RSS
Showing posts with label Doraemon. Show all posts
Showing posts with label Doraemon. Show all posts

bienvenidos a mi blog

hye salam :D

Just wanna let you know Jiha berhijrah ke blog Pelangi Jiwa
muzikandalusia.blogspot.com





jika PAS memerintah Malaysia..


Salamuallaik :)

Wassup? Wassup! Ambo harap tuan ambo sumo sihat belako. Ambo lo ni kechek Kelate. Almaklumlah, tengah merantau ilmu di Kelate Darul Naem! Dari penglihatan ambo, Kelate ni meme (memang) marvelousze! Suko ati ambo tengok Kuliyah Jumaat di Dataran Ilmu, KB.
Ngama(ramai) sunggoh weyh! Solat jemaah hok di mesjid, subhanallah. Memang oghe Kelate mantop =))

TV meme ambo jarey (jarang2) tengok doh. Bukey gapo, teratak atok ambo meme tak dok TV & Radio. Oghe yang hok dok di Pondok,meme salunya gini la, tapi bukey sumo lorh. Nasib baik la boyfrenggg ambo,Acer Laptop ado. Ambo dok dating dengan Acer la lo ni (sekarang ini) =)

Okesh la cukuplah ambo berkechek Kelate. Back to normal accent =)

Dari satu sudut, Kelantan memang Islamik. Kampung Jiha pun disitu. Memang paling Jiha tak suka nak balik Kelantan sebab jalannya yang bersimpang-suwey-dovey, plus waktu kecik2, nak tengok cerita
Doraemon, TV lak tak de kat rumah atok, Jiha pun tak bergewey(berpacaran) lagi dengan laptop Acer!

Tapi ada sudut yang mungkin Kelantan perlu ambil tindakan, seperti kebersihan seperti di sekitar pondok tradisional, Pondok Pasir Tumboh. Selari dengan kehendak Islam itu, kebersihan itu separuh dari iman. =)

Pondok Pasir Tumboh termasuk dalam cuti-cuti Malaysia juga. Ramai pengunjung dan pelajar dari luar datang ke pondok untuk mendalami ilmu Islam. Dari America, pun ada! Diasaskan oleh tok guru Tuan Guru Hj Mustafa b Hj Abu Bakar . Berkatnya pondok ilmu ini, tenaga pengajar disini,tidak dibayar lumayan pun, tetapi redupnya rahmat Dia, mereka tidak perlu risau,jika mengalami masalah kewangan. Kerana, Allah melapangkan padang rezeki buat mereka.

Teringat pada arwah embah lanang yang juga pengasas madrasah Maahad Al Islah. Meskipun kedua-dua pengasas Madrasah ini sudah menghadap Illahi, namun, alhamdullilah pondok ilmu Pasir Tumboh dan Maahad Al Islah masih mantap berdiri. Masyallah. Besar sungguh pengorbanan tok guru,ulama-ulama dan pengasas-pengasas pondok/madrasah =DD

Fredrick, seorang teman Sarawak,pernah bertanya, jika Islam menjadi pemerintah,bagaimana pula dengan arak & judi?

Kembali kepada zaman pemerintahan Islam. Rasullah sendiri begitu menjaga hak orang bukan Islam di Mekah. Arak dan judi dibenarkan tetapi dengan syarat ianya terhad dan tidak terlalu open. Masyarakat non-Muslim di Kelantan sendiri menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kelantan yang mengharamkan judi. Judi ini mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat dan sosial. (Sumber dari Harakah yang tadi Jiha baca!) Bukan itu saja, malah tempat beribadat mereka pun diberikan hak yang sewajarnya.

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil- Surah Al Mumtahanah, ayat 8-9
.

Kesimpulannya, dibawah pemerintahan seorang pemimpin yang mempunyai pegangan agama yang kuat & melaksanakan hukum Islam dengan adil dan saksama, maka hasilnya,kita BANGUN BERSAMA ISLAM =)

So,nanti bila you all mengundi, ingatlah negeri tauladan contoh yang Islamik ini, Kelantan Darul Naim! Jangan lepaskan tanggugjawab anda untuk mengundi ya kerana dirimu begitu berharga!

Terima kasih jak Fredrick kerana bertanya! =)



Islamic Relief in my heart!

Islamic Relief is always my choice.InsyAllah!
May Allah bless Islamic Relief for all the efforts they bring to people! =)
Allahuma ameen
Anyway, I miss to do my volounteer work with IR! I really miss you baby!!



A great story from Mr Salah!
http://www.islamic-relief.org.uk/libya_blog.aspx?utm_source=Islamic+Relief+UK+All&utm_campaign=807d6203e0-MENA&utm_medium=email

Jatuh cinta ke suka?

Oh Oh. Cepat je mouse nak click bila dakhala (دخل) tentang mohabbatein ( mahhabah/ cinta). As salam la dulu kan sayang =)

Cinta yang hari ini, hendak Jiha sampaikan adalah mohabbatein tentang annas ( الإنسان).

Cinta yang bisa menerbangkan manusia ke syurga atau neraka. Cinta yang bisa membina atau membinasakan jiwa. Cinta yang bisa membisu atau berkata pada Sang Pencipta Cinta. Cinta yang bisa buta atau melihat hati . Cinta yang berkuasa atau cinta yang dusta.

Subhanallah. Tak akan berakhir soal cinta. Kerna cinta manusia itu wujud sejak Adam Allaihisallam. Kerna cinta tak pernah membezakan usia antara Muhammad S.A.W dan Saidatina Khadijah. Kerna cinta Zulaikha, Yusuf Allaihisallam dipenjara.

Bicara soal cinta (remaja khususnya) yang semakin merekah dosa dan zina, Raudhatus Sakinah menerbangkan Maher Zain ke Malaysia. Ya untuk kempen Save The Soul Showcase, 14-15th, MBSA Audotarium di Shah Alam, jam 8 malam!

Sesiapa berminat nak tulis mesej untuk MZ, let me know, sebab ada seorang bro tengah buat buku khas untuk peminat MZ yang nak tulis mesej untuk MZ. okesh babe
cyaaaaaaaaaa

Make Love, Not War SHow time

sweet sangat ke Valentines Day?

1.Tak sweet pun sebab orang yang meraikan kasih sayang pada Hari Valentines hanya untuk satu hari je! Sedangkan kasih sayang itu berhari-hari di dalam hati, dan tak adil la kalau sekadar meraikannya satu hari dengan pemberian bunga atau coklat! Tak romantik la sayang weyhhh >,<

2.Bagi Muslim, haram hukumnya sebab Valentines Day ini adalah berdasarkan pada kisah sang paderi Valentino yang beragama Kristian. Bukankah Islam itu mengajar ummatnya berkasih sayang dan tidak sempurna iman seseorang Muslim itu tanpa kasih sayang pada saudaranya :)

3.Salam sayang salam reformasi dari hamster

Haiti Week dan £409.25

1-Pertama kali dalam sejarah Jiha berpeluang membuka Haiti Week dengan bacaan doa berbahasakan Inggeris dan Arab di assembly bersama non-Muslim. Syukur alhamdullilah.

2- Alhamdullilah selesai sudah Haiti Week yang telah Jiha organized di Sekolah Bishop Gore selama satu minggu! Jual makanan di 6th form lounge dan diluar library di Bishop Gore School in lunch time,break time and whole school time!
Kutip derma di canteen..cam jual sayur jek kan? :P


3- Tiada siapa yang mengambil peluang untuk buat charity di sekolah dan peluang inilah yang Jiha dapat sebagai seorang Muslim dan seorang Malaysian girl. Headmaster selalu cakap "Yes for everything!" bila Jiha minta izin nak buat charity week or anything yang bayek2 :))

4- Keyakinan dan keberaniaan itu lah yang jadi pelangi di hati supaya Jiha percaya yang Jiha mampu dan orang lain mampu buat charity event ini. Advertising satu sekolah dengan poster dan cakap di assembly. >,< The Prophet also said: "Give charity without delay, for it stands in the way of calamity." - Al-Tirmidhi, Hadith 589


5- Ada satu kisah: Budak perempuan yang tak nak jadi volunteer sebab malu nak jual kek dan menyangka hanya akan pendapatan sikit (around £20 je).Hekleh..kalau setakat nak bagi £20 je untuk Haiti buat apa... (bilangnya)

6- Muslim dan non-muslim sama2 tolong. Berkat itu tak nampak.Penat memanglah penat. Pening plus demam Jiha..Tapi bila di hari akhir, kita yang mengira duit hasil semua hasil titik peluh dari semua pihak, rasa happy dan syukur sangat sebab itulah nikmatnya beramal! =DD

7- Syeikh Abdullah: " zakat itu adalah antara penyucian jiwa. Charity is the borhan (evidence of faith). Rasa kasih sayang antara satu sama lain akan tersemai" Janji Tuhan, the more you give, the more you get!

8- Kisah budak perempuan itu, dijadikan pengajaran. Jangan malu nak buat amal.Malulah bila menolak untuk membuat amal. Nikmat dan rahmat itu hanya pemberian rasa dari Allah. Bukan dari pak we dan mak we korang. Hahaha >,<

9-Jadi organizer kena sabar. Ada masa dan tempat, kita akan terasa hati dengan orang2 yang hampir dan kenalan kita. Jangan kedekut,selfish dan takut untuk bagi derma atau buat charity event.Sesusah mana pun, kalau kita menolong orang yang lagi susah, Allah akan mendatangkan kesenangan itu kelak pada kita.

10- Lagi satu, janganlah ambil kesempatan mempergunakan "kebaikkan dan kemurahan hati seseorang" itu hanya semata untuk kepentingan diri atau sesetengah pihak. Tapi, bila masa kita minta tolong, dia buat dekkkk je. Tak baek taw buat camtu. Bukan harap balasan tapi lumrah manusia itu tolong-menolong.

11- Terima kasih pada ibu,ayah,adik,kawan2,cikgu2 dan semua yang memberi sokongan. Akhir sekali, inilah kutipan yang agak tinggi.Hasil dari Haiti Week ialah £409.25

11. I am so glad and happy!! Alhamdullilah.. Takbir!! =DDD Takbir la korang!!

Sistem Sekolah Negara orang futeh ;)

Pendidikan: UK minat kerjasam dengan Malaysia
Tan Sri Muhyideen baca taw, Jiha tulis ni.......................... :P

1- Sekolah disini sistemnya lain.Mungkin lebih bersistem dari Malaysia. Mungkin Malaysia boleh la firu-firu sistem sekolah ;)

2- Secondary school-umur 13-19, (year 7-year 13)

3- Each year group, ada office dan officer yang berbeza (satu office ada 2-3 officer).

4- Group dibahagikan: Year group officer, School Officer, Canteen workers & care taker & cleaner, community officer,librarian, nurse, technician, carpenter,reprographic worker, Ethnic Minority Language and Achievement Service(EMLAS),headmaster,teacher,doctor(phd),receptionist, lab worker and student. Setiap group bekerja dibidang masing-masing. Cikgu disiplin je tak wujud.

  1. Cikgu art mengajar art.Bukan mengajar Matematik.
  2. Nurse merawat budak sekolah yang tak sihat. Jiha suka school nurse ;)
  3. Computer technician kerja macam doktor,kalau ada kes computer dan minta bantuan, dioranglah tolong.
  4. reprograhic worker,orang yang kerja photostat,dan sewaktunya.
  5. EMLAS, diorang tolong pelajar2 yang tak tahu bahasa Inggeris (special for foreigners student).
  6. Lab worker-orang yang kerja dengan cikgu2 sains di lab.
  7. Care taker,cleaner and canteen worker- diorang selalunya kerja bersihkan sekolah, susun aturkan kerusi atau meja di sekolah,diorang masak, dan orang yang jaga sekolah (pak guard la gak).
  8. Carpenter- pak tukang kayu kepada pelajar yang perlukan kayu untuk dipoting di makmal Kemahiran Hidup
  9. Receptionist- orang yang kerja di reception dan menyambut tetamu & panggilan telefon sahaja.
  10. Community officer- untuk budak-budak bermasalah atau nak lepak sembang dengan diorang la.
  11. Yang lain-lain itu, semua orang normal wujud di sistem sekolah Malaysia.
4- Sekolah start bulan September-Jun. Tapi sekolah disini selalu banget cuti.Suka-suka sangat. Christmas,New Year, Easter,half term,summer,snow turun lebat, auwww ^ - ^
Sekolah start pukul 8.45-3.20pm. Register (guna computer) pukul 8.45-9.05am lepas itu pergi lesson. Setiap lesson pun ada registeration.So kalau ponteng, masuk la dalam report.

5- Setahun sekali je ada exam.Bulan January(GCSE), April,May,June (berbeza bergantung pada subjek)

6- Budak malas tak bawa pen,buku, cuma duit je. Budak perempuan selalunya, ada make up satu beg,sikat, perfume (spray gila-gila) dan sewaktunya.

7- Pelajar Malaysia mungkin lebih beradab dan berbudi bahasa dengan cikgu. Tak tahu lah kalau dah berubah sebab Jiha dah tak sekolah di Malaysia.

8- Year 7-11 kena pakai uniform sekolah. Jiha sekang 6th former (year 13). Kena pakai black and white sahaja. Tapi kengkadang, ding-dong-deng je Jiha ni :P

10- Setiap tahun ada Red Nose Day. Tak payah pakai uniform tapi kena bayar £1 (pakai baju lain) untuk charity. Cikgu2 pun pakai baju yang kelakar.

11- Setiap tahun ada Parents Day. Cikgu jumpa parents di sekolah nak tanya pasal anak diorang.

12- Setiap bulan ada surat sekolah.Apa yang sekolah update dan plan. Sekolah jiha ada website dan semua orang ada username. Bishop gore established 1682!

13- Disiplin secara rambangnya, rasa Jiha Malaysia lagi bayek. Pelajar disini pakai make-up,gelang,rantai,cincin apa2 je la............walaupun tak boleh sebenarnya.

14- 6th former boleh keluar sekolah bila-bila je tapi kalau tak ada lesson la.6th former ada lounge di sekolah.Khas untuk 6th former bersosial.Ada jual kopi,ada tv,ping-pong, dan sofa.

15- Sini assembly sekali seminggu je. Cikgu diri,pelajar duduk.

16- Jiha sayang dowh-dowh-dowh dengan Bishop Gore School.Lihat jantungku.Berdegup sayang!

17- Jiha jumpa blog sekolah rendah Al Munir.Sekolah itu dah banyak berubah! http://sralmunir.blogspot.com

18- Rindulah dengan Malaysia. Rindu nak bersekolah di Malaysia! Auwwwh T___T

UK Border Force

Nak datang cari kerja di UK semata-mata?
Fikir dulu bayek-bayek.
Nak masuk UK sangat banyak songeh. Malaysia pun mungkin boleh ikut jejak UK bab pemasukan rakyat asing dan isu visa yang Jiha baru jek baca dalam Utusan Mellayoz. Salah guna visa.
Sekadar kongsi cerita sebab ada kawan-kawan nak datang UK nak kerja..so inilah jawapannye eh ;)
Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan ya!

homework

homework homework homework
siapa nak tolong Doraemon to settle down the homework!?
sila sign up
haha
xD

nasi minyak Doralin


salamunalaik ya habibi ya maulana
saya ada nasi minyak nak ajak kalian makan
1 minit dari sekarang
kalian saya ada blog secara personal baru sahaja direkabentukkan.
maka,sayugia,saya sukacita menjemput kalian.
http://nurnajihahmuhaimin.blogspot.com

Erdogan heroku Venezuela panglimaku Doraemon sygsku



Kau membuat aku tersenyum bahagia melihat keberaniaan kalian.Aku cuma menunggu bilalah masa Perdana Menteri Malaysia itu bisa menjadi seperti kalian. Oh ya. Tak sabar rasanya,menunggu "dia" meletak jawatan Perdana Menteri Malaysia. Namun, risau juga siapalah akan bisa menjadi penggantimu.Aku tidak mahu Najib. Aku mahu Erdogan atau Hugo Chavez menjadi Perdana Menteriku. Kalau enggan juga, biar saja Doraemon berjuang menjadi Perdana Menteri istimewa untuk Malaysia.Bisa aja bukan! Benar bukan wahai Malaysiaku!
doraemon Pictures, Images and Photos

sedang merindu

sejak akhir2 ni, aku dapat bad days je sebab tu la tak ada mood nak tulis blog lagi:(
sibuklah itulah inilah dengan coursework
demam sekejap2 mungkin ada dosa yang banyak kot
rindulah itulah inilah
tapi
inilah kehidupan manusia
tak pernah sempurna
dan
kerna itu kita dicipta untuk melengkapi antara satu sama lain
Adam dicipta bersama Hawa
Hawa diciptakan untuk Adam




kali ini, rindu makin tsunami
memori arwah embah lanang ada di hati
tak pernah sesaat pun mati
embahku
moga rohmu aman dan bahagia
kakak sayang embah
=]




2 October 1964
hari lahir ibu yang tersayang dan dirindui akan segala tentangnya
moga ibuku yang comel ini akan dipanjangkan umurnya
kakak sayang ibu
=]

kesibukan anak ayah


salam.yo was up.sementara menunggu post blog yang seterusnya.anda digalakkan melihat,membaca dan memahami blog peribadi yang dilelong secara percuma.Segala gambar atau penulisan dari mana2 blog aku,sila mintak izin taw.
satu permintaan hati dari aku
sesiapa yang sudi link me up on your blog kan,aku lebih suka jika kalian me link kan nama gedikku yakni Gadis Reformasi atau Doraemon
atau
Owh Dunia Gadis
sebabnye kan...
sebab
aku suka nama comel tu :p
TQ
taw sape2 yg bahek hatinya itu
:D

1.http://gadisreformasi.fotopages.com
2.http://www.flickr.com/photos/reformerdoraemonprincess


.malas lagi nak tulis la.
esok ada photography workshop
:D

drama & kawan



.my drama teachers.


seller la katakan :D


Ben is our stage manager!

menanti 21

aku benar suka pada no 21. mungkin kerna tarikh 21 itulah aku dilahirkan. tarikh itu istimewa untuk aku. no 21 no yang sering ku nanti. ntah.
mungkin jugak menanti untuk mengundi di Malaysia kelak. Ntah apa akan terjadi episod seterusnya kekejaman arena politik di bawah pemerintahn Pak Lah.
Menjadi diari dan sejarah yang agak menakutkan dan kelakar saat-saat melihat papan tanda wajah pak Lah yang memeriksa perbarisan Polis( agaknye la), dan ada tertera ayat-ayat jiwang beliau "berikrar & berjanji menjadikan Malaysia lebih selamat". Lebih kurang camtulah ayat yang membuatkan saya tersengih dan tergelak dengan PM saya. Nak saja ku paksa PM mengeja & menilai ayat-ayat jiwang sebegitu rupa. Kalah surat cinta Jehan. Hahah :P
Bersempena dengan itu juga, saya mahu rakyat jelata semua bangun untuk menentang kezaliman yang telah sengaja di per agenda kan oleh puak-puak yang tiada rasa tanggungjawab terhadap dunia Malaysia kini.
2 versi poster telah di tandatangani oleh ratusan( ku anggarkan) rakyat jelata untuk menjadi "Malaysia yang Cemerlang Gemilang Terbilang". Poster " Malaysia Is Ours" dan "Alahai" adalah poster sempena 51 tahun hari kemerdekaan. Saya memerlukan 51 wishes untuk di pos kepada Pak Lah. Saya perlukan bantuan & sokongan anda untuk memberikan seberapa banyak wishes yang berunsur "kerakyatan".
Kesempatan menghadiri Muktamar PAS di Ipoh,Perak, memberikan saya lagi ruang untuk memberikan rakyat jelata untuk bersuara melalu pena dan kamera ( dipinjamkan oleh paman Hisyam saya). Poster ini juga telah ditandatangani olh MB Perak, YB Mahfuz Omar, Ustaz Azli Musa,Pak Cik Asmuni Awi dan ramai lagi. Secara live! Saya yang mintak dari mereka kerna beliau mengenali mereka dan saya mengenali mereka.
Terima kasih kepada Unit Amal PAS yang juga menandatangani poster ini. Kakak-kakak & abang-abang. Adek-adek. Pak cik-pak cik.Mak cik-mak cik. Dan semua yang memberikan perangsang positif kepada usaha saya.
Pandangan saya terhadap Malaysia agak menyedihkan.Sayu jew bila tengok kabel elektrik kena potong.Dicilok! Besi longkang pun kena cilok. Ntah tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau saya malu dan takut untuk bersuara, saya TAKKAN "MENEBALKAN MUKA" UNTUK mintak rakyat jelata menandatangani poster saya. Manusia boleh gelak dengan usaha gadis. Mungkin saya juga akan kecewa sebab saya berjiwa sensitif.Tapi,itu liku untuk saya berjuang. Saya memang budak kecik.Tapi, jangan memperbudakkan saya. Saya 17 tahun. Saya tidaklah terlalu matang dan tidaklah juga terlau "ribena".
Kepada yang myspace,friendster,facebook user anda boleh add saya; zoneyes_pink@yahoo.ie
Poster ini sedang saya promosikan di myspace,friendster dan facebook.Cuma sekarang saya perlukan lebih masa untuk mempromosikan lagi hebat.Dan juga gambar-gambar akn di upload as soon as possible.Saya agak sibuk.Maaflah jika menanti. Saya juga akan melink kan viewers & blogger yang sudi melampir di blog gadis reformasi.
WAHAI RAKYAT JELATA!
Promosikan poster ini untuk Malaysia yang lebih bahek!
Terima kasih untuk sesiapa yang melinkkan blog saya!
=]]
salam reformasi! salam perjuangan!

Welcome to Alenxandra Terrace

Ello daddy ello mummy semua! 
Dalam 2-3 bulan ini kan, Alexandra Terrace menerima ramai kunjungan tetamu! Ada tetamu dari Birmingham,Manchester,Lampeter, Swansea dan Malaysia pun ada! Almost every week loceng rumah no 60, akan berbunyi. Postman pun datang gak. :P
Maaf sebab tak sempat nak tulis tentang korang panjang-panjang. Buat masa sekarang, aku tengah “sibuk’’. Terima kasih sebab datang membawa rahmat dalam rumah kami. Korang-korang, yang tak pernah datang rumah aku, datanglah eik.Ini bukan ajak-ajak kambeng, ini ajak-ajak serius taw. Tapi, korang kena la contact aku awal-awal, boleh aku masak sedap-sedap untuk korang. Hehhehe :P gedik je..
Cerita pasal tetamu, korang tahu tak, kalau orang datang rumah kitakan, sebaiknya kita kasi dia segelas air sebab diorang itu tetamu yang membawa berkat. Ustaz aku ajar waktu zaman dulu. Kan ustaz?! :)
Selalunya,tetamu yang datang rumah aku, mesti kena sign guest book rumah kami dan bergambar! Yep.yep. Wajibulbaiti. No harus-harus. Or makruh. Or whatever! :P
Ini semua gambar-gambar orang-orang yang bergelar tetamu, yang telah datang kerumah kami!Kami bawa diorang jalan-jalan sekotar kota Swansea. There`s is cute-cutey baby! Comel sangat!  Silakan tengok..
Alamak! Pastu satu lagikan, setiap kali orang datang, bilik aku mesti jadi ruang tamu.Kadang-kadang je ade chan nak sepahkan bilik sebab selalunya bilik kena kemas.Ada orang nak masuk.. Tak pe la.. Bilik cantek.. :P







iklan saya



anda-anda semua


dengan rasminya,


saya menjemput kalian,




jua blog-blog manusia laen2 dalamu dunia fana` ini.







:D