RSS
Showing posts with label Happy Eid Fitr. Show all posts
Showing posts with label Happy Eid Fitr. Show all posts

Beraya di perantaun lagi ek Jiha?

wahid- Salam Ramadan Karem dan Syawal lagi para pembaca yang budiman. Alhamdullilah, sudah hampir kita pada tarikh Syawal dan kini Ramadan pula bakal meninggalkan kita. Tak puas rasanya bercinta dengan Ramadan. Rasa mahu dipeluk erat supaya tidak meninggalkan kita. Entahkan tidak kita akan masih bernafas di masa Ramadan akan datang. Ya Allah, sayunya hati melihat Ramadan bakal meninggalkan kita.

Isnaini- 4 tahun sudah kami bergelar perantau di bumi Tuhan. Bukan di Britain sahaja. 4 kali juga kami beraya sebagai keluarga perantau. Tak pernah pun sangka, rezeki Tuhan pada kami, sampai di negara orang.Jauh sekali dari Malaysia. Berjumpa manusia dari a-z, lesbian mahu pun gay, muslim berada atas nama Islam semata,dari penyanyi,ahli politik, aktivis,sukarelawan, syeikh, pelarian, dan berbagai status manusia di muka bumi Tuhan. Ada sejuta kisah dibalik daun dan cendawan di lantai Tuhan.

Salasa -Di bumi Tuhan, bukan semua Muslim berpuasa. Lelaki atau perempuan. Muda atau tua. Pernah saja jiha temu mereka, meminta izin dengan sopan lagi, untuk makan kerana dia tahu jiha berpuasa . Laki apatah lagi sukar difinisikan sebagai Muslim,melainkan jika dia berpakaian seperti Muslim (songkok,etc). Bilangnya, entah kenapa dia tidak mahu berpuasa, penat balik gym. Bilang Jiha, Tuhan tak ciptakan puasa untuk menyusahkan kita.Dia Maha Mengetahui dan Bijaksana dalam melaksanakan apa yang Dia ajarkan pada kita. Cantik Ramadan itu, bila terasa manisnya berduaan dengan Allah, berkongsi iftar dan sahur bersama, merapatkan sof solat,bertembung bahu, merapat rusuk dada bersama brothers and sisters. Entah kenapa perasaan itu datang kejap-kejap. Subhanallah, cantik sungguh menjadi seorang Muslim dan Islam itu sangat indah ;)

Arba'a- Barangkali, soalan paling popular yang sering diajukan oleh sahabat2 dan keluarga di Facebook ,YM dan telefon, " Tahun ini balik raya Malaysia tak?, bila nak balik Malaysia ini?". Air mata embah wedok (nenek sebelah ayah), menitis lagi. Hampa hatinya menanti kepulangan kami. Ya Allah, moga Allah beri kekuatan pada embah,keluarga,dan sahabat2 yang menantikan kepulangan kami.

Khamsa-Menjadi perantau seperti belajar untuk belayar di awan. Rapuhnya awan,tak pernah berhujung. Naik turun kapal terbang, hati melodak untuk pulang ke Malaysia,melihat kepak kapal terbang menjalani di awan putih. Rindu bertaut rindu. Menanti kucupan dan pelukan keluarga dan sahabat yang dirindui.

Sittah- Kadang tidak ada ketupat, dan tidak kedengaran Takbir Raya ala Malaysia. Namun Syawal tetap dinanti dengan hati yang gembira,insyAllah. Baju dan tradisi melayu masih tersemat di hati. Rasa bangga menjadi rakyat (Muslim) Malaysia walaupun Jiha jauh dari Malaysia. Doakan jiha sekeluarga untuk pulang dengan selamatnya. Kalau ada jodoh, kita boleh jumpa di Malaysia nanti. Jangan malu2 ek dengan jiha. Hehe >,<>Nanti bagi jiha duwet raya ek. Haha. Maaf zahir dan batin kalau kalian pernah terasa hati atau apa2 je la ek. Take care. Jangan maen mercun taw.

Sab'ah-Last message Doakan untuk brothers and sisters kita di dunia yang lain. Kasihan pada mereka. As behalf of Islamic Relief, jiha nak ajak kalian semua untuk bermurah hti menderma. Sila click link ini okesh (for Pakistan). Alhamdullilah, kami berjaya mengumpul 117,000 pound hasil dari dinner for Pakistan di Cardiff, Wales! Takbir! =)


Ini e card yang Jiha design untuk kalian. Feel free to copy okesh! =)

Lebaran di United Kingdom

Salam.Sebenarnya berjela macam jala pak nelayan, ayat mahu ku tulis.Nanti aku fikir bila masa itu bisa berhenti, aku tulis entry tentang Sujud Cinta di Swansea.Ceh bajet macam nak tulis novel..
Di kesempatan yang semut ini, macam biasa la, nak ucapkan location: Swansea Uni Mosque

Salam Eid Mubarak pada semua Muslimin & Muslimat, untuk keluarga,sahabat handai dari Sekolah segala Sekolah, para sahabat Facebook,My Space dan siapa-siapa jek la kenal Doraemon eh.Maaf Zahir & Batin. Siapa-siapa nak ziarah Alexandra Terrace, dialu-alukan =) .
Tahun ini, tak sempat nak buat kuih raya.So, siapa-siapa bergelar iron chef, rajin2 la pos kuih raya.Haha.Muka sekupang betul.
Budak-budak yang kutip duit raya, jangan lupa kasi gak duit raya tu kat tabung masjid ke,amal jariah ko jangan lupa weyh. Raya la dengan seadanya.
Terima kasih diucapkan pada embah tersayang,bibik2,paman yang bagi baju raya dan tudung raya :)

Oh la.Raya di perantaun best.Raya di tanah air pun best.Yang bezanya, tak de la nak kutip duit raya da..sebab Doraemon dah jadi budak debab.Haha.Macam biasa ketupat2 tak de la.Selalunya ibu masak nasi dagang.Sedappp.Tak percaya datanglah rumah Doraemon!

Raya di sini, raya bersama orang-orang luar.MasyAllah.
Ini kali ke-3 raya di perantauan.Sedih jek nak dengar lagu raya anak perantaun.EEE.Tukar la lagu yang bahagia! Orang nak raya, tak nak la sedih2 kan =)

when saya..(gedik je)

when raya is gone, we still have to refresh back our mind. Raya is not just for fun. Raya is not just for kenyang-kenyang and berp cam kambeng. (;p)
Kalau pkir-pkir balek,manusia ni makan time raya cam tak ingat dunia.Kesian orang2 di Afghanistan,Iras,Palestin dan negara2 perang yang makan pun belum tentu.(ish ish)Sembang-sembang kosong.Sekadar hilaian tawa yang tak ada falsafah raya.Entahlah.Asyik2 ayat yang sama.

Saya ni kadang2 leyh jadi minah bebel gak.When I don`t like it, I will say it.
Orang tua kasi duwet raya supaya kita yang budak2 ni rajen2 ziarah-menziarahi.Bukan nak gedik2 eh.Bytheway; thank you for peoples who gave me duwet raya before and during Eid Mubarak. (sukenye la hati dan jiwaraga bakul saya) :D
Teratak Alexandra sentiasa terbuka untuk sesiapa saja.Jemput dan ketuklah pintu rumah saya eh.Jangan sogan-sogan kucing.



Raya ke-4,saya menerima berita.Atuk ki kesayangan saya diserang strok.Kesian sangat atuk.Tak pernah2 atuk saket yang kurang baek speti begini.Saya menangis sebab saya sangat rapat dengan atuk ki.Setiap tahun saya akan balek beraya bersama atuk ki.Tidur sebilik dengan tuk ki dan tuk wan.Saya memang suka buli atuk ki dan atuk wan saya.Kadang-kadang,sampai malu atuk ki dengan tuk wan bila saya suruh diorang pegang tangan.Hahaha.SAYA MEMANG JAHAT. ;D
Atuk ki saya keturunan Pattani.Dia pandai masak.Sedap tom yam dia.Masak seciput je.Tapi,memang marbellozo (marvellous).
Atuk ki tetap bermotorsikal untuk ke masjid bersama isteri tersayang yakni tuk wan saya la.Tangan tua,muka kedut,berkaca mata, atuk ki memang comel seperti cucu dia(saya la tu) haha.
Sepulangan sebulan yang lalu,kami banyak bergambar bersama.
Atuk suka cakap 'kakak la comel.atuk da tua.tak comel da'


Pernah seharian saya tiada di rumahnya kerna berkunjung ke rumah sepupu.Pulang dari rumah atuk ki pun berkata
kakak pergi mana? atuk rindu kat kakak


hari ini,ibu saya pulang ke Malaysia.Semalam,saya sempat buat poster A4 untuk atuk ki saya.Saya tak boleh pulang :( Ibu mahu mengajak saya pulang sekali,tapi saya ngerti,saya ni bukan millionaire.
Bila ibu tak ada kat rumah, rasa cam bosan je.Ceh.Anak manja la katakan (wujud eh?).Rindu la pulak kat ibu.Ibu jarang berjauhan sebegini jauh.Tak pernah.
Ada pernah orang bertanya kenapa tidak ayah dan ibu tinggalkan saya di Malaysia?
Saya dibawah jagaan mereka.Kadang-kadang saya tetap nak merasa berjauhan agar ada rasa kerinduaan.Cuma,saya tak suka bila orang melebih-lebih mempersoalkan tentangnya.Saya agak terasa hati bila orang tanya macam tu.Jangan tanya lagi soalan macam tu.Saya ni anak ayah & ibu.Sayalah 'kakak'. Ngerti ya..

Soal keperluan dan kehendak.Kalau ikutkan hati,memang semua saya nak.Tapi ikut kematangan( humm.humm.poyo je ) saya rasa kena ikut akal. Perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal.
Nafsu shopping memang saya nak elakkan.Saya jarang nak shopping sakan-sakan.Sebab saya malas nak shopping dengan ibu saya.Ibu sangat lama untuk bershopping.Saya da menguap-nguap je nak tidur bermimpikan istana pasir tepi pantai. :D
Ibu dan ayah akan belikan saya barang2 keperluaan bila barang lama dah rosak.Yang kehendak pun ada gak.Tapi,tak selalu.
Untung siapa yang jual pelita untuk raya.Sebab itu kehendak dan keperluaan untuk raya.Sama la gak bunga api,mercun dan sewaktu dengannya.Memang seronok maen-maen semua tu.Dah lama tak main bunga api dan mercun.Kadang-kadang takut gak,perlu ke kita maen2 bunga api,mercuna atau sewaktu dengannya?Kalau hilang jari..raya pun teresak-esak je.Ada berita budak masuk dalam kawah tengah panas2.Entahlah.Terkejut hamba dibuatnya.Berhati-hati ya.
Tapikan,ada satu persoalan dan kenyataan dari saya.Bila saya fikir2,perlu sangat ke saya fikirkan perasaan orang lain?kadang-kadang,saya makan diri saya untuk orang laen.Bukan kehendak.Bukna keperluaan.Tapi,saya tak sampai hati.Entahlah.Mungkin kadang-kadang saya tidak akan berfikir tentang perasaan orang lain lagi, bila saya dah lama menahan.Saya agak takut nak jadi baek sangat dengan orang.Takut,nanti saya yang akan terkena.Boleh jadi,saya akan menanges.

when ibu saya tiada disini, saya akan cuba jadi anak sulung dan kakak yang bahek hati( gedik je),saya kena masak.Naseb baek saya tak suka malas2 nak masak( lagi gedik ).Adek pun suka masak gak.Semalam,dia bahek hati wat sushi.Siap nak bergambar lagi.(penat aku jadi model sengih2 battery camera lak low) adoi.
;i

ibarat kata Pak Cik Raja(Mancherster) yang agak gedik (ahhaha.)Beliau bertitah;
Kasihan daku mendengarkan kanda Muhaimin bakal makan roti mentega setiap hari kerana anak-anaknya hanya pakar dalam penyediaan roti mentega cicah gula dan kopi susu cap junjung

disambung lagi...beruntung ayah kepada fatin kerana fatin sudah boleh memasak guali tempoyak ikan mackeral dan teh tarik limau barli


Tak pe.Tak pe.
Kita lihat yew! Sape iron chef eh. Fatin si ketot yang comel ke kak Najihah ni? hahah ;D
undian bermula!
;D
hahah
korang jangan lak pulak tatoot nak datang rumah saya.Saya pun pandai masak la.Korang tetap dapat makanan yang sama waktu dan setaraf dengan bla dibla. :)
hehe
ps;
time kaseyh sesape yang beraya kat teratak saya
dan
juga
time kaseyh untuk orang2 Lampeter & Birmingham yang sudi jemput kami beraya bersama.
asyeh byk2
=]

kasih Syawal

Hampir di larian akhir Ramadhan dan masih lagi ku berRamadhan di bumi asing.Jauh terlalu jauh dari tanah air yang sering saja ku rindui dengan segenap hati.Mana mungkin ku lupa akan arwah embah lanang.RM1000 yang pernah diberikan kepada aku sebelum berangkat ke United Kingdom.Itu kisah 2 tahun yang lalu. Embah masih sihat. Embah terlalu baek orangnya. Itu kata orang.Tapi memang benarlah hakikatnya.

Sayu hati aku mendengar takbir di Imeem.Teringat bila arwah embah lanang kasi duwet raya.Garang embah pun aku rindu. 'hensem tak embah?' pertanyaan yang sering saja membuatkn embah mahu melihat cermin. Rindu rindu sangat sangat nak layan arwah embah macam tu.Eid Fitri di teratak embah sering saja dikunjungi ramai orang.Tahun ini, aku beraya bersama roh embah lanang.Tiada jasad lagi. Aku harus menerima.

Meski kali ini aku masih beraya di perantaun, aku harus bersyukur.Beraya di negara orang bukanlah satu pakej sesuka hati.Aku belajar tentang hidup.Aku belajar menjadi seorang warganegara Malaysia.Ayah dan ibu selalu saja menjaga aku.Agar aku masih berprinsipkan Melayu dan Islam.Jangan pisahkan prinsip hidup kita.Hidup Melayu-Muslim itu cantik,sopan dan baik. Bukan Melayu atas nama.DAN.Bukan juga Islam atas Melayu.

Wasiat mudir (arwah embah lanang),jangan tinggalkan solat,rajin baca Quran,hormati ayah dan ibu,jangan bergaul dengan budak jahat, dan amalkan selalu akhlak yang mulia, tak nak aku lupakan.Biarlah roh embah tenang dengan wasiat yang telah diwasiatkan kepada beribu anak muridnya.

Dah berabad juga tidak bermain mercun dan bunga api di halaman teratak embah.Menunggu lontong jawa bercicah sambal jawa embah wedok.Lapar saja kedengaran ayat ini.Kesabaran pastinya itu wajib.Embah wedok sempat bekalkan lontong jawanya kepada kami sebelum kami bertolak ke UK.Sampai ke teratak Alexandra terrace pun, masih lagi berdaun palas lonotongnya.Itu pengorbanan embah wedok yang sangat menyayangi cucu-cucunya.

Baju kebaya hijau menanti untuk ku sarungkan di hari raya nanti.Baju salwa kames pemberian bibik Madah juga akan ku sarungkan di hari raya seterusnya.Baju kurung moden hijau pucuk pisang pun sedang ku menanti.Itu pemberian embah wedok.Tak sabar lak nak melaram nieyh.Tadi da beli accesories.Shopping ala-ala jew.Yang perlu je.

Bersekolah di bulan Ramadhan memang teruji sedikit.Jangan sekali kaki melangkah ke area kantin.Bau masakkan akan menusuk kejam lubang hidung anda ;P Namun begitu, madrasah Bishop Gore memang unik di bulan Ramadhan.Kebanyakkan budak bangala akan berkata dia akan berpuasa dan solat 5 waktu sehari hanya dibulan Ramadhan.Itu kenyataan.Bukan fantasi atau illusi.Apa pun, semalam aku selaku 'big sister' (6th former) , kami telah menunjukkan cara solat di dewan sekolah sempena Ramadhan Al Mubarak.Itu adalah satu peluang yang sangat baek sekali juga satu penghormatan kerana hanya untuk Muslim sahaja.(lupe nak snap pic.adeyh)Cuma sayang, kebanyakkan daripada performers tidak bersolat 5 waktu sehari.Sekadar tayangan sahaja.Moga-moga, solat aku diterima.Al maklum, aku bukanlah budak baek sangat.


Kueh raya bakal dibuat ASAP.Rumah akan digotong-royong.Maka, aku akan agak sibuk.Kad raya baru sahaja mahu diposkan.ahhaha.ngek gile.Baru nak pos.Semua orang dah nak raya.Bedol punya kerja.Tapi,jangan tak tahu,sempena minyak naek, aku suka-suka membuat kad raya sendirian berhad.Cun taw.Artistixx.Hahah.Angkat kain sendiri. :P

Dengan setulus mulus pulus lulus, saya Nur Najihah Muhaimin AKA gadis reformasi & Doraemon, ingin menitahkan dengan sebenar hati Selamat Eid Mubarak.Anda yang bermurah hati ,digalakkan membri ang pau berwarnakan isinya purple ye.Hahah. Tengah muka seposen nieyh. Dengan itu juga, teratak Alexandra Terrace juga sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.Anda PAS,UMNO,PKR,DAP apa2 je la kan, silakan beraya ke rumah saya.Tiada istilah 'rumah terbuka' disini kerana tetamu itu adalah rahmat untuk teratak yang sentiasa menanti kalian.
=]
Maaf zahir dan batin ya

kemerdekaan puasa!

Setelah meredah awan biru, berkejang hati mahu meninggalkan tanah air dan keluarga tercinta.Terlalu berat hati.Pejam celik,aku sudah 2 tahun bergelar musafir.Memori arwah embah lanang masih terlalu hijau di sanubari.Aku masih menangis merindui arwah embah.Lagu Seroja yang sering ku nyanyikan untuk embah lanang masih membuatkan hati seorang cucu akan menangis.Pertama kali merasai Ramadhan tanpa embah lanang.Rupanya 2 tahun yang lalu,merupakan kali pertama dan terakhir embah menghantar kami ke KLIA untuk terbang ke UK.Merah mata embah pun masih ku ingat.

Maaflah bagi mereka yang menanti pos blog baru.Biarlah aku lepaskan segala rasa di blogku.Rindu teramat rindu.Aku masih bisa bergelak tawa.Cuma,RINDU akan arwah embah.

Baheklah.Apa jua, hidup harus diteruskan.Hati sedikit berbunga melihat salam aidilfitriku telah sampai di muka Utusan Salam Aidilfitri :D
Check out pada mereka yang ku senaraikan dalam Salam Aidilfitri!

Sempena hari Merdeka yang lalu,aku tidaklah terlalu "excited" untuk menyambutnya.Bukan kerna aku tinggal di UK,tapi, hakikat bahwa apalah erti kemerdekaan yang dilaungkan tanpa pengertian.Kesyukuran juga Malaysia sudah bebas dari jajahan.Namun,masih aku tidak mengiktiraf kemerdekaan 31 Ogos 1957.MAAF ATAU TIADA MAAF.Bahasa Melayu sendiri hilang darjat!Isu bahasa penghantar Sains & Matematik pun masih TERHEGEH-HEGEH nak settel! ish ish ish Nasib bahek tak berbuih mulut ni macam Syabeery.Kikikiki. :P (jahat dong!)

The hottest issue when Avril Lavigne got invitation for concert Hari Merdeka.Gilerw apa!? Nak berkonsert dengan artis yang tak tentu hala.Bukan bermusuh dengan Great Britain,tapi,lu pikir la sendiri.Ramadhan berganda billion mulia dari Avril Lavigne.Tak salah nak berkonsert,atau berhibur,tapi bukanlah yang merepek.Adoi.
;/

Di bulan Ramadhan ini,harap-harap,aku dapat khatam Quran.Jadi budak baek.Hahahhaha.Aku budak nakal.kweng kweng :P
Barangsiapa yang rajin dan mahu berbuka puasa masakan aku,silalah dan jemput datang teratak aku.Semalam,aku masak pasta goreng! Gileuww sodap :P
Nak resepi? Sonang mak lodek jerw
bahan-bahan:
Pasta sebanyak mana perut leyh masuk
Sayur campur
Bawang besau besau
Bawang putih
Minyak olive
Minyak bijan

Nak sodap lagi,makan dengan kentang rebus cicah sos! Gile sedap.Ada konsert lak perut aku niyh. ;p