RSS

mimpi terakhir arwah embah

Hari Sabtu-Ahad

Pagi itu embah seronok pulang dari hospital.Semalam terima kunjungan dari bekas-bekas pelajar Maahaad Al Islah.Ramai sangat.Menitis air mata embah.Terharu dan teruja sangat.

Embah semangat mahu pulang ke rumah bertemu Menteri Besar Perak.Doktor memberikan keizinan untuk pulang sehari kerana embah kelihatan agak sihat.Gigi bersih susun teratur. Embah ceria dan segak. Berbunga riang bila bertemu MB.

Malam itu hampir pukul 12, embah mahu ku bawanya berjalan menaiki kereta roda. Pusing rumah setengah jam.Nyanyi lagu kegemaran embah buat kali terakhir. "Seroja" .

Pukul 3.40-4.45 pagi Isnin

Embah terjaga.Aku dan paman Agus turut sama terjaga.Melayani embah.Embah senyum denganku malam itu.Senyum sepuas hati. Embah nak ciuman dari cucunya,aku.Embah bilang "embah mimpi kamu main-main" . Malam itu, aku suka melihat wajah embah.Tapi,malam itu, malam yang pelik. Embah lupa siapa anak sulung dan anak bongsu.Embah seperti seronok sangat.Lupa bahwa dia sedang sakit.

Isnin

Pagi

Aku hantar embah ke hospital.Bibik Madah jaga embah sementara kami ke Teluk Intan town.Ada hal.

Tengahari

Ada ziarah dari bekas-bekas murid embah.Aku minta sign poster kata-kata semangat untuk embah lanang.Sudah ramai yang signed untuk embah.Aku pergi ke KFC jap.Nak makan tengahari.
Tiba-tiba, dapat panggilan kecemasan dari ayah.Mahu aku dan bibik Madah pulang segera ke wad.Laju kereta dipandu bik Madah.Berdebar jantungku.
Keluarga dikumpulkan.Baca yassin untuk embah.Tekanan darah embah rendah.Kritikal.
Malam itu, ambulans menghantar embah pulang.
Aku pegang erat tangan embah.Akhirnya aku terlena.Namun,masih ramai yang menziarahi embah.Dari tengah malam sampai la pagi.Pintu terbuka.Yassin dialunkan.

Selasa
6.30 pagi

Ayah kejutkan aku.Embah tenat.Ku basuh muka.Pegang tangan embah.Yassin dibacakan lagi.Ramai yang membaca.Aku menangis.AKU TAKUT akan kehilangan.

2.45 petang

Embah menghembuskan nafas terakhir.Aku tak mampu menitiskan air mata lagi.SEDIH.PILU.HIBA.
Tiada lagi konsert lagu "Seroja" dari cucu-cucu embah untuk embah lanang.Embah selalu menangis bila kami nyanyikan lagu itu untuk embah lanang.
Pada tarikh inilah,sepatutnya, embah menghantar kami pulang ke UK. Tapi,dengan segala yang telah diatur oleh Allah, aku diberi peluang menjaga embah.Cukup sebulan menjaga embah.Membuatkan embah gelak dengan jenakaku.Membuatkan embah bangga kerna usaha aku yang cuba membuatkan embah gembira.



Rabu

11.00 pagi

Teresak-esak mendengar manusia menangis.Ada ribuan yang menziarahi dan mengiringi embah.3 kolah masjid habis.Masjid yang septutnya memuatkan 300 jemaah,telah menjadi 2000 lebih.Jenazah embah tersenyum.Alhamdullilah...
Embah pergi dengan senang.

Sejak embah tiada,rasa sunyi sangat.Rindu nak cium embah.Rindu nak nyanyi untuk embah.Rindu sangat nak layan embah.Rindu dengan gelak tawa embah.Rindu dengan marah embah.Rasa macam bosan tak ada embah lanang.Tak tahu nak buat apa lagi.
Dulu, bawa embah pusing-pusing sana sini.Pusing sekolah.Makan durian sama-sama.Mengaji Quran bersama sepupu kalau berkesempatan.Tidur sebelah embah lanang.Jaga embah lanang lewat malam.

Mungkin,aku bukan cucu yang baek dan sempurna untuk arwah embah lanang.Inilah pertama kali,aku merasa kematian orang yang paling aku sayangi.Mengucup jenazah embah terasa tak puas.Terkilan sangat tak dapat deklamasikan sajak untuk embah lanang,tak dapat kasi poster yang aku buat untuk embah lanang dan embah lanang tak sempat pakai wallet ole-ole dari UK.

Terima kasih pada mereka yang memberikan aku semangat tika benar aku longlai menerima redha Tuhan.Semoga arwah embah lanang digolongkan orang yang beramal soleh.AMIN

p/s : bergenang air mata bila menulis tentang embah lanang. Rindunyee kat embah lanang.

Bila aku bersuara


Usia 17 tahun MUNGKIN terlalu kecil untuk bersuara tentang kebebasan. Mungkin. Tapi tidak bagi aku. Aku manusia. Aku perempuan. Aku berhak bersuara atas dasar kemanusiaan.
Aku pernah bercakap diatas pentas. Aku rasa bebas untuk bebas bersuara. Manusia bertakbir bila ku bersuara di atas pentas pada hari Isnin di perhimpunan Maahad Al Islah.
Tanx guys ;)
Banyak yang berubah. Aku pun berubah. Bukan semua. Ada yang bahek dan ada yang tak bahek. Dulu kurus, sekarang agak comels. WEK WEK. :p
Okai la. Now we are going to talk about malay Malaysian. Orang melayu! Realiti kehidupan orang melayu kaum yang paling susah nak berubah! Tak percaya!? Cuba anda check back jumlah undian kaum India dan Cina pada pilihanraya lalu. Berapa juta kaum yang beralih arah ke pakatan rakyat!?
Yes. Im a malay Malaysian girl. Im proud to be malay Malaysian girl. Tapi malunya aku menjadi orang Melayu yang selalu duk tenggong dibawah tempurung! Orang melayu yang suka ketawakan dengan kekurangan manusia laen. Ewah! Senang hati kau nak gelak-gelak.
Sepertimana yang ku bicarakan di perhimpunan lalu, orang melayu akan jatuh kerana orang melayu sendiri. Bukan semua orang melayu berfikir tentang orang melayu sendiri.
Yang kau tahu berdating, Akademi Fantasia, berjoli, dan enjoy hidup yang tak tentu arah!
Eh wake up la Malay!
If you really wanna be a Malay man, don`t just sit and smile like orang bodoh!
Minyak naik pun korang boleh sengih lagi!?
Come on la man!
Aku bukan pengecut. Aku bukan pemalu. Yelah kadang2 pemalu. But, mostly, im not kind of person who always shy-shy kambeng. Bercakap di atas pentas dengan manusia bukanlah sesuatu yang memalukan.Meski aku bukanlah seorang yang serius, adakala, aku akan jadi serius juga. Gelak-gelak pun, ada masa nangis gak kan..
Cita-cita aku ingin menjadi seorang politikus. Bukan politikus yang pengecut bak seekor tikus!Kalau kamu orang Malaysia yang sejati , sahutlah cabaran anak MALAYSIA!

Oh yew..sekarang aku office girl and teacher kat sekolah atuk aku. Takla 100% cikgu. Masuk kelas sekejap-sekejap jerw..Round2 sekolah.. Wah..besh sungguh jadi teacher paling sempoi! Sayang gile dgn budak2 yang bahek dengan aku ;p
P/S: Dapat adik angkat baru! Rubi & Nabilah!

Welcome to Alenxandra Terrace

Ello daddy ello mummy semua! 
Dalam 2-3 bulan ini kan, Alexandra Terrace menerima ramai kunjungan tetamu! Ada tetamu dari Birmingham,Manchester,Lampeter, Swansea dan Malaysia pun ada! Almost every week loceng rumah no 60, akan berbunyi. Postman pun datang gak. :P
Maaf sebab tak sempat nak tulis tentang korang panjang-panjang. Buat masa sekarang, aku tengah “sibuk’’. Terima kasih sebab datang membawa rahmat dalam rumah kami. Korang-korang, yang tak pernah datang rumah aku, datanglah eik.Ini bukan ajak-ajak kambeng, ini ajak-ajak serius taw. Tapi, korang kena la contact aku awal-awal, boleh aku masak sedap-sedap untuk korang. Hehhehe :P gedik je..
Cerita pasal tetamu, korang tahu tak, kalau orang datang rumah kitakan, sebaiknya kita kasi dia segelas air sebab diorang itu tetamu yang membawa berkat. Ustaz aku ajar waktu zaman dulu. Kan ustaz?! :)
Selalunya,tetamu yang datang rumah aku, mesti kena sign guest book rumah kami dan bergambar! Yep.yep. Wajibulbaiti. No harus-harus. Or makruh. Or whatever! :P
Ini semua gambar-gambar orang-orang yang bergelar tetamu, yang telah datang kerumah kami!Kami bawa diorang jalan-jalan sekotar kota Swansea. There`s is cute-cutey baby! Comel sangat!  Silakan tengok..
Alamak! Pastu satu lagikan, setiap kali orang datang, bilik aku mesti jadi ruang tamu.Kadang-kadang je ade chan nak sepahkan bilik sebab selalunya bilik kena kemas.Ada orang nak masuk.. Tak pe la.. Bilik cantek.. :P







iklan saya



anda-anda semua


dengan rasminya,


saya menjemput kalian,




jua blog-blog manusia laen2 dalamu dunia fana` ini.







:D


Duhai seni

Kenyataan Uncle Roslan Aziz tentang konsert Mas Idayu dan Ella terhadap ummat Islam, mungkinlah satu dosa yakni seolah-olah menegakkan benang yang basah. Tak salah untuk berkonsert dan berseni. Tapi, konsert Mas Idayu dan Ella is not type of "Islamic voice". Pakatan Rakyat tidak menghalang kebebasan rakyat,tapi sebenarnya Pakatan Rakyat sayang dengan rakyat jelata. Takkan la diaorang nak jatuhkan maruah orang Islam dan orang Melayu sendiri yang dah hanyut dengan arus Islam Hadhari.
Meski aku suka memekik dalam rumah, tapi, aku tak nak la buat konsert Akademi Fantasia. Walaupun muka aku ni jenis tak malu dengan orang, tapi kadang-kadang, aku pun leh jadi "shy-shy cat". Believe it or not.This is the truth.Don`t play2 :P
Ayah pun pernah menjadi pengarah konsert waktu ayah pegang Ketua Seni dan Kebudayaan dalam Pemuda PAS. Konsert anjuran DACs. Kumpulan Geng Blues , Ramli Sarip dan Aqil Hayy jadi artis jemputan.Bertempat di Dewan PAS Taman Melewar.Itu konsert pertama dalam sejarah PAS. Baju tema hitam-oren. Ayah tempah 2 baju lengan panjang istimewa untuk anak ayah.Yakni, kami la. Kakak & adik. Konsert Hiburan Alternatif. Itu nama konsertnya.
Islam tidak sempit sesempit fikiran manusia. Islam is kind of art. Dalam artwork aku pun, aku akan sampaikan mesej Islamku. At least, tak la sia-sia dengan bakat yang ada :)
I love music as well. But, I don`t care much about artist. Bukan dioarng kasi makan-minum aku pun,kalau aku ambek taw pasal diaorang pun. Kehidupan artis yang kebanyakkannya akan tergelincir dari landasan. Kecuali orang-orang yang sampaikan mesej agama Islam. It`s ok to love music. It is fine if you really know what music is. Kalau hip hop music pun tak salah untuk didengar. As long as is not lari dari landasan. Depends on the lyric la kan.
Dan satu lagi, jangan pandang terlalu negatif pada orang-orang yang tidak bertudung. Memanglah dosa tidak bertudung. Tapi, bukanlah dengan cara memulaukan,atau sinis terhadap mereka. Aku mula bertudung sejak kecil. Satu masa dulu, aku pernah merasa satu perasaan pelik dan jelik pada mereka yang tidak bertudung. Tapi, bila usia mengajar aku untuk mengenal manusia, hakikat dunia bahawa manusia tidak dilahirkan untuk menjadi sempurna.Namun, bukan alasan ketidaksempurnaan itu, untuk kita melakukan salah. Dekati dan berkawan dengan mereka seolah-olah satu yang pelik. Lagi-lagi, pertama kali jejak di sekolah asing. Lain bangsa,lain agama dan lain jiwarasa. Tapi, sedar atau tidak, sebenarnya kita yang bersalah kerana selalu menghukum manusia tanpa melihat pada wajah tempang sendiri. Ish.Ish.Ish.
Berkawanlah dan fikirkanlah, bila kita berkawan dengan mereka,sebernarnya adalah satu jalan untuk " trick them" agar terbuka hatinya untuk memakai tudung. Tak salah kan? :)
Oklah manusia-manusia sekalian, jadilah manusia yang benar-benar manusia.Bukan semua manusia itu adalah manusia. Dunia ini seni. Dan seni itu adalh seni. Belajarlah dari seni segala seni. :D

p/S : maafkanlah manusia. dan nilaikanlah "kemaafan" itu.
p/S: aku banget gila suka sama itu "My Heart Will Go On" :)

my ayah






Dear my ayah.
He is the best ayah,even sometimes he can be garang.


Dear my papa.
He got the longest and curly hair in our family.
Nobody is allowed to cut it.
because his hair is so classic & expensive :P
Dear my baba.
kakak is anak ayah


Dear my abah.


I changed it to "ayah"


Dear my ayah


Happy ayah`s day


Dunia (bukan) politik budak 17 tahun

Ok.Ok. Harap semua manusia bersabar dengan segala pergolakkan dunia perjuangan tanah air Malaysia. Aku tahu. Aku faham. Sebab aku penyayang sama dengan itu tanah airku. Faham tak korang nieyh? Ish.ish. Tarik gak bulu mata kau.
Ok.Ok. Aku tahu Ezam meloncat macam katak. Tiba-tiba je masuk laut masin. Entah ler. Paradigma ombak tsunami tahap gebeng. Apa-apa pun, anda semua didoakan tidak akan jadi bidan superman gitu, Bahaya gila. Takut tersembam kat longkang, maka tertelan ludah yang kau ludahkan disuatu masa dahulu.
Hattui.
Dibelikah sumpah keramat Ezam? Lupakah tangan digari satu masa dulu?
Oh mummy. Oh daddy. COBAAN.
Perjuangan harus ada istiqamah. Itu bapak aku cakap. Moga tiada mimpi ngeri DSAI jadi begitu pula. ;D

Minyak oh minyak. . Kalau di UK, tiada isu sehangat ini. Harga minyak disini depends on the wheather. Kalau sejuk, harganya turun.Kalau mentari panas, maka naiklah hargnya.
Oh Perdanon Mentero
Tak ada usus jantung hati kemanusiaan ke! Ke mata kau buta melihat rakyat memakai selipar kemiskinan! ?Kau mewah dengan gelak hilaian pontianak sundal malam.
Hatui.
Kurang asam jawa!
Ok. Assabarulminaliman.
Sabar itu separuh daripada iman. Ustaz & ustzah aku ajar. Ingat.Ingat.
Tapi, tak ada logic akal langsung, bila harga minyak naik macam nak mati. Tak kesian ke orang susah nak cari duit!? Ada otak piker la sendiri. Takkan la aku nak wash brainkan.


Hari tu ada ku baca sebuah majalah National Georgraphy. Tentang hamba. Bermillion hamba di dunia abad 21 ini.Hamba yang dijual beli. Hamba yang dipaksa dan terpaksa. Dan, Malaysia adalah anatara Negara-negara yang paling banyak hamba! This is reality! Bukan Akademi Fantasia. Bukan Malaysian Idol.
Di papan putih, Mr Thomas, guru Geografi ku mengajar kami tentang Negara LESS ECONOMICALLY DEVELOPMENT COUNTRY(LEDC`s) dan MORE ECONOMICALLY DEVELOPMENT COUNTRY(MEDC`s) . LEDC`s adalah Negara membangun yang miskin. Bukan la miskin sangat. Tapi, cara kepimpinan yang agak miskin. Kebanyakkan Negara-negara Timur dan Negara Islam. Bukan salahkan “Ketimuran dan Islam”, tapi, sebenarnya ianya terletak pada tanggungjawab kita sebagai hamba Tuhan.
Meski United Kingdom bukanlah Negara Islam tetapi cara kepimpinan yang ada ciri-ciri Islam,maka secara automatic Negara diaorang macam Negara yang dipimpin oleh Islam.
Tak susah nak jadi Negara Islam yang bertamadun. Pilihlah antara manusia-manusia di muka bumi ini yang benar bisa membimbing manusia!
Ini Malaysia! Malaysia tanah air aku. Bukan tanah air kau sorang. Tak faham bahasa hati rakyat Malaysia ke?
Duhai blablabla..

Aku bukan cakap atas DASAR POLITIK.. Tapi, ini isu rakyat. Kalau nak jadi Prime Minister, jiwa kerakyatan seharusnya ada. Aku cakap atas DASAR AKU RAKYAT MALAYSIA!Aku bukan SERANG PERIBADI PAK LAH. Tak kira la apa agamamu, bangsa dan budaya.Mahupun atas nama politik. TAPI, AKU BERCAKAP SEBAB ITU YANG APA AKU RASA. Keluh kesah dari anak-anak Malaysia bila minyak naik. Umur bukan penghalang. Tapi, ini PERASAAN RAKYAT YANG BUKAN PERASAN .

Ok la.
Dah lepas segala geram pun budak 17 tahun nieyh!
Syabas pada mereka yang hadir ke perhimpunan rakyat pada hari ini! Cayok la rakyat jelata!
:D