RSS
Showing posts with label antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label antarabangsa. Show all posts

tragis demokrasi Malaysia

salam BERSIH

Kehangatan masih berbisa. BERSIH isu hangat J dan kawan2 serta family. Walaupun tidak dapat hadir,namun syabas diucapkan pada mereka yang pergi!

Profesionalkah POLIS DIRAJA MALAYSIA?

Tatkala melihat YB mat Sabu yang sengaja dilanggar oleh mereka yang berperikemanusiaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawalnya yang dipukul polis hingga tercedera, begitu juga kepada seorang lelaki lain di Pudu yang pecah kepala diserang polis serta banyak lagi bukti-bukti keganasan polis menuntut pertanggungjwaban Ketua Polis Negara dan organisasinya, gari-gari yang menggari mereka yang bersuara, kawan J sendiri ditahan, Sya'rani Supandi,. Alfatihah untuk allahyarham Hj Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia dengan tangan digari,30 minit beratrung nyawa,ditinggalkan polis pengiring meninggalkannya di tepi jalan,

Dan media terus diperalatkan, menjadi boneka pemimpin yang zalim, apa halal duit gaji sebegitu rupa?




Polis yang bertugas, bukan kami tak faham tugas anda,yakni menjaga keselamatan negara. Tetapi bukan dengan menyepak,menggari,dan bersifat tidak berperikemanusiaan dengan sesuka hati kau. Kita ada undang-undang Islam,negara, dan antarabangsa. Kami bukan buta & tuli undang-undang!

Agong pun sudah kasi green light. Kau lak pe kes nak mempertahankan sifat zalim pemimpin Malaysia?


Article 5. (The Universal International Human Rights Declaration)

  • No one shall be subjected to torture or to cruel, inhuman or degrading treatment or punishment.
Kesimpulan: Qullil haq walau kana murran
Berkatalah benar walau ia pahit

kita demo sytle UK!

Salamuallaik. Ya sekarang kami sedang menjalankan kempen 1000 tandatangan anti-peperangan Libya untuk dihantar ke Kedutaan US,UK dan Perancis pada Jumaat ini. Insyallah. Anda juga mampu melakukannya.
1. Pakat2 la dengan kawan-kawan untuk bersama dalam kempen kemanusiaan ini,
2. Beli plain banner
3. Dapatkan signatures dari kawan2 pejabat,sekolah,jiran2,family,ahli jemaah,etc!
4. Target venue di tempat awam yang ramai orang!
5. Malu? Takut? Jangan begitu! Libya memerlukan KITA!




Ini the latest picture dari Swansea. Ya mereka berprotes. Same place. Yes there are police over there but they are only watching protestor not HARMING/BEAT UP/ETC them. My Swansea, my love! Well done to Swansea. This picture credit to Councillor Peter May. Bukan kuantiti protestor yang penting, tetapi kualiti protest ini. Bila lagi Malaysia?

Ini pula protest STOP RACISM di Swansea. Ada musik yang mengecohkan suasana. Ada anak muda yang bersuara. Tanpa pangkat atau status. Aman je. Anak Malaysia pula? Jangan melepak je!

Ya Jumaat ini, 11am-selepas Jumaat. Berarak dari masjid negara ke kedutaan US,UK & Perancis. Tema warna baju: merah,hijau & hitam. Jika Arab mampu bersatu melalui Facebook, mengapa tidak kita? Ianya dibawah organisasi Peace Maker. Join & LIKE us on FACEBOOK! ;)Dan Silence Light Light Night, Sabtu ini di Kedutaan Amerika. Solat hajat bersama dan juga ada perhimpunan aman senyap membawa lilin,sebagai simbol harapan & cahaya keamaanan kepada rakyat Libya! Forward kepada kawan2 ya! Datang ramai2 ;)

Berita dari Syria: Freedom is Calling

salam Syria! :)

Teringat kisah bro Muaz, sis Mumina dan abang2 & kakak2 di Jordan & Syria pada akhir tahun lepas. Pesan-pesan!

Jangan dibawa apa2 buku Hasan Al Bana!
Presidentnya Bashar, dipanggil Pak Long dikalangan Malaysian, Jangan disebut namanya! Pandang & senyum pada wajahnya pun, jangan!
Jangan disebut tentang politik & kebebasan di negara Syria! Jangan!
Jangan terlebih mulut cakap tentang Syria! Jangan!
Jangan diambil gambar penjara bawah tanah, di tengah bandar Syria itu!

Dijangankannya kerana anda bakal menerima padah! Sama ada dihumban ke penjara, diseksa atau hilang terus tanpa berita. Dikatakan 90% rakyatnya adalah mata-mata kerajaan. Dalam 1 keluarga, selalunya akan ada 1 mata-mata. Entah bagaimana rasa mahu percaya ada, diantara mereka?

Meski begitu banyak JANGANNYA, alhamdullilah, Syria bumi anbia`, begitu dekat & aman juga rasanya saat kaki menziarahi perkuburan para ulama-ulama, para imam-imam!

Ramai perempuan yang menutup aurat & berniqab. Berbeda dari Jordan & Malaysia.

Rindu pula Syria! Terasa manis halwa pak Arab!

Yang pasti, rasa ketidakadilan dan kasihan pada kezaliman, harus dihidupkan dengan keberaniaan! Lantas, rakyat mula bangkit! Melawan demi keadilan! Meski dibunuh! Ya Allah lindungilah ummat Muhammad ini! CLICK HERE!

Tapi bagaimana pula dengan kita? Pedulikah kita? Atau menanti perang hadir dihadapan mata?


Oo lambat update lak pasal Syria!

Menanti Perang Berakhir


Itu tajuk drama penulisan oleh ayah Jiha la.Ye salam peperangan. J sekarang berada di Zon Perang Libya. J membuat liputan wakil dari media bebas untuk Malaysia dan warga dunia.

Disana nampaknya ada sebuah jet pejuang Amerika sedang membedil kota raya. Rakyat bertempiaran. Ibu sedang melindungi bayinya dibawah hijabnya. Disana pula nampak seorang ayah tua berlari bersama anak terunanya.

Boom! Ah anak kecil itu ditembak!
Boom! Wanita itu pengsan! Berdarah!

Obama mengatakan pihak PBB akan menyelamatkan rakyat Libya dari diktator Gadhafi. Gadhafi sedang aktif memberikan senjata kepada rakyatnta untuk menentang kuasa campur tangan PBB!

Rakyat Malaysia nampaknya sedang berdemonstrasi menentang peperangan ini. Kelihatan anak muda sedang mengibar bendera keamanan. Kelihatan juga anak muda sedang menyanyi di jalanan bagi menunjukkan sokongan kepada rakyat Libya, bukan Gadhafi, bukan PBB!Masyallah anak muda MALAYSIA sedang bangkit hebat!

Boooom! Satu bedilan terdengar lagi! BOOOOOOM! Satu peluru mensusuri jantungku! Aduh! Allah!
*************************************************************************************

"Jiha oh Jiha bangun!" terdengar suara halus. Ah mimpi rupanya!
Mana anak Malaysia dalam mimpi tadi? Mana Umar Al Khatab Malaysia? Mana dia Sultan Fateh?

Gentarkah anak muda Malaysia melawan kezaliman ini? Ahlan wasahlan! Ya anda berada di Zon Perang! Mari turun sama, kita PROTEST PEPERANGAN LIBYA ini. Check out my FB`s event! =)
.

Islamic Relief in my heart!

Islamic Relief is always my choice.InsyAllah!
May Allah bless Islamic Relief for all the efforts they bring to people! =)
Allahuma ameen
Anyway, I miss to do my volounteer work with IR! I really miss you baby!!



A great story from Mr Salah!
http://www.islamic-relief.org.uk/libya_blog.aspx?utm_source=Islamic+Relief+UK+All&utm_campaign=807d6203e0-MENA&utm_medium=email

1 Malaysia ye la sangat :)

Boom! Boom! Boom!
Jam 8.30 malam, Jiha suka menonton berita luar negara di Tv3,
Inspirasi Hidupku!
LOL yela Inspirasi Hidupku yang tang ni jek
Kenapa Boom! Boom! Boom!?
Yelah
Hari itu di Egpyt bergegar,
sekarang di Yaman bergetar,
kemiskinan harus digempur,
bising rakyatnya,
Libya pun gempar,
Muammar al-Gaddafi pun menggeletar,
gaji pekerja dinaikkan 100%,
"terrorist" yang berpaut dengan Al Qaeda dibebaskan,
Bicara Najib,
jangan risau, Malaysia akan aman,
kita kan 1 malaysia!
yelah bangga la Jiha jadi rakyat Malaysia,
tapi,
bagaimana pula isu ISA?
bagaimana pula isu Beng Hock?
bagaimana pula isu adik Amirul?
bagaimana pula isu rakyat kita?
bagaimana pula isu Memali?
bagaimana pula isu pilihan raya yang seringnya tidak adil?
bagaimana pula rasuah?
bagaimana pula kemiskinan sedang korporat kaya-raya?
anda ada kesah?
ke Aiman tak kesah?
jangan lupa ya,
rakyat Malaysia juga disepak,
pada perhimpunan aman!
Jangan lupa ya,
kita bersaudara,
Jangan lupa ya,
kita 1 Malaysia!

J menonton Halaqah@TV9, Nabi mengingatkan mengingatkan ukhwah. Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah orang yang bersaudara. Adalah wajib bagi kamu mendamaikan jika ada yang bertelegah. Perumpamaan silaturahim itu sama seperti satu tubuh badan, maksud hadith.

Revolusi Tunisia & Arab yang terbang!




Siapa sangka,
Zine El Abidine Ben Ali,
Akan takut dan lari ke Perancis,
Siapa sangka,
Zine El Abidine Ben Ali,
Kena halau dari Perancis,
Lalu,
Arab Saudi memberinya perlindungan,
Lol
Kasihan.sangat.
hemoh-hemoh >,<


Siapa sangka, rakyat bangkit,
menjerit, perit,
ditembak mati,
tapi tidak pada hati,
cuma jasad,
Siapa sangka,
Bermulanya,
Suara Tunisia,
terbang dan terbang!

Siapa sangka,
Egypt pun mara,
Takut pak Mubarak agaknya,
Entah bila,
Merelatakan jawatan

Siapa sangka,
Malaysia pun sama saja!
Rakyat kami pun disepak,
Diterajang,Ditelanjang,
Cuma tak dibunuh lagi,
secara beramai-ramai!
FRU pun sudah lali,
Tapi kami tidak,
Biar Islam tertegak,
Keadian menerangi,
Kezaliman diakhiri,
Kita akan terus,
LAWAN TETAP LAWAN!

Ramadan di akhir zaman

Salam Ramadan Kareem :) Bulan indah dan bahagia, nikmat dan ganjaran yang lebat dan hebat dari Tuhan yang satu, bulan Syaitan di ISA kan, ya bulan Kareem wa barakAllah!

Semenjak-menjak ini, warkah Tuhan,petanda Qiamat makin hampir sering diutuskan, sedikit demi sedikit. Dari Swansea,ke Haiti, ke Aceh, ke Puchket, ke Sri Lanka,ke China, ke Pakistan, ke Malaysia dan dunia.
  • Swansea- Cuaca di musim panas berubah-ubah. Mendadak. Kadang tiba2 panas.Kadang tiba2 sejuk seperi di musim sejuk. Hujan pula kerap. Tak seperti rasanya musim panas itu.
  • Haiti- Ingat lagi gegaran Tuhan sampaikan pada 24 Januari 2010 ? Ya gegaran terkuat ,7.0 magnitude
  • Aceh, Phuket, Sri Lanka- pada 26 December 2004
  • China- Banjir di May 2010,2,794+ orang mati, 1,297 orang hilang. (Wikipedia)
  • Pakistan- Lewat Julai, banjir besar Monsoon menghempas Pure Land (Pakistan)
  • Malaysia- Hari2 babies kena buang?

  • sura al isra,ayah 32. And come not near to the unlawful sexual intercourse. Verily, it is a Fahishah [i.e. anything that transgresses its limits (a great sin)], and an evil way (that leads one to Hell unless Allah forgives him).

Nauzubillah!

Hadith 40/42- An-Nawawi 40 hadith;



12 Ogos: 2 tahun berlalu sudah ,seorang embah,ayah,guru,ulama` dan tokoh dipusarakan. Alfatihah buat arwah embah yang dirindu.

Anak Omar Radiallahu' pernah berkata; Di petang waktu, jangan disangka (akan hidup) hingga waktu pagi dan pada pagi jangan disangka (akan hidup) pada waktu petang)

Ambil kesihatan kamu dari kesakitan kamu, dan ambil dari kehidupan kamu untuk kematian kamu.

* Harap Jiha tak salah translate dalam Bahasa Melayu. insyAllah.

The latest and cutest one!



* Diatas segala kesulitan, SHow Time telah dialih kepada tarikh 19th April. Siapa2 dari Malaysia dan pelusuk dunia, anda dialukan untuk hadir bagi menyokong kempen kemanusiaan dibawah AMNESTY! Bawa Perdana Menteri saya sekali sebagai tanganbuah untuk kami rakyat Malaysia!

janji Obama pada kita

Cinta pandang pertama bukan selalu cinta permata!- bilang sang Hamster pada Dinosaur (sweet je character ni..haha)

Saat kegemilangan wajah pemimpin pertama berkulit hitam dari USA ini, seperti cinta pandang pertama. Ah terpedayakah kita dengan "change" yang dilaungkan oleh Obama?

Sedangkan mengenalinya pun tak kesampaiaan. Masa terlalu pendek untuk menelaah peribadi seseorang. 1 tahun pun belum cukup untuk mengenali manusia. Ayah pun baru je cakap malam tadi. Nak tahu perangai orang, kena ambil masa!

Mr Sanger (politics teacher) cakap, disebabkan prisoner dari Guatanamo Bay itu, ada yang benar2 pengganas, jadi Guatanamo Bay tak boleh la ditutup begitu sahaja.

Memang ada benarnya. Tapi di Guatanamo Bay itu adalah neraka kepada manusia yang tak bersalah.

Sekarang, mestilah Jiha marah dan tak puas hati sebab dulu jiha sayang gak kat Obama. Eee. Rasa macam dibuli pulak dengan ahli politik!
=_=

Kalau Obama tak tutup Guantanamo Bay secepat mungkin, percayalah nanti ada Dinosaur yang akan menyerang hendap.Ngeh2 (gelak kenakalan dan kejahatan sang Hamster) ^ -^

UK Border Force

Nak datang cari kerja di UK semata-mata?
Fikir dulu bayek-bayek.
Nak masuk UK sangat banyak songeh. Malaysia pun mungkin boleh ikut jejak UK bab pemasukan rakyat asing dan isu visa yang Jiha baru jek baca dalam Utusan Mellayoz. Salah guna visa.
Sekadar kongsi cerita sebab ada kawan-kawan nak datang UK nak kerja..so inilah jawapannye eh ;)
Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan ya!

wajah pemimpin Egypt


Gembira semalam melihat putih salju yang menyeliputi Swansea dan secara automatik sekolah ditutup, tiba disimbah dengan berita berdarah Konvoi Viva Palestina yang telah diserang oleh riot polis di sempadan Mesir- Palestina.


Salah seorang peserta, juga kenalan Jiha di Swansea, turut serta di dalam konvoi besar-besaran ini. D nama singkatan. Seorang wanita linkungan 50+. Semangat wanita yang bukan Muslim ini memperjuangkan hak Palestin bukan mahen-mahen taw.


Seorang pelajar perubatan Malaysia dari University Of Bristol turut ditahan. Ceeh..hampeh jek la kerajaan Egypt ini.


TAKBIR!

(sekarang la nak Takbir wahai UMNOes! )


Konvoi ini telah bermula awal Disember jika tidak salah. Penungguan pintu pagar dibuka antara sempadan telah meledak apabila pintu itu akhirnya dirempuh masuk oleh kenderaan yang membawa humanitarian air ke bumi Palestin. Pihak Egypt telah memungkiri janji, so apa lagi, orang dah sabar tahap dinosaur, pintu tak buka, rempuh la BEB!


Jiha telah hampir mahu mengikuti konvoi ini, namun disebabkan bajet tak ada, so ha ha ha la eh :P InysAllah di musim panas akan datang. Alllahuma amin :)


Apa-apa pun doakan semua peserta konvoi Viva Palestina ini selamat tiba dan pulang.

Esok petang di kedutaan Mesir,Kuala Lumpur akan diadakan memo bantahan. Tapi korang jangan "terkeliru" sebab pihak UMNOes pun buat demo membantah penggunaan kalimah Allah.

Jeng jeng jeng ^ - ^
Waktu kecik-kecik la, Jiha selalu pergi ceramah, selalu dengar ceramah Pak Cik Misbah, Pak Cik Mahfuz, Tok Guru dan kebanyakkan penceramah pihak pembangkang la..termasuklah ayah ;)

Pergi demo pun dengar orang takbir.Mula-mula kecik-kecik memang la malu dan kekok, tapi sekarang da auwkeesh! ;)

Semangat UMNOes. Tak pe-tak pe. Berjuang jangan tak berjuang. UMNO pun nak gak jadi Hero untuk Rakyat. Tak gitu kak Kiah weyh?
Yo yo
TAKBIR!
Allhuakbar!


Disebalik selendang Marwa



Tudung yang ku pakai sejak kecil inilah hadiah agama yang diajar sejak zaman berzaman. Syahidah seorang Marwa yang ditikam 18 kali di hadapan anak kecilnya di Mahkamah Jerman membuatkan ramai Muslim dan juga bukan Muslim marah pada sikap pihak polis Jerman yang telah menembak suaminya yang cuba melindungi Marwa yang sedang ditikam.Alasan yang paling kolot, kerana keliru antara suami dan pesalah (Alex).Alasan yang tidak munasabah.Dan bagaimana seorang pesalah boleh membawa pisau di dalam mahkamah? Alex masih hidup diatas muka bumi ini.Dimana keadilan demokrasi yang kononnya hebat belaka di negara-negara Barat!?

Dimanakah media barat yang sering memanggil kita ummat Islam sebagai terrorist? Diam membatu BBC khususnya yang hebat dengan kata-kata hinaan “terrorist” pada ummat Islam! Sedangkan mereka yang menghunus pisau.Sedangkan tudung diharamkan di Perancis! Dan baru-baru ini kerajaan Britain mahu mengharamkan burkha.Inilah ujian demi ujian menguji iman seorang perempuan bergelar Muslimah.

Tersentak dan marah.Itulah rasanya.Mungkin kerana pernah aku jejak kaki di Jerman pada 7 bulan yang lalu. Ini bukan satu cerita tentang kezaliman pada ummat Islam!Bingit telinga dan sakit hati.Baca dan lihatlah berapa banyak kisah lagi! Klik di sini

InsyAllah, tudung itulah yang melindungi dari mata yang berhati syaitan.. Amin Ya rabbal al amin




Siapa anak Jawa?

Saya cucu Jawa :) Keluarga ayah keturunan Jawa.Namun malang sekali,saya enggak berbicara bahasa Jawa dengan lancar.Faham boleh la juga.Mahu berbicara terbelit tulang lidah.
Hari itu saya sengaja bergurau dalam bahasa Jawa yang direka sendiri oleh saya.Kiikikikiiik.Embah wedok (nenek) saya pun tergelak-gelak.
Hahah.Gagal seyh.Bapak tarak bicara bahasa Jawa di UK melainkan bertemu geng Jawanya-Uncle Razaleigh di Lampeter.

Erdogan heroku Venezuela panglimaku Doraemon sygsku



Kau membuat aku tersenyum bahagia melihat keberaniaan kalian.Aku cuma menunggu bilalah masa Perdana Menteri Malaysia itu bisa menjadi seperti kalian. Oh ya. Tak sabar rasanya,menunggu "dia" meletak jawatan Perdana Menteri Malaysia. Namun, risau juga siapalah akan bisa menjadi penggantimu.Aku tidak mahu Najib. Aku mahu Erdogan atau Hugo Chavez menjadi Perdana Menteriku. Kalau enggan juga, biar saja Doraemon berjuang menjadi Perdana Menteri istimewa untuk Malaysia.Bisa aja bukan! Benar bukan wahai Malaysiaku!
doraemon Pictures, Images and Photos

Palestin juga perjuanganku


  1. Tak perlu dicerita apa perasaanku jika kau mengerti erti perjuangan dan Palestine.
2.Tak perlu kau jerit jika kau sekadar mahu menunjuk kau pejuang hebat.

3.Ibu ayah aku cakap dan berpesan "perjuangan menentang nafsu itulah sekecil perjuangan yang memerlukan sebesar besar pengorbanan"

4.Aku dan adek melancarkan kutipan derma untuk Gaza disekolah Bishop Gore.Terima kasih sangat pada headmaster kerana memberikan kami keizinan dan juga sokongan.
Aku angkat tangan untuk bercerita pengalaman pahit dan manisnya pandangan orang non muslim dan juga muslim terhadap isu Palestine di Unitarian Church.Diakhiri dengan laugan suaraku "Free for Palestine" dan juga satu tepukan "semangat".

5.Biarlah ada diantara mereka enggan dan juga menyokong tindakan gila kekejaman zionist,aku masih juga berjuang di medan keadilan.Aku terangkan pada mereka apa yang terjadi di Palestine itu adalah satu ketidakadillan,kekejaman yang bertentangan dengan akta kemanusiaan sedunia!

6.Biar pun ada 20% di sekolah ku menyokong Israel, aku tidak akan lemah untuk berjuang.Poster yang kami lekatkan dicabutl.Kami diprovok oleh cikgu sendiri.Kami tahu,kami ada keberaniaan.Dan kerana itu,aku dan adik,tidak akan berhenti untuk berjuang demi Palestine.

7.Biar pun ada 3 orang guru,yang mahu berlaku adil terhadap Israel,maka diorang tidak mahu untuk menderma.Masih lagi nak berlaku adil pada pembunuh?bagus punya orang.

8.Biar pun ada seorang guru yang bersikap "racist" terhadapku

"Sir,would you like to donate some money (nak ambek duit) for Palestine(patah balik dan berkata NO).
"It is better if I give this money for African.I dont want to be involved in this war"

Sir,this is for human rights!-jawab aku dan ucap terima kasih dan terus bla.Kecewa pada hari pertama!

9.Biar pun ada seorang mulut celupar mengatakan "thats not my country,why do I have to care?Hamas just cannot stop to attack Israel.So,they never can stop it"
selfish.ego.arrogant. stupid statement la.watch out your mouth!

Biarpun ada juga orang Melayu Islam tidak turun padang dengan berbagai alasan tidak masuk akal dan hati, beringatlah kamu. Kamu Islam. Mereka saudara kamu di Palestine.Mereka juga memerlukan suara berani kamu.Bangunlah dari mimpi kamu.

10.aku tidak mahu menangis kerana orang yang pendek akalnya sebegini.Tapi,aku syukur,aku dilahirkan dengan mempunyai rasa hati.
Ramai juga guru-guru dan kawan-kawanku yang menyokong tindakan Palestine.Syukur alhamdullilah.Ini baru perjuangan di sekolah.Bukan di parlimen lagi.Bukan juga di medan perang!

11.Tahniah pada PAS kerana memenangi Pilihanraya lalu.Apa pun,aku tidak mahu Pakatan Rakyat alpa dan lupa dengan kemenangan ini.Ada sedikit kekeciwaan terhadap Pakatan Rakyat.
Hukum Hudud! Jalan la boss.Kau nak lawan hukum Tuhan,kau lawan sampai Qiamat pun kau tak menang la.

tapi aku masih tidak pasti,layakkah aku bergelar syahidah suatu hari nanti..aku ni kira budak nakal gak.ngeh2.gedik dan getik jew ;p

fakta suara hati reformasi

Hasil mimpi ku sesat berjuang di Palestin.Memang tak dapat bayangkan aku sendiri berada di tanah perang!Dunia da akhir zaman.Tapi,perangai tak ubah-ubah.eee.Tak sedar diri-Kutukan diri.
Poster Pak Lah dah sampai di terataknya.Ibu yang poskan dari Malaysia.Entah dibaca entah tidak.Terpulang.Meski di ISA kan.Batak sangat pe dengan ISA?
eee.gedik.dasar pengecut!
Tangan yang digari tak bisa menggari reformasi.
cerita-cerita dahulu tika semangat Reformasi menentang kekejaman terhadap DSAI.Dahsyat.Aku masih ingat zaman tu aku budak kecik lagi.8-9 tahun camtuw la.Faham ke aku tentang demokrasi waktu tu?TAK! Langsung tak.Tapi,aku kesian sangat bila orang2 yang bejuang di Malaysia ni,dihina-hina,ditangkap sesuka mangkok ayun,pukul-pukul.Ingat kes Memali? EEE.Manusia ke setan ni?
JAWAB!

-kenyataan dari Tun Mahathir di Universiti Cambridge,UK terang-terang menyerang demokrasi.Takut sangat nak tukar kerajaan.Tun mengamalkan kronisme,rasuah dan dsar bail-out

-Negara Jepun sering bertukar Perdana Menteri, tetapi tetap kekal & stabil.India terus utuh meskipun bertukar parti pemerintah.

Tanpa demokrasi akan berlaku kezaliman & kehancuran sprti Soviet Union & Eropah Timur.Pejuang-pejuang kemerdekaan negara sedar maka memilih sistem demokrasi untuk menggantikan penjajahan Inggeris.

-Victor Hugo dalam Les Miserable mengungkap
"Social prosperity means man happy,the citizen free,the nation great"
-kepimpinan sebagai tanggungjawab(taklif) bukan kebanggaan(tasyrif)

-Saidina Umar Al-Khattab tika mnjdi kepala negara tidak berasa kekok utk ditegur hatta dengan pedang terhunus oleh sahabat yg tidak terkenal.Umar bersyukur masih ada sanggup membetulkannya.Kalau ditempat anda? adakah keris terhunus disambut dengan semangat yang sama?
uhm.

Berpijak di bumi politik harus dibuka minda.Kelembutan masih ada ketegasan.

Hari Hartal.


Ayah jadi jemputan sbgi speaker.Bercerita tentang sejarah Hari Hartal.Aku sendiri tak pernah dengar hari Hartal!

Tapi,dalam byk2 cite ayah.Ayh pernah jumpa salah seorang pejuang Hartal ni yang hidupnya berbumbungkan angkasa kelabu je.Ayah menanges terharu melihat seorng pejuang yang berbakti untuk tanah Malaya tidak pernah terkilan atau kesal.Meski rumah bumubungnya bocor!
Tumpang tanya
Mana hilang kerajaan berwibawaku?
humm.humm.

kesimpulan; Buku "SUARA HATI REFORMASI" adalah suara hati oleh DSWA yang diterbitkan di akhbar Parti Keadilan.Buku lama yang bagus =]

Berani berubah-moto waktu ayah jadi calon Pasir Salah-2004


Moga kemenangan Obama dapat jua menentang kezaliman Amerika terhadap dunia.Yek Obama ku? :D