RSS

e-cake Syawal`s card

Photobucket

kek banana epalz chocolate in ditujukan khas unntuk bloggers yang bahek hati dan rajen tgk blog saya.Ini list kat bawah adalah bakal-bakal blogger yang akan di linkkan oleh saya.Juga,kepada mereka yang dalam list YM saya ye.Yang rajen2 emel saya.Tantiue very much.Kepada bloggers yang already saya favourite kan di blog saya, kek ini juga adalah untuk anda.Kepada kawan2 myspace,friendster dan facebook juga tak lupa.Kek ini bersempena Syawal yang saya kira-kira dengan jari manis saya cuma tinggal berapa hari sahaja.Kek ini juga ditujukan sesiapa yang merasakan dirinya istimewa di hati saya yang tersayang,tercinta,terkasihi,terindui dan bla bla bla (jangan berperasaan perasan ye) :P
Selamat Hari Raya
mAAF zahir dan batin taw =]

http://thepeace08.blogspot.com
http://sayaatau.blogspot.com/
http://misskedondong.blogspot.com
http://demipena.com
http://larilagilaju.blogspot.com
http://roslanmukhlis.blogspot.com/
http://kinhashim.blogspot.com
http://belibuy.blogspot.com
http://aliffelbasri.blogspot.com/
http://www.thepeace08.blogspot.com/
http://ningurlz.blogspot.com/
http://nawfaltimur.blogspot.com/
http://pamiez.blogspot.com
http://ikanstim.blogspot.com
http://hafizcakapmengarut.blogspot.com
http://khayra-ummah.blogspot.com
http://selokamelayu.blogspot.com
http://becok.blogspot.com
http://khaireah.blogspot.com
http://pasalbuku.blogspot.com
http://dzannaz.blogspot.com
http://acroholic.blogspot.com
http://equilspace.blogspot.com/
http://www.dyera.blogspot.com/
http://amfirdaus.blogspot.com/
http://www.ikan-nemo.blogspot.com/
http://www.dyera.blogspot.com/
http://zarulzeme.blogspot.com/
http://misswanna.alisabki.com/
http://cetusanmindaseorangpemuda.blogspot.com/
http://chykemuliaan.blogspot.com/
http://ratu-hati.blogspot.com/
http://eipah.blogspot.com/
http://fatenadira.blogspot.com/
http://www.myrespons.blogspot.com/
http://seasonywonders.blogspot.com/
http://www.dayahgemini.blogspot.com/
http://mohdalhafiz.com/bicaracinta/
http://dearhiccups.blogspot.com/
http://coolperson-syuhada.blogspot.com/
http://shopforshoppers.blogspot.com/
http://cheritakucheritamu.blogspot.com/
http://jujomy.blogspot.com/
http://www.audiiwana.blogspot.com/
http://denaikehidupan.blogspot.com/
http://tentangjiwaku.blogspot.com/
http://www.minahkaypoh.blogspot.com/
http://abu-asma.blogspot.com/
http://pas123.blogspot.com/

kasih Syawal

Hampir di larian akhir Ramadhan dan masih lagi ku berRamadhan di bumi asing.Jauh terlalu jauh dari tanah air yang sering saja ku rindui dengan segenap hati.Mana mungkin ku lupa akan arwah embah lanang.RM1000 yang pernah diberikan kepada aku sebelum berangkat ke United Kingdom.Itu kisah 2 tahun yang lalu. Embah masih sihat. Embah terlalu baek orangnya. Itu kata orang.Tapi memang benarlah hakikatnya.

Sayu hati aku mendengar takbir di Imeem.Teringat bila arwah embah lanang kasi duwet raya.Garang embah pun aku rindu. 'hensem tak embah?' pertanyaan yang sering saja membuatkn embah mahu melihat cermin. Rindu rindu sangat sangat nak layan arwah embah macam tu.Eid Fitri di teratak embah sering saja dikunjungi ramai orang.Tahun ini, aku beraya bersama roh embah lanang.Tiada jasad lagi. Aku harus menerima.

Meski kali ini aku masih beraya di perantaun, aku harus bersyukur.Beraya di negara orang bukanlah satu pakej sesuka hati.Aku belajar tentang hidup.Aku belajar menjadi seorang warganegara Malaysia.Ayah dan ibu selalu saja menjaga aku.Agar aku masih berprinsipkan Melayu dan Islam.Jangan pisahkan prinsip hidup kita.Hidup Melayu-Muslim itu cantik,sopan dan baik. Bukan Melayu atas nama.DAN.Bukan juga Islam atas Melayu.

Wasiat mudir (arwah embah lanang),jangan tinggalkan solat,rajin baca Quran,hormati ayah dan ibu,jangan bergaul dengan budak jahat, dan amalkan selalu akhlak yang mulia, tak nak aku lupakan.Biarlah roh embah tenang dengan wasiat yang telah diwasiatkan kepada beribu anak muridnya.

Dah berabad juga tidak bermain mercun dan bunga api di halaman teratak embah.Menunggu lontong jawa bercicah sambal jawa embah wedok.Lapar saja kedengaran ayat ini.Kesabaran pastinya itu wajib.Embah wedok sempat bekalkan lontong jawanya kepada kami sebelum kami bertolak ke UK.Sampai ke teratak Alexandra terrace pun, masih lagi berdaun palas lonotongnya.Itu pengorbanan embah wedok yang sangat menyayangi cucu-cucunya.

Baju kebaya hijau menanti untuk ku sarungkan di hari raya nanti.Baju salwa kames pemberian bibik Madah juga akan ku sarungkan di hari raya seterusnya.Baju kurung moden hijau pucuk pisang pun sedang ku menanti.Itu pemberian embah wedok.Tak sabar lak nak melaram nieyh.Tadi da beli accesories.Shopping ala-ala jew.Yang perlu je.

Bersekolah di bulan Ramadhan memang teruji sedikit.Jangan sekali kaki melangkah ke area kantin.Bau masakkan akan menusuk kejam lubang hidung anda ;P Namun begitu, madrasah Bishop Gore memang unik di bulan Ramadhan.Kebanyakkan budak bangala akan berkata dia akan berpuasa dan solat 5 waktu sehari hanya dibulan Ramadhan.Itu kenyataan.Bukan fantasi atau illusi.Apa pun, semalam aku selaku 'big sister' (6th former) , kami telah menunjukkan cara solat di dewan sekolah sempena Ramadhan Al Mubarak.Itu adalah satu peluang yang sangat baek sekali juga satu penghormatan kerana hanya untuk Muslim sahaja.(lupe nak snap pic.adeyh)Cuma sayang, kebanyakkan daripada performers tidak bersolat 5 waktu sehari.Sekadar tayangan sahaja.Moga-moga, solat aku diterima.Al maklum, aku bukanlah budak baek sangat.


Kueh raya bakal dibuat ASAP.Rumah akan digotong-royong.Maka, aku akan agak sibuk.Kad raya baru sahaja mahu diposkan.ahhaha.ngek gile.Baru nak pos.Semua orang dah nak raya.Bedol punya kerja.Tapi,jangan tak tahu,sempena minyak naek, aku suka-suka membuat kad raya sendirian berhad.Cun taw.Artistixx.Hahah.Angkat kain sendiri. :P

Dengan setulus mulus pulus lulus, saya Nur Najihah Muhaimin AKA gadis reformasi & Doraemon, ingin menitahkan dengan sebenar hati Selamat Eid Mubarak.Anda yang bermurah hati ,digalakkan membri ang pau berwarnakan isinya purple ye.Hahah. Tengah muka seposen nieyh. Dengan itu juga, teratak Alexandra Terrace juga sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.Anda PAS,UMNO,PKR,DAP apa2 je la kan, silakan beraya ke rumah saya.Tiada istilah 'rumah terbuka' disini kerana tetamu itu adalah rahmat untuk teratak yang sentiasa menanti kalian.
=]
Maaf zahir dan batin ya

menanti 21

aku benar suka pada no 21. mungkin kerna tarikh 21 itulah aku dilahirkan. tarikh itu istimewa untuk aku. no 21 no yang sering ku nanti. ntah.
mungkin jugak menanti untuk mengundi di Malaysia kelak. Ntah apa akan terjadi episod seterusnya kekejaman arena politik di bawah pemerintahn Pak Lah.
Menjadi diari dan sejarah yang agak menakutkan dan kelakar saat-saat melihat papan tanda wajah pak Lah yang memeriksa perbarisan Polis( agaknye la), dan ada tertera ayat-ayat jiwang beliau "berikrar & berjanji menjadikan Malaysia lebih selamat". Lebih kurang camtulah ayat yang membuatkan saya tersengih dan tergelak dengan PM saya. Nak saja ku paksa PM mengeja & menilai ayat-ayat jiwang sebegitu rupa. Kalah surat cinta Jehan. Hahah :P
Bersempena dengan itu juga, saya mahu rakyat jelata semua bangun untuk menentang kezaliman yang telah sengaja di per agenda kan oleh puak-puak yang tiada rasa tanggungjawab terhadap dunia Malaysia kini.
2 versi poster telah di tandatangani oleh ratusan( ku anggarkan) rakyat jelata untuk menjadi "Malaysia yang Cemerlang Gemilang Terbilang". Poster " Malaysia Is Ours" dan "Alahai" adalah poster sempena 51 tahun hari kemerdekaan. Saya memerlukan 51 wishes untuk di pos kepada Pak Lah. Saya perlukan bantuan & sokongan anda untuk memberikan seberapa banyak wishes yang berunsur "kerakyatan".
Kesempatan menghadiri Muktamar PAS di Ipoh,Perak, memberikan saya lagi ruang untuk memberikan rakyat jelata untuk bersuara melalu pena dan kamera ( dipinjamkan oleh paman Hisyam saya). Poster ini juga telah ditandatangani olh MB Perak, YB Mahfuz Omar, Ustaz Azli Musa,Pak Cik Asmuni Awi dan ramai lagi. Secara live! Saya yang mintak dari mereka kerna beliau mengenali mereka dan saya mengenali mereka.
Terima kasih kepada Unit Amal PAS yang juga menandatangani poster ini. Kakak-kakak & abang-abang. Adek-adek. Pak cik-pak cik.Mak cik-mak cik. Dan semua yang memberikan perangsang positif kepada usaha saya.
Pandangan saya terhadap Malaysia agak menyedihkan.Sayu jew bila tengok kabel elektrik kena potong.Dicilok! Besi longkang pun kena cilok. Ntah tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau saya malu dan takut untuk bersuara, saya TAKKAN "MENEBALKAN MUKA" UNTUK mintak rakyat jelata menandatangani poster saya. Manusia boleh gelak dengan usaha gadis. Mungkin saya juga akan kecewa sebab saya berjiwa sensitif.Tapi,itu liku untuk saya berjuang. Saya memang budak kecik.Tapi, jangan memperbudakkan saya. Saya 17 tahun. Saya tidaklah terlalu matang dan tidaklah juga terlau "ribena".
Kepada yang myspace,friendster,facebook user anda boleh add saya; zoneyes_pink@yahoo.ie
Poster ini sedang saya promosikan di myspace,friendster dan facebook.Cuma sekarang saya perlukan lebih masa untuk mempromosikan lagi hebat.Dan juga gambar-gambar akn di upload as soon as possible.Saya agak sibuk.Maaflah jika menanti. Saya juga akan melink kan viewers & blogger yang sudi melampir di blog gadis reformasi.
WAHAI RAKYAT JELATA!
Promosikan poster ini untuk Malaysia yang lebih bahek!
Terima kasih untuk sesiapa yang melinkkan blog saya!
=]]
salam reformasi! salam perjuangan!

owh dunia gadis

20th August 2007.

Oh no way. I forgot my blog`s birthday.Hahahahah.It almost a month ago.
Baru hari ini, teringat kelahiran blog aku.Setahun sudah usia blogku.MasyALLAH.
=]

Permulaan sejarah blog ini adalah satu undangan dari teman reformisku,Kiki Grindawangsa. Terlintas juga di jari-jari otakku.Mahu menulis tentang apa ya?
Cetusan permulaan otak berfikir lantas memberikan satu idea menulis tentang apa saja.Mungkin saja tentang arena bola.Hahahah.Merepek.Itu anak lelaki mungkinlah mampu menulis tentang jaringan atau piala-piala kemenangan bola.
Sayugia takdir Illahi, membiarkan jari-jari gadisku, menaip dan menaip.Menulis itu seronok.Menjadi penulis fikirannya harus kritis.Tapi,sering saja penulis perempuan bermain emosi dengan tulisan.Jiwa penulisan perempuan itu berbeda dengan kaum Adam.Enggak bisa disama tarafkan.Kalau masih ragu ya, belah la jantung jiwa perempuan.Kamu pasti ngerti. =]

Menulis blog itu satu kepuasaan.
"Owh dunia Gadis" ayat-ayat yang lebih menjiwai kepada dunia kegadisan yang sememangnya ternyata penulis blog ini adalah seorang gadis. Ayat agak "girlish" menjadi pilihanku kerana itu adalah aku.Tidak terlalu menggedik tapi sederhana gedik adalah satu pilihan yang bagus untuk aku. Tak perlu menghukum sewenangnya aku budak gedik yang gedik.Jiwa aku sensitif dengan perkataan gedik yang tidak sepatunya dilontarkan untuk aku.

Blog ini lebih menjurus dan terjurus ke alam politik yang sememangnya dari azali tertulis di Luth Mahfuz bahwa kaki & jariku harusnya disini.Menjadi ahli politik antara 4 cita-citaku.
"Gadis Reformasi" menjadi pilihan nickname aku.Berharap juga menjadi "Gadis Reformasi" untuk Malaysia. Tapi, itu bukan semudah yang dibicarakan.Hati & jiwa perempuan reformasi seharusnya lebih hebat dengan getaran perjuangan. Kepulangan ke Malaysia pada cuti summer yang lalu, ayah telah menjalankan research beliau.Aku juga berkesempatan pergi ke Parliment.Berjumpa dengan Pak Cik (YB)Mahfuz yang tinggi lampai,(YB)Pak Cik Salahuddin yang ramah bertanya khabar padaku dan Pak Cik Zul (Dr Zul). Memang sudah lama mengenali mereka.Terutamanya Pak Cik Mahfuz & Pak Cik Salahuddin.

Terasa ketot la plak bila tengok gambar niyh.Hahah.Hakikat sebenar memang ketot pun. :P

Kak Nurul Izzah Anwar Ibrahim, seorang Puteri Reformasi yang ku kagumi keberaniaan beliau. Cantik pun ya. Pandai pun ya. Seolah sempurna.Maka,memang layaklah beliau bergelar Puteri Reformasi.

Doraemon is my second nickname.Memang comel nickname yang diberi orang pilihan yang agak kejam kepada ku.Hahahah.Namun begitu agak sesuai la sket dengan fizikal ku.Rendah tak la sangat. Gemuk pun tak la sangat. Memang kejam.Nevermind.Tapi,teringin juga jadi Doaremon.Macam-macam ley keluar dari poket doraemon.Comel pun ya.Hahahha.Evolusi Emosi! :P

Apa jua,terima kasih kepada manusia yang bergelar "viewer" dan "blogger" yang sudi singgah di blog "Owh Dunia Gadis"

kemerdekaan puasa!

Setelah meredah awan biru, berkejang hati mahu meninggalkan tanah air dan keluarga tercinta.Terlalu berat hati.Pejam celik,aku sudah 2 tahun bergelar musafir.Memori arwah embah lanang masih terlalu hijau di sanubari.Aku masih menangis merindui arwah embah.Lagu Seroja yang sering ku nyanyikan untuk embah lanang masih membuatkan hati seorang cucu akan menangis.Pertama kali merasai Ramadhan tanpa embah lanang.Rupanya 2 tahun yang lalu,merupakan kali pertama dan terakhir embah menghantar kami ke KLIA untuk terbang ke UK.Merah mata embah pun masih ku ingat.

Maaflah bagi mereka yang menanti pos blog baru.Biarlah aku lepaskan segala rasa di blogku.Rindu teramat rindu.Aku masih bisa bergelak tawa.Cuma,RINDU akan arwah embah.

Baheklah.Apa jua, hidup harus diteruskan.Hati sedikit berbunga melihat salam aidilfitriku telah sampai di muka Utusan Salam Aidilfitri :D
Check out pada mereka yang ku senaraikan dalam Salam Aidilfitri!

Sempena hari Merdeka yang lalu,aku tidaklah terlalu "excited" untuk menyambutnya.Bukan kerna aku tinggal di UK,tapi, hakikat bahwa apalah erti kemerdekaan yang dilaungkan tanpa pengertian.Kesyukuran juga Malaysia sudah bebas dari jajahan.Namun,masih aku tidak mengiktiraf kemerdekaan 31 Ogos 1957.MAAF ATAU TIADA MAAF.Bahasa Melayu sendiri hilang darjat!Isu bahasa penghantar Sains & Matematik pun masih TERHEGEH-HEGEH nak settel! ish ish ish Nasib bahek tak berbuih mulut ni macam Syabeery.Kikikiki. :P (jahat dong!)

The hottest issue when Avril Lavigne got invitation for concert Hari Merdeka.Gilerw apa!? Nak berkonsert dengan artis yang tak tentu hala.Bukan bermusuh dengan Great Britain,tapi,lu pikir la sendiri.Ramadhan berganda billion mulia dari Avril Lavigne.Tak salah nak berkonsert,atau berhibur,tapi bukanlah yang merepek.Adoi.
;/

Di bulan Ramadhan ini,harap-harap,aku dapat khatam Quran.Jadi budak baek.Hahahhaha.Aku budak nakal.kweng kweng :P
Barangsiapa yang rajin dan mahu berbuka puasa masakan aku,silalah dan jemput datang teratak aku.Semalam,aku masak pasta goreng! Gileuww sodap :P
Nak resepi? Sonang mak lodek jerw
bahan-bahan:
Pasta sebanyak mana perut leyh masuk
Sayur campur
Bawang besau besau
Bawang putih
Minyak olive
Minyak bijan

Nak sodap lagi,makan dengan kentang rebus cicah sos! Gile sedap.Ada konsert lak perut aku niyh. ;p

mimpi terakhir arwah embah

Hari Sabtu-Ahad

Pagi itu embah seronok pulang dari hospital.Semalam terima kunjungan dari bekas-bekas pelajar Maahaad Al Islah.Ramai sangat.Menitis air mata embah.Terharu dan teruja sangat.

Embah semangat mahu pulang ke rumah bertemu Menteri Besar Perak.Doktor memberikan keizinan untuk pulang sehari kerana embah kelihatan agak sihat.Gigi bersih susun teratur. Embah ceria dan segak. Berbunga riang bila bertemu MB.

Malam itu hampir pukul 12, embah mahu ku bawanya berjalan menaiki kereta roda. Pusing rumah setengah jam.Nyanyi lagu kegemaran embah buat kali terakhir. "Seroja" .

Pukul 3.40-4.45 pagi Isnin

Embah terjaga.Aku dan paman Agus turut sama terjaga.Melayani embah.Embah senyum denganku malam itu.Senyum sepuas hati. Embah nak ciuman dari cucunya,aku.Embah bilang "embah mimpi kamu main-main" . Malam itu, aku suka melihat wajah embah.Tapi,malam itu, malam yang pelik. Embah lupa siapa anak sulung dan anak bongsu.Embah seperti seronok sangat.Lupa bahwa dia sedang sakit.

Isnin

Pagi

Aku hantar embah ke hospital.Bibik Madah jaga embah sementara kami ke Teluk Intan town.Ada hal.

Tengahari

Ada ziarah dari bekas-bekas murid embah.Aku minta sign poster kata-kata semangat untuk embah lanang.Sudah ramai yang signed untuk embah.Aku pergi ke KFC jap.Nak makan tengahari.
Tiba-tiba, dapat panggilan kecemasan dari ayah.Mahu aku dan bibik Madah pulang segera ke wad.Laju kereta dipandu bik Madah.Berdebar jantungku.
Keluarga dikumpulkan.Baca yassin untuk embah.Tekanan darah embah rendah.Kritikal.
Malam itu, ambulans menghantar embah pulang.
Aku pegang erat tangan embah.Akhirnya aku terlena.Namun,masih ramai yang menziarahi embah.Dari tengah malam sampai la pagi.Pintu terbuka.Yassin dialunkan.

Selasa
6.30 pagi

Ayah kejutkan aku.Embah tenat.Ku basuh muka.Pegang tangan embah.Yassin dibacakan lagi.Ramai yang membaca.Aku menangis.AKU TAKUT akan kehilangan.

2.45 petang

Embah menghembuskan nafas terakhir.Aku tak mampu menitiskan air mata lagi.SEDIH.PILU.HIBA.
Tiada lagi konsert lagu "Seroja" dari cucu-cucu embah untuk embah lanang.Embah selalu menangis bila kami nyanyikan lagu itu untuk embah lanang.
Pada tarikh inilah,sepatutnya, embah menghantar kami pulang ke UK. Tapi,dengan segala yang telah diatur oleh Allah, aku diberi peluang menjaga embah.Cukup sebulan menjaga embah.Membuatkan embah gelak dengan jenakaku.Membuatkan embah bangga kerna usaha aku yang cuba membuatkan embah gembira.



Rabu

11.00 pagi

Teresak-esak mendengar manusia menangis.Ada ribuan yang menziarahi dan mengiringi embah.3 kolah masjid habis.Masjid yang septutnya memuatkan 300 jemaah,telah menjadi 2000 lebih.Jenazah embah tersenyum.Alhamdullilah...
Embah pergi dengan senang.

Sejak embah tiada,rasa sunyi sangat.Rindu nak cium embah.Rindu nak nyanyi untuk embah.Rindu sangat nak layan embah.Rindu dengan gelak tawa embah.Rindu dengan marah embah.Rasa macam bosan tak ada embah lanang.Tak tahu nak buat apa lagi.
Dulu, bawa embah pusing-pusing sana sini.Pusing sekolah.Makan durian sama-sama.Mengaji Quran bersama sepupu kalau berkesempatan.Tidur sebelah embah lanang.Jaga embah lanang lewat malam.

Mungkin,aku bukan cucu yang baek dan sempurna untuk arwah embah lanang.Inilah pertama kali,aku merasa kematian orang yang paling aku sayangi.Mengucup jenazah embah terasa tak puas.Terkilan sangat tak dapat deklamasikan sajak untuk embah lanang,tak dapat kasi poster yang aku buat untuk embah lanang dan embah lanang tak sempat pakai wallet ole-ole dari UK.

Terima kasih pada mereka yang memberikan aku semangat tika benar aku longlai menerima redha Tuhan.Semoga arwah embah lanang digolongkan orang yang beramal soleh.AMIN

p/s : bergenang air mata bila menulis tentang embah lanang. Rindunyee kat embah lanang.

Bila aku bersuara


Usia 17 tahun MUNGKIN terlalu kecil untuk bersuara tentang kebebasan. Mungkin. Tapi tidak bagi aku. Aku manusia. Aku perempuan. Aku berhak bersuara atas dasar kemanusiaan.
Aku pernah bercakap diatas pentas. Aku rasa bebas untuk bebas bersuara. Manusia bertakbir bila ku bersuara di atas pentas pada hari Isnin di perhimpunan Maahad Al Islah.
Tanx guys ;)
Banyak yang berubah. Aku pun berubah. Bukan semua. Ada yang bahek dan ada yang tak bahek. Dulu kurus, sekarang agak comels. WEK WEK. :p
Okai la. Now we are going to talk about malay Malaysian. Orang melayu! Realiti kehidupan orang melayu kaum yang paling susah nak berubah! Tak percaya!? Cuba anda check back jumlah undian kaum India dan Cina pada pilihanraya lalu. Berapa juta kaum yang beralih arah ke pakatan rakyat!?
Yes. Im a malay Malaysian girl. Im proud to be malay Malaysian girl. Tapi malunya aku menjadi orang Melayu yang selalu duk tenggong dibawah tempurung! Orang melayu yang suka ketawakan dengan kekurangan manusia laen. Ewah! Senang hati kau nak gelak-gelak.
Sepertimana yang ku bicarakan di perhimpunan lalu, orang melayu akan jatuh kerana orang melayu sendiri. Bukan semua orang melayu berfikir tentang orang melayu sendiri.
Yang kau tahu berdating, Akademi Fantasia, berjoli, dan enjoy hidup yang tak tentu arah!
Eh wake up la Malay!
If you really wanna be a Malay man, don`t just sit and smile like orang bodoh!
Minyak naik pun korang boleh sengih lagi!?
Come on la man!
Aku bukan pengecut. Aku bukan pemalu. Yelah kadang2 pemalu. But, mostly, im not kind of person who always shy-shy kambeng. Bercakap di atas pentas dengan manusia bukanlah sesuatu yang memalukan.Meski aku bukanlah seorang yang serius, adakala, aku akan jadi serius juga. Gelak-gelak pun, ada masa nangis gak kan..
Cita-cita aku ingin menjadi seorang politikus. Bukan politikus yang pengecut bak seekor tikus!Kalau kamu orang Malaysia yang sejati , sahutlah cabaran anak MALAYSIA!

Oh yew..sekarang aku office girl and teacher kat sekolah atuk aku. Takla 100% cikgu. Masuk kelas sekejap-sekejap jerw..Round2 sekolah.. Wah..besh sungguh jadi teacher paling sempoi! Sayang gile dgn budak2 yang bahek dengan aku ;p
P/S: Dapat adik angkat baru! Rubi & Nabilah!