muslim, servis dan sokongan yang diberikan oleh pihak sekolah yang cukup bagus, dan demokrasi yang cukup hebat. Beruntung kerana disitulah aku belajar tentang dunia yang lain. Subhanllah. Mahu saja ku terokai lagi bumi Tuhan. Disitu aku menimba ilmu.

Kota kecil Wales, Lampeter,

Di dalam kelas Bahasa Arab,Ustaz Hassan tersenyum sinis melihat warna stokinku yang berlainan pasang. Ujarnnya “Unik sungguh kamu ini! Usah pulang ke Malaysia, tinggal saja di sini. Visa tak penting!” terkekek satu kelas memandang selipar jepunku. Selamba dan senyum manis sahajalah. Aku memang begini.

Ikram dan Jamila merengek dan memujukku supaya jangan pulang ke Malaysia. Mereka sudah meluahkan rasa rindu padaku, meski aku belum meninggalkan kolej itu lagi. Ayanle dan Abdullah sudah mengucapkan selamat tinggal padaku.Ikram sahabat karibku, terasa sepi bakal mengundang setelah pemergianku. Jamila yang memanggilku Barbie, pun juga merasai begitu.

Pagi yang ditemani hujan,mengiringi perjalananku. Meninggalkan European Institute of Human Sciences di atas bukit, Lampeter. Ikram saja yang menghantarku ke hingga ke kereta. Yang lain, masih lena dipelukan mimpi. Flying kiss diberikan oleh Ikram. Terasa rindu pula menyapai.

Kembali ke Swansea

Telefon bimbitku tidak putus dengan SMS dari teman-teman yang mengucapkan selamat tinggal. Kesibukkan menekan punat-punat di telefon bimbit. Rumah yang dipenuhi kotak-kotak berwarna coklat telah diangkut ke kontena. Semuanya hasil dari pertolongan sepakat nan berkat oleh teman-teman. Komuniti Melayu dan juga seorang wanita French dari Swansea, Lampeter dan Cardiff menghulurkan tenaga. Kek coklat yang dibuat adik Aleya pada pukul 2 pagi, burger Malaysia, nasi goreng, air teh, dan pelbagai makanan untuk santapan mereka yang membantu. Budak-budak kecil pun bersemangat menolong orang dewasa.

Kameraku pantas mengambil gambar-gambar. Dari penuhnya rumah hinggalah kosongnya rumah kami. Dari beramai punya orang, hingglah tinggal kami berempat.Bila kosong yang tinggal, terasa teratak yang kami mampir selama 3 tahun, menjadi sunyi. Malam itu dijemput makan bersama teman Kurdish, Dilshad, Alan dan Salah. Masakan Kurdish oleh air tangan mereka memang enak. Gurau si Alan, Dilshad dan Salah yang tak sudah,menjadi helaian manis di Swansea. Galak sungguh bercerita tentang Kurdistan dan Malaysia. Dari hal pelancongan, bangsa, agama dan bahasa, menjadi topic perbualan. Kami dihadiahi minyak wangi sebagai cenderamata.

Sehari sebelum itu, kami dijemput dinner bersama Auntie Catherine. Kami bermalam bersama dirumahnya. Bilang Auntie Catherine tidak mampu melelapkan matanya dek sebak dan sedih, kerna kamilah keluarga Melayu pertama yang sangat akrab dengan keluarganya.

Esoknya, saat pun tiba, Swansea bakal ditinggalkan. Lepasan tangan melambai rindu pada Swansea. Kami mahu menuju ke Kota Metropolitan London. Di stesyen kereta api, Auntie Catherine, Eilia, Amel dan Johan, memandang sayu akan pemergian kami. Tak sempat memberi kucupan dan pelukan. Eilia dan Auntie Catherine menitiskan air mata. Amel dan Johan hanya tersenyum dan lari terkedek mengikuti kereta api kami.

Mahu diucapkan selamat tinggal pada Swansea? Oh tidak.Brynmill tempat tinggalku, akan selalu ku simpan dalam jiwa raga. Tempat aku membesar, tempat ku berkawan dengan pengalaman. Swansea akan selalu di hati seperti cinta yang tak akan mati meski dihunus pedang nan berduri.

London

Di London, kami sempat menjejak kaki di rumah kakak Puteri dan abang Tazli. Anak-anaknya banget comel!!! Gewraaaam tengok pipi Nurhan dan abangnya. Kakaknya pun comel.Semua comellll! MasyAllah!!

Kami bermalam di rumah ustaz Erfino. Sedap sungguh masakan isteri ustaz Erfino. Kami akan bertolak di awal pagi. London bakal ditinggalkan. Jordan menanti kami!

Nantikan rentetan seterusnya!

Noktah?

Berjaulah dengan kemampuan yang seadanya. Berjaulah kalian walaupun dimana jua. Berjaulah itu indah bila selitnya niat dalam hati. Mengenali ciptaan Illahi. Mengenali kebesaran Al Quran dan Sunnah secara praktikal. Paling penting,berjaulah kamu sebagai seorang Muslim walaupun kamu di negara bukan Muslim. Terima kasih kepada semua yang meringankan yang berat, saat kami di kesusahan dan kesenangan. Sungguh sayang takkan padam! Salam jaulah! Salam ukhuwah fisabilillah!Jangan noktahkan jaulah!

Jatuh cinta ke suka?

Oh Oh. Cepat je mouse nak click bila dakhala (دخل) tentang mohabbatein ( mahhabah/ cinta). As salam la dulu kan sayang =)

Cinta yang hari ini, hendak Jiha sampaikan adalah mohabbatein tentang annas ( الإنسان).

Cinta yang bisa menerbangkan manusia ke syurga atau neraka. Cinta yang bisa membina atau membinasakan jiwa. Cinta yang bisa membisu atau berkata pada Sang Pencipta Cinta. Cinta yang bisa buta atau melihat hati . Cinta yang berkuasa atau cinta yang dusta.

Subhanallah. Tak akan berakhir soal cinta. Kerna cinta manusia itu wujud sejak Adam Allaihisallam. Kerna cinta tak pernah membezakan usia antara Muhammad S.A.W dan Saidatina Khadijah. Kerna cinta Zulaikha, Yusuf Allaihisallam dipenjara.

Bicara soal cinta (remaja khususnya) yang semakin merekah dosa dan zina, Raudhatus Sakinah menerbangkan Maher Zain ke Malaysia. Ya untuk kempen Save The Soul Showcase, 14-15th, MBSA Audotarium di Shah Alam, jam 8 malam!

Sesiapa berminat nak tulis mesej untuk MZ, let me know, sebab ada seorang bro tengah buat buku khas untuk peminat MZ yang nak tulis mesej untuk MZ. okesh babe
cyaaaaaaaaaa

Hari Pertama di European Institute of Human Sciences

1- Hey salam baby! =) Selamat Hari Raya. Tahun ini pertama kali, Jiha tak dapat duit raya. Lol. Dah besar la tu konon jek.

2- Hari ini, hari pertama, jiha masuk European Institue of Human Sciences di Lampeter. Jauh atas bukit, di pedalaman kampung Wales. Cantik. Subhanallah. Sunyi, ya tempat strategik untuk belajar dan mengajar diri supaya jadi budak bayek.

3- Cadang dulu memang Jiha nak masuk Art Course tapi tak diizinkan,mungkin lain kali. Seni tak pernah jauh dari hati. Seperti cinta yang tak akan mati. Jiha bawa colour pencils dan buku kecil lukisan yang selalunya Jiha bawa kemana-mana.

4- Walaupun begitu, setiap awan yang menghujani bumi,langit akan dihiasi dengan pelangi kemudiannya. Alhamdullilah, jiha dapat tawaran belajar di EIHS. Jiha ambil Arabic Language course. Alhamdullilah,dapat masuk intermediate class. Alhamdullilah jugak,sebab isteri Syeikh Mohsein,adalah ustazah Bahasa Arab jiha! Lucky thing, because I know them well =))

5- Jiha juga mengajar Bahasa Melayu kepada seorang wanita Perancis,Auntie Catherine. Dia berkahwin dengan lelaki Melayu Singapura. Walaupun Jiha tak tahu nak mengajar Bahasa Melayu dengan baik, Jiha bantai je la apa yang Jiha boleh ajarkan padanya. Plus Jiha dapat A* dalam GCE Bahasa Melayu. Haha. lol. Soalan kacang mat lodeh leh la dapat A*,kalau SPM,waahualam!

6- Menuntutlah ilmu walaupun jauh hingga ke negara China. Menuntutlah ilmu walaupun kita di Malaysia. Menuntutlah ilmu walau dimana pun kita berada. Bukan di sekolah,bukan di universiti,tetapi dengan masyarakat sekeliling! Rezeki Tuhan dimana-mana. Belajar di pelusuk dunia mana pun,tetap bumi Allah juga sayang :))

7- Doakan Jiha maju jaya. Tak malas2. Tak nakal2 taw. Jiha doakan kalian semua pun begitu juga. Amen.

Beraya di perantaun lagi ek Jiha?

wahid- Salam Ramadan Karem dan Syawal lagi para pembaca yang budiman. Alhamdullilah, sudah hampir kita pada tarikh Syawal dan kini Ramadan pula bakal meninggalkan kita. Tak puas rasanya bercinta dengan Ramadan. Rasa mahu dipeluk erat supaya tidak meninggalkan kita. Entahkan tidak kita akan masih bernafas di masa Ramadan akan datang. Ya Allah, sayunya hati melihat Ramadan bakal meninggalkan kita.

Isnaini- 4 tahun sudah kami bergelar perantau di bumi Tuhan. Bukan di Britain sahaja. 4 kali juga kami beraya sebagai keluarga perantau. Tak pernah pun sangka, rezeki Tuhan pada kami, sampai di negara orang.Jauh sekali dari Malaysia. Berjumpa manusia dari a-z, lesbian mahu pun gay, muslim berada atas nama Islam semata,dari penyanyi,ahli politik, aktivis,sukarelawan, syeikh, pelarian, dan berbagai status manusia di muka bumi Tuhan. Ada sejuta kisah dibalik daun dan cendawan di lantai Tuhan.

Salasa -Di bumi Tuhan, bukan semua Muslim berpuasa. Lelaki atau perempuan. Muda atau tua. Pernah saja jiha temu mereka, meminta izin dengan sopan lagi, untuk makan kerana dia tahu jiha berpuasa . Laki apatah lagi sukar difinisikan sebagai Muslim,melainkan jika dia berpakaian seperti Muslim (songkok,etc). Bilangnya, entah kenapa dia tidak mahu berpuasa, penat balik gym. Bilang Jiha, Tuhan tak ciptakan puasa untuk menyusahkan kita.Dia Maha Mengetahui dan Bijaksana dalam melaksanakan apa yang Dia ajarkan pada kita. Cantik Ramadan itu, bila terasa manisnya berduaan dengan Allah, berkongsi iftar dan sahur bersama, merapatkan sof solat,bertembung bahu, merapat rusuk dada bersama brothers and sisters. Entah kenapa perasaan itu datang kejap-kejap. Subhanallah, cantik sungguh menjadi seorang Muslim dan Islam itu sangat indah ;)

Arba'a- Barangkali, soalan paling popular yang sering diajukan oleh sahabat2 dan keluarga di Facebook ,YM dan telefon, " Tahun ini balik raya Malaysia tak?, bila nak balik Malaysia ini?". Air mata embah wedok (nenek sebelah ayah), menitis lagi. Hampa hatinya menanti kepulangan kami. Ya Allah, moga Allah beri kekuatan pada embah,keluarga,dan sahabat2 yang menantikan kepulangan kami.

Khamsa-Menjadi perantau seperti belajar untuk belayar di awan. Rapuhnya awan,tak pernah berhujung. Naik turun kapal terbang, hati melodak untuk pulang ke Malaysia,melihat kepak kapal terbang menjalani di awan putih. Rindu bertaut rindu. Menanti kucupan dan pelukan keluarga dan sahabat yang dirindui.

Sittah- Kadang tidak ada ketupat, dan tidak kedengaran Takbir Raya ala Malaysia. Namun Syawal tetap dinanti dengan hati yang gembira,insyAllah. Baju dan tradisi melayu masih tersemat di hati. Rasa bangga menjadi rakyat (Muslim) Malaysia walaupun Jiha jauh dari Malaysia. Doakan jiha sekeluarga untuk pulang dengan selamatnya. Kalau ada jodoh, kita boleh jumpa di Malaysia nanti. Jangan malu2 ek dengan jiha. Hehe >,<>Nanti bagi jiha duwet raya ek. Haha. Maaf zahir dan batin kalau kalian pernah terasa hati atau apa2 je la ek. Take care. Jangan maen mercun taw.

Sab'ah-Last message Doakan untuk brothers and sisters kita di dunia yang lain. Kasihan pada mereka. As behalf of Islamic Relief, jiha nak ajak kalian semua untuk bermurah hti menderma. Sila click link ini okesh (for Pakistan). Alhamdullilah, kami berjaya mengumpul 117,000 pound hasil dari dinner for Pakistan di Cardiff, Wales! Takbir! =)


Ini e card yang Jiha design untuk kalian. Feel free to copy okesh! =)

non-muslim yang berpuasa!

heyya salam ramadan karem! =) How are you my darling? ewah ngade2 lak ber darling-darling! Okesh, perkataan darling itu biasa digunakan di sini,walaupun orang itu lelaki atau perempuan yang tak dikenali. Fakta tentang Britain! Niat bukan menggatal la, itu adalah budaya percakapan mereka. Bukan darling je, malah, my love, my dear..Jadi lembut telinga mendengar =) kan kan darling? Cuma kalau translate pada bahasa melayu dan budaya melayu, jadi lain lak bunyi. ek sayang? haha. Lol =DD
Jiha ada cerita best taw. Hehe. Sengih lu =))

Kelmarin, 3 september, telah diadakan iftar bersama non-muslim. Jiha jemput 3 orang kawan jiha, Non-muslim.

Berbuka dengan kurma!

Kawan perempuan jiha, Jemmar, dia pun berpuasa. Penuh sehari! Dari pukul 3 pagi sampai 8 malam. Panjang seyh puasa. Hatinya memang minat pada Islam. Dia suka membaca Quran terjemahan. Dia suka dengan Islam itu sendiri. Dia juga ringan tulang, membantu Islamic Relief, di waktu street collection pada Rabu lepas. Dia malah terbuka hatinya untuk datang lagi ke masjid,esoknya. Moga Tuhan bukakan hatinya kelak. Amen! =))

Hmm. Tapi, apa jadi dengan Malaysia punya cerita? Malas nak mengulas. Macam kena kupas bawang je. Baik jiha buat kek coklat .

Ini cuma pandangan secara Islamik dan peribadi saya ek my darling. Kalau kita ajak orang datang rumah Allah, tak kira lah non-muslim atau muslim, tak salah dan dosa. Lagilah hatinya akan terbuka pada keterbukaan Islam itu. Jiha tulis berdasarkan praktikal yang jiha sendiri lalui. Manis tak manis, kongsi makanan dan mengajak mereka ke rumah Allah. Jiha petik dari Islamonline


As for other mosques than the Holy Mosque in Makkah, the Madinan jurists forbade non-Muslims from entering them because non-Muslims are regarded by the Qur’an as impure. Imam Ahmad is reported to have said that they can only enter these mosques with the permission of Muslims. This is supported by the report that the Prophet (peace and blessings be upon him) permitted the people of At-Ta’if to stay in the mosque prior to their embracing Islam. He also received the Christians of Najran in his mosque in Madinah. When the time of their prayer was due, they prayed in the mosque towards the eastern direction. Thereupon the Prophet (peace and blessings be upon him) said (to his Companions), “Leave them (to perform prayer).”

Read more: http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543870#ixzz0yZKwekCE

Jangan la gaduh2 da. Inikan Ramadan. Come on people. Hugs. Hugs. Open your mind. Open your heart. Quran kan ada my darling? =))